Lima tahun yang lalu.
Suara tangisan seorang gadis kecil kedengaran sayup-sayup, merayap perlahan masuk ke gegendang telinganya. Syifa tersedar dari kejadian aneh yang menimpanya tadi. Lelaki berpakaian serba hitam itu... dia menyuntikkan sesuatu cecair hitam ke dalam tubuhnya. Namun kini, rasa sakit itu seakan lenyap begitu sahaja.
Syifa mengerutkan dahi, cuba memproses apa yang sedang berlaku. Hutan tempat dia terlentang tadi... telah bertukar. Dia kini berada di dalam sebuah bas besar yang bergerak perlahan-lahan meredah malam. Kelam. Suram. Suasana begitu asing, dan dingin menyusup ke tulangnya.
Beberapa orang kanak-kanak dan dewasa yang tidak dikenali berada dalam bas itu. Masing-masing dalam kebisuan, seolah-olah sama bingung dan takut. Matanya yang awalnya masih samar, kini terbuka lebih luas. Syifa duduk di bahagian paling belakang. Perlahan, dia bangkit berdiri, cuba melihat keseluruhan suasana di dalam bas.
Tangisan gadis kecil yang terdengar tadi ditatapnya sejenak. Kanak-kanak itu sedang dipujuk oleh seorang wanita berusia dalam lingkungan dua puluhan yang duduk di sebelahnya. Mata Syifa melilau lagi. Satu persatu wajah dalam bas itu disapunya dengan pandangan, mereka semua mengenakan pakaian biru gelap yang seragam. Seolah-olah mereka telah dihimpunkan dari satu tempat untuk tujuan tertentu. Tugasan, mungkin?
Riak wajah mereka penuh ketakutan. Mata yang merah dan bengkak, tubuh yang menggigil, dan diam yang menghantui seolah-olah mereka sudah terlalu lama dalam derita yang tidak terucap. Syifa kembali membuang pandangan ke luar tingkap. Kawasan lapang yang mereka lalui kelihatan amat gelap. Hanya cahaya bulan yang samar memberi sedikit pencahayaan pada dunia yang suram di luar sana.
Alat komunikasi di telinganya (earpiece) tidak menunjukkan sebarang sambungan. Tiada isyarat. Tiada suara. Tiada harapan.
Syifa mengerling ke arah seorang lelaki berpakaian serba hitam yang duduk bersebelahan tidak jauh darinya. Kakinya bersilang, dengan kaki kanan terletak di atas paha kiri. Lelaki itu tenang, terlalu tenang, berbeza dengan orang lain yang kelihatan cemas dan bingung.
"What? " Lelaki itu bersuara datar, tanpa menoleh. Suaranya seperti menghidu pandangan Syifa yang sejak tadi memerhatikannya.
Syifa diam. Tidak menjawab. Dia masih menilai keadaan sekelilingnya, mencerna satu persatu elemen yang berada dalam bas itu.
Lelaki itu mengangkat kepalanya, menoleh perlahan ke arah Syifa yang masih berdiri. Ada sinis pada senyumannya, seolah terhibur dengan sesuatu. Mungkin pada kekalutan gadis di hadapannya. Ada yang memberitahunya akan ada sesuatu yang menarik berlaku malam ini, maka dia sendiri menawarkan diri untuk berada dalam bas ini. Sekadar ingin melihat dari dekat, katanya.
Lelaki itu menolak jubah berhud yang menutup kepalanya. Pada tangan kanannya, tepat di kawasan nadi, jelas kelihatan satu tatu berbentuk Zodiac Wheel. Mata Syifa terpaku. Ada sesuatu yang tidak kena. Lelaki ini... dia bukan salah seorang daripada mereka yang terperangkap. Dia berbeza.
"Kau siapa?" soal Syifa, datar.
Lelaki itu berkerut sedikit, tidak memahami bahasa yang digunakan Syifa.
"No entiendo tu idioma, niño pequeño. (Saya tak faham bahasa kau budak kecil.)" Suaranya sinis. Bibirnya melengkung seperti sedang mentertawakan perbualan itu.
Syifa mengerut. Mata terkebil-kebil. Tapi anehnya… dia faham. Otaknya seperti mula mengatur terjemahan, seolah bahasa itu pernah menjadi miliknya suatu ketika dulu. Perlahan, dia membalas.
"¿Quién eres tú? ¿Y dónde estoy ahora? (Kau siapa? Dan dimana saya sekarang?)" Suaranya datar, wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak.
Lelaki itu mengangkat sebelah keningnya, sedikit terkejut. Dia tidak menyangka budak ini mampu menggunakan bahasa Sepanyol untuk membalasnya. Namun reaksinya tetap tenang.
"Esta es una prueba de resistencia. Solo los fuertes sobrevivirán... los débiles caerán. Así que demuestra tu valía, chico. (Ini adalah ujian ketahanan. Hanya yang kuat akan bertahan... yang lemah akan tumbang. Jadi, buktikan nilai dirimu, budak.)" Lelaki itu tersenyum nipis, ketawa kecil menyusul di hujung ayatnya.
Syifa diam. Jantungnya mula berdegup kencang. Firasatnya kuat mengatakan bahawa malapetaka sedang menanti. Dia kembali membuang pandangan ke luar tingkap. Bas berhenti bergerak, seakan itu ialah destinasi mereka tatkala itu. Kawasan lapang diluar sana sangat gelap hanya cahaya bulan tatkala itu yang memberikan cahaya samar-samar disekitar. Suasana kelihatan sunyi terlalu tenang, tenang yang mencurigakan. Tiada tanda-tanda sesuatu akan muncul… atau mungkin, malapetaka hanya akan menjelma apabila waktunya tiba.
"¿Qué quieres decir con prueba de resistencia? ¿Quiénes son todos ellos? (Apa maksud kau ujian ketahanan? Mereka semua ni siapa?)" soal Syifa lagi. Wajahnya serius, inginkan kepastian.
"No importa. Solo buscaremos a los que tienen calidad para ser evaluados. Lo sabrás después de sobrevivir a 'Noctvyr’. (Tak penting. Kami hanya akan mencari yang berkualiti untuk dinilai. Kau akan tahu selepas berjaya hidup dari 'Noctvyr' .)" Lelaki itu menjawab tenang, senyum sinis masih menghiasi wajahnya.
Tiba-tiba, satu suara nyaring bergema dari kejauhan, menembusi kabus pekat yang mulai mengelilingi kawasan lapang itu. Jeritan dan tangisan mula bergema dalam bas. Orang ramai saling berpelukan dalam ketakutan. Syifa tersentak, matanya cepat-cepat melirik ke luar tingkap.
Disebalik kabus itu berdiri bayangan-bayangan hitam yang ramai... mengelilingi bas mereka.
Dia menelan liur. Mata tidak berkedip. Nafasnya sesak dengan rasa tidak pasti.
Mereka bukan lagi dalam perjalanan biasa.
Apakah itu Noctvyr... dimaksudkan lelaki itu kepadanya?
Bayang hitam yang sebelumnya berdiri diam dalam kabus tebal itu kini mula bergerak perlahan, mendekati bas dengan langkah yang tidak tergesa-gesa. Setiap gerakan makhluk itu memberi rasa semakin cemas, dan suasana semakin mencekam apabila wajahnya mula jelas kelihatan dari balik kabus yang menyelubungi. Tiada siapa yang berani menatap ke luar tingkap. Mereka semua seakan pasrah, menunggu apa yang akan berlaku seterusnya, tanpa daya, tanpa harapan.
Noctvyr, makhluk yang tiada wajah manusia. Tinggi dan membongkok, tubuhnya memancarkan aura kegelapan yang menghampiri kematian itu. Wajahnya sudah reput, kulitnya kelabu kebiruan seperti mayat membatu, matanya menyala kekuningan, tajam menembus ketakutan terdalam. Gigi-gigi runcingnya penuh darah, sentiasa haus, siap menunggu mangsa untuk diterkam. Tubuhnya diselubungi jubah koyak yang kelihatan hidup, bergerak perlahan seperti kabus hitam yang menjuntai ke lantai. Jemari panjangnya, penuh dengan kuku tajam, jelas bersedia untuk mencengkam atau merobek mangsanya dengan sewenang-wenangnya.
Kehadiran Noctvyr bagaikan bayangan maut yang tidak bersuara. Tetapi keberadaannya memekikkan suara kematian dalam hati mereka yang terperangkap di dalam bas. Syifa menggenggam erat kedua tangannya, tubuhnya menggigil. Hanya akalnya yang mampu menjadi senjata. Tiada senjata. Tiada peralatan. Hanya dirinya yang tinggal untuk bertahan.
Dalam kekalutan itu, pandangannya teralih kepada lelaki berpakaian hitam yang tetap tenang, seperti tidak terkesan dengan situasi yang membingungkan dan menakutkan. Senyuman sinisnya tidak berganjak. Psiko! Syifa mencemuh dalam hati. Lelaki itu langsung tidak punya hati perut, tidak peduli dengan keadaan sekeliling. Mereka yang lain hanya sekadar permainan, daging yang terbuang.
"¿Vas a quedarte ahí parado como un cobarde, sin cambiar de forma? ¿O realmente crees que tu patética fuerza física puede hacer algo contra las bestias de allá fuera? (Kau nak terus berdiri macam pengecut, tanpa berubah bentuk? Atau kau betul-betul fikir kekuatan fizikal kau yang menyedihkan tu mampu lawan makhluk-makhluk buas di luar sana?)" Lelaki itu berkata dengan nada sarkastik, tangan kanan diletakkan ke dagunya sambil memandang Syifa.
Syifa berkerut. Berubah bentuk? Apa yang lelaki itu maksudkan? Apa yang dia tahu, sedangkan dirinya sendiri berada dalam ketidakpastian sepenuhnya tentang apa yang sedang berlaku.
"Vamos, chico… no hagas que me aburra. Hazme el favor de entretenerme. Todos esos inútiles no son más que carnada desechable. Quiero ver si puedes ser el héroe perfecto… sin fallar ni una sola vez. ¿O también vas a decepcionarme? (Ayuh, budak... jangan buat aku bosan. Hiburkan aku. Mereka semua ni cuma umpan yang tak berguna. Aku nak tengok kalau kau boleh jadi hero yang sempurna… tanpa gagal walau sekali. Atau kau pun akan mengecewakan aku?)" Lelaki itu mengeluh bosan, suaranya sinis.
Syifa tidak dapat menahan amarahnya lagi. "¡¿Qué demonios estás diciendo?! ¡¿Qué sabes tú?! ¡¿Qué forma quieres que te muestre?! (Kau merepek apa sial! Apa yang kau tahu?! Bentuk apa yang kau nak aku tunjukkan?!)" Serunya dengan nada penuh kebingungan dan marah.
Amarahnya membuak-buak, semakin terasa apabila dia menyedari bahawa semua yang ada di situ dijadikan umpan. Semua ini hanya permainan. Sementara lelaki itu, seolah-olah tahu lebih banyak daripada yang dia ketahui tentang dirinya. Syifa masih tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan 'berubah bentuk', apa yang dia mampu lakukan, dan mengapa dia terperangkap dalam ujian ini.
Tak lama selepas itu, Noctvyr mula mendekat, langkah demi langkah. Wajahnya semakin jelas menampakkan diri melalui tingkap yang dilitupi kabus. Wajah itu menakutkan, penuh dengan kelaparan. Makhluk itu, seolah-olah tidak sabar menunggu untuk menerkam mangsanya. Tangisan dan jeritan semakin histeria daripada semua yang ada dalam bas, namun Syifa hanya dapat membulatkan matanya, tidak mampu berbuat apa-apa. Tubuhnya menggigil, fikirannya berperang, bertanya-tanya apa yang perlu dilakukan.
"No pongas esa expresión patética… y pensar que llegué a tener esperanzas en alguien como tú. Qué decepción. (Jangan tunjuk muka menyedihkan macam tu… dan aku pula pernah meletakkan harapan pada orang macam kau. Betul-betul mengecewakan.)" Lelaki itu menyindir, dengan nada yang penuh kekecewaan.
"Al diablo con tus malditas esperanzas. (Pergi mampus harapan kau.)" Syifa berkata dengan tegas, tidak mampu lagi menahan amarahnya.
Dia terus mengambil pedang yang ada di sisi lelaki itu, sarung pedang itu dicampak ke lantai bas dan dengan satu gerakan pantas, dia menghunuskan pedang itu ke arah tangan Noctvyr yang telah mula merobek tubuh salah seorang budak lelaki yang berdiri dekat tingkap.
Pedang itu membelah tangan makhluk tersebut, darah hitam memancut keluar dengan deras, menyembur ke lantai. Raungan Noctvyr menggegarkan suasana, namun Syifa tetap tidak gentar. Beberapa orang mula menunduk dan bersembunyi, berusaha menghindari perhatian makhluk tersebut. Lelaki itu, bagaimanapun, tetap tenang, matanya tertumpu pada setiap gerak geri Syifa yang tangkas.
Namun, lelaki itu mulai kelihatan bosan. Dengan satu senyuman yang lebar, dia berdiri, perlahan-lahan bangkit dari tempat duduknya. "Hagámoslo más divertido, ¿vale, niño? (Jom buat ni lebih seronok, budak kecil.)" Dia berbisik, suara tenang namun penuh dengan niat jahat.
Dengan kekuatan yang tidak terduga, lelaki itu memecahkan tingkap bas dan membuka bahagian bumbung bas. Syifa tersentak. Kini dia tahu, lelaki ini bukan manusia biasa. Dia adalah makhluk yang lebih kuat, jauh lebih berbahaya.
Makhluk-makhluk Noctvyr mula berpusu-pusu masuk dengan ganas, merobek segala yang ada di hadapan mereka, mengaum penuh kemarahan. Syifa tidak mampu menyelamatkan mereka semua. Apa yang dia boleh lakukan hanya bertahan, melawan seberapa banyak yang mampu. Namun, setiap kali dia menangkis serangan, semakin banyak yang terkorban. Setiap nyawa yang hilang, Syifa terasa seakan dihukum oleh ketidakberdayaannya sendiri.
Syifa menarik tangan gadis kecil dan wanita muda berusia dua puluhan yang masih hidup dan berdiri di belakangnya, melindungi mereka sebaik mungkin. Hanya mereka berdua yang masih bernyawa ketika itu. Namun, walaupun Syifa cuba bertahan, hatinya hancur melihat kekejaman yang berlaku di depan matanya. Rakan-rakan mereka yang lain telah jatuh, menjadi mangsa makhluk-makhluk itu.
"Hermana… ayúdame, no quiero morir. (Kakak... tolong saya, saya tak nak mati!)" Tangisan budak kecil itu menyayat hati, sambil menggenggam erat jaket kulit Syifa.
Belum sempat Syifa menoleh, tiba-tiba saja kepala budak dan wanita itu dipenggal. Darah mengalir deras, menyembur ke seluruh tubuh Syifa. Dia terpaku, darah masih mengalir di sekelilingnya. Semua berlaku dengan pantas, tiada amaran, tiada peluang untuk menyelamatkan.
Syifa hanya terdiam, matanya membulat besar, terkejut. "Esto es tan aburrido, chico. ¿Drama? Oh, esto no es lo que debería estar viendo. No deberían haberme contado algo falso sobre ti. Eres solo un humano común, ¿verdad? (Ini sangat membosankan, budak. Drama? Oh, bukan ini yang saya perlu tontonkan. Mereka tak patut beritahu saya sesuatu yang tidak benar tentang kau. Kau hanya manusia biasa saja, kan?) Lelaki itu berkata dengan sedikit kesal.
Syifa tidak dapat berkata apa-apa. Tubuhnya semakin lemah, matanya semakin kabur. Tubuhnya hampir diseret oleh beberapa makhluk, tetapi pandangan tajam lelaki itu menghentikan makhluk itu daripada melakukan apa-apa.
Lelaki itu berjalan mendekat, melangkah tubuh perempuan yang terbaring di bawahnya. Dia duduk di hadapan Syifa, satu kaki di hadapan. Wajahnya penuh senyuman sinis.
"If you’re looking for that one person who will change your life... " Suara lelaki itu semakin samar, masuk ke dalam telinganya. "Looking in the mirror. " Senyuman lelaki itu mengembang. "You’re pathetic. "
Dan sebelum Syifa sempat menyedari apa yang sedang berlaku, penglihatannya semakin kabur dan dia akhirnya terjatuh, tidak sedarkan diri.
Noctvyr?
Share this novel