Ruang bilik itu sederhana. Hanya cahaya jalan dari luar rumah yang menembusi tirai nipis, memancar samar-samar ke dalam bilik yang kelam. Suasana sepi, seolah-olah setiap sudut menahan nafas.
Di dinding, beberapa pingat tergantung kemas, berbaris rapi menunjukkan kegemilangan masa lalu. Di rak kayu sederhana, tersusun beberapa sijil penghargaan menempatkan beberapa sijil penghargaan yang tersusun rapi, menjadi saksi kepada kegigihan pemiliknya. Di atas meja pelajar, satu bingkai gambar kecil berdiri teguh. Gambar itu memaparkan Ericson, bersama seorang wanita berusia ialaitu ibunya dan seorang gadis kecil, adiknya. Mereka tersenyum bangga, memegang sebuah plak penghargaan kecemerlangan. Mengambarkan wajah-wajah bahagia mereka tatkala itu
Beberapa buah buku disusun di atas meja, bersebelahan dengan sebuah komputer riba yang malap. Tidak berpenghuni, tidak bernafas. Namun tiba-tiba tanpa sesiapa pun di situ komputer itu menyala sendiri, menebarkan cahaya biru kehijauan ke seluruh ruang.
Tiada sesiapa.
Hanya suara gesekan saup-saup yang samar dari ruang tamu yang memecah kesunyian.
Komputer itu, seakan dikendalikan tangan ghaib, mula menerima fail satu persatu. Skrin memaparkan gerakan automatik, seolah-olah ada seseorang menggodamnya dari jauh. Setiap fail yang dimasukkan ditandai dengan tajuk-tajuk aneh, dan akhirnya, satu fail utama muncul 'My Work'.
Beberapa saat selepas itu, komputer itu padam kembali, meninggalkan keheningan yang jauh lebih pekat daripada sebelumnya.
Tangisan halus terdengar menyusup masuk kedalam bilik dari ruang tamu, menembus dinding-dinding yang seakan bergetar menahan kesedihan.
"Ibu tak tahu nak cari abang kamu di mana lagi..." suara wanita itu pecah di antara esakan.
"Macam mana boleh abang dah hilang setahun yang lalu? Sedangkan kejadian baru tadi pagi, ibu?" suara anak perempuan itu menyusul, penuh bingung dan cemas.
"Ibu pun tak tahu... Itu yang polis bagi tahu ibu... Ibu tak tahu nak buat apa-apa lagi..." suara ibu itu seakan hilang dalam keputusasaan.
Di luar, angin malam membawa bisikan entah dari mana. Cahaya jalanan di luar berkelip-kelip, seolah-olah bernafas bersama rasa duka yang memenuhi rumah itu. Persekitaran kelihatan suram dan terpinggir, dihuni mereka yang jelas bukan dari golongan senang, bukan kawasan yang selamat. Segala-galanya seolah-olah sedang runtuh perlahan-lahan, dalam diam.
Di dalam, bilik Ericson kekal sunyi, hanya ditemani denyutan elektrik yang bersisa di udara seakan menanti sesuatu... atau seseorang... untuk kembali.
Bangunan terbengkalai itu terletak sunyi di pinggir kota, seakan terbiar oleh masa. Keadaannya kian usang, dengan dinding-dinding yang retak dan pintu-pintu yang hampir runtuh. Namun, sekelompok pelajar, kebanyakan perempuan, bersama beberapa lelaki, sedang asyik meluangkan masa mereka di sana, menikmati saat-saat yang seolah-olah terpisah dari dunia nyata.
Sebuah unggun api yang marak menyala di dalam tong besi memberikan cahaya redup di sekeliling mereka. Asap rokok berkepul-kepul di udara, bercampur dengan gelak tawa yang meletus dari mulut mereka, seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan. Butir-butir rokok berselerak di lantai, menandakan tempat ini sudah menjadi ‘sarang’ bagi mereka. Mereka duduk bersantai di beberapa buah sofa usang yang mengelilingi unggun api, sementara sisa-sisa kehidupan mereka terabaikan di tanah.
Di tengah-tengah mereka, seorang lelaki terkulai, melutut dengan keadaan yang amat parah. Pelajar lelaki itu baru saja dibelasah tanpa belas kasihan, tubuhnya penuh dengan luka-luka yang jelas kelihatan di celah-celah bajunya yang kusut-masai. Di sekelilingnya, kegembiraan kelompok itu berterusan tanpa henti, seolah-olah kehadiran lelaki yang terluka itu tiada makna.
Lily, seorang gadis dengan ekspresi sinis, dipaut bahunya oleh seorang lelaki yang duduk bersebelahan. Dia mengerling ke arah lelaki yang masih melutut itu sambil meneguk asap rokok yang terhembus dari mulutnya.
"Korang tak boring ke main dengan pelajar yang sama?" tanya Lily sarkastik kepada tiga pelajar lelaki di situ.
"Yang ini je jinak. Lagi pun dia ada mix Chinese. Kan cantik tu?" jawab lelaki yang berada di sebelah Lily, disertai dengan gelak tawa dan senyuman nakal mereka yang lain.
"Kau gay ke? Asal cakap macam bernafsu sangat," kata Lily geram, matanya naik ke atas, memberi tanda ketidaksenangannya.
Jawapan itu membuat lelaki di sebelahnya ketawa kecil sebelum tangannya mula membelai pipi Lily dengan manja.
"Bukanlah sayang. It's just like when you have a favorite toy, you just want to play with it all the time. Like budak yang kau buli selalu tu," ujar lelaki itu dengan nada mengoda, tangannya mula turun ke pinggang Lily, seolah menunjukkan hubungan mereka yang penuh dengan sengketa dan manipulasi.
Mereka yang lain hanya berpaling, tidak peduli dengan kemesraan toksik yang ditunjukkan di hadapan mereka. Hanan, yang diam seribu bahasa, hanya memerhati dengan riak wajah yang datar. Dia menghilangkan kaki seakan tidak peduli dengan kekacauan di sekelilingnya. Namun, satu notifikasi di telefon bimbitnya menarik perhatiannya. Tanpa berbasa-basi, dia berdiri dan mula berjalan menuruni tangga bangunan yang terbengkalai itu.
Kepala yang tadinya tertunduk fokus pada skrin telefon mula diangkat, dan langkahnya terhenti seketika. Di hadapannya, seorang lelaki yang dikenali, Mirul, berdiri dengan tangan memegang kayu pemukul bola lisut. Mata mereka bertentang, seolah ada pesan yang tak perlu diucapkan namun saling difahami.
Hanan menarik hoodie yang menutup wajahnya, keningnya sedikit terangkat apabila lelaki itu masih memandangnya. Dengan langkah tenang, Hanan melangkah melintasi Mirul yang membiarkan dia berlalu tanpa sebarang gangguan.
"Apa yang kuli Muaz buat kat sini? 'Korang' ni memang tak ada tujuan yang jelas ke?" tanya Mirul dengan nada sinis, tanpa menoleh kepada Hanan.
Langkah Hanan terhenti. Dengan senyuman mengejek di bibirnya, dia menjawab tanpa berpaling.
"Tujuan? For your information, I’m not his underling. I’m the leader. " ujar Hanan, suara penuh keyakinan, seakan-akan mengejek keangkuhan Mirul.
Mirul menundukkan kepala sedikit, menambah ketegasan dalam suaranya. "Aku tak kisah organisasi bodoh macam kau ni. Consider this your warning, stay away from Syifa. Someone like you? I’d only hire you to scrub my bathroom floor. "
Ucapan Mirul itu penuh dengan amarah, namun Hanan tidak terkesan. Senyuman sinis terus terpasang pada bibirnya ketika Mirul mula melangkah menaiki tangga, meninggalkan dia di bawah.
"Este hijo de puta habla sin pensar. No sabes con quién te estás metiendo. (Anak haram ni cakap ikut tekak. Kau tak tahu dengan siapa kau lancang sekali.)" bisiknya dalam bahasa Sepanyol, sinis dan penuh kebencian.
Hanan memutar tubuhnya, menanggalkan hoodie yang menutupi kepalanya, memperlihatkan rambutnya yang ditocang dua. Di tengkuk belakang lehernya, terukir jelas tatu catur bishop. Dengan tenang, dia menyumbat lolipop strawberry ke dalam mulutnya, dan matanya menatap tajam ke arah Mirul yang sedang mendaki tangga.
"No sabes que ese monstruo puede convertirte en su comida. Solo que esas personas lentas siempre pierden el tiempo. (Kau tak tahu monstar itu boleh jadikan kau santapan. Hanya saja, orang-orang lembab itu sering membuang masa.)"
Dia melangkah dengan angkuh menuruni tangga, tanpa peduli dengan bunyi bising dan teriakan yang mula kedengaran dari atas bangunan. Lagu 'No One Knows But Me' oleh Torii Wolf dimainkan dengan kuat melalui earphonenya, mengiringi setiap langkahnya. Kepala Hanan menggerakkan tubuhnya mengikut rentak lagu, menikmati alunan melodi itu.
Tiba-tiba, satu dentuman kuat kedengaran dari tingkat atas bangunan, disusuli dengan beberapa objek yang jatuh ke lantai. Tanpa terganggu, Hanan terus berjalan menuju ke tempat kejadian, di mana dia mendapati Lily terbaring separuh sedar bersama dua lelaki yang turut terjatuh.
Hanan berdiri merenung tubuh Lily yang terbaring, sedikit berempah dengan darah. Dengan nada sinis, dia bersuara.
"Oh, how heart-wrenching. "
Namun, sebelum langkahnya diteruskan, matanya sempat menoleh ke arah bangunan. Mirul berdiri di atas bangunan tingkat tiga yang tidak berdinding itu, mengenakan kemeja putih yang kotor, beberapa tompok darah jelas kelihatan di bawah cahaya malap. Dengan pemukul bola lisut di tangan, Mirul memandangnya dengan pandangan yang tajam, seolah sudah selesai 'pekerjaannya'.
Hanan hanya menghadiahkan senyuman nipis, sebelum terus melangkah pergi, meninggalkan kekacauan itu dengan tenang, seakan semua yang berlaku tidak lebih daripada sekadar permainan baginya.
Share this novel