BAB 27

Mystery Series 5364

Sepuluh tahun telah berlalu.

Rumah agam itu masih berdiri megah di atas lereng berbatu tinggi, seperti penjaga sunyi di hujung dunia. Hutan pinus yang mengelilinginya membentuk tirai hijau yang padat, menyembunyikan kediaman itu dari dunia luar. Kabus nipis melingkari batang-batang pokok, mencipta suasana mistik yang tak pernah surut sejak matahari terbit hingga malam menjelma. Reka bentuk rumah itu, gabungan moden dan rustik, membangkitkan aura kehangatan meski dari luar ia tampak seperti benteng terlindung dari segala yang hidup.

Bumbungnya tinggi berbentuk segitiga, menyerlahkan gaya arkitek yang menolak keterikatan. Dinding hadapannya hampir keseluruhannya terdiri daripada panel kaca yang tinggi dari lantai hingga ke siling, membenarkan cahaya masuk pada waktu siang, dan memancarkan sinar hangat dari dalam pada waktu malam—seperti permata yang disembunyikan dalam hutan belantara. Balkon kayu yang melingkari bahagian hadapan dan sisi rumah itu menawarkan pandangan menakjubkan: gunung yang menjulang di kejauhan dan hutan luas yang tak berpenghujung, seolah-olah dunia itu hanya milik penghuninya.

Tangga batu yang tersusun rapi dari lereng membawa terus ke pintu utama di tingkat atas. Tiang-tiang kayu kukuh menyokong struktur atas rumah, menjadikannya kelihatan seolah terapung di atas tebing. Batu-batu semula jadi yang membentuk asasnya menambah keanggunan dan rasa stabil yang menenangkan sesiapa saja yang memandang.

Letaknya yang terpencil menjadikan rumah agam itu bukan sekadar tempat tinggal, tetapi sebuah tempat persembunyian. Sunyi. Megah. Penuh rahsia. Ia tidak pernah dibina untuk dikunjungi. Ia dibina untuk melindungi. Atau menyembunyikan sesuatu.

Sore itu, cahaya matahari memancar keemasan ke laman depan. Daun-daun pinus berkilau sedikit, dan angin yang bertiup membawa bau tanah lembap dan getah pohon yang menenangkan.

Pintu rumah terbuka perlahan.

Seorang wanita melangkah keluar. Rambut coklat mudanya diikat separuh, beralun lembut ditiup angin. Wajahnya ayu, namun keletihan jelas terpamer. Ada sejarah lama dalam matanya yang tak pernah selesai diceritakan. Dia berdiri sebentar di hadapan rumah, memandang sekeliling seperti mencari sesuatu.

"¿Dónde estás, Aurora, cariño...? (Di mana kamu, Aurora, sayang...)" gumamnya, perlahan tapi sarat dengan keresahan.

Tiba-tiba, dari balik pohon pinus besar tidak jauh dari rumah, muncul seorang gadis kecil berambut perang keemasan, wajahnya sungguh indah. Usianya kira-kira sepuluh tahun, wajahnya sangat cantik, tapi ada sesuatu yang ganjil pada mata Heterochromia seperti ibunya itu juga terlihat dingin, kosong, tidak seperti anak kecil biasa.

Dr. Medeia tersentak kecil, kemudian segera berlari kecil mendapatkan anak itu. Dia berlutut di hadapan gadis tersebut, tangannya segera membelai lembut rambut keemasan itu.

"¿A dónde fuiste, mi amor? Madre te ha buscado por toda la casa... (Ke mana kamu pergi, sayangku? Ibu dah cari kamu seluruh rumah…)" suaranya lembut, penuh kasih, namun tidak dapat menyorokkan rasa cemas yang membungkus hati.

Aurora hanya diam. Dia memandang wajah ibunya beberapa saat sejenak yang terasa sangat panjang kemudian berpaling, dan melangkah semula ke arah rumah.

"Espera... Aurora, ¿no quieres decirme nada, madre? (Tunggu... Aurora, kamu tak nak cakap apa-apa pada ibu?)" tanya Dr. Medeia, suaranya kini sedikit terganggu oleh nada bimbang.

Gadis kecil itu terus berjalan, langkahnya perlahan tapi yakin. Tiada satu pun perkataan yang keluar dari mulutnya. Tiada ekspresi. Tiada reaksi.

Medeia berdiri. Matanya mengekori bayangan tubuh kecil itu hingga ia hilang di balik pintu rumah. Nafasnya tersekat. Tangannya menggenggam kuat kain bajunya sendiri, seolah-olah ingin menyakinkan diri bahawa semua ini nyata.

"Ha cambiado... en las últimas semanas. Callada, sin responder. Como si... supiera algo que yo mismo desconozco... (Dia berubah... sejak beberapa minggu ini. Diam, tak menjawab. Seolah-olah... dia tahu sesuatu yang aku sendiri tak tahu..." bisiknya dalam hati, suaranya hanya untuk dirinya sendiri.

Angin bertiup sedikit lebih kuat, dan bunyi daun-daun pinus berdesir seperti bisikan halus yang tak dapat difahami. Langit petang makin redup, dan cahaya matahari yang tadi menyimbah keemasan, kini mulai lenyap di sebalik kabut.

Dr. Medeia berdiri di tengah laman. Sendirian. Tapi hatinya tidak kosong. Ia kini penuh dengan persoalan, kebimbangan, dan rasa yang lebih menakutkan daripada semua eksperimen yang pernah dia jalani.

Dia tahu sesuatu sedang menunggu di hadapan. Tapi apa? Dan... siapa sebenarnya anak yang dia lahirkan sepuluh tahun lalu?

Epilog

Tepi hutan pinus itu gelap, lembap dan sunyi, seolah-olah menyembunyikan nafasnya sendiri. Matahari petang makin malap, sinarnya sekadar mencalit rona jingga samar di celah ranting tinggi yang berdaun runcing. Bunyi alam yang biasa kicauan burung, desir angin hilang entah ke mana. Yang tinggal hanya keheningan aneh, menekan dada seperti tangan dingin yang tidak kelihatan.

Naluri seorang ibu yang resah membawa Dr. Medeia ke laluan itu. Langkahnya berat, tapi hatinya jauh lebih gelisah. Dia menyusuri lorong sempit yang dilalui Aurora saban hari, menolak ranting-ranting kecil yang merintang jalan. Hutan itu kelihatan seperti lorong menuju dunia lain satu dunia yang anaknya semakin kerap tuju, semakin jauh dari jangkauannya.

"Aurora... ¿qué haces realmente en el bosque? ¿Por qué cada día estás más distante... más extraña? (Aurora... kamu buat apa sebenarnya dalam hutan ni? Kenapa makin hari kamu makin jauh... makin asing?)" monolognya dalam hati, dihimpit rasa takut yang tak mampu diungkap.

Langkahnya terhenti tiba-tiba. Bau hanyir menusuk hidung, membuat nafasnya jadi tak teratur. Pandangannya terarah ke tanah dan serta-merta jantungnya seperti terhenti berdetak.

Seekor burung. Bangkainya hancur, tercabik. Tidak jauh dari situ, seekor arnab pula terkulai dengan tulang terjulur, bulunya berserakan. Nafas Medeia kian deras. Dia cuba bergerak, tapi langkahnya seolah ditarik oleh sesuatu yang lebih kuat dari ketakutannya.

Semakin ke dalam, pemandangan makin mengerikan. Bangkai tupai, rusa besar... dan akhirnya, seekor beruang hitam yang terbaring diam, perutnya koyak, darahnya masih segar membasahi tanah gelap. Bumi di bawahnya kelihatan seperti baru disiram kekejaman yang tidak wajar bagi dunia ini.

Dr. Medeia terduduk perlahan. Lututnya lemah. Tangannya menutup mulut, tubuhnya menggigil tak terkawal. Matanya terbeliak, tidak percaya.

"No... esto... esto es imposible... (Tidak... ini... ini mustahil...)" bisiknya perlahan, suaranya seakan tenggelam dalam ketakutan.

Pandangannya berpinar, namun dia masih terikat pada pemandangan ngeri di hadapannya. Nafasnya tercungap. Segala rasional yang pernah dia miliki sebagai seorang saintis kini tidak berguna. Dia hanya seorang ibu dan apa yang dilihat kini, langsung tidak masuk akal.

"¿Quién... quién hizo todo esto...? (Siapa... siapa yang buat semua ni...?)" soalnya dengan nada yang hampir menangis.

Hutan senyap. Angin tidak bergerak. Daun-daun kering membatu di tanah.

Kemudian, suara kecil kedengaran dari belakang. Tenang. Tidak ketakutan. Tidak bersalah.

"Algo vino anoche. Intentó entrar en la casa. Pero no lo permití. (Ada sesuatu yang datang malam tadi. Ia cuba masuk ke rumah. Tapi saya tak benarkan.)"

Dr. Medeia tersentak. Perlahan dia memalingkan kepala ke arah suara itu.

Aurora berdiri di balik batang pokok pinus. Kedua tangannya disilangkan di belakang badan. Wajahnya tenang terlalu tenang untuk seorang anak kecil. Darah masih melekat di jarinya, tetapi tiada tanda gusar atau takut. Hanya diam... dan ketenangan yang membingungkan.

"Aurora... ¿qué quieres decir? (Aurora... apa maksud kamu?)" suara Dr. Medeia terketar, separuh tegas namun jelas sarat gentar.

Aurora menoleh ke arah bangkai beruang.

"Vino por ti, madre. Pero lo ahuyenté. Me aseguré de que no nos moleste más. (Ia datang untuk kamu, ibu. Tapi saya halau dia pergi. Saya pastikan... dia tak akan ganggu kita lagi.)" ujarnya sambil tersenyum tipis.

Tubuh Medeia menggigil. Suaranya terputus-putus.

"Aurora... ¿qué eres tú... lo que has hecho todo esto? (Aurora... apa kamu... apa kamu yang buat semua ini?)" soalnya, matanya mula berkaca-kaca.

Anak kecil itu memandangnya. Pandangan yang tidak sepadan dengan usianya. Dalam. Tak terbaca. Tapi di balik kegelapan matanya, ada sesuatu yang lain. Sesuatu yang... melindungi.

"Todos ellos son una amenaza. Solo hice lo que era necesario, madre. (Mereka semua ancaman. Saya hanya buat apa yang perlu, ibu.)" Suaranya tetap datar, tidak marah, tidak sedih. Hanya kenyataan.

Dr. Medeia membisu. Hutan tetap senyap, tetapi dalam dirinya, badai telah mula menggila.

Matahari kini sepenuhnya merunduk di sebalik pergunungan, meninggalkan bayang gelap panjang yang menelan tanah hutan. Udara terasa semakin pekat, semakin dingin. Medeia masih terduduk di atas tanah, dikelilingi tubuh-tubuh binatang yang sudah tidak bernyawa, darah masih merah dan basah. Tangannya menekup mulut, cuba menahan esak.

"Madre, sonríe... solo quiero hacerte feliz y verte sonreír. (Ibu, senyumlah... aku hanya ingin membuat kau bahagia dan tersenyum.)" suara Aurora lembut, hampir seperti lagu kanak-kanak, tapi menyusup masuk ke sanubari dengan rasa yang sukar digambarkan.

Dr. Medeia berpaling perlahan. Air matanya tumpah. Tangannya menggeletar, tetapi dia tidak menjauh.

"¿Felicidad...? Aurora... así no es la manera. Esto no es... felicidad... (Bahagia...? Aurora... ini bukan caranya. Ini bukan... kebahagiaan...)" suaranya pecah, penuh luka dan kehilangan.

Aurora melangkah ke hadapan. Dia berlutut di hadapan ibunya, wajah tetap tenang. Jarinya yang masih kotor mengelap air mata wanita itu dengan lembut.

"Todos quieren quitarte de mí, madre. Pero no dejaré que nadie te toque jamás. Lo prometo. Ahora soy fuerte... más fuerte que todos ellos. (Mereka semua nak ambil ibu dari aku. Tapi aku takkan biar sesiapa pun sentuh ibu lagi. Aku janji. Aku kuat sekarang... lebih kuat dari mereka semua.)" katanya, nadanya datar tetapi sarat niat dan tekad yang membingungkan.

Dr. Medeia hanya terdiam. Matanya terpejam seketika. Di dalam dirinya, segala rasa bercampur. Takut. Kasih. Pilu. Cinta. Ia membuak serentak, terlalu banyak untuk ditampung.

"No es un hijo común. Pero él es... mi hijo. Un hijo que nació de un cuerpo lleno de veneno... pero cuyo alma aún busca amor. (Dia bukan anak biasa. Tapi dia... anakku. Anak yang lahir dari tubuh yang penuh racun... tapi jiwanya masih mencari cinta.)" monolognya dalam hati, sebelum memandang anak itu semula.

Aurora tersenyum, lalu memeluk ibunya perlahan. Pelukan yang hangat namun berlapik ancaman yang diam.

Di balik keheningan hutan pinus, kasih sayang itu tetap hidup. Tetapi kini, ia datang bersama harga yang sangat tinggi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience