5 Tahun yang lalu. Budak yang berusia 11 tahun itu ditatap dingin. Gadis kecil yang kenali sebagai number itu hanya mampu terpaku dengan tatapan kosong apabila menyaksikan tubuh lelaki yang penuh dengan berlumuran darah, sudah tidak bernyawa terbaring diatas tanah. Bibir gadis itu terketar-ketar dengan fikirannya buntu tanpa haluan. Lelaki dihadapannya memandangannya sebelum pandangannya dibuang pada skrin tap yang ada ditangan kirinya, biodata maklumat tentang diri budak bernombor 116 itu lengkap dibacanya sekilas.
Jasab lelaki yang memakai topi menghalang jalannya dihadapan itu, digulingkan dengan kakinya ketepi sebelum mendekati budak gadis yang masih terduduk di atas tanah. Lelaki itu melutut sambil satu kakinya kehadapan, telunjuk jarinya menghala ke bawah dagu budak itu sebelum mendongakkan muka gadis itu memandang ke arahnya.
"Sebentar lagi, kau akan menjadi orang paling berguna dalam dunia ni. Aku Czar Alexe, satu hari nanti.. nama ini akan kau kenang.." Lelaki itu mendekatkan wajahnya dicuping telinga gadis itu sebelum melorek senyuman sinis dengan jelingan matanya
"Aku bukan saja membuat kau menjadi rebutan, malah menjadi penguasa terbesar dalam sebuah puak." Tuturnya lagi sebelum kedua tangan budak gadis itu sudah digari dari belakang.
Gadis itu tidak membuat sebarang reaksi atau bertindak untuk melawan, namun tubuhnya masih bergetar dan tatapan kosongnya masih dipasang menjawab segala situasinya ketika itu. Alexe mengukir senyuman sinis sebelum menatap dalam kedua anak mata gadis itu yang berwarna kelabu terang.
"Penahkah seseorang memuji keindakan warna mata kau? Atau kau kelihatan seperti seseorang yang mempunyai mata yang agak luar biasa seperti itu?" Ujarnya dengan nada pelahan namun agak tajam, pelahan-lahan tanganya mula menapak dipipi dia, ibu jari tangannya mula beralih tempat ke bawah mata kiri gadis itu.
"Aku tak akan maafkan sesiapa saja, yang berani menghancurkan atau mengambil sesuatu yang sudah menjadi milik aku."
Dalam benaknya mula mengambarkan peristiwa beberapa tahun yang lalu. Dia mengangkat kepala wanita yang berlumuran darah yang sudah dalam keadaan lemah berpaut pada lengannya, derapan nafas lemah masih kedengaran dihembus keluar dari bibir wanita itu. Alexe membelai pipinya lembut dengan tatapan berkaca akan nasib wanita itu. Wanita itu menatapnya redup, dengan mukanya yang berlumuran darah, pelahan saja Alexe mengeka darah yang masih ditubir bibirnya. Dengan nafas tercungap-cungap wanita itu mula menggenggam jaket kulit bahagian dadanya.
"Czar, por favor...protegela.."
Tatapannya bertukar dingin sebelum menekan sedikit kuat ibu jarinya pada bawah mata gadis itu, kukunya menusuk kedalam kulitnya sehingga terluka menyebabkan cecair merah mengalir pelahan menuruni pipi gadis itu. Alexe sedikit tersentak apabila tidak ada tanda gadis itu gentar akan kata-kata keluar darinya apalagi akan tindakkannya itu. Tatapan redup gadis itu ditatapan seketika dengan kerutan dahinya sebelum menolak kasar pipi gadis itu ketepi.
Beberapa lelaki berkemeja hitam sudah berkumpul mendekati Alexe, mereka ialah orang bawahannya. Salah satu lelaki dari mereka mendektinya sambil membimbit beg kotak besi hitam lalu beg itu diserahkan padanya. Alexe menekan pin untuk membuka beg besi itu sebelum mengambil cecair berwarna hitam pekat di dalam tiub serum itu keluar dari tempatnya.
Cecair hitam itu menjalar disetiap ruang picagari dalam bentuk kaca. Dipandang budak gadis yang masih tunduk memandang ke tanah, tanpa sedar akan nasibnya sebentar lagi. Alexe menarik penutup jarum itu sebelum kembali melututp dihadapan budak tersebut.
"You're slowly losing interest in everything?" Ujarnya pelahan apabila melirik reaksi mendatar gadis itu, membuat gadis itu pelahan-lahan mula mengangkat kepalanya menatap Alexe yang memasang rauk wajah sinisnya.
"People who care about each other will meet again. Datanglah pada aku, ketika kau mempunyai bala tentera, atau diri kau yang cukup kuat menandingi aku." Tuturnya sebelum menusuk masuk jarum tersebut pada leher gadis itu.
Gadis itu mengerang kesakitan apabila cecair itu mula meresap masuk kedalam tubuhnya. Seluruh urat saluran darahnya kelihatan bertukar warna hitam menembusi kulit badannya. Matanya terbeliak, mulut mengangah luas dan seluruh tubuhnya seakan terbakar membuatkan dia terbaring mengelupur kepanasan merasakan kepeditan yang maha hebat di seluruh tubuhnya. Nafas tercungap-cungap yang dihembus kasar keluar dari mulut dan mukanya sudah mencium tanah, cecair hitam sudah masuk merayap ke tubuhnya. Alexe mula mengatur langkah berlalu pergi, dengan langkah pelahan dia menyusuri beberapa orang bawahannya yang sudah berjalan kehadapan, sempat dia menjeling susuk tubuh gadis itu yang masih terbaring lemah di atas tanah.
"You will take.. Revenge."
Dengan derapan nafas pelahan dilembus keluar, degupan janyungnya masih laju berdenyut dan seluruh tubuhnya mati rasa. Tatapan redupnya memandang langkah lelaki itu pergi meninggalkannya. Pengelihatan sebelah mata kirinya kabur sebelum perlahan-lahan bertukar warna biru. Kedua mata mula tertutup, urut yang berwarna hitam pada mukanya pelahan-lahan menghilang meresap kembali sediakala.
Matanya mula meliar mencari kelibat gadis itu, hujung bibirnya mula melorek senyum apabila tubuh Syifa sudah terbaring tak sedarkan diri disebalik lampu jalan. Dengan derapan pelahan, Muaz mendekati Syifa
"What a pity..." Muaz berdiri dihadapan tubuhnya sebelum duduk melut dengan satu kaki ke hadapan. Rambut yang menutupi muka Syifa diselak ke tepi telinganya.
"Only your bad times show the true color of yourself." Ujarnya dengan nada pelahan sebelum melorek senyuman tipis.
Pandangan pantas menoleh kesisi apabila merasakan sesuatu yang akan menghampiri tempat tersebut, tubuh Syifa dicepung sebelum memasuki perut kereta yang sudah terparkir dihadapannya.
Beberapa minit kemudian kereta dartz prombron black stallion memasuki simpang kawasan tersebut, dua lelaki berpakaian sut khas turun dengan memegang senjata, seorang darinya memandang sekilas jam pengesan jejak yang terpasang pada jam tangannya.
"Lokasi terakhir." Ujar dengan nada mendatar, memberikan maklumat kepada seseorang pada earpiece yang terpasang ditelingan kirinya.
"Jumpa?"
"Tak ada tuan. Mereka sudah pergi dulu sebelum kami sampai." Balasnya sambil mengarahkan rakannya untuk memeriksa keadaan sekeliling.
"Itu bermakna, kebijaksanaan anda tidak diperlukan lagi. Jangan pulang, dengan tangan kosong!" Tegasnya sebelum menamatkan panggilan.
Disuatu tempat, lelaki itu sudah menghabiskan lima lelaki yang mengejarnya, mereka semua yang terbaring sudah tidak bernyawa. Mask yang menutup mukanya ditarik, ditanggalkan dari muka. Dia menghela nafas sebelum lampu jalan tiba-tiba saja menyala di atas kepalanya, wajahnya yang berlumuran darah kelihatan dan diseluruh pakaiannya. Haris mengukir senyuman sinis dihujung bibirnya, pandang redupnya mula mendongak memandang langit.
"I can't even die because of you.. i am capable of creating the life i want." Tuturnya dengan nada pelahan sebelum menanggalkan jaket kulit hitamnya. Rahang bergerak-gerak menahan amarahnya akan maklumat yang disampaikan oleh orang suruhannya tadi.
" Aku berhadapan dengan perempuan paling s*al dalam hidup aku.." Hembusan kasar mula dihembus keluar dari mulutnya sebelum meraup rambut depannya kebelakang.
"Next time, i'll deal with you personally.." Ujarnya lagi sebelum membakar puntung rokok yang sudah di letak dibibirnya seraya menghembus asap keluar dari mulutnya dengan hembusan sedikit kasar.
Vila. Mirul keluar dari Vila mereka, yang masih berpakaian pajama hitam membuka pintu utama untuk keluar, dengan muka mamai dan rambut serabai. Dia mengeluh dengan nafas dalam. Dia berjalan keluar dari rumah mencari kelibat abangnya yang tidak pulang semalam. Langkahnya mula membelok ke halaman belakang. Halaman yang luas terbentang dihadapanya dipenuhi beberapa pokok bonsai yang tersusun dibeberapa tempat, sunyi pada waktu awal pagi.
"Saya bersumpah, jika dia pergi melakukan perniagaan tidak baik lagi.." Mengumam Mirul pelahan dengan keluhannya seraya menatap tajam tangga yang menuju ke ruang bawah tanah.
Tanpa ia sedar, pandanganya bertempung dengan Muaz yang baru saja keluar dari bilik bawah tanah. Dia memanjat anak tangga sambil matanya tidak lari dari mencerlung pada Mirul yang berdiri kaku berhampiran tangga tersebut. Muaz menghampiri, mukanya bertopeng tanpa suara
"What are you doing out here so early?" Tutur Muaz yang sudah berdiri dihadapan Mirul
Mirul tersentak seketika apabila Muaz menyoalnya akan kehadirannya di tempat kawasan larangan tersebut. Sebelum dia kembali memasang wajah selambahnya.
"Kau pergi mana semalam? Aku risau kau tak balik, kau tahukan aku tak suka bersendirian.."
Sebelum sempat Mirul menghabiskan keluhannya, Muaz memotong dengan nada mendatar
"Tak ada yang perlu kau risaukan. Kau bukan budak kecil lagi." Ujarnya sebelum melempasi Mirul
Mendengar jawapan acuh tak acuh dari Muaz, dia mengikut dari belakang, kegigihan dalam langkahnya.
"Come on bro, you can't just disapper like that and expect me not to worry." Ujar Mirul selambah membuatkan Muaz menghentikan langkahnya seraya menoleh kearahnya dengan riak wajah serius.
"Saya tahu tentang.. perkara yang kau buat di bawah itu" Ujarnya lagi tanpa riak diwajah. Kesunyian yang tegang melanda di antara mereka.
"What exactly do you think you know, Mirul?" Ujar Muaz mendatap seraya matanya mengecil memandang tepat pada Mirul
Mendengar soal itu kembali diajuhkan padanya, Mirul menelan liur, tetapi berdiri teguh membalas tatapan abangnya itu.
"Saya pernah mendengar.. perkara. Melihat perkara yang mungkin tidak sepatutnya saya miliki." Balas Mirul, dia sudah mengetahui kegiatannya di bilik tanah sebagai penyiksaan, dia tidak tahu semua orang itu bertujuan untuk apa, tapi dia tahu Muaz bukan lelaki biasa.
"Look, i'm not judging, okay? I just want you be happy, to live a normal life." Terang Mirul lagi dengan tenangnya namun ucapannya itu dibalas dengan sengihan Muaz seakan dia tidak menginginkan ucapannya tadi.
"Normal? There's no such thing in our world, brother." Ujar Muaz sebelum menarik rambut depannya kebelakang. Dia mengeluh, bahu melorot sedikit.
"I don't do this out of choice. There are.. expectations, obligations." Ujarnya lagi tanpa nada
"Apa maksud kau? Who's making you do this?" Soal Mirul dengan sengetkan kepala, seraya
dahi berkerut.
"It's not that simple. I don't answer to just one person. This life.. it's bigger than you can imagine." Ujarnya dengan keluhan
"I won't always be around to protect you, you know?" Ujar Muaz sebelum meletakkan tangan di bahu Mirul
Mendengar ucapan Muaz yang seakan menakut-nakutkannya, dia pantas menepis tangan Muaz seraya memasang muka bengangnya mencerlung tajam kearah Muaz
"There you go again with the cryptic big brother act. Can't you see beyond your little underground world?" Soal Mirul dengan nada sedikit tegas.
"There's so mush more to life than.. whatever it is you're doing." Tuturnya lagi dengan kerutan pada dahinya.
Ketegangang berderak antara perhubungan bersaudara, pandangan dunia yang bercanggah mereka bertembung.
"Kau tak faham bahaya di luar sana, Mirul. The world isn't all sunshine and rainbows." Jelasnya sebelum cubit batang hidungnya.
"Aku just ingatkan kau. Kita tak tahu, bila kiamat sebenar akan berlaku.." Tutunya lagi sebelum menatap Mirul yang sedikit tersentak akan ucapannya
"Kau ni apa hal?! Awal pagi cerita pasal kiamat! Hidup engkau pun tak betul, ada hati nak ceramah aku." Keluh Mirul dengan mimik mukanya
"And you don't understand that not everything has to be dark and broody. Have you ever thought about, i don't know enjoying life?" Soal Mirul dengan sengihan melirik dihujung bibirnya
"Enought, i'm warning you." Ekspresinya mengeras, dengan tatapan tajam mencerlung kearah Mirul
"Lepas ni kau perlu hidup berdikari. Aku sarankan kau, terima latihan tempat aku.."
"Huh? Kenapa pula? Seronok apa, hidup macam ni. Kau jeh tak tahu macam mana bergembira dalam hidup." Balas Mirul selambah, dia tidak mengendahkan reaksi Muaz ketika itu
"Don't interfere in my affairs. It's for your own good." Ujar Muaz mendatar
"Oh tentang hal itu, apa sebenarnya ada kat bawah tu?Kau selalu luangkan masa disitu, kau ada buat taman permainan keh kat bawah?" Soal Mirul dengan riak selambah namun dengan tatapan ingin tahu.
Muaz diam setika, walaupun Mirul mengetahui kegiatannya namun adiknya itu tak pernah menunjukkan ketertarikan tentang hal tersebut.
"Aku tak pernah sentuh hal peribadi kau, atau berminat apa yang kau lakukan seharian. Aku harap kau juga bergitu." Balas Muaz mendatar tanpa sebarang riak diwajah
"Chill lah along, kau ni sensitif betul lah." Mirul mengangkat kedua tangannya, cuba mengawal situasi yang seakan mula tegang
"Baguslah kalau kau faham.." Jeling Muaz sebelum mengatur langkah meninggalkan tempat tersebut. Mirul menarik senyum paksa menyakinkan Muaz bahawa dia tidak akan menyoalkan hal itu lagi.
"Pergi bersiap. Kalau kau nak ikut sekali aku pergi sekolah."
"Baiklah." Mirul mula berjalan sedikit laju melintasi Muaz yang dihadapan sebelum dia menoleh Muaz dibelakangnya
"Sekali-sekala bersihkan lah tempat tu juga. Aku tahu hidung kau tu dah hilang deria bau, tapi orang luar yang tak biasa bau tu mungkin membuatkan kau terlibat dalam hal lain pula."
Muaz membalas pandangan Mirul mendatar sebelum pelahan menyukir senyuman sinis yang melorek dihujung bibirnya.
"Biarpun dibersihkan setiap hari, kemasukan selalu penuh. Aku mual buat tu setiap hari. Kau patut bertuah, sebab semua beban aku pikul sendiri. Aku mungkin tidak berada di tempat yang aku mahu, tetapi aku semakin hampir setiap hari." Ujar Muaz pelahan penuh keluhan namun tetap jelas didengari oleh Mirul
Mendengar ucapan yang keluar dari abangnya itu, senyuman yang tadi terukir di bibir mirul makin pudar. Sebelum Muaz sudah berdiri berhadapannya dengan menatap tajam anak matanya.
"Jika kau terus berseronok seperti ini, aku tak boleh tolong kau, pada masa akan datang. Ketika itu, pertalian darah persaudaraan sudah tidak wujud, melainkan kekuatan kau untuk bertahan hidup." Ujar Muaz dengan tatapan mendatar, pandangannya sedikit angkuh menatap adiknya ketika itu
"Apa maksud kau?" Soal Mirul tercengang
Muaz senyum sengih seraya ketawa mengekek
"Janganlah sensitif sangat. Abaikan saja, jika kau masih ingin berseronok." Jelas Muaz sebelum membolos masuk ke dalam rumah.
Mirul memerhati susuk tubuh Muaz yang sudah membolos masuk ke perut rumah. Dia terpaku dengan reaksi kebingunang, memikirkan setiap ucapan yang bermain-main dalam benaknya.
Muaz mula memanjat anak tangga untuk menuju ke biliknya, telefonya berbunyi di dalam kocek seluar. Dia cepat-cepat mengambil telefonnya, tanpa menghentikan langkahnya untuk menaiki tangga. Matanya mengimbas mesej yang dihantar oleh seseorang
"Damn it. Not now.."
Sekolah Sri Bestari. Lola keluar dari bilik tandas lalu berjalan menuju tempat membasuh mukanya. Dia menatap kosong wajahnya pada cermin, air yang masih diwajahnya menitik di atas lantai. Kebelakangan ini dia selalu tidur lambat, terlalu banyak perkara yang difikirkan. Apakah kifarah kerana dia memilih untuk mengkhianati persahabatannya dengan Syifa untuk mendapat kepercayaan Mirul.
"Benda seperti itu tidak akan wujud.. pada seseorang yang terluka terlebih dahulu." Ujar pelahan tanpa nada menatap wajahnya pada cermin
"Another day, another drama. You've got this, Lola." Dia menarik nafas dalam-dalam, menguatkan dirinya.
Dia menghela nafas dalam sebelum keluar dari tandas. Sapu tangan ke muka, mengelap wajahnya yang dibasahkan tadi. Bahunya terhinjut keatas, dia terkejut apabila mendapati Mirul bersandar di dinding, ekspresinya tidak dapat dibaca. Mungkin lelaki itu sudah tunggu lama didepan pintu tandas. Lola senyum sebelum menyapa Mirul dengan mesra. Mirul membalas dengan tatapan mendatar tidak berminat untuk melayan kerena manja Lola ketika itu.
"Mirul, Terkejut saya. Have you been waiting long?"Sapa mesra Lola lalu mendekati Mirul dengan senyuman manisnya
"Saya nak nombor Syifa." Dia tegak, pandangannya dingin sambil berikan telefonnya pada Lola agar gadis itu memasukkan nomber milik Syifa pada telefonnya.
Senyuman yang melingkari bibirnya kecut, kerlipan luka terpancar di wajahnya apabila nama Syifa keluar dari lelaki yang dicintainya itu.
"Syifa? Kenapa awak perlukan nombor dia?" Soal Lola dengan riak wajah kecewa, walaupun tatapan Mirul ketika itu seakan tajam mencerlungnya dia memberanikan membalas tatapan itu.
"That's not your concern. Just give me the number." Ujar Mirul dengan keluhannya sebelum mengilang tangan.
Lola mencebik dengan senyuman sinis. Tidak percaya akan jawapan Mirul itu. Dadanya turun naik menahan amarah akan sifat lelaki itu yang acuh tak acuh setiap kali melayannya, hanya saja ketika lelaki itu inginkan sesuatu darinya.
"Not my concern? After everything i've done for you?"Ujar Lola bengang dengan riak wajah marahnya
"Kenapa cari dia, awak yang plan semua ni untuk kenakan dia kan?" Keluh geram Lola dengan berkaca-kaca. Entah mengapa dia terasa sebak
Lorong berderak dengan ketegangan apabila pelajar lain mula mengambil tahu tentang konfrontasi itu. Mirul menjeling keatas akan sikap Lola tatkala itu, sebelum membuang tatapannya kepada beberapa belajar agar tidak menghiraukan mereka ketika itu. Mirul mendekati Lola dengan tatapan tajam mencerlung masuk ke anak mata Lola yang berdiri dihadapannya.
"Look, i don't have time for your drama. Are you giving me the number or not?!" Tegas Mirul mencerlung marah, membuatkan gadis itu tertunduk sedikit.
"Jadi awak gunakan saya.. untuk dapat apa yang awak mahu saja?" Tutur Lola dengan nada terketar-ketar sebelum mengangkat mukanya menatap Mirul dihadapannya
"No, I won't. You can't just use people and toss aside, Mirul." Ujar Lola sambil ketapkan bibirnya rapat, matanya berkaca-kaca menahan amarahnya
"Is that what you think you did? Used Syifa and tossed her aside for me? Kau jauh lever dari dia. Jangan cakap aku gunakan kau? Nampak aku kebulur sangat dengan kau." Ujar Mirul dengan sengihan melorek dihujung bibirnya
"What?! " Tersentak Lola mendengar penjelasan Mirul. How dare you!
"I thought we had something special.." Dia mengambil langkah ke belakang, disengat oleh kata-katanya. Ketika itu dia kembali menatap Mirul, dia menghulurkan tangan seraya meraih lengang Mirul, dia memohon agar lelaki itu memahami perasaannya tatkala itu.
"Kenapa awak buat saya macam ni? Why Syifa?" Soal Lola ketika itu air mata yang ditahannya tadi akhirnya mengalir menuruni pipi
Mirul sengih sebelum mengeluarkan tangannya dari pautan Lola. Tubuh Lola sudah ditolak kasar pada dinding, sedikit pun dia tidak simpati akan diri Lola tatkala itu.
"Did you really think i liked you? God, You're so naive." Senyumanya meleret
"Some secrets are better left buried, Lola. You should know that by now." Ujarnya dingin sebelum menapak tangannya ke dinding sebelah kepala gadis itu.
Dunia Lola runtuh disekelilingnya apabila kebenaran manupulasi Mirul menjelma dalam dirinya.
"Bagi aku number dia." Arah Mirul lagi. Sudah malas untuk panjangkan cerita.
Ketika dia melayan perasaan, ucapan Mirul itu lagi menyentapkan dia seketika.
"I block her! Pergi lah cari sendiri!." Tegas Lola lalu mengatur langkah meninggalkan tempat dia seraya mengeka kasar air matanya di muka.
Mirul menarik kasar rambut Lola dari belakang, sebelum berdiri dihadapan Lola, dia menatap tajam kearah Lola yang sudah merontah minta dilepaskan. Lola memegang tangan Mirul yang masih menarik rambutnya
"How dare you snap at me, after I treated you well?! Bila-bila aku boleh hancurkan kau dengan sekelip mata. Kau hanya pemuas nafas aku, sama dengan perempuan lain. Jadi perempuan yang tahu diri." Bentak Mirul kasar dengan nada menakutkan. Lola terpaku membalas tenungan tajam Mirul yang masih mencengkam segenggam rambutnya, menyentap kuat.
Lola tersentap kesakitan, air matanya bergenang apabila kata-kata kejam Mirul menjelma.
"Ma.. maaf.. saya mohon, maafkan saya.." Rayu pelahan Lola dengan nada seraknya
"Good. Give me her number." Senyum sinis Mirul lalu melepaskan cengkamannya pada rambut Lola. Telefonnya diberikan pada Lola kembali, Lola mengambil dengan tangannya menggigil ketakutan.
Lola menekan nombor Syifa pada telefon milik Mirul. Satu persatu nombor muncul dalam skrin telefon, tanpa ia sedar nombor itu sudah lengkap pada skrin telefon Mirul. Dia mengetap bibir rapat, dalam benaknya mula terbayangkan nombor itu lah yang selalu dihubungi. Mana mungkin dia melupakan, walaupun nombor Syifa sudah disekatnya.
Mirul mengukir senyuman sinis sebelum merentap kasar telefonnya dari tangan Lola. Lola tersedar dari lamunannya sebelum tertunduk kembali, mengelak dari tatapan Mirul ketika itu. Lelaki itu kembali mendekatinya, sebelum rapatkan mulutnya ke telingan Lola.
"Aku suka kau mendengar cakap seperti anjing yang setia, tetaplah seperti ini agar kau sentiasa aku pelihara. Nanti bila aku nak kau, aku call ya." Ujar Mirul sebelum mendongakkan dagu Lola dengan telunjuk jarinya agar mereka bertentang mata.
"Jangan menolak macam ni lagi, kau tahukan gambar b*gel dan kita melakukan itu diatas katil aku masih simpan. Jadi jangan berani melawan kehendak aku lagi." Ujar Mirul angkuh. Lola hanya mengangguk faham dengan riak wajah takutnya, sebelum Mirul mengatur langkah berlalu pergi.
Dia meninggalkan Lola tertunduk, air mata yang kering tadi kembali berguguran. Terisak-isak dia cuba menahan agar air matanya tidak mengalir lagi, tapi bila terkenangkan semua yang berlaku itu, dia tak mampu menahan air matanya. ketika itu dia mula sedar bahawa hanya Syifa selama ini yang melayan dirinya sangat baik, namun dia hancurkan persahabatan mereka demi mendapatkan lelaki tak guna itu.
Pandangannya dialihkan kepada dua pelajar yang rancak gelak tawa berjalan melaui korido itu. Wajahnya berkerut, mengapa perasaannya bertambah sakit melihat kemesraan dua pelajar itu. Entah mengapa terdetik wajah Syifa yang tersenyum berada disebelahnya. Dia mula teringatkan kata-kata Syifa ketika itu.
"Sometimes you just have to breathe and tell yourself it's okay." Ujar Syifa dengan senyuman mula terukir di bibirnya
Mereka duduk dikerusi kayu panjang, dibawah pokok besar menambahkan lagi terkesannya ayat Syifa itu menyentuh kedalam hatinya.
"Sampai bila nak cakap okay saja? Aku tak kuat macam kau Syifa, walaupun aku tahu hidup aku tak berat macam mana kau hadap sekarang." Tutur Lola apabila beberapa saat berdiam diri seraya menghela nafas dalam mendongak memandang langit
" Kalau macam tu, jangan letak diri kau pada tempat yang kau tak mampu. Hidup ni mudah, tapi terkadang manusia tamak untuk membolot semua. Pada akhirnya, dia menyalahkan takdir." Ujar Syifa tenang sebelum mengukir senyuman sinis dihujung bibir lalu sandarkan kepadanya dibelakang kerusi itu
Lola menoleh seketika apabila Syifa mengajuhkan pendapatnya sebelum mengikut sabahatnya itu bersandar pada kerusi.
"Aku tak punya apa-apa untuk dikejar, apalagi impian yang besar. Bila sesuatu yang aku inginkan membuat jalan aku mencapainya, apakah aku terlalu terdesak sehingga membodohkan diri?" Soal Lola dengan nada pelahan namun ada keluhan pada ucapannya itu
Syifa yang melelapkan pada seketika, membuka matanya perlahan-lahan apabila mendengar kata-kata itu keluar dari mulut sahabatnya. Mungkin selama ini dia memberikan pendapat berlandaskan kisah hidupnya, namun dia lupa bahawa setiap orang perlukan pendapat berlandaskan kisah dan perasaan mereka juga.
"Tak salah.. tapi jangan terlalu tenggelam dalam mimpi sehingga kau lupa terbangun pada realiti kehidupan sebenar, bahawa manusia mempunyai topeng mereka, untuk mendapat segalanya." Tutur Syifa, matanya sudah menatap Lola yang memandang kearahnya.
Lola mengepal kedua tangannya, bibirnya diketap rapat. Riak wajah Lola ketika itu, Syifa hanya memandang dengan tatapan mendatar.
"Aku dah lama hidup macam ni, pemikiran aku tertutup..."Tutur Syifa dengan nada lembut seraya menatap sayu kearah Lola
"Jadi aku hanya melihat sifat manusia pada satu pandangan. Jika kau inginkan sesuatu, pastikan kau tidak kehilangan kewarasan yang membuat kau mengutuk diri kau sekerasnya." Ujar Syifa lagi sebelum mengukir senyuman tipis di bibirnya.
Mendengar ucapan itu, Lola mengetap bibir seraya menundukkan kepalanya, matanya mula berkaca-kata. Dia merasakan sentuhan lembut membelai kepalanya, Lola mendongak memandang kearah Syifa dengan air matanya sudah mengalir tanpa ia sedar, Syifa masih tersenyum manis menatapnya sebelum tubuh sahabatnya itu dierat kemas, dia menangis semahu-mahunya dalam dakapan Syifa. Syifa menepuk-nepuk belakangnya pelahan untuk menenangkan dirinya ketika itu.
Air mata Lola semakin deras mengalir menuruni ke pipi, tubuhya disandarkan pada dinding tandas. Dia memukul berkali-kali dadanya, membiarkan diri tanpa haluan saat kepedihan memaku perasaan. Syifa sentiasa menjadi suara akal dalam hidup Lola, memberikan kata-kata semangat dan sokongan. Lola tidak mengendahkan nasihatnya dan mengejar Mirul, mengangap dia adalah kunci kebahagiaannya. Tetapi sekarang dia tahu bahawa dia telah salah.
"Apa aku kehilangan kewarasan yang membuat aku mengutuk diri sekerasnya?" Tanyanya sendiri dalam hati, dia sudah terduduk memeluk lutut. Air muka melukis kepedihan yang maha dalam.
Beberapa pelajar yang melalui korido itu hanya memandang hairan akan Lola yang terduduk sendiri disitu sambil menutup mukanya itu. Biarkan lah, bukan urusan kami. Pelajar yang lalu tadi meneruskan langkah tanpa memperdulikan Lola disitu. Kau akan hidup menyedihkan setelah menghancurkan senyuman seseorang yang membuat diri kau nyaman saat bersamanya.
Dalam lorong pejalan kaki Syifa berlari, nafasnya tercungap-cungap dihembus keluar. dia menghentikan langkahnya orang yang mengejarnya tadi sudah tidak kelihatan bayangnya. Syifa menghembus nafas lega, dia bersandar pada tiang lampu jalan. melihat bayangnya di bawa lampu. Air matanya mula mengalir. Dia memukul dadanya.
"Kenapa ini semula berlaku padaku? Aku penat.. Ya Allah." Luahnya dengan tangisan teresak-esak.
Tiga lelaki yang mengejarnya tadi berdiri dihadapannya dengan senyuman sinis dan tatapan menakutkan sambil mengepung pergerakannya dari melarikan diri. Kedua tangannya di pegang, sebelum pakaiannya ditanggalkan, Syifa merontah sekuat hati dengan air mata mengalir deras. Syifa menjerit kuat namun tindakan lelaki itu tidak menghentikan mereka, membuatkan dia meraung lebih kuat sehingga tersedar dari lenanya.
"Arrrrgh" Jerit kuat Syifa
Dia bangun dari posisi duduk, air matanya sudah deras mengalir menuruni pipi, seluruh tubuhnya menggigil ketakutan, dia menggenggam erat comforter yang menutupnya itu dengan kuat. Syifa tercungap-cungap, badannya berpeluh dingin. Dia melihat sekeliling yang agak gelap hanya lampu diluar beranda menerangi ruang bilik tersebut, menyedari dia selamat dari adegan ganas itu hanyalah mimpi ngeri. Namun tajam matanya mencerlung pada susuk tubuh yang berhampirannya.
Pembantu perempuan yang berdiri berhadapan kabinet meja lampu itu tersentak apabila Syifa tersedar dari kesan ubat bius walaupun dos ubat bius itu banyak disuntik masuk kedalam badannya, tetapi gadis ini lebih cepat bangun. Suntikan itu dilepaskan dari tangannya, apabila Syifa tajam mencerlung kearahnya.
"Cik.. cik tak apa-apa." Pembantu perempuan itu cuba mengawal riak wajahnya ketika itu, agar Syifa tidak mencurigai akan situasi tersebut.
Syifa diam saat soal itu diajuhkan padanya. Dengupannya kencang cuba menyimpulkan peristiwa malam sebelumnya, namun ingatannya samar-samar. Syifa memegang kepalanya, jarinya berselirat di rambutnya yang berantakan sambil dia cuba mengingat.
"Macam mana aku boleh sampai ke sini? Apa yang berlaku semalam?" Soal Syifa mendatar namun tegas meminta menjelasan dari pembantu wanita itu.
" Tuan saya bawa cik semalam, dari sekumpulan lelaki yang ingin mencelakai anda. Saya ditugaskan menjaga cik sehingga sedar." Ujar pembantu itu dengan senyuman sedikit goyah, dahinya berkerut-kerut kerana risau.
Mendengar penjelasan pembantu wanita itu membuatkan tajam matanya mencerlung menatap pembantu itu dengan amarahnya.
"Tuan kau yang mana satu?" Tanya Syifa mendatar
"Saya tak ingat apa-apa? Tapi saya masih ingat tubuh saya parah akibat beberapa kesan pukulan. Sekarang saya tak rasa apa-apa kesakitan pada tubuh, apakah itu kesan dari suntikan yang kau masukkan?" Tajam soal itu mencerlung tepat pada pembantu itu sehingga pembantu tersentak dengan riak wajah yang tak mampu dikawalnya lagi.
"Saya tidak pasti saya harus berkata, cik. Tuan meminta saya untuk memastikan anda berehat dan pulih. Mungkin lebih baik untuk tidak memikirkan butirannya lagi." Pembantu itu membelek-belek apronnya, matanya meliar gelisah ke sekeliling ruang bilik.
"Tidak! Saya perlu tahu. Apa yang berlaku dengan saya? Dan siapa 'tuan' yang kau sebutkan itu?" Penumbuk Syifa mengebal di dalam comforter, buku jarinya menjadi putih dengan kuatnya genggamannya
Lagak riang pembantu wanita itu mencelah, menampakkan kerlipan ketakutan di matanya.
"Saya.. maafkan saya, cik. Saya sudah berkata terlalu banyak. Tolong, berehat sahaja. Tuan akan menerangkan segala-galanya apabila dia kembali." Pembantu itu berundur setapak, tangannya digengam erat dihadapannya.
"Saya tidak akan menunggu 'tuan' misteri kau itu. Saya akan pergi sekarang." Bentak Syifa sebelum menghayunkan kaki kirinya ke tepi katil. Ketika itu dia mula terasa janggal pada sebelah kaki kanannya, seakan kakinya tersekat pada sesuatu.
"Haji anhda(tidak)! Anda tidak boleh pergi! Tuan.. dia akan sangat tidak berpuas hati jika kamu tiada apabila dia kembali." Pembantu wanita itu meluru ke hadapan, tangannya dihulurkan seolah-olah hendak menghalang Syifa.
Syifa menarik comforter yang menutup kakinya, jangkaannya tepat! Kaki kanannya digari dengan rantai besi yang agak panjang. Tatapannya kembali dibuang pada pembantu wanita itu meminta penjelasan akan benda yang disekat pada kakinya itu.
"I'm not a prisoner here! " Tegas Syifa dengan matanya tajam mencerlung kearah pembantu wanita itu.
Pembantu itu tersentak, dia lupa bahawa Syifa sudah dirantai, dia mengutuk kepalanya akan tindakan gegabahnya sebelum kembali menapak selangkah belakang.
"Cik perlu pulih dengan baik, saya akan beritahu tuan saya agar segera melawat anda. Cik, tak perlu merontah dan cuba melepaskan diri dari benda itu. Kerana diluar ada seseorang yang tak ingin anda temui." Ujar pembantu itu dengan riak wajah yang tak mampu dibaca oleh Syifa
Syifa membalas tatapan wanita itu. Dia seperti wanita polos yang berlagak suci, namun dibelakang seakan tangannya sedang memegang pisau yang bila-bila saja akan menusuk tumbus ke dadanya.
"Saya akan kembali membawa makanan malam cik, jamsi swiseyo (berehatlah)." Ujarnya sebelum menundukkan kepalanya. Kakinya mula melangkah ke pintu bilik.
Pintu kembali ditutup, meninggalkan Syifa bersendirian dengan fikirannya dan kesunyian bilik yang menindas. Dia bersandar pada bantal, peristiwa perjuangan malam tadi kembali membanjiri, membuatkan Syifa menggigil. Nafasnya dihembus keluar kasar, pandangan kosongnya dibuang ke luar beranda.
"Great.. another mess i've gotten myself into." Sengih Syifa melorek dihujung bibirnya, terasa air mata mengalir sebelah mata kirinya sebelum dia mengeka pelahan.
"Look at me, crying again. When did i become such crybaby? " Ujarnya sebelum mencebik dengan tatapan mendatar melirik sekeliling ruang perabot mewah itu.
Syifa mengesat air matanya kasar, marah pada dirinya sendiri kerana menunjukkan kelemahan, Kesunyian bilik itu seolah-olah mengejek kelemahannya.
Jam menunjukkan 7.30, pembantu rumah itu mengimbangi dulang berisi makanan kukus dengan berhati-hati ketika menghampiri bilik Muaz, langkahnya pantas dan bermatlamat. Belum sempat tangannya mencapai pemegang pintu, suara memanggilnya dari belakang, membuat dia menoleh. Mendengar suara itu milik Mirul, dia sedikit gelabah. Lelaki itu mendekatinya
"Hey! Where are you going with that? " Suara Mirul mencelah dilolong yang sunyi itu menyebabkan pembantu itu terpaku dengan mata terbeliak.
Dia memandang takut-takut kearah Mirul yang masih berdiri dibelakangnya. Pembantu itu mula gelabah, dia tidak mahu keberadaan Syifa didalam bilik itu diketahui oleh Mirul. Pembantu itu menoleh perlahan, tangannya sedikit menggigil ketika menghadap Mirul
"Oh tuan.. saya hanya.."
"Kenapa sampai bawa makanan kat bilik dia? Dia seperti raja pula, semua orang layan Muaz macam tu keh?" Ujar Mirul dengan nada sarkastik. Matanya mengecil sambil menghampiri pandangannya tertancap pada dulung
Perasaan panik pembantu wanita itu semakin membuak-buak apabila Mirul berebut-rebut mendapatkan penjelasan, terdesak dia untuk terus merahsiakan kehadiran Syifa.
" Eh, tuan meminta menghantar makanan ke biliknya. He has a busy day ahead. " Mata pembantu itu melilau ke sekeliling mencari tempat untuk melarikan diri.
Mirul menyilang tangan, terpancar rauk wajah bengangnya ketika itu
"Pengawal dia bagi tahu, Muaz tak balik lagi." Ujar Mirul dengan nada dingin. Dahinya mula dikerut rapat.
"Ada orang lain keh dalam tu?" Soal Mirul mendatar
Pembantu wanita itu menggengam dulang dengan lebih erat, buku jarinya menjadi putih. Ketegangan di lorong itu nyata apabila rasa curiga Mirul semakin memuncak.
Belum sempat pembantu wanita itu menjawab pertanyaan Mirul, lelaki itu mencengkam kuat kedua pipi pembantu itu, membuat bibirnya terpukul pada gigi dan mengalirkan darah. Dulung ditangannya sudah jatuh ke lantai.
"I hate people who tell lies." Tenung tajam Mirul.
"Muaz dah berani bawa perempuan balik rumah keh? Kenapa semua orang beri layanan sangat baik untuk along saya? I am also your master." Ujarnya lagi dengan dingin lalu menolak kasar pipi pembantu itu.
Disebabkan tolakan itu, tubuhnya tak mampu distabilkan lalu terduduk di atas lantai. Mirul menjeling pembantu yang masih terpaku di atas lantai. Melihat reaksi wajah pembantu itu membuatkan Mirul menduga sesuatu yang sedang disembunyikan disebalik rauk wajah pembantu itu. Dia mula menyukir senyuman sinis apabila kelibat Muaz belum tiba.
Dengan tergesa-gesa Mirul mendekati pintu bilik Muaz, tangannya mula mencapai pemegang pintu namun pembantu itu berdiri sebelum merentap tangan Mirul untuk menghentikan tindakannya, tapi Mirul pantas merentap tangannya sebelum mengunci pintu tersebut. Bilik itu gelap hanya bermandikan bayang-bayang, dengan hanya secebis cahaya yang mengintai melalui langsir di beranda .
Mirul mula melangkah kearah seseorang yang duduk diatas katil, matanya menyesuikan diri dengan kegelapan samar-samar itu. Dia mengabaikan saja ketukan bertalu-talu dari luar pintu. Gadis yang duduk dikatil itu tersentak apabila seseorang mula mendekatinya, mata gadis itu mengecil melihat kelibat itu menghampirinya sehinggalah mereka bertentangan mata. Senyuman sinis perlahan melebar di wajahnya apabila terpampang wajah Syifa yang duduk dengan muka mendatarnya membalas tatapnya.
"Saya tak mabuk. Jadi saya sedang tak bermimpi lah kan?" Senyum sinis Mirul lalu mendekati Syifa yang duduk bersandarkan bantal dibelakangnya
"Bagaimana seseorang yang melarikan diri dari tempat tidur saya, boleh berada ditempat tidur along saya?" Soal Mirul dengan nada sarkastik dengan senyuman sinisnya. Semua orang memberi layanan terbaik untuk abang saya, namun dia bertindak seperti semua masalah itu, dia tanggung sendiri.
Ketika itu dia baru sedar, bahawa gadis dihadapannya lebih menawan apabila tidak mengenakan sesuatu yang menutup kepalanya.
Syifa diam dengan tatapan mendatar, Mirul sedikit kesal apabila Syifa hanya mendiamkan diri. Mirul ingin tahu hubungan apa yang terjalin diantara mereka sehingga dia berada diatas katil abangnya. Tanda berfikir panjang, pipi Syifa dicekup kuat agar menatapnya, Syifa membalas tatapan Mirul. Mata lelaki itu seakan berkaca-kaca menahan amarahnya.
" Aku pun nak tidur dengan kau.."
Share this novel