Syifa akhirnya dibawa naik ke tingkat atas tempat tahanan rendah diberi makanan. Dua pengawal meninggalkannya di sana. Di hadapannya, barisan manusia kelaparan bersesak menunggu giliran mendapatkan semangkuk bubur cair dan roti keras. Namun Syifa tidak berganjak. Tubuhnya terlalu lemah, bahunya masih berdenyut kesakitan.
Secara tiba-tiba, seseorang melanggar bahunya, membuatkan mangkuk makanan terjatuh ke lantai. Lelaki dewasa itu merenung tajam ke arah Syifa, wajahnya penuh amarah. Tanpa amaran, leher Syifa dicekik dan tubuhnya terangkat dari lantai. Pengawal yang menjaga pintu tidak berganjak, tidak peduli. Kekerasan sebegitu bukan urusan mereka.
Tubuh Syifa kemudian dihumban ke atas meja makan. Orang sekeliling bertempiaran lari agar tidak terlibat. Nafasnya tersekat-sekat ketika cuba bangun. Lelaki itu mendekatinya, lalu melayangkan tamparan demi tamparan ke wajah Syifa. Pukulan yang berat membuatkan mukanya luka dan lebam. Darah mengalir dari bibir dan pelipisnya.
Syifa tidak melawan. Dia hanya menahan bukan kerana pasrah, tetapi kerana tubuhnya sudah kehabisan tenaga. Dalam keperitan itu, kesedarannya mulai kabur, matanya mengelap dalam keputusasaan.
Takkan aku perlu terus hidup hanya untuk menjadi begini...
Melihat Syifa yang sudah tidak berdaya, lelaki itu berhenti memukul. Dia melangkah mendekat, menyepak wajah Syifa lalu meludah ke mukanya sebelum berundur. Tiada satu pun kata yang keluar dari mulut Syifa. Dia diam, dibiarkan terbaring dalam penghinaan.
Orang-orang kembali duduk dan menyambung makan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Syifa perlahan-lahan duduk semula, menyeka darah di wajahnya. Dari poket bajunya, dia mengeluarkan sehelai reben merah, kain kecil yang entah kenapa terasa berharga. Dia cuba membalut luka pada bahunya, yang kini kembali berdarah akibat jahitannya terbuka.
Beberapa orang tahanan mula melirik ke arahnya, mata mereka tertancap pada reben merah itu. Mereka tidak datang untuk membantu, mereka datang dengan curiga dan amarah, ingin tahu bagaimana budak selemah ini boleh memiliki sesuatu yang hanya dimiliki oleh mereka yang ‘diberi layanan atasan’.
Seorang wanita merampas reben itu dari tangan Syifa. Mata Syifa, separuh tertutup akibat lebam dan darah, menatapnya sayu.
"¿Cómo conseguiste esta cinta, mocoso? ¿A quién se la robaste? (Macam mana reben ini boleh ada pada kau, budak? Kau curi dari siapa?)" soal wanita itu, nada suaranya rendah namun penuh ancaman.
Syifa tidak menjawab. Nafasnya masih berat, darah masih menitik.
Wanita itu merapat, memegang dagunya dengan kasar. "Te lo preguntaré una vez más, mocoso. ¿Dónde conseguiste esto? Alguien como tú no debería portar esa cinta. Solo hay dos opciones, o calentaste la cama del hombre que te la dio, o simplemente no perteneces a este agujero inmundo. (Aku akan tanya sekali lagi, budak. Di mana kau dapat ini? Orang macam kau tak sepatutnya memakai reben itu. Hanya ada dua kemungkinan, sama ada kau panaskan katil lelaki yang beri ini pada kau, atau kau memang tak layak berada di tempat busuk macam ni.)"
Tangan wanita itu mencengkam rambut Syifa sebelum menolaknya ke belakang sehingga dia rebah kembali ke lantai. Syifa memandangnya dengan mata kosong, tiada satu pun reaksi.
Wanita itu berdiri, tersenyum sinis lalu memakai reben merah itu di pergelangan tangannya. Langkahnya meninggalkan Syifa yang diam, membiarkan kehormatan reben itu diambil kerana bagi Syifa, reben itu tidak membawa makna. Ia hanya sekeping kain yang menjadikan seseorang lebih murah daripada yang lain.
Syifa perlahan-lahan bangun lagi, membiarkan darah mengalir. Dia menekan bahunya yang kini tidak boleh lagi digerakkan tanpa rasa perit. Dengan tubuh yang terhuyung, dia masuk ke dalam barisan makanan. Ketika sampai di hadapan, wanita tua yang mengurus makanan menjelingnya dengan jijik, lalu mencedokkan sisa terakhir bubur cair ke dalam mangkuknya dan membaling sekeping roti yang keras. Tanpa sebarang kata, wanita tua itu berlalu.
Tiada siapa memberi ruang untuk Syifa duduk. Jadi dia menyandar ke dinding dan makan dengan lahap, menghabiskan setiap sisa tanpa meninggalkan setitik pun.
Tiba-tiba, bunyi lonceng bergema tanda masa makan tamat. Pengawal mula mengarahkan tahanan untuk bergerak. Tiada siapa tahu ke mana mereka akan dibawa. Syifa berjalan di belakang sekali, darah masih menitis dari jari-jarinya. Bahunya yang cedera telah terbuka sepenuhnya, menjadikan pergerakannya semakin perlahan.
Salah seorang pengawal menghentikannya. Yang lain diarah terus ke hadapan, manakala Syifa dibawa melalui lorong yang berbeza. Dia tidak membantah, hanya menurut, walaupun tubuhnya sudah hampir tumbang.
"Primero, cura las heridas de este chica. (Rawat luka budak ini dulu.)" ujar pengawal itu kepada yang lain. "El señor Edward quiere hacer un espectáculo. (Tuan Edward nak buat pertunjukan.)"
Dan Syifa tahu, ‘pertunjukan’ itu... bukan sekadar hiburan.
Syifa dibawa masuk ke dalam sebuah bilik rawatan yang sederhana. Ia hanyalah bilik biasa yang dilengkapi dengan peralatan asas untuk merawat luka serta beberapa ubat-ubatan. Tidak ada sebarang teknologi canggih di situ jelas sekali ruang itu disediakan khas untuk tahanan rendahan. Seorang pengawal membantu membalut luka pada bahunya, diam dan cekap seperti sudah biasa dengan tugas itu.
Dalam keadaan diam itu, mata Syifa menangkap beberapa pasu sederhana yang tersusun rapi di sudut bilik. Di dalamnya tumbuh pokok ketumbit yang kelihatan subur dan dijaga rapi. Dia hanya melirik, namun dalam hati sudah menyimpan niat untuk mengambil beberapa helai daunnya mungkin nanti, jika ada peluang.
Setelah selesai rawatan, Syifa diberikan pakaian baru sepasang baju berwarna putih yang bersih. Dia menyalinnya perlahan, tubuhnya masih lemah dan berbalut luka. Selesai berpakaian, dia sekali lagi dibawa merentas ruang-ruang sempit dan melingkar dalam menara itu. Namun kali ini, dia dapat merasakan perubahan suasana. Rekaan dalaman yang lebih kemas, lampu yang mewah dan canggih, semuanya memberi gambaran bahawa dia telah dibawa ke ruang yang dikhaskan untuk golongan atasan.
Mereka berhenti di hadapan sebuah pintu logam. Salah seorang pengawal menekan butang di sisi, dan pintu itu terbuka secara automatik. Syifa melangkah masuk dengan perlahan mengikut langkah pengawal dihadapannya, matanya memerhati sekeliling. Ruang itu sangat luas, dihiasi pelbagai fasiliti mewah. Di tengahnya, terdapat meja bulat yang dikelilingi oleh beberapa orang atasan. Lelaki dan perempuan, masing-masing ditemani oleh seorang individu berpakaian putih seperti dirinya. Namun, hanya satu dari mereka yang tidak mempunyai sebarang pengiring. Di belakang lelaki itulah tempat Syifa berdiri. Dia sedar, lelaki itulah yang telah memberikannya reben merah tempoh hari. Edward.
Edward berjalan mendekati Syifa yang masih berdiri di depan pintu. Dahinya berkerut, melihat wajah Syifa yang kini dipenuhi lebam dan luka. Dia menarik nafas dalam-dalam, jelas marah.
"Why the hell is her face all messed up? " tanyanya dengan nada geram kepada pengawal yang menghantar Syifa tadi.
Pengawal itu berdiri tegak, tubuhnya dilitupi kain hitam dari kepala hingga kaki, menyembunyikan sebarang emosi.
"Mi gente no sabía que ella pertenecía a usted, así que nadie detuvo la pelea... (Orang saya tak tahu dia milik tuan, jadi tiada siapa yang halang pergaduhan itu..)"
Belum sempat ayat itu dihabiskan, kepala pengawal itu melayang di udara. Pedang yang entah dari mana muncul di tangan Edward, pantas memenggal leher pengawal itu. Syifa hanya sempat melirik teknologi apakah yang menyembunyikan senjata itu? Tubuhnya diam, tidak terkejut, hanya tenang sambil mengunyah sesuatu dalam mulutnya, daun ketumbit yang diambil dari bilik rawatan tadi.
Edward meliriknya, hairan dengan ketenangan wajah gadis itu.
"¿Eres insensible a tus propios sentimientos o ya has vivido tanto tiempo rodeado de tal crueldad? " (Kau kebal dengan emosi sendiri atau dah lama hidup dengan kekejaman sebegini?)" soalnya sinis, senyum tipis meleret di hujung bibirnya.
Syifa tidak menjawab. Dia hanya berdiri, diam. Rasa sakit pada bahunya semakin reda, kesan dari daun yang dikunyah tadi.
Edward menggeleng perlahan. Geram. Dia tahu budak ini hanya akan membuatkannya tampak lemah di hadapan rakan-rakan setarafnya.
"Didn't you bring the girl to show her power? We’re not interested in seeing cheap murder. " sindir salah seorang lelaki yang duduk di meja.
" Shut the fuck up.. Un microbio que no puede hablar español. (Diamlah, Kuman yang tak boleh bercakap bahasa Sepanyol.)" balas Edward tajam sebelum menarik Syifa agar berjalan mengikutnya kearah meja mereka.
Lelaki yang disindir, Affendi, hanya memasang muka santai walaupun dalam diam dia menyimpan rasa ingin menumbuk Edward.
"That's why I don't like hanging out with bad guys like you, but because I want to show whose game is better, I'm joining you guys. " ujar Eugenahan, satu-satunya wanita dalam kelompok itu.
"Hurry up and get started. I heard someone brought their parents to our show today. " celah David dengan senyum sinis.
"I didn’t invite them for no reason. They dropped by because they made a few slave purchases. " balas Affendi sambil mengangkat kening.
Tiba-tiba, seorang pengawal masuk, membongkok sedikit sebelum bersuara, "La arena ya está lista para el espectáculo. (Arena sudah siap untuk pertunjukan.)"
Itulah gelanggang khas untuk perlawanan elit. Bukan seperti medan pembunuhan massa yang dikhaskan untuk hiburan umum, tetapi pertempuran terpilih yang ditonton oleh mereka yang berada di atas orang penting, kaya, dan berkuasa.
Mereka mula melangkah keluar menuju ke arena. Masing-masing diikuti oleh orang pilihan mereka. Edward berhenti, langkah Edward terhenti di ambang pintu, derapan kasut hitam berkilat itu bagai mengukir gema di ruang sunyi yang dingin. Dia tidak terus melangkah keluar. Sebaliknya, tubuhnya berpaling sedikit, cukup untuk memandang budak yang masih berdiri kaku di belakang.
“No me avergüences. Demuestra que sabes servir como subordinado. Si ganas, cumpliré un deseo tuyo... pero no será la libertad. (Jangan malukan aku. Tunjukkan kau layan jadi orang bawahan aku. Kalau kau menang, aku akan penuhi satu hajat kau… tapi bukan kebebasan.)" ucapnya tenang namun tajam. Nada suaranya tidak berubah tetap datar dan dingin, seperti ais yang tak pernah mencair.
Tanpa menunggu reaksi, Edward berlalu pergi, meninggalkan jejak aura menggerunkan yang masih melekat di dinding bilik. Pintu tertutup rapat di belakangnya, seolah-olah memeterai satu perjanjian tak rasmi yang baru sahaja dilafazkan.
Syifa melirik sosok tubuh lelaki itu dari belakang. Satu hajat? Kalau bukan kebebasan untuk apa hajat itu ditawarkan. Syifa mengeluh dalam diam, dia perlu fikir lebih bijak untuk keluar dari neraka ini. Masa yang ditetapkan datuknya ialah dua hari untuk kembali. Mungkin ini sebahagian dari latihan atau bukan, dia kena cari jalan.. untuk pulang. Ya pulang, hanya disitu tempatnya untuk kembali.
Kerana baginya, pulang bukan sekadar pilihan. Ia satu-satunya tempat dia sepatutnya berada.
Makmal itu sunyi yang ketika dulu digunakan oleh beberapa pengkaji, namun kini hanya ditemani cahaya kebiruan daripada lampu neon yang tergantung rendah di atas meja logam. Ruang itu dipenuhi aroma bahan kimia yang telah lama terbuka, menyeruak halus bersama udara dingin yang tidak pernah berubah. Tiada tingkap, hanya dinding konkrit yang lembap dan berlumut, seolah-olah menelan bunyi setiap pergerakan di dalamnya.
Deretan tabung uji tersusun kemas di rak kaca yang terpancang di tengah makmal, sebahagiannya masih berisi cecair tidak dikenal yang berkilau samar dalam gelap. Skrin komputer yang lama masih menyala, menayangkan imej radiografi otak manusia dalam resolusi tinggi mungkin milik mereka yang menjadi bahan uji kaji sebelum ini.
Alexe melangkah perlahan ke arah rak penyimpanan logam di hujung bilik. Laci-lacinya berkarat, namun masih utuh menyorokkan puluhan fail bertanda 'CONFIDENTIAL' . Tangannya terhenti pada satu fail yang berdebu warnanya sudah pudar, tetapi labelnya masih jelas 'Serum Mutasi - Projek VantaCell-09'.
Dia menarik fail itu keluar dengan berhati-hati, seolah-olah menyentuh peninggalan berbahaya. Diselak satu per satu, matanya meneliti nota tulisan tangan dan lakaran molekul. Ini bukan kali pertama dia meneliti kajian itu, namun kali ini, sesuatu terasa tidak kena. Rumus yang dahulunya sempurna kini tampak seperti sengaja diubah angka tidak sepadan, turutan eksperimen bercelaru.
"Ini bukan tulisan asal Dr. Medeia hill." bisiknya perlahan.
Komputernya segera dihidupkan. Suara dengungan kipasnya menyatu dengan tekanan hatinya yang semakin membuak. Tangannya ligat menaip, memadankan rumus yang tercatat dengan versi asal yang pernah dia simpan secara sulit. Satu per satu, perbezaan mula muncul dan Alexe sedar, seseorang telah mengubah sejarah eksperimen itu.
Bukan untuk memperbaiki. Tapi untuk menyembunyikan sesuatu.
Share this novel