Aisy mengukir senyuman sinis, walaupun dalam waktu yang sama dia bergitu hampa dengan penolakan Syifa. Lelaki itu merebahkan badannya di atas katil sambil memandang atas siling. Dia menolak rambutnya kebelakang dengan keluhannya.
"I will wait until you give everything." Gelak kecil Aisy sambil memasukkan tangan ke dalam bajunya dengan menjilat bibir atasnya.
"Aku akan buat kau bayar setiap penghinaan aku, dengan buat kau tersiksa menolak lelaki paling mulia ini." Gelaknya berdekad-dekad
Syifa jatuhkan telefonnya di tepi, menghembus nafas dalam. Tak mampu berfikir lagi untuk meneruskan kehidupan sehina itu. Apa yang salah dalam hidupnya sehingga dia menerima bergitu banyak tekanan. Air matanya mengalir tak mampu menahan sebak yang dipendam. Ya Allah, apakah aku kuat dengan ujianmu yang satu ini? Kenapa terus menerus masalah datang, bila akan berakhir? Hamba sangat menderita terlalu lama...
Telefonnya berdering. Panggilan dari Lola, Syifa mengesat air matanya lalu duduk di atas katil untuk menyambut panggilan dari sahabatnya itu. Waktu yang tepat Lola datang..
Pemandangan yang memukau dari atas apartmen mewah yang mempunyai dua belas tingkat, menampakkan kemewahan disetiap suduk bilik itu. Lola baring diatas katil dengan sedikit tubuh bahagian atasnya terdedah sebelum ditarik comforter sehingga paras bahu
"Syifa~"Panggil Lola manja
"Ermm." Ngumam Syifa sebelum menarik nafasnya agar tidak kedengaran nada serak.
"Kau pergi mana seharian, aku call tak jawab?" Tanya Syifa lalu berdiri menuju ke balkoni biliknya. Menghirup udara yang bergitu sejak pada waktu malam.
"Aku baru balik dari hospital, ambil ubat.." Jawab Lola. Kedengaran suara gelak pada hujung talian. Lola membuat isyarat tangan senyap.
Syifa mendengus dengan senyuman nipis.
"Iya keh? Tapi esok aku tak pergi sekolah. Aku kena kerja full." Ujar Syifa mendatar, malas untuk mengetahui sama ada Lola membohonginya atau tidak
"Lah kenapa kau kerja? Berhenti lah kerja tu. Kau kan kaya, buat apa nak penat kerja bagai?" Keluh Lola
"Kaya tu keluarga aku. Bila-bila mereka boleh buang aku. Jadi aku kena selesakan diri aku untuk hidup macam ni." Balas Syifa. Bila fikikan hal itu air matanya mula berkaca, kenapa dia kena berkerja keras hanya kerana jurang perbezaan yang dibuat oleh kedua orang tuanya?
"Sorry lah. Aku tak bermaksud pun nak terasakan kau. Esok lepas sekolah, kita pergi karoke. I miss you so much. Mesti kau banyak benda nak cerita kan?" Pujuk Lola dengan senyuman manisnya
"Thanks sebab risaukan aku..." Syifa melorek senyum, terasa masalah yang menekannya tadi sikit demi sedikit menghilang.
"Tapi aku terlalu banyak menyimpan, aku just takut kau annoying" Ujarnya lagi dengan nada bersalah dengan ketatnya bibirnya
"Menjadi terlalu matang pun tidak baik untuk kebahagiaan. Apa guna kawan, kalau tak boleh jadi bahu untuk bersandar." Tutur Lola dengan nada semangat
Syifa tersenyum sehingga terserla giginya yang tersusun kemas, sebelum memandang langit yang di penuhi bintang yang berkelipan.
"Semoga Allah membalas kebaikanmu dengan rahmat kasihnya." Doa Syifa dengan air matanya yang di tahan tadi mengalir pelahan menuruni pipi, terharu akan kata-kata Lola
"Aku sayang kau tau. Okay, aku letak dulu tau. Esok kita jumpa tempat biasa yeh." Ujar Lola. Selepas Syifa mengiyakan cadangaannya. Lola menamatkan panggilan.
Pandangannya melirik kearah lelaki yang baring bertiarap disebelahnya tanpa baju. Pelahan-lahan mendekatkan tubuhnya yang hanya mengenakan pakaian dalam di atas belakang lelaki itu.
"Let's continue~"Bisik Lola ke telingan lelaki itu. Lelaki itu pusingkan badannya lalu menatap dengan pandangan mengoda kearah Lola.
"Saya tak sangka kata-kata awak sungguh manis, sehingga boleh berkawan dengan gadis dingin seperti Syifa." Puji Mirul sebelum mengelus lembut pipi Lola
"Pembohongan adalah perlu apabila kebenaran terlalu sukar untuk dipercayai." Balas Lola dengan gelak kecilnya membuatkan Mirul melabuhkan bibirnya kejap di bibir milik gadis itu. Tersentak dia akan tindakan Mirul tadi
"Jadi awak tipu, bila awak cakap cintakan saya?" Tutur Mirul dengan rauk wajah ingin tahu
"Tidak." Pantas Lola membalas dengan gelengan kepalanya
"Saya tidak pernah mengambil berat tentang sesiapa. Apa yang saya berikan, saya berikan dari hati saya." Luah Lola penuh perasaan sambil memegang kedua pipi Mirul untuk menatap matanya
"Awak tak kesah Syifa benci awak lepas ni? Saya cuma tak nak rosakkan hubungan persahabat korang saja." Mirul mengalihkan tangan Lola sebelum baringkan kepalanya ke bantal
"Macam awak cakap tadi, Syifa just gunakan saya untuk masalah bodohnya dan buat saya seperti orang bodoh mendekatinya." Ujar Lola kesal sebelum mendengus. Mirul tersenyum seraya mengangguk.
"Saya saja nak uji kesetian awak. Awak orang pertama yang mendapatkan hati saya. Saya tak akan buat awak menyesal dengan pilihan ini. Love you dear." Tutur Mirul sebelum memeluk Lola kejap, gadis itu membalas pelukan Mirul.
Mirul tersenyum sinis dengan jelingan matanya. Aku benci perempuan polos macam kau, tapi benda dah free. Try jeh lah.
"Tomorrow I make her kneel at my feet." Mirul melorek senyum lalu mengalihkan rambut Lola yang terjuntai diselit dicelah telinga. Dia menarik Lola jatuh dalam dakapannya.
"I need you more, tonight~" Bisik Mirul lalu menolak Lola kembali baring atas katil. Goblok!
KEESOKAN pagi, kediaman Syifa. Pembantu rumah mengetok pintu bilik Syifa. Dia hairan kerana tidak melihat kelibat gadis itu menjama sarapan yang disiapkan di meja makan, mungkin terlajak tidur. Semalam dia nampak Syifa lama duduk diluar balkoni, entah apa yang difikirkan. Walaupun sudah setengah tahun berkerja, majikanya itu tidak pernah menanya khabar anaknya. Melainkan mengajikan mereka untuk sentiasa melakukan kerja rumah.
"Kau kenapa termenung?" Sapa Syifa selepas dia membuka pintu biliknya. Pembantu rumah yang mesra dipanggil Nurul geleng kepala lalu fokuskan ke arah Syifa yang masih mamai
"Cik tak pergi sekolah keh? Daniel tunggu kat luar rumah, ingat Cik dah bersiap." Balas Nurul dengan nada hormat
"Kau suruh je dia pergi sekolah. Cakap aku salah makan." Jawab Jihyo serius
"Cik keracunan makanan ke? Saya minta pak Jamal hantar cik pergi hospital ya." Tuturnya dengan nada risau, rauk wajahnya sudah berubah cuak, takut kalau-kalau makanan yang dia masak semalam menyebabkan Syifa sakit
"Aku kerja shift full hari ni, bagi tahu je budak Daniel tu pergi sekolah." Tutur Syifa malas
" Cik kan part time jeh, kenapa kena kerja waktu sekolah?" Hairan Nurul dengan kerutan keningnya
"Dah lah, berhenti soal-soal aku, penat lah nak bercakap awal pagi ni. Nanti bagi tahu budak tu tak payah ambil shift malam lepas ni, datang jeh kelas tambahan dia." belum habis ayat yang ingin disampaikan Syifa, Nurul memotong
"Cik pun kena datang kelas tambahan kan?"
"Aku tak ada masa depan yang cerah macam orang lain. Go and live your life well." Arah Syifa lalu menutup pintu biliknya. Nurul kerut dahi sambil mengeluh. Dia bagi motivasi, tapi tak pernah buat apa yang dia cakap.
JAM menunjukkan lapan dua puluh minit malam, dia menjenguk memandang keluar pintu kaca, Lola berada diluar sambil melambai kearahnya. Syifa memberi isyarat tangan agar menunggunya, dia merenung jam tangannya sekilas. Mana pula dia ni. Pekerja lelaki masuk sambil menunduk tanda maaf atas kelambatannya.
Syifa dan Lola berjalan menuju ke tempat karaoke yang sudah dibincangnya tadi pagi. Lola bergitu riang hari ini, tidak tahu mengapa. Banyak pula cerita yang dibualnya, tapi tidak ada tanda-tanda menceritakan semasa dia sakit. Syifa hanya membalas saja cerita yang disampainya. Tiba-tiba langkah Lola yang tadi laju berjalan dihadapan di perlahankan sambil menolek kebelakang kearah Syifa yang sedang berkerut dahi. Pemandangan di atas jejantas menarik mintanya sebelum Lola berhenti menikmati suasana itu. Syifa berdiri disebelah, nafas ditarik sebelum dilepaskan
"Kau kenapa, happy semacam?" Soal Syifa dengan sengihannya
"Perasaan saya sering terluka. Setiap kali saya terluka, saya akan cuba menjadi lebih ceria. Saya tersenyum dan belajar lebih tekun, supaya saya tidak kehilangan identiti saya." Balas Lola sebelum pandangan kosong dilemparkan pada lebur raya yang sesak dengan kenderaan
"Sometimes I'm so tired of explaining my side, so I accept that all of it was my fault." Sambungnya lagi sebelum melorek senyum kearah Syifa yang berdiri disebelahnya. Syifa sudah berkerut memproses setiap kata-kata yang keluar dari sahabatnya itu
"I smile all the time, so that no one knows how sad and lonely I really am." Ujarnya lagi dengan nada kesal, terserlah rauk wajah sedihnya sebelum matanya mula berkaca
"Beberapa orang yang salah, mengajar pelajaran yang betul dalam hidup." Tutur Syifa setelah hanya berdiam saja mendengar luahan hati gadis disebelahnya itu
"Orang lain memang takkan faham, sebelum rasa apa yang kita alami. Banyak perkara yang dipandang remeh tentang kita, walaupun kita sudah separuh mati menjalaninya." Luah Syifa, untuk beberapa saat, hatinya hanyut dalam kebisuan.
"Saya rasa begitulah keadaannya. tiada gunanya bersangka baik dengan orang."Balas Lola dengan nada mendatar. Air muka melukis kepedihan yang maha dalam.
"Biarkan mereka salah tentang anda, tiada apa-apa untuk dibuktikan. Innocent people are not stupid, mereka hanya menganggap semua orang mempunyai hati yang baik." Ujar Syifa lagi cuba untuk memahami disetiap luahan hati Lola yang sedang mengalahkan diri apabila orang sekeliling menyakitinya.
Lola mengeluh lemah
"Apabila anda melalui masa yang paling teruk sendirian, anda benar-benar tidak peduli siapa yang tinggal dalam hidup anda." Lola melorek sengihan sebelum menjeling Syifa yang setia berada disampingnya, sebelum mendengus kasar
"Kau orang yang hebat... aku pun nak jadi macam kau kalau boleh. Aku... nak jadi seperti kau."Senyum lola dengan air mata yang menuruni pipi sebelum diseka pelahan.
Syifa tersentak akan luahan dari Lola itu sebelum menghela nafas dalam
"Kau adalah kau, dan aku adalah aku. Kau hanya boleh jadi diri sendiri. Kena terima dan hadapi dengan diri sendiri." Ujar Syifa dengan nada yang pelahan tetapi masih didengari Lola. Gadis itu mengangkat kepala apabila tertunduk seketika kerana tiba-tiba malu air matanya yang mudah mengalir
"Aku nak cakap ini dari awal, sebelum kau kenal aku. Aku bukan seperti orang yang kau sangka, tapi kau terus mendekat. Pada akhirnya kau tidak mendapat apa-apa dengan bercakap dengan aku. Kau boleh menarik perhatian orang yang lebih baik daripada aku. Kalau kau menyesal, jangan salahkan aku sendiri." Sambung Syifa lagi dengan nada dinginya, pandangannya yang redup itu membuatkan Lola membalas dengan senyuman nipis
"Syifa ada sifat yang kasar dalam setiap kata-kata. Tapi bila kau mula serius, aku tahu kau maksudkan itu semua. Aku tak mengesal kenal orang-orang disekeliling aku. Macam kau cakap, beberapa orang yang salah, mengajar pelajaran yang betul dalam hidup." Ujar Lola dengan senyuman yang setia terukir di bibir, Syifa hanya membalas dengan tenungan kosong sebelum menghela nafas dalam
"Kerap kali saya tidak mahu menjadi diri saya sendiri. saya tidak cantik atau secara semula jadi menyenangkan, polos, pemalu dan penakut. saya tidak pandai atau kelakar, atau confident. Tidak ada tarikan yang menarik ada pada diri ini. Saya membuat penyimpangan kecil dan mencuba apa yang saya boleh, tetapi akhirnya saya kembali ke tempat saya. Kerana orang yang mengalu-alukan saya semasa saya berada di sana. Orang sekeliling melihat saya sebagai seorang yang lemah . Semua yang saya mahukan itu ada pada awak."
"Berhentilah berfikir bahawa semua orang itu memandang fizik, diujung bumi lain akan ada yang menerima kau apa adanya, tapi sayangnya bumi ini bulat, kembalilah bersedih." Balas Syifa bersahaja
"Mana mungkin, orang membosankan macam aku bahkan yang takde kawan, boleh ada boyfriend." Gelak kecil Lola
"Aku bukan kawan kau keh?" Soal Syifa sedikit sentap akan kata-kata yang keluar dari mulut Lola tadi
"Aku mengesal berikan segalanya pada malam itu. Tapi aku tak mengesal mengetahui kebenaran orang seperti kau." Tutur Lola dengan nada mendatar, pandangan mula dibuang mendongak langit
"Apa yang kau cakap ni? Dari tadi mengeluh entah apa-apa. Kau maksudkan tentang apa?" Kesal Syifa dengan nada tidak berpuas hati dengan kerutan kening yang sudah mula bersambung
"Saya sepatutnya lebih jujur tentang perkara yang saya suka dan perkara yang saya benci. Saya sepatutnya lebih mengambil berat tentang apa yang saya mahu daripada apa yang orang lain mahukan. Saya sepatutnya memuji diri sendiri daripada membuang masa memuji orang lain." Sambung Lola lagi dengan nada sedikit serak, rauk wajah berubah sedih dengan matanya mula merah menahan diri dari menyeluarkan segalanya
"Adakah ia menyeronokkan untuk mengatakan apa sahaja yang ada di fikiran? bagi sesetengah orang, nampaknya orang sedang menahan diri kerana mereka bodoh. Tetapi jika mengatakan semua yang ada di fikiran, kau perlu melihat orang lain terluka kerana apa yang katakan. Sesetengah orang merasa lebih sukar daripada menahan diri. Jadi, mereka berusaha keras untuk tidak berkata apa-apa." Balas Syifa dingin, pandangan mula tertumbuh lampu merah pada kenderaan yang mula sebaris beratur menunggu lampu hijau
"Yang kita perlukan dizaman sekarang ini ialah berkumpul dengan kawan yang baik. Yang perkataannya adalah ilmu, suaranya adalah kebaikan, dan marahnya adalah mengingatkan." Ujar Syila dengan senyuman mula melorek di bibir merahnya
"Sekarang saya berasa seperti ketinggalan di belakang orang lain, walaupun saya memilih untuk terus hidup. Akan tiba saat saya menyedari bahawa semuanya bergantung keputusan yang saya pilih pada mulanya. I want to be happy, without losing myself. I want to achieve everything I want." Tutur Lola lalu membuang pandangan kearah Syifa disebelahnya
"Jom lah pergi." Ajak Syifa sebelum memulakan langkahnya
"Kau dah book tempat tu kan?" Tanya Syifa sebelum menolek kebelakang memandang Lola yang masih berdiri ditempatnya
"Erm." Menggumam Lola sambil anggukkan kepala, mengiyakan pertanyaan Syifa sebelum melangkah mengikut Syifa dari belakang. Sempat lagi Lola membuang tatapan tajam kearah Syifa yang sudah berjalan dihadapan
"Pada akhirnya, aku seperti orang bodoh yang berkawan dengan orang yang tidak peka." Monolognya dalam hati sebelum berlari anak agar berjalan seiringan dengan Syifa
Lola membuka bilik pintu karaoke yang mereka telah tempah. Syifa kerut dahi melihat beberapa orang yang berada di dalam bilik yang ditempah oleh Lola tadi. Takkan masa mereka belum habis kot?
"Jom lah Syifa" Perlawa Lola sebelum menarik tangan Syifa agar masuk ke dalam bilik tersebut. Orang yang berada dalam bilik tersebut memandang hairan ke arah Syifa. Apa tengok-tengok nak mati keh?!
"Kau cakap kita berdua jeh?" Syifa merentap tangannya kembali. Dia menyelak langsir ingatannya apabila mengenali rauk wajah tiga perempuan yang di kelab bersama Mirul tempoh hari
"Kebelakangan ni aku banyak kenal orang." Jawab Lola selambah dengan nada mengjengkelkan
"Kebelakangan ni?" Kerut kening Syifa tidak memahami apa yang ingin disampaikan Lola
"Dorang kan sama kelas dengan kita, yang sorang lagi tu senior sama kelab dengan aku." Jawab Lola tenang dengan senyuman nipis mengukir
"Aku nak spend time dengan kau, kenapa jemput orang asing pula?" Geram Syifa dengan nada sedikit dinaikkan
"Mereka bukan orang asing lah, orang Malaysia.." Gelak kecil Lola. Di tenung tajam oleh Syifa. Kenapa dengan dia ni?
"Lola apa kena dengan engkau ni? Dari tadi buat aku keliru. Kau nak cipta suasana apa sebenarnya?" soal Syifa lagi dengan nada serius, sambil mengetap bibir geram
"Tak payah serius sangat Syifa, kau akan tertekan nanti." Senyum Lola. Syifa mengetap gigi melihat tindak balas gadis dihadapannya itu. Kenapa aku benci senyuman tu?
"Aku separuh nak mati pendam masalah aku sendiri. Kau hanya dapat teka aku just tertekan?" Keluh Syifa dengan perasaan hampa akan sikap Lola.
"Aku dah muak dengar masalah kau. Hari ni apa pula kau nak bagi tahu?"Nada mendatar sambil palingkan wajahnya ke tempat lain. Tersentak Syifa seketika akan ayat yang diluahkan oleh sahabatnya itu. Kenapa ni?
"Muak?" Syifa mengulang ayat yang ditekankan oleh Lola dengan rauk wajah tegangnya
"Mari kita berterus terang sahaja. Aku benci kau. Kenapa semua orang nak pandang kau, kenapa semua lelaki kacak mengelilingi kau, kenapa kau berlagak itu satu kekacauan? Kau saja nak berbangga, dengan mengatakan itu ialah masalah kau?" Kata Lola sambil menaikkan bebola matanya keatas. Aku penat berpura-pura selama ni!
Syifa tidak mampu berfikir untuk membalas apa yang dikatakan Lola, tekaknya kembang menahan sebak, ditahan air mata agar tidak jatuh. Tetapi dia tidak sekuat itu, akhirnya air mata yang ditahan mengalir. Agak menyedihkan apabila anda menyedari orang yang anda pernah cerita segala-galanya, kini tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup anda. Aku fikir mencari seseorang untuk meluah segalanya membuatkan semua akan baik-baik sahaja, ternyata aku silap langkah untuk mempercaya dia.
"Kenapa baru sekarang kau rasa terbeban?"Luah Shifa dengan nada serak. Memalukan, kenapa aku rasa lemah seperti ini?
"Kau tahu apa yang aku benci, orang suka banding diri kau dengan aku. Orang mula-mula bertanya kepada aku apa yang aku lakukan, kemudian mereka memberi penghormatan mengikut lever. Tapi kau hebat di mata mereka walaupun mereka tidak kenal kau siapa. Tak adil, kisah kau dikarang sangat baik. Aku mula sedar, kau hanya pergunakan aku untuk buat diri kau lebih baik." Sengih Lola sambil merenung tajam ke arah Syifa yang sedang menahan amarah sambil mengepal kedua tangannya
"Kau ceritakan segala masalah kau, seperti kau saja punya masalah. Aku bertahan dengan ayah yang selalu menekan dan bandingkan aku dengan adik aku. Tidak kuat dan diperbodohkan seperti aku tak ada perasaan. Aku sembunyikan semua itu dengan senyuman dan gelak tawa. Pernah kau faham aku?!" Tengking Lola dengan nada kuat, matanya mula berkaca
"What do you know?! what the hell do you actually know about me, Huh?! Nothing! Aku akan memberitahu kau jenis aku yang sebenarnya. Aku tidak mempunyai kekuatan, tetapi aku boleh lakukan semuanya sendiri. Aku tidak mempunyai pengetahuan, tetapi hanya untuk bermimpi. Tiada apa yang boleh aku lakukan dengan berjuang, sia-sia seperti orang bodoh. Aku benci diri sendiri! Kau tak perlu ingatkan itu." Syifa mendengus kasar, sambil mengepal jari-jemarinya menahan sabar
"I don't tell people my problems because no one can fix them. What are they gonna do? Tell me it's okay when it's not. Tell me they understand when they don't. I'm tired and no one can help me."Bentak Lola dengan nada kuat, air mata yang ditahan tadi akhirnya berguguran membasahi pipi. Syifa berkerut dahi, melihat perubahan sesuasana mereka berdua
Tiga pelajar perempuan dalam bilik karaoke tadi asik menyaksikan perbalahan dihadapan mereka itu, sudah tidak tertarik untuk memilih mana-mana lagu untuk dinyanyikan. Salah satu pelajar tadi sedang berbual dengan seseorang dalam telefon bimbitnya.
"Tiada siapa yang tahu berapa kali saya duduk di dalam bilik saya dan menangis. Berapa kali saya hilang harapan, berapa kali saya dikecewakan dan berapa kali saya menahan air mata. Kadang-kadang orang yang paling kuat adalah mereka yang menangis di sebalik pintu tertutup dan melawan pertempuran yang tiada siapa tahu."Lola bersuara dengan nada sedikit terketar-ketar menahan sebak. Teresak-esak dia menangis di situ. Syifa mula rasa bersalah, dia keliru.
Apakah masalah ini berpunca dari dirinya? Tapi perlu kah Lola meluahkan semua itu tanpa memikirkan perasaannya juga?
"Sampai mati kau takkan tahu, betapa susahnya aku bertahan untuk hidup dengan pandangan manusia." Bentak kuat Lola dengan kedua tangan dikepal kuat. Air mata yang masih galak menuruni pipi dibiarkn sahaja membasahi seluruh wajahnya.
"Lola.. dengar dulu.." Belum sempat Syifa menghabiskan kata-kata, pandangan tajam Lola menghentikan tindakannya untuk mendekati sahabatnya itu
"Tiada seorang pun di dunia ini memerlukan kau. Sedar diri lah sikit! Jangan banyak bermimpi. Kelak tiada hal yang baik akan berlaku juga. Hidup kau akan terus gelap gelita!!" Tengking Lola dengan nada lantang sambil menuding jari kearah muka Syifa yang sudah berdiri kaku dengannya kata-kata kasarnya itu
Terkebil-kebil mata Syifa memproses segalanya yang tiba-tiba saja berlaku, entah tarikh apa yang malang sangat hari ini, sampai dia perlu mendengar setiap hinaan yang dilontar oleh kawan baiknya itu sendiri. Hatinya seperti dirobek berkali-kali, kakinya tidak cukup kuat lagi berdiri terlalu lama, apalagi dihina oleh sahabat yang dia sanggup tunjukkan kelemahannya disebalik pandangan dinginya selama ini.
"Hey sayang~" Bisik Mirul dari belakang cuping telingan Syifa yang berlapik tudungnya. Terhinjut bahu Syifa akan sapanya itu. Sebelum menjarakkan dirinya apabila lelaki itu tiba-tiba meletakkan dahu di atas bahu Syifa
Mirul yang dari tadi mengikuti mereka dari belakang berjalan mendekati Lola, akhirnya rancangan berjaya untuk merangkap Syifa masuk kedalam perangkapnya. Dia berdiri disebelah gadis itu sebelum mengeka air mata yang membasahi pipinya sambil memujuk Lola untuk berhenti menangis. Syifa tergamang menyaksikan babak beberapa saat yang berlaku dalam keadaan yang tidak disangka-sangkakan langsung. Pandangannya dialih kearah Syifa yang masih terpaku melihat mereka berdua berdiri seiringan sebelum melingkari kemas pinggang Lola
"Aku dah jelaskan segala-galanya tentang kau. Just one night, she trust me." Senyum sinis Mirul sambil memandang dengan pandangan mengoda kearah Lola yang berdiri disebelahnya. Lola membalas dengan senyuman manisnya.
Membulat mata Syifa akan kenyataan yang dikatakan Mirul. Itu yang dimaksudkan Lola akan kata-katanya di jejantas tadi. Tidak sangka sahabat yang dia percaya dan terlalu bermakna itu, sangguh melakukan perkara yang terkutuk untuk menawan hati lelaki yang dicintai. Matanya berkaca, menahan sebak akan pengakhiran sebuah persahabatan untuk seorang lelaki yang tersenyum melihat mereka hancur berkeping-kepingan.
"Jika menyukai seseorang bukankah segalanya tentang dia baik di mata kau? You believe him, you will be destroyed. It's funny, bila ada orang ada masalah dengan aku, dia akan bagitahu semua orang tapi bukan aku. Kau tak setanding aku. Kalau kau nak berambus, get lost!."Bentak Syifa dengan nada lantang sambil menekankan ayat terakhirnya.
"Kau tidak tahu apa-apa tentang aku. Rasanya dunia akan adil, jika seseorang itu sendiri merasakan penderitaan yang sama sebelum menilai." Senyum sinis Lola sambil menyilang kedua tangannya, ditambah dengan gelak kecil Mirul
Syifa mendengus geram sebelum membuang tatapan tajam kearah Lola. Tanpa berfikir panjang tumbukkan maut hinggap pada muka Lola, disebabkan tumbukan itu Lola tidak mampu stabilkan badannya lalu jatuh terduduk sambil mengerang kesakitan pada pipi dan hidungnya. Disebabkan tumbukan itu, hidung Lola juga terkena pukulan sehingga mengeluarkan cecair merah. Mirul duduk sambil menghulurkan tangan cuba untuk membantu.
"Talk shit about me i don't care, but remember who was there for you!" Pekik Syifa lantang
"Sepatutnya aku biarkan kau mati dibelasah pelajar tu dulu. Tapi aku bodoh, apabila melihat orang lemah yang sekarat, kaki aku melangkah tanpa aku sedar sudah berada ditempat kejadian. Aku tak mengharapkan balas, tapi orang yang mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain, tak akan ada peluang kedua untuk buat hidup engkau hari-harinya bahagia." Tegas Syifa dengan amarahnya. Buat pertama kali tangannya bergetar disebabkan pukulan kepada Lola tadi. Mungkin dia ada rasa sikit bersalah memukul orang yang tak berdaya seperti Lola
Shifa menggenggam erat buku limanya menahan amarah yang cuba dikawal, sambil mendongak ke atas menahan agak air matanya untuk tidak mengalir.
"Jangan pernah datang, untuk memohan kemaafan." Tegas Syifa lalu mengatur langkah untuk pergi
"Kau ingat ada keh orang nak kawan dengan perempuan gila macam kau!?" Bentak kuat Lola yang masih duduk di lantai memandang kelibat Syifa berjalan meninggalkan tempat itu. Mirul mula melorek senyuman sinis apabila rancangan berjaya.
Langkah Syifa terhenti apabila dua lelaki bersut hitam dengan badan yang sasa berdiri dihadapannya. Syifa menghembus nafas dalam,merenung tajam kearah dua lelaki yang berhalang laluannya.
"Manusia terlalu kecil untuk diharapkan, terlalu rumit untuk dibaca, terlalu sederhana untuk menjadi sumber kebahagiaan, terlalu singkat untuk ditemani, terlalu pelupa bila sedang gembira dan si paling pengingat bila dikecewakan." Ujar Mirul lalu berdiri merenung kearah Syifa yang tidak jauh berada dihadapannya. Lola sudah tidak dihiraukan lagi, gadis itu mula di buat kebinginan akan perubahannya yang secara tiba-tiba.
"Orang yang tidak bersyukur akan membenci kau kerana satu kesilapan dan melupakan ratusan perkara baik yang kau lakukan untuk mereka." Tuturnya lagi sambil berjalan mendekati Syifa yang dihalang oleh dua pengawal yang diupahnya itu
Kata-kata yang diberikan untuknya itu membuatkan Syifa menoleh ke belakang. Syifa menelan liur. Gadis itu membalas pandangan Mirul dengan wajah tegang. Tajam mata lelaki itu merenung anak matanya, sebelum Mirul menolek dengan senyuman sinis.
"Buat dia melutut depan aku." Mirul berjalan mendekati Syifa. Tangan mula disilang sambil renung kearah Syifa dengan keangkuhan
"On my knee." Senyum Mirul dengan bongkaknya
Syifa meludah tepat ke arah muka Mirul. Dia mengetap gigi geram lalu menjeling dengan rauk wajah bengang.
"Dua kali kau ludah aku. Kenapa tak bagi kucupan sahaja?" Rauk wajah Mirul bertukar bengis. Geram akan kelakuan Syifa. Dia jerit sedikit kuat mengarahkan dua lelaki itu menahan Syifa. Dia menahan egonya sedikit tercalar.
Seorang pengawal yang diupah Mirul menarik kasar kedua tangan Syifa kebelakang sambil menendang belakang lututnya agar duduk melutut di hadapan Mirul. Syifa mengerang kesakitan apabila lututnya terhempas kuat di atas lantai. Macam mana aku nak lepaskan diri dengan manusia besar ni? Syifa mengalihkan pandangan kearah Mirul yang berdiri dihadapannya dengan senyuman kemenangan akan keberhasilannya. Matanya tak lepas memandang wajah gadis itu yang sudah kemerahan menahan marah, pipi Syifa yang membahang merah menarik minatnya. Cantik!
"Kau ada kata-kata terakhir, sebelum aku rosakkan kau?" Mirul bertanya dengan nada sarkastik sebelum mendongak dagu Syifa memandang ke arahnya.
"Anjing macam kau, tak layak tidur dengan aku." Balas Syifa dengan nada sedikit tinggi, merendam jengkel.
Tamparan kuat hinggap ke pipi Syifa sehingga mengalirkan cecair merah ditepi bibir. Syifa menolek senyum sebelum gelak kecil sambil menjilat darah yang mengalir di tepi bibirnya, terhibur akan reaksi muka Mirul yang tersentak akan katanya itu.
"Bawa dia." Arah Mirul. Lola yang melihat akan tindakan Mirul memandang dengan pandangan tidak berpuas hati. Lola terkulat-kulat, tidak mengerti. Kepalanya yg tidak gatal, digaru pelahan. Sebelum merentap tangan Mirul untuk menghentikan lelaki itu.
"Awak cakap nak buat dia melutut sahaja, kenapa sampai nak tidur dengan dia?" Marah Lola dengan pandangan tajam kearah Syifa yang sudah dipegang oleh pengawal Mirul.
"Kerja kau dah settle. Kau nak bersuka ria pun boleh, kau nak berampus pun boleh." Ujar Mirul dengan nada dingin sebelum menarik tangannya kembali agar dilepaskan oleh Lola.
"Awak jangan mainkan saya... saya dah berikan segalanya. Awak yang cakap, nak saya sorang saja.."
"Nonsense!" Jeling Mirul dengan nada rendah sebelum meneruskan langkahnya
Lelaki berbadan sasa itu memaksa Syifa untuk meneruskan langkah mengikuti Mirul yang tidak mengendahkan apa yang dikatakan Lola lagi. Walaupun Syifa cuba merontah tidak sedikit pun tangannya yang dipegang itu beralih tempat, cengkaman lelaki itu terlalu kuat sehingga terasa pada tulang pergelangan tangannya.
Selepas sampai di dalam bilik yang cukup mewah itu, lelaki berbadan sasa itu menolak kasar Syifa ke atas katil. Tersembam badan Syifa sehingga kepalanya terhamtuk pada penghadang belakang katil. Mirul merenung tajam kearah pengawalnya sebelum menampar kuat pipi lelaki tadi.
"Kau buat kerja kau elok sikit?! Kalau dia dah cacat kau ingat aku nak keh?" Bentak kasar Mirul kearah lelaki itu. Pengawal itu tunduk akur akan kesilapannya
Seorang lagi lelaki sedang menghalakan stand camera menghadap kearah atas katil. Syifa mengerut dahi memerhati kelakuannya. Apa yang si tak guna rancangkan. Dia mula menelan air liur yang terasa tawar. Apabila dia cuba untuk memperbaiki kedudukannya, dia mengerang kesakiran apabila merasakan pergelangan tangannya yang merah terseliuh disebabkan tolakan kuat lelaki tadi. Tak guna, aku akan mati dalam keadaan macam ni keh?
Lepas dua lelaki berbadan sasa keluar. Mereka berdiri di luar pintu. Untuk menghalang kalau-kalau Syifa cuba untuk melarikan diri. Mirul memanjat katil sambil membuka satu persatu butang bajunya. Syifa masih memegang tangan kirinya, nak gerakkan sedikit pun terasa nak patah tulangnya.
"Jangan risau, aku buat slow slow jeh." Senyum sinis Mirul sambil menangkap kedua kaki Syifa agar tidak mengundurkan diri kebelakang.
"Kita mula nak buka yang mana dulu?" Soal Mirul sambil menorek senyuman sinis
"Maybe tudung awak. Saya lebih tertarik pada leher gadis yang merah seperti pipi awak." Gelak kecil Mirul sambil menekan kaki Syifa dengan lututnya
Dengan kekuatan yang masih ada. Syifa menendang kuat muka Mirul sehingga jatuh terbaring di atas lantai. Dia mengambil peluang itu berlari kearah pintu bilik. Mirul mengadu kesakitan lalu kembali berdiri untuk mendapat Syifa. Gadis itu tersungkur disebabkan larian hambarnya. Mirul menolak Syifa terbaring di atas lantai. Sambil menaikkan kedua tangan keatas. Syifa meronta-ronta berusaha sekuat tenaga melepaskan diri daripada pegangan, merenung Mirul yang berada diatasnya dengan tatapan kebencian terhadap lelaki terkutuk itu, sekali lagi tamparan kuat hinggap ke pipinya. Kulit putih kemerahan miliknya membuat Mirul sudah tergila menginginkannya.
"Aku cuba berlembut dengan kau, tapi kenapa buat aku sampai dua kali untuk menampar pipi cantik kau ni, ermm?" Geram Mirul sambil mengelus lemput pipi Syifa yang kemerahan.
Dikucup pipi Syifa dengan mesra. Terbentang luas matanya akan perbuatan keji lelaki itu. Aku tak nak mati sehina ini! Tanpa sedar air mata Syifa mengalir. Mirul menjilat air mata sebelah kanan yang mengalir, sambil mengukir senyuman sinis.
"Kau tak perlu risau. Aku tak akan buang kau, macam mana aku buat kat perempuan lain. You will always have a place." Senyum Mirul lalu membenamkan muka ke muka Syifa, dia sempat mengelak, sebelum menarik kuat pergelangannya yang di tahan tadi, sudah tidak fikir akan rasa sakit lengannya. Patah pun patah lah! Binatang ni!Aku akan bunuh kau!
Kedengaran bunyi berdebap kuat pada luar pintu bilik tersebut, hal itu menghentikan tindakan Mirul. Lalu bangun mendekati pemegang pintu. Syifa bangun dalam keadaan duduk lalu bersandar pada dinding kabinet rak yang ada disitu, terasa kabur dalam pandangannya, pelahan-lahan mata tertutup lalu kembali terbaring di atas lantai tidak sedarkan diri.
Pintu ditendang kuat oleh seorang lelaki bersut hitam. Disebabkan pintu terbuka dengan kuat, hempakan tadi terkena ke tubuh badan Mirul sehingga kembali terbaring di atas lantai. Dia mengerang kesakitan sambil melihat tiga lelaki yang tidak dikenali masuk dalam bilik tersebut, lelaki yang seperti ketua itu menghampiri Mirul sambil dua lagi lelaki pengawalnya mengacuhkan pistol kearah Mirul yang sudah terduduk diatas lantai, terasa hampir luruh jantungnya akan situasi secara tiba-tiba menerpanya.
"Last words, before you meet death?" Senyum sinis lelaki bersut hitam dengan nada rendah yang dimilikinya itu sambil tenungan tajam anak mata Mirul
Share this novel