Dalam kabus tebal yang menyelimuti jurang sunyi, tersergam gagah struktur hitam menjulang yang diberi nama Black Tower, menara yang menjadi simbol kekuasaan mutlak dan misteri zaman pasca-kebangkitan. Ia tidak hanya berdiri ia mencengkam tebing batu seakan mengakar pada dinding bumi itu sendiri, bagaikan ia dicipta bukan oleh tangan manusia, tetapi oleh kehendak gelap yang tidak diketahui asal-usulnya.
Reka bentuknya menentang norma geometri konvensional. Setiap menara terbentuk dalam siluet kon yang terbalik, lebar pada dasar yang melekap pada tebing, lalu mengecil secara dramatik ketika menjulang ke langit. Permukaannya halus, seakan dilapisi bahan hitam pekat yang menyerap cahaya, menjadikannya kelihatan seperti bayang yang hidup. Di sepanjang tubuh menara, terukir satu jalur menegak barisan tingkap kecil seperti luka-luka halus yang membentuk urat nadi struktur itu. Setiap tingkap mungkin satu tingkatan, satu lapisan, atau satu dunia tersendiri.
Bahagian dasarnya platform besar yang berbentuk cakera tumpul terjulur keluar dari tebing dengan angkuh. Di sinilah dipercayai tempat utama aktiviti dan pengawasan berlangsung. Struktur bulat itu memperlihatkan reka bentuk aerodinamik, seakan boleh terapung jika dilepaskan dari pautan pada gunung. Setiap platform diselubungi oleh lantai bertekstur keluli dan obsidian, keras dan sejuk seperti niat pembinanya.
Persekitarannya menyumbang kepada aura kebinasaan. Kabus yang pekat menari di antara menara-menara, menyembunyikan segala yang berada jauh dari pandangan. Tiada tumbuhan, tiada bunyi burung hanya keheningan dan gema angin yang menyusup di celah-celah batu. Black Tower berdiri di tengah-tengah tanah tandus berlembah dalam, seakan dunia itu sendiri tunduk kepada kehadirannya.
Menara-menara ini tidak banyak jumlahnya, namun setiap satunya berdiri dengan jurang yang seragam disusun dalam formasi rahsia yang hanya diketahui oleh pencipta mereka. Tidak diketahui siapa yang membinanya, bila, atau untuk tujuan apa. Namun satu perkara jelas sesiapa yang menjejak kaki ke dalam wilayah Black Tower, tidak akan pulang sama seperti sebelumnya.
Bunyi hentakan keras sepatu but kedengaran jelas bergema di sepanjang lorong makmal bawah tanah itu. Langkah itu menuju terus ke bilik eksperimen utama tempat segala rahsia saintifik dijaga rapi. Pengikut-pengikutnya yang berpakaian gelap mengikuti dari belakang, wajah mereka datar, seolah membawa niat membunuh tanpa suara. Czar Alexe, pemilik bilik itu, melangkah masuk dengan langkah penuh autoriti, pandangannya langsung tertancap pada dua individu asing dari jabatan lain yang telah sedia menunggu di ruangannya.
Pembantu perubatan Alexe, yang setia berdiri di sisi, hanya memberi isyarat halus bahawa tetamu itu telah lama menunggu. Tanpa sebarang ucapan pembuka, Alexe terus melangkah ke arah mereka yang sedang berdiri berdekatan salah satu meja ujikaji.
"¿Tan ocupado está, señor... que ni siquiera puede mirar lo que ha creado? (Terlalu sibuk, tuan... sampai tak sempat melihat apa yang tuan sendiri cipta?)" tegur Lewis Strauss dengan senyuman sinis yang tidak menyenangkan. Di sisi Lewis, seorang wanita berjubah hitam menurunkan pandangannya ke arah Alexe, senyap namun penuh dengan penilaian yang tajam.
"¿Acaso te has acostumbrado a traer solo carroña últimamente? Tu cacería esta vez… ¿fue solo humo y palabras vacías? (Adakah kau sudah terbiasa membawa bangkai kebelakangan ini? Pemburuanmu kali ini… hanya asap dan kata-kata kosong?)" sindir wanita itu, suaranya tajam, penuh sarkasme. Selesai berkata, dia menarik kerusi dan duduk tanpa meminta izin, seolah-olah ruangan itu miliknya.
Alexe tidak menunjukkan sebarang emosi. Dengan tenang, dia membalas sambil mencapai beberapa dokumen dari atas meja ujian. "No es asunto mío convertir a una criatura miserable en un instrumento para engrandecer el nombre de su clan. Si no tiene nada importante que decir, con todo respeto, le pido que se retire. (Itu bukan urusan saya untuk menjadikan makhluk buruk sebagai alat bagi menaikkan nama puak anda. Jika tiada urusan penting, dengan segala hormatnya, sila keluar.)"
Lewis ketawa kecil, namun jelas ada nada kecewa dan ejekan dalam suaranya. "Ese chico no tiene ningún poder. ¿Le inyectaste el mineral? No se ve ningún resultado. (Budak tu tak ada kuasa pun. Kau suntik mineral ke dalam badan dia? Tak nampak hasil langsung.)"
Alexe memandang tajam, suara dinginnya mengiris udara. "¿Qué demonios estás diciendo? (Apa benda sial yang kau cakapkan ni?)"
Wanita berjubah itu mengetap bibir sebelum meluahkan ketidaksenangannya, "Su sangre no muestra nada digno de interés. I feel like shit. (Darahnya langsung tak menunjukkan apa-apa yang menarik. Aku rasa macam sampah.)"
Perlahan-lahan, kesedaran menyelinap ke dalam kepala Alexe. Ucapan mereka jelas merujuk kepada budak yang dibawa dari misinya. Mustahil bahan suntikan itu tidak memberikan kesan langsung. Mustahil.
"No me equivoqué... ese chico es el que traje. (Aku tak silap... memang budak tu yang aku bawa.)" katanya dengan suara yang cuba ditegarkan, namun tetap berbaur keraguan.
Lewis menjeling malas. "No tengo ganas de hablar contigo. No eres de los que escuchan. Mejor ve y recoge a ese chico... o prefieres presentar tu fracaso de experimento al líder? (Aku malas nak cakap dengan kau. Kau bukan jenis yang dengar cakap orang. Baik kau kutip balik budak tu... atau kau nak persembahkan eksperimen gagal kau kepada ketua?)"
Kata-kata itu meninggalkan bilik bersama mereka berdua, yang akhirnya melangkah keluar dengan wajah tidak puas hati.
Alexe menggenggam erat kertas di tangannya, rahangnya mengetap. Dengan suara yang lantang, dia memanggil pengawalnya.
"¡Jean! Trae a ese maldito chico aquí, now! (Jean! Bawa budak sialan tu ke sini, sekarang juga!)"
Jean, yang berdiri di sisi pintu, segera berlari keluar, meninggalkan suasana tegang yang masih terperangkap di udara bilik itu.
Dalam sebuah bilik berwarna putih dengan rekaan dalaman yang unik dan moden, dua pengawal berjubah hitam berdiri tegap mengawal di kedua-dua sisi pintu. Ruangan itu jauh lebih selesa berbanding penjara bawah tanah yang mereka tempuhi sebelumnya bagaikan layanan istimewa untuk pemenang sebuah pertandingan berdarah.
Lima orang duduk mengelilingi meja bulat berwarna putih yang dipenuhi dengan pelbagai jenis hidangan mewah. Empat lelaki dewasa itu makan dengan gelojoh, tanpa peduli siapa yang belum menjamah. Suara kunyahan dan sendawa mereka memenuhi ruang, namun makanan itu tetap melimpah, cukup bahkan untuk dua kali hidangan.
Syifa, satu-satunya gadis muda dalam kelompok itu, duduk senyap. Tidak tergerak langsung untuk menyentuh walau sebutir nasi. Entah dari mana datangnya makanan itu, dan dengan bahan apa ia dimasak, dia tidak tahu. Baginya, lebih baik berlapar daripada menjadi mangsa racun senyap atau tipu daya seterusnya.
Salah seorang lelaki mula melirik ke arahnya. Syifa perasan, namun dia tetap diam, bersikap tenang seperti biasa. Dia sedar, dalam kelompok itu, dia hanyalah seorang budak asing, lemah di mata mereka, dan paling mudah untuk dijadikan sasaran.
"Oye, chico. ¿Sabes quién era la mujer que mataste? (Hoi, budak. Kau tahu tak perempuan yang kau bunuh tu siapa?)" Lelaki itu membuka mulut sambil mengunyah sepotong besar daging, suara garau dan nadanya mengandungi cemuhan.
Syifa tetap tidak menjawab. Baginya, soalan itu tidak layak diberi perhatian, apatah lagi dijawab dengan nada penuh hormat seperti yang mungkin lelaki itu harapkan.
"Es mejor morir que enfrentarse a ella... Pero tú, chico, mataste a una mujer que pertenecía a alguien de alto rango. (Lebih baik mati daripada berdepan dengan dia… Tapi kau, budak, kau bunuh perempuan milik orang atasan.)" Lelaki itu menyambung, kali ini nadanya lebih keras sebelum dengan biadabnya dia melemparkan tulang ayam ke arah pinggan kaca Syifa. Bunyi dentingan halus kedengaran bila tulang itu jatuh tepat ke permukaan pinggan putih itu.
Namun Syifa masih diam. Lelaki itu jelas cuba memprovokasinya mungkin mahu menimbulkan kekacauan, mungkin sekadar menguji. Tiga lelaki yang lain mula memperlahankan suapan, mata mereka kini beralih kepada Syifa dan lelaki yang berbicara, ingin tahu apa yang akan berlaku seterusnya.
"Quizás no lo notaste, o acabas de llegar aquí... Pero los que visten de blanco, o llevan cintas en las muñecas, son los favoritos de los de arriba. Nadie se atreve a tocarlos. ¿Sabes por qué? (Mungkin kau tak nampak, atau kau baru sampai sini… Tapi orang yang berpakaian putih, atau yang ada reben pada pergelangan tangan mereka, itu semua kegemaran orang atasan. Tak ada sesiapa yang berani usik mereka. Kau tahu kenapa?)" Lelaki itu tersenyum sinis, terus membaling satu demi satu tulang ke arah pinggan Syifa.
Gadis itu masih tidak menunjukkan reaksi. Riaknya tetap datar, seperti tidak terganggu langsung.
"Pero mataste a esa mujer… ¿qué clase de poder tienes para haber sobrevivido, chico? (Tapi kau telah bunuh perempuan itu, kekuatan apa yang kau miliki sehingga boleh bertahan budak?)" Lelaki itu melontarkan tulang terakhir, kali ini ke arah wajah Syifa.
Namun gerakan Syifa pantas. Dia mengangkat tangannya dan menangkap tulang itu di udara sebelum ia sempat menyentuh mukanya. Dalam sekelip mata, dia mematahkan tulang itu menjadi dua, bunyi retakan kedengaran jelas. Tatapan matanya yang dingin mencerlung tajam, menusuk tepat ke arah lelaki yang masih duduk dengan senyuman sinis. Tanpa sebarang amaran, Syifa melontar kembali tulang yang sudah terbelah itu tepat ke arah mata kiri lelaki tersebut.
Jeritan kesakitan memecahkan suasana. Lelaki itu rebah ke belakang, mengerang sambil memegang matanya yang berdarah. Darah pekat mula mengalir keluar dari celah jari-jarinya.
Pengawal yang berdiri di pintu tidak berganjak sedikit pun. Mereka seolah-olah tidak terusik dengan insiden ganas itu, seakan-akan ia perkara biasa di tempat itu.
Tiga lelaki lain yang duduk bersama Syifa terpaku, tidak percaya dengan apa yang baru sahaja mereka saksikan. Seorang budak bukan saja melawan, tapi mencederakan dengan begitu tepat dan tanpa ragu.
"Cierra la boca… o quieres que te mande al mismo lugar que a esa mujer. (Tutup mulut kau... atau kau nak aku hantar kau ke tempat yang sama dengan perempuan tu.)" ujar Syifa dengan suara datar, tubuhnya bersandar tenang pada kerusi.
"¡Maldito mocoso! (Sial budak ni!)" jerit lelaki yang cedera itu, cuba bangkit dan membalas, tapi sebelum sempat bergerak lebih jauh, tangannya direntap kuat oleh lelaki yang duduk di sebelah.
"Basta. Aún estamos bajo control aquí. ¿O estás dispuesto a que tu victoria se convierta en castigo? (Cukup. Kita masih dikawal di sini. Atau kau sanggup kemenangan kau bertukar jadi hukuman?)" ujar lelaki itu tenang namun tegas, suaranya cukup keras untuk menghentikan tindakan rakannya.
"¡Tsk! (Ceh!)" Lelaki itu mengeluh marah, sebelum kembali duduk dengan nafas kasar. Dia menanggalkan bajunya, lalu menekapnya ke wajah untuk menghentikan darah yang terus mengalir dari matanya.
Suasana kembali sunyi. Tapi udara di dalam bilik itu kini berbeza berat dengan ketegangan dan rasa hormat yang baru mula tercipta. Mereka kini tahu, budak itu bukan biasa-biasa.
Share this novel