Tak pernah sehari aku merasakan hidup ini benar-benar adil buat gadis yang hanya mampu pertahankan diri dengan kekuatan sendiri, tatkala itu aku percaya Dia sentiasa mempunyai jalan yang terbaik buatku pada akhirnya, menanti waktu.
Aku juga.. rasa sakit. Keluarga mengabaikanku, dikelilingi orang-orang dengan pandangan yang menjijikkan dan setiap kali senyuman aku mula terukir, aku perlu membayar dengan penderitaan yang kekal lamanya. Kadang-kadang ingin menyerah dengan keadaan, tapi aku tak mampu lari lebih jauh sedangkan aku perlu harungi halangan setiap tempat yang aku tujui. Hanya Allah yang mampu mengubah kekacauan menjadi sebuah pesan, ujian menjadi kesaksian, cobaan menjadi kemenangan, dan korban menjadi juara.
"Aku terasa hina didalam duniaMu ini.. Ya Allah." Monolog Syifa dalam hati, kepalanya masih ditundukkan dengan tangannya masih menapak ke pipi menahan rasa perit disebabkan taparan kuat Ezhar. Adakalanya aku akan jatuh, sehingga fikiranku akan mengalahkan takdir.
Langkah Aisy mula mendekati Syifa tatkala itu, sebelum memasukkan kedua tangannya ke dalam kocek seluarnya.
"Perlu keh kau buat dia sampai macam tu?" Ujar Aisy mendatar dengan tajam mata mencerlung kearah Ezhar yang masih melutut sebelah kaki ke ke hadapan Syifa
"Kau saja nak bangkitkan kemarahan aku!" Ujarnya lagi sambil menegaskan ayat terakhir dengan mimik muka bengangnya.
"Kau perlu dia cepat kan? Ambil lah. Tak perlu buang tenaga nak mengheret dia." Tutur Ezhar dingin dengan tatapan kosong sebelum bangkit berdiri. Matanya sempat dikerling kearah Syifa seketika. Aku dah muak dengan semua benda keji ni!
Aisy naikkan dua bebola matanya keatas dengan hembusan nafas dalam. Kenapa dia pula kena bagi arahan? Sebelum meraup rambut depannya kebelakang dengan kasar.
"Kau nak apa sebenarnya dari aku?" Mendatar nada suara Syifa sebelum mendongok ke arah Aisy yang berdiri dihadapanya.
"Belum cukup apa yang kau dah buat?!" Ujarnya lagi. Matanya tajam membalas pandangan Aisy seperti memandangnya dengan pandangan rendahan.
Aisy membalas dengan senyuman sinisnya, sebelum menarik hoodie bahagian bahu Syifa agar berdiri dihadapanya, tanpa membantah Syifa mengikut saja tarikan itu sehingga dia sudah berdiri tegak berhadapan lelaki itu.
"Kau tahu apa aku nak kan?" Tutur Aisy dengan nada beralun sebelum mendekati Syifa lebih dekat. Gadis itu mula melangkah kebelakang, tetapi rentapan Aisy pada lengannya menghentikannya.
"Syifa.." Bisik Aisy pelahan sebelum memandang tajam, kedua mata Heterochromia yang dimiliki gadis itu, membuatkan senyuman sinisnya mula melerek dihujung bibirnya.
"Kau silap pilih orang untuk dijadikan musuh. Aku bukan jenis yang akan lupa perbuatan kau, apalagi kau dah menarik minat seseorang yang kejam macam aku." Tuturnya lagi sebelun tangan kirinya mula dihalakan ke leher Syifa yang berlapik tudung.
Pantas jeling matanya dipaling kearah tangan Aisy, sebelum menampar tangan lelaki itu dengan kuat. Aisy mengerang kesakiran sebelum matanya mencerlung kearah gadis itu, dengan pandangan mendatar gadis itu membalasnya.
"Kejam? Kau lupa, apa yang aku buat kat kau 2 tahun lalu? Aku boleh buat teruk dari itu. Jadi stop, buat gejala penyundalan engkau ni." Ujar Syifa dengan senyuman sinis melerek di hujung bibirnya.
"Haha, kau buat lawak keh Syifa." Aisy mencebik sebelum gelak kecil akan ucapan yang dilontarkan padanya.
"Sekarang ini aku dengan siapa? Dan kau dengan siapa pula?" Ujarnya lagi dengan nada angkuh sebelum menyedarkan Syifa bahawa rakan-rakannya masih berdiri mengelilingnya.
"Aku akan pastikan, dunia melihat seluruh tubuh kau.. dan ketika itu, kau akan rasakan dendam yang tersemat dalam lubuk terdalam seseorang." Aisy sudah mengukir senyuman lebar, ucapanya itu seakan-akan mengugut Syifa untuk menyerah kalah saja.
Syifa mengeluh seketika, tatkala itu dia sudah mengutuk dirinya disebabkan mengambil beberapa ubat untuk ditelan bagi menyembuhkan beberapa luka dalamannya sebelum ini. Jam tangan dikerling seketika sebelum pandangannya dibuang ke arah Aisy pula.
"Bagi aku masa untuk bunuh korang sekali gus." Ujar Syifa dengan sengihan yang tidak lekang di bibir.
"Apa?" Soal Aisy bingung dengan kerutan di dahinya. Aqil dan Affendi sudah mengeluh berat, entah bila Aisy mula bertindak. Pisau lipat dalam kocek seluar Aqil dimain-mainkan seketika.
Syifa toleh ke sisinya seketika sebelum membuat bunyi siulan yang agak kuat sehingga Aisy menoleh kebelakang takut kalau-kalau datang bantuan yang cuba Syifa lakukan.
"Sini bodoh!" Tegas ayat itu mencerlung masuk ke cuping telingan Aisy sebelum tumbukan Syifa sudah dihadapan mukanya.
Tubuh lelaki itu tersembam duduk di atas lantai sambil mengerang kesakitan. Aisy sudah menengking kuat mengarahkan mereka mula bertindak untuk melawan Syifa.
Hanya Ezhar yang terpaku tanpa melakukan apa-apa tindak balas, pandangan kosongnya menunjukkan ia tidak tertarik untuk masuk campur dalam pertempuran itu. Aqil dan Affendi sudah mengepung Syifa dengan pisau lipat yang sudah dalam genggaman mereka.
Aqil mula menghayunkan pisau itu menuju kearah Syifa, laju bergerakan Aqil mengacuh pisau itu kiri dan kanan mengikut tindak balas Syifa yang mengelak dengan pantas pergerakan Aqil, sehingga tubuh gadis itu tertunduk ke bawah mengelak serangan Aqil sebelum gadis itu menumbuk perutnya dengan pukulan yang agak kuat lalu menghalakan pukulan keduanya ke dagu Aqil, tatkala itu Aqil sudah terbaring mengerang kesakitan yang diterima.
Affendi yang tercengang menyaksikan pertarungan yang berakhir sepantas kilat itu hanya mampu terpaku seketika sebelum Syifa mula menerjah kearahnya. Wajah gadis itu mula menerpa ke mukanya sebelum tumbukan gadis itu sempat dielak dengan tubuhnya sedikit tersandung kebelakang.
"Bonus, kau dapat tangkis serangan aku.. Affendi." Ujar Syifa dengan nada mendatar sebelum melorek senyuman sinis yang dihadiahkan pada Affendi.
"Kau kenal aku?" Soal Affendi dengan kedua keningnya mula bercantum
"Takkan tak kenal. Kau lelaki bodoh yang lompat dalam arena hanya untuk tunjukkan pada parent kau, yang kau bukan saja pandai merengek tapi boleh buat sarkes." Ujar Syifa sebelum mencebik lalu merenung rauk wajah lelaki itu mula berubah apabila mengimbas peristiwa tatkala itu.
"Ah~ Budak Lewis, kau rupanya. Aku bukan jenis senang ingat muka orang. Tak sangkah kau budak nombor 116 tu." Affendi menghembus nafas dalam. Tatkala mula mengimbas perlawanannya beberapa tahun lalu dengan Syifa tatkala itu.
"Aku tak tahu bila kau mula kenal muka aku, tapi kisah tu dah lama. Sekarang aku ada misi baru." Ujar Affendi sebelum melerek senyum sinis kepada gadis dihadapannya itu.
"Aku nak bagi tahu kau rahsia. Budak yang bernombor 116 masih menjadi taruhan untuk beberapa organisasi, jadi bersiaplah untuk kejutan selanjutnya. Masih awal untuk tunjukkan diri aku sebenarnya. Kau.. tak bermutasi sekarang ni kan?" Soal Affendi dengan nada dinginnya sebelum bebola mata kirinya mula bertukar warna merah gelap.
Syifa hanya mendiamkan diri tanpa berniat untuk membalas soalan yang diajuhkan kepadanya tadi. Tatkala itu, bulan bergegas menyelinap di sebalik awan. Dipandang Aisy dan Aqil yang masih duduk di lantai seketika.
"They create a monster who has nothing to fear anymore." Sepenggal senyuman mengukir di bibir ketika Syifa menjawab soalan itu.
Syifa mula menyelak tirai ingatannya, kenangan hitam yang selama ini cuba dia kuburkan jauh dalam benaknya. Dahulu, dia hanyalah seorang remaja belasan tahun yang ditahan bersama beberapa orang lain di sebuah tempat yang digelar Menara Hitam. Mereka dikurung bukan kerana kesalahan, tetapi kerana menjadi boneka hiburan kepada golongan atasan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Asal-usul urus itu kabur baginya, dan tujuan sebenar mereka diperlakukan sedemikian rupa kekal sebagai misteri. Apa yang pasti, tempat itu bukan penjara biasa, tetapi neraka khas buat mereka yang dianggap tiada nilai – manusia yang dijadikan alat, diperjudikan nyawa demi kepuasan mata para penguasa bertopeng.
Di tengah gelanggang besar yang dipagari tembok batu tinggi, Syifa berdiri di barisan hadapan bersama tahanan lain. Udara kering dan berdebu menyambut setiap nafas yang dihela. Di atas tembok, deretan kerusi mewah diisi oleh golongan bangsawan yang menyembunyikan wajah mereka di sebalik topeng indah, seolah malu untuk dikenali sedang mata mereka rakus memerhati pertarungan di bawah. Pandangan mereka seakan menilai seekor binatang yang sedang diuji ketangkasannya sebelum dijual di pasar gelap.
Di balik ruang lorong yang sempit, para tahanan lain digiring, dibariskan mengikut giliran untuk bertarung. Senjata yang diberikan senjata sebenar pedang, tombak, rantai besi, semuanya tajam dan mematikan. Tiada belas kasihan di sini, hanya dua pilihan, bunuh atau dibunuh.
Syifa ketika itu, meskipun muda, sudah mengerti satu perkara hidup hanya berpihak kepada yang kuat. Tiada masa untuk bertanya mengapa mereka harus bertarung, atau mengapa darah perlu ditumpahkan. Soalan tidak membawa mereka keluar dari gelanggang, hanya kemenangan yang melayakkan mereka terus hidup dan untuk terus hidup, mereka harus bertukar menjadi milik atasan.
"Aku takkan mati kat sini..." getus Syifa perlahan, suaranya hampir tidak kedengaran di tengah sorakan perlahan dari kerusi atasan yang bersatu dengan derap langkah para tahanan menuju gelanggang.
Dia menghembus nafas dalam, menenangkan jiwanya yang mula bergelora. Penderitaan lama yang cuba dia lupakan kini kembali menghantui, menyentap perasaannya sekuat jerutan kenangan yang terpendam.
Gelanggang itu bukan sekadar tempat pertarungan ia adalah medan yang menelan jiwa mereka satu per satu. Dan Syifa, meski hatinya menolak, tahu bahawa dia harus menjadi sesuatu yang dia benci demi terus bernyawa.
"Life is suffering. It is hard. The world is cursed. but still, you find reasons to keep living." Affendi menuturkan pelahan namun masih didengari oleh gadis itu
"Hoi!" Pekik Aisy yang masih duduk dilantai
"Aku nak tunggu berapa lama kau bersembang, kau nak aku yang buat kerja keh?" Ujar Aisy tanpa nada sebelum matanya mula mencerlung kearah Affendi. Kawannya itu hanya acuh tak acuh saja dengan amarahnya.
"Dah kena beli rupanya." Ujar Syifa dengan nada mengejek sebelum melerek senyum sinis kepada Affendi.
"Kau masih tak tahu, sistem organisasi ni terbentuk keh?" Soal Affendi tenang
"Identiti.. seseorang perlu membuat penyamaran yang sempurna untuk mempunyai puaknya. Kau mesti belum berada dalam apa-apa puak kan?" Ujar Affendi dengan nada menyoal dengan sedikit mengejek akan maklum yang diketahuinya.
Syifa sudah berkerut, tidak memahami disebalik kata-kata yang diucapkan oleh lelaki dihadapannya itu. Baru kali ini, dia mendengar tentang puak dan penyamaran mereka tersebut.
"Sedihnya~" Gelak kecil Affendi dengan mimik muka sedih yang dibuat-buatnya
"Perjalanan kau masih jauh. Tapi kali ini aku masih boleh lepaskan kau, aku belum gunakan apa-apa cecair biologi.. yang digunakan keatas kau, mungkin perubahan genetik yang gagal kan?" Affendi bertanya dengan nada sarkastik
Ketika itu Syifa sudah berkerut seakan kedua kelingnya mula bercantum. Tiga lelaki yang mengejarnya di dalam hutan tatkala itu, ialah sebuah organisasi yang tidak pernah diceritakan oleh datuknya, dan salah satu dari mereka telah menyuntik cecair ke dalam tubuhnya, membuatkan dia bertahun-tahun menelan beberapa pil selama hidupnya. Apakah apabila dia berhenti menelan ubat itu, mungkin tubuhnya akan berubah menjadi raksasa yang tidak mampu dikendalikan?
Tatkal itu Syifa mula leka seketika apabila menyimbas kembali kejadian yang berlaku, Aisy mula bertindak mendekati Syifa sebelum menggunakan Triple Sting Ring Stun Gun yang dihalakan pada tengkuk leher gadis itu menyebabkan renjatan tersebut mengganggu fungsi otat badan dan menimbulkan rasa sakit bertujuan melumpuhkan sementara tubuh badannya, sehingga Syifa berlutut ke lantai.
"Kau tak dengar aku cakap?!" Tengkik Aisy kuat pada Affendi yang seakan tahu akan tindakan Aisy selanjutnya.
"Chill.. aku tak boleh buat semua kerja dalam satu masa. See, i need backup." Ujar Affendi dengan nada tenang sebelum mengangkat tangannya untuk menenangkan Aisy yang seakan meluruh senjata electroshock itu kearahnya.
"Bawa kereta pergi sini. Lebih 5 minit, aku seksa engkau sampai mati." Ujar Aisy dengan menegaskan ayat terakhirnya sebelum mencerlung tajam ke arah Ezhar yang tidak jauh dari mereka.
"Kau!" Aisy tuding jadi kearah Ezhar yang hanya memandang dengan pandang mendatar akan tatapan tajamnya.
"Kau akan tahu nasib kau kejap lagi." Ujarnya dengan tatapan dingin mencerlung masuk ke anak mata Ezhar.
Affendi sudah berlari anak menuju ke tempat kereta yang mereka parkirkan. Ezhar langsung tidak memberi sebarang gentaran akan ugutan yang diterimanya, Aisy sudah membuang palingnya sebelum menarik lengan gadis itu dengan kasar agar berdiri disisinya sambil mengacuhkan senjata renjatan itu pada tengkuk leher gadis itu.
"Kalau kau cuba buat sebarang gerakan, aku akan tidurkan kau dengan alat ni." Tegas Aisy pelahan dengan wajahnya yang sudah menyinga menahan amarah.
Syifa mengerling bahagian bahunya sudah dipegang kemas oleh Aisy. Sebelum gadis itu sudah mengukir senyum lebar.
"Aku yang sepatutnya buat kau tidur lebih awal." Tutur Syifa lalu memegang pergelangan Aisy sebelum tubuh lelaki itu ditarik lalu dijatuhkan tubuhnya itu ke lantai.
Aisy sudah terbaring di atas lantai merasakan kesakitan yang teramat sakit bahagian belakangnya. Tatkala itu dia agak terkejut Shifa boleh bertindak balas lebih cepat dari jangkaunya, selepas menggunakan renjatan tersebut. Entah senjata apa lagi yang ampu perlu digunakan untuk menjatuhkan gadis dihadapannya itu.
"Kau hanya mampu menggunakan alat-alat pengecut tu untuk menjatuhkan lawan kah?" Soal Syifa dengan nada menyindir
"Dunia yang kejam, tak menginginkan lelaki sambil memegang anak patung, hidup lebih lama. Ia kedengaran seperti itu lah." Ujarnya lagi sebelum mengekek gelakkan Aisy yang masih terbaring di atas lantai.
"Kau dengar sini perempuan! Aku akan buat diri kau paling hina dalam dunia ni, dengan kuasa duit yang aku miliki." Balas Aisy dengan amarahnya yang semakin membuak-buak akan hinaan yang diterima kepadanya
Syifa mendengus geram sebelum berjalan lalu melutut dengan sebelah kaki kehadapan Aisy yang sudah bangun dari posisi duduk.
"Allah ada sebab, untuk membenarkan sesuatu berlaku. Kita mungkin tidak pernah memahami kebijaksanaanNya, tetapi kita hanya perlu mempercayai kehendakNya." Ujar Syifa sebelum menangkis serangan Aisy secara tiba-tiba menghalakan senjata renjatan kearahnya.
Tangan Aisy yang sudah ditangkap dalam genggamannya dipusingkan kebelakang lengannya sebelum lelaki itu meraung kesakitan apabila merasakan setiap kulit bahagian lengannya mula terkumpul pada satu tempat. Syifa mula menorek senyum sinis menyaksikan penderitan lelaki dihadapannya itu.
"Ini untuk video aku yang kau sebarkan." Ujarnya dengan nada dingin sebelum mematahkan lengan kanan Aish
Syifa kembali berdiri sambil merenung Aisy yang sudah meraung meminta bertolong akan kesakitan yang diterima. Syifa mula mengatur langkah berlalu pergi, sebelum berlalu kejadian lebih teruk dari itu. Dia mula berlari sekuat hati untuk meninggalkan tempat tersebut.
Apabila menyedari Syifa sudah jauh melarikan diri, Aisy membentak kuat dengan mengarahkan Aqil yang masih sedarkan diri mengejar Syifa yang sudah jauh meninggalkan tempat tersebut, dengan langkah yang berat, Aqil menggagahkan diri mengikut arahan yang diberikan. Aisy sedaya upaya bangun sambil mengerang kesakitan akan tangan kanannya yang sudah tak mampu digerakkan lagi, dia mengerut dahi sambil dikerling sekilas Ezhar yang hanya terpaku berdiri tanpa berniat untuk membantu, sebelum mengatur langkah mengejar langkah Aqil yang berada dihadapannya.
Entah kemana harus ditujui Syifa ketika itu, dia buntu. Bunyi-bunyi kepenatan sudah kedengaran, namun itu tidak langsung memperlahankan langkahnya. Dia terus berlari dan berlari. Hanya ikut kata hati dengan terus berlari memasuki setiap lorong-lorong yang menampakan jalan dihadapan. Langkahnya terhenti, jalan mati!
Syifa tersentak, akalnya menyuruh dia pergi dari tempat itu sekarang juga. Tengah dia berkira-kira begitu, kedengaran derapan tapak kaki berlari menuju ke arahnya. Affendi sudah berdiri tidak jauh darinya, sebelum tersenyum sinis akan riaksi wajah Syifa tatkala itu. Syifa menelan air liur yang terasa tawar dengan masih tercungap-cungap mengawal hembusan nafasnya. Jam tangan dikerling seketika, sebelum merasakan tubuhnya lemah sehingga tersembam ke lantai seakan tubuhnya mati rasa. Dengan badannya yang bertiarap, dia langsung tidak mampu mengangkat satu jari pun. Nafasnya mula tersekat-sekat seakan dia sedang lemas.
"Kau okay keh?" Gelak kecil Affendi sebelum menunjang dahi Syifa berkali-kali.
"Bukan main seronok lagi engkau tadi. Pergi mana kekuatan kau tadi?" Soal Affendi sebelum mengukir sengihannya. Diseka air mata di hujung mata.
"Oh~Â Hipoglisemia. Ia kadang-kala terjadi pada tubuh seseorang yang mengambil ubat berlebihan, itu tindak balas sementara. Tapi sebarang kemungkinan akan berlaku dengan situasi kau sekarang ni." Ujar Affendi dengan nada selambahnya
Bebola mata Syifa mula digerakkan merenung Affendi yang sedang melutut dengan sebelah kaki kehadapan yang berada di sisinya.
"Kau nak minta tolong keh?" Soalnya dengan sengihan mula mengukir dihujung bibirnya
"Dalam beberapa minit lagi, mereka akan sampai. Ohhh.. mungkin ketika itu saya sudah tak mampu menghentikan tindakan buas mereka, apalagi lelaki yang kau patahkan tangannya tadi." Ujarnya lagi sebelum menatap pandangan Syifa yang masih terbaring tanpa mampu bertindak apapun.
"Ka.. kau.. per.. pergi mampus!"
Ucapan yang keluar dari mulut gadis itu membuatkan Affendi makin galak mengekek apabila melihat sendiri tubuh yang tak mampu melakukan apa-apa masih berlagak tunjuk kuat, sebelum tubuh gadis itu di sandarkan pada dinding dengan posisi duduk di belakang bangunan premis perubatan.
"Ini peluang terakhir kau, untuk merayu pada aku." Ujarnya sebelum mendekatkan diri beberapa inci pada wajah Syifa. Matanya yang merah tadi sudah kembali pada asal warnanya.
Syifa membalas pandangan lelaki itu dengan pandangan menjijikkan sebelum menguatkan dirinya untuk membalas perlawaan lelaki dihapannya itu.
"Estoy en la mierda.."
"What?"
"I feel like shit!"
Belum sempat Affendi membalas, derapan pelahan mula melangkah menuju kearahnya membuatkan dia pantas menoleh sebelum penumbuk menerpa hinggap ke mukanya.
"Aku tak cakap siapa dulu jumpa, dia dulu rasmi. Makanan ini aku yang dulu hidang, kau perlu hormat tuan rumah kan?" Ujar Aisy yang sudah berdiri dihadapannya, tajam tatapannya mencerlung kearah Affendi yang sudah terduduk di tanah.
Affendi hanya mengangguk faham sebelum pandangan Aisy beralih pada Syifa yang seakan tidak bertindak balas lalu lelaki itu melutut dengan satu kaki ke hadapan.
"Kau dah mati keh?" Soal Aisy jengkel sebelum menolak bahu Syifa
Tubuhnya melunjur ke tanah kembali, tatkala itu Syifa sudah berserah segalanya pada Sang Pencipta akan kun fayakunNya. Allah tidak akan membiarkan ujian datang ke dalam hidup seseorang, melainkan Dia mempunyai tujuan. Aisy sudah gelak besar akan tubuh Syifa yang hanya mampu terbujur kaku di atas tanah tanpa bertindak melakukan apa-apa.
"Kau buat apa kat dia Fendi?" Ujar Aisy senang hati sebelum teleng kepalanya kearah Affendi yang sudah berdiri bersilang tangan tidak jauh darinya
"Tak buat apa-apa." Balas Affendi polos sambil jongketkan kedua bahunya ke atas.
"Kurang gula dalam badan kot?" Teka Affendi selambah sebelum palingkan wajah kearah Aqil yang sudah duduk di satu sudut untuk rehatkan diri.
"Lantaklah apa jadi, senang kerja aku lepas ni meratap badan kau."Ujar Aisy pelahan dengan sengihan yang tak lekang dari bibirnya. Matanya mula menjalar melirik tubuh atas bawah badan gadis itu, sebelum bersorak gilang dalam dirinya.
"Ini karma kau. Kau yang dulu membuat musuh dengan aku, tak layak balas perbuatan aku. Rasanya Tuhan dah tak dengar doa kau." Ujarnya lagi sebelum gelak sakan diikuti Affendi yang hanya menyokong kata-kata. Aqil dah malas nak layan. Satu badannya sakit disebabkan satu perempuan saja.
Tatkala mendengar kata-kata yang dilontarkan kepadanya ketika itu, dia mula mengingatkan kembali ucapan Lola ketika di tempat karaoke yang dimana sebelum dirinya diheret oleh pengawal yang Mirul telah upah.
"Tiada seorang pun didunia ini memerlukan kau. Sedar diri lah sikit! Jangan banyak bermimpi. Kelak tiada hal yang baik akan berlaku juga. Hidup kau akan terus gelap gelita!!."
Kata-kata Lola itu mula menerjah benaknya ketika itu, matanya mula berkaca. Ya Allah, tolong berikan hamba kekuatan, untuk memelihara maruah dan diri hamba disaat diri ini tak mampu lakukan apa-apa. Air matanya tatkala itu mengalir jua.
"Kau nangis?"
Sebaris ayat yang keluar dari mulut lelaki itu menyentapkan dirinya, sebelum pandanganya mula beralih pada lelaki yang masih berada dihadapannya itu.
"Mana rasa bongkak kau tadi Syifa? Bukan main lancang mulut engkau nak rendahkan diri orang lain. Tengoklah diri kau sekarang? It's full of unsaid words, right?." Tutur Aisy sebelum tangannya mula mengeka air mata yang mengalir di pipi gadis itu
"Jawablah!!" Pekik Aisy sebelum dicekup kedua pipi Syifa tatkala itu, gadis itu hanya membalas dengan pandangan mendatarnya
"We have to look down on people, so people can look up to us." Sengih Aish lalu menolak kasar muka Syifa kembali menyembah bumi.
"What you wish for? I will make it come true." Ujarnya sebelum berdiri merenung Syifa dengan tatapan merendahkannya.
Tatkala itu dia mengarahkan Affendi untuk merakam momen tersebut. Rakannya itu sudah duduk mencangkung sambil menghalakan kamera ke arah mereka berdua. Aisy membetulkan kedudukan Syifa ke posisi duduk, tangannya mula menjalar membuka zip hoodie yang dipakai Syifa yang menyembunyikan tubuhnya disebalik baju saiz besar itu. Pantas ia merentap tangan Aisy ketika itu, lelaki itu sudah berkerut dan gadis itu juga sedikit hairan ia sudah boleh menggerakkan tangannya walaupun tubuhnya masih terasa berat untuk bertindak balas mengikut kemahuannya.
"Kau.. tanya, what do I wish,.. right?" Tutur Syifa dengan tanda terketar-ketar, entah mengapa lidahnya juga terasa keluh.
"Erm." Guman Aisy selambah dengan anggukan kepalanya.
Syifa mengukir senyuman sinis sebelum tatapannya tajam mencerlung Aisy yang berada dihadapannya
"I hope you can also sleep with your mother, and it will become a trend that you are proud of." Ujar Syifa cuba membangkitkan amarah lelaki dihadapannya tatkala itu.
Jahatnya aku! Huh, kau ingat aku dapat berfikiran waras kah? Saat lelaki cuba merosakkan diri aku ketika itu. Dan kata-kata aku hanya membangkitkan kemarahannya, mungkin niatnya akan berubah lebih kepada membunuhku, itu lebih baik daripada menjadi santapan binatang buas ini.
Rauk wajah mendatar lelaki tadi sudah berubah merah menahan amarahnya yang membuak-buak sebelum tangan Aisy kuat mencengkam dagu gadis itu supaya wajah mereka bertentangan.
"Kau memang sial lah perempuan!" Hatinya benar-benar panas melihat sikap Syifa tatkala hanya memasang rauk wajah selambahnya dengan senyuman sudah melerek dihujung bibir gadis itu.
Membuat lelaki itu sudah tidak betah melayan sikap gadis yang sedikit pun tidak gerun akan dirinya. Kepala Syifa sudah ditarik ke depan sebelum dihempak berkali-kali di belakang dinding, tatkala itu emosi lelaki itu telah mengawal diri sebelum nada sayup-sayup kedengaran dari Affendi menghentikan tindakannya.
Pandangan Syifa ketika itu sudah mula kabur, tubuhnya semakin lemah. Ketika itu aku mula sedar, semua lelaki yang ingin menghancurkan hidup aku ialah seorang pendosa yang mempunyai dendam terbesar terhadap diri aku, semua kata-kata mereka dan orang yang aku percaya dulu akhirnya masuk akal juga.
5 tahun sebelumnya. Kedengaran tembakan dalam hutam tebal tersebut, seorang gadis dalam linkungan belasan tahun berlari menyelamatkan diri sejauh yang mungkin meredah pokok besar dan cerun selepas mendengar satu das tembakan dilepaskan. Badan kecilnya sudah terbiasa dengan latihan Doktrin ketenteraan yang mahir menggunakan senjata dan terlatih untuk menghadapi apa jua situasi keadaan pada masa akan datang.
Gadis itu bersembunyi pada sebuah pokok yang sudah reput sebelum tubuhnya disandar rapat pada pokok tersebut, sambil memegang sebuah pistol tangan HK (Heckler & Koch) dengan Lampu Taktikal Surefire X200a, dikelilingi oleh peluru poin-rongga berjaket. Dia mula menghendap disebalik pokok tersebut akan gerak-geri beberapa orang yang sudah digerakkan untuk mengejarnya tatkala itu. Sekumpulan kawanan gagak mula berterbangan melintasi kepalanya sebelum kawanan gagak tadi bersembunyi disebalik pokok tebal itu.
Gadis itu menghela nafas panjang dengan tatapan tajam, dirapatkan senjata api ke dada. Langkah beberapa orang sedang menghapirinya.
Tiga lelaki berpakaian suit kulit berwarna hitam, menyedari seseorang sedang bersembunyi disebalik pokok yang sudah tumbang disitu, sebelum lelaki yang memimpin kumpulan itu memberi isyarat untuk mengepung kawasan tersebut.
Sekali-sekala gadis itu cuba berkomunikasi dengan alat yang menempel di telinga kirinya, Earpiece yang dipakainya tadi tidak memberi sebarang maklumat selepas das tembakan dilepaskan. Apa yang terjadi?
"Keluarlah budak! Aku tahu kau kat belakang tu. Serah diri sekarang!" Perintah salah satu lelaki berjaket hitam dengan nada lantang sehingga suaranya bergema.
Terasa peluh mengeluarkan haba dingin, tatkala itu dia sudah agak dia akan dalam bahaya. Dia mula mengatur strategi untuk menyelamatkan diri dalam situasi tersebut.
"Bawa budak tu." Ujar lelaki yang memimpin dengan tatapan dingin pada seorang lelaki yang memakai penutup mulut.
Lelaki itu akur, sebelum mengacuhkan senjata api jenis Glock Meyer 22 kehapadan. Dengan langkah berjaga-jaga, laju saja gerakanya menghala senjata itu disebalik pokok tersebut. Dahinya berkerut, tidak apa sesiapa disitu. Hanya rantai dics yang ditinggalkan di atas daun kering disitu. Matanya memilau ke sekeliling sebelum mengutip rantai tersebut. Ketika itu ia mula tersedar, seakan ada sepasang mata tajam memerhatinya disebalik timbunan daun kering berhadapanya.
"Bingo~"Ujarnya nada serak dengan tatapan pemburu yang sangat tajam sebelum keluar dari tempat persembunyiannya disebalik timbunan daun kering.
Belum sempat ia bertindak, gadis itu sudah mengunci kakinya sebelum merebahkan tubuh sasa lelaki itu tumpas ke tanah lalu menekan picu senjatanya ke dada lelaki itu dengan beberapa das tembakan.
Mendengar bunyi tembakan tersebut, mereka berdua bergegas menuju di sebalik pokok sebelum menjumpai gadis itu sudah terbaring ditindik oleh tubuh lelaki di atasnya. Darah terus mengalir sebalik baju gadis itu hingga ke daun kering disitu.
"Alihkan badan dia." Perintah lelaki itu, kepada lelaki bertopi yang berdiri disebalahnya sebelum meraup rambut depannya kebelakang.
Dengan tatapan mendatar, lelaki yang memakai topi akur lalu meletakan senjatanya dibelakang badan sebelum menolak jasad tubuh lelaki itu ke tepi. Lelaki sebagai pemimpin itu mula mencapai telefon bimbitnya di kocek seluar sebelum menghubunyi seseorang. Manakalah lelaki yang memakai topi mula merasa jangkal jasab gadis itu sebelum jari telunjuk dan jari tengah mula dihalakan ke leher untuk membaca denyutan nadinya.
Mata gadis itu terbuntang luas sebelum menarik baju lelaki itu mendekatinya lalu menikam bertubi-tubi bahagian penting perutnya, sebelum sempat lelaki bertopi itu mencapai pistol di belakang, gadis itu sudah memusingkan tubuhnya, mereka berdua dalam posisi terduduk sebelum gadis itu mengacuhkan pisau pada lehernya.
"Turunkan senjata kau.. atau aku bunuh dia." Tegas gadis itu mencerlung tajam kearah lelaki dihadapanya.
Lelaki bertopi hanya mampu mengerang kesakitan sambil menahan perut dengan tangannya untuk menghentikan pendarahan.
Lelaki itu mengukir senyuman sinis sebelum menamatkan panggilannya. Langkahnya mula diatur mendekati gadis yang mula menarik minatnya itu.
"Jangan dekat!!" Tengkingnya lantang sebelum pisau yang dipegangnya mula menusuk masuk pada leher lelaki dalam dakapannya.
"Bunuhlah~" Ujarnya sebelum melerek senyuman dihujung bibirnya.
"Kau ingat orang upahan ada nilainya pada orang atasan kah? Mereka juga ditugaskan untuk mati bersama. Mesti kau sudah tahu itu, nombor 116." Ujarnya sebelum mengasuhkan senjata ke atas mereka berdua.
Lelaki itu membuat beberapa tembakan pada badan lelaki bertopi yang dijadikan perisai dihadapan gadis tersebut. Tubuh lelaki itu sudah rebah di atas lantai tak sedarkan diri. Terpempan Shifa sebelum pandanganya dibuang kearah lelaki yang masih berdiri dengan tatapan angkuh berdiri tegak membalas renungannya.
"Just give up little girl. Tiada tempat di dunia untuk manusia malang seperti kau. Kalau bukan hari ini, mungkin esok. Tak akan ada hari kau bernafas dengan baik.. sampai mati!"
Semua peristiwa 5 tahun mula menerja dalam benaknya tatkala itu. Sudah lama ia tidak merasakan kepanasan seperti membakar tubuhnya, ia itu agak lama 5 tahun sebelumnya lelaki serbah hitam telah memasukkam sesuatu pada tengkuk lehernya. Cecair itu telah merubah tubuhnya seperti tak mampu terkawal, entah mengapa tindak balas itu kembali dirasakan pada seluruh tubuhnya seperti ada sesuatu yang menggerakkan tubuhnya, ia binatang buas yang sedang menerkam mangsanya. Itu lah yang di dirasakan takkala itu.
"Aku tengah rakam ni." Ujar Affendi mendatar
"Video ni untuk bukti jenayah kau buat keh?" Soal Affendi lagi
"Kau r*pe jeh dia.." Ujar Aqil tiba-tiba dengan nada selambah sebelum berjalan mendekati Aisy
"Lepas tu tinggalkan. Apa susah sangat kau nak buat kerja? Kalau tak nak share tak ape, badan aku memang tak larat sangat dah ni." Tuturnya lagi sebelum duduk mencangkung mempersilakan Aisy melanjutkan tindakannya.
Aisy mendengus geram sebelum melirik wajah Syifa yang sudah berlumuran darah, tudungnya yang sedikit menutup muka ditarik kasar sebelum dicampak ke lantai. Mereka terpegun akan wajah Syifa tatkala itu. Aisy mengukir senyuman sinis sebelum mengelitkan hujung rambutnya di tepi teling.
"Cantik pula engkau ni." Ujarnya lembut sebelum tangannya mengelus leher jinjang milik gadis itu. Tudung itu menyembunyikan keindahan yang awak miliki selama ini.
Syifa masih tunduk dengan matanya sudah rapat tertutup, hanya derapan nafas yang lembut dihembus keluar. Darah masih tidak berhenti menuruni dari kepalanya ke muka. Aisy sudah mengeluh kesal akan perbuatannya.
"Kalau lah kau tak melawan.. darah ni tak akan mengotori wajah kau." Kesalnya sebelum membuka jaketnya untuk menghentikan pendarahan yang semakin deras mengalir.
"Hoi bodoh! Korang tak tahu nak buat apa keh?" Tegas pada dua rakanya yang masih terpesona akan rauk wajah gadis itu
"Aku bukannya doktor." Balas Aqil selambah
"Sekarang kau nak buat apa?" Soal Affendi yang masih merakam situasi tersebut
"Tak tahu lah." Ujar Aisy buntu yang masih berusaha menghentikan pendarahan gadis itu
"Kau nak sambung kat rumah engkau keh? Tunggu dia sedar. Bagus juga, kalau kau dapat kurung dia." Affendi memberi pendapatnya membuatkan Aisy mengerlingnya seketika.
Aisy berdiri sebelum mencampakkan jaketnya yang sudah berlumuran darah kearah Aqil yang masih duduk mencangkung disitu. Tubuhnya mula dibongkokkan untuk mencampung tubuh gadis itu.
Tindakannya mula terbantut apabila Syifa tiba-tiba saja membuka luas matanya , tatkala itu sinaran lampu jalan yang menyinari tubuhnya itu membuatkan Aisy tersembam terduduk apabila dua pasang mata milik gadis itu sudah bertukar warna amber seperti kuning tembaga mencerlung tajam kearahnya.
Aisy dan Aqil sudah tergamang apabila tubuh Syifa yang tak berdaya tadi sudah mampu berdiri dengan sendirinya. Affendi mengukir senyuman sinis apabila menyaksikan sendiri perubahan bahan uji kaji biologi sebuah organisasi yang kononnya gagal, telah merubah menjadikan seseorang sukar mengendalikan tubuhnya sendiri.
"She will become a monster that swallows us all." Tutur Affendi tanpa sebarang riak diwajahnya. Mereka berdua sudah bersili ganti memandang antara satu sama lain.
"What?! What the hell are you trying to say?" Bentak Aisy mencerlung tajam kearah Affendi yang masih merakam susuk tubuh gadis itu.
"Say bye-bye first." Tutur Affendi pelahan
Aisy berkerut tanpa memahami disebalik ayat yang samar-samar kedenganran masuk ke cuping telingannya sebelum tubuhnya sudah terpelanting jauh akibat tendangan yang dilakukan gadis itu. Aisy sudah terbaring bertiarap sambil mengerang kesakitan sebelum memuntahkan darah keluar dari mulutnya, pandanganya mula kabur sebelum ia sudah tidak sedarkan diri.
Aqil yang hanya mampu terpempan menyaksikan serangan pantas dari gadis itu sudah mula mengundurkan diri kebelakang dengan derapan pelahan, sempat mata dikerling kearah Affendi yang asik dengan merakam susuk tubuh gadis tanpa bertindak melarikan diri. Ini sudah gila! Bentaknya sebelum mengatur langkah berlari sekuat hati
Entah dari mana gadis itu tiba-tiba saja munculkan diri menerpa di hadapannya. Rambutnya yang sudah terburai menutup sebelah mata dan darah masih mengalir menuruni ke wajah, membuatkan Aqil mati akal untuk mencari jalan keluar akan situasi tersebut. Kedengaran samar-samar gelakan seseorang dari belakangnya, sebelum tubuhnya sudah dilempar ke dinding, membuatkan beberapa tulangnya patah akan hentakkan tersebut, matanya sempat digerakkan memandang Affendi seakan bersorak sambil ketawa terbahak-bahak akan agenda yang disaksikannya tadi, sebelum mata Aqil tertutup sendiri.
"Kaedah pengujian yang sempurna." Sengih Affendi sebelum tubuh gadis itu sudah berada dihadapan kamera telefon.
Belum sempat gadis itu bertindak, Affendi sudah berpindah tempat, dia berdiri diatas tembok bangunan. Entah sejak bila ia memanjat berada di atas tersebut.
"Aku rasa kau dah lama bersembunyi disitu." Ujarnya pada susuk seseorang disebalik tembok bangunan tersebut.
Muaz mengangkat tangannya sebelum memunculkan dirinya disebalik tembok tersebut. Senyuman sinis melerek dihujung bibirnya sambil menatap tajam kearah Affendi.
"You can take over my job now." Ujar Affendi mendatar
"De acuerdo(Baiklah)." Angguk Muaz dengan sengihan tidak lekang dari bibirnya
"Don't make fun of me, damn it." Pekik Affendi lantang sebelum mencerlung tajam kearah Muaz akan sindiran bahasa spanish yang digunakan.
"Me arrepiento de lo que he hecho. (Saya menyesali apa yang telah saya lakukan.)" Ujar Muas sambil mengekek gelak sebelum melarikan diri lalu melompat dari bangunan tingkat 3 tersebut ke tanah.
Matanya mula meliar memcari kelibat gadis itu, hujung bibirnya mula melorek senyum apabila tubuh gadis itu sudah terbaring tak sedarkan diri disebalik lampu jalan. Dengan derapan pelahan, Muaz mendekati Syifa
"What a pity..."
"Only your bad times show the true color of yourself."
Share this novel