BAB 26

Mystery Series 5364

Bilik peribadi wanita itu tenggelam dalam kelam. Tiada lampu dihidupkan, hanya limpahan cahaya samar dari langit malam yang menerobos masuk melalui jendela kaca besar memantulkan siluet tubuhnya yang berdiri kaku. Tubuh itu tegap, namun beku. Matanya merenung jauh ke luar jendela, ke arah langit malam yang membentang luas, dihiasi gugusan bintang yang bersinar redup.

"Creé la medicina para matar el dolor, para crear soldados, para el poder. Pero nunca creé espacio para una vida no planificada... dentro de mi propio vientre. (Aku cipta ubat untuk membunuh rasa sakit, untuk mencipta tentera, untuk kuasa. Tapi aku tak pernah cipta ruang untuk hidup yang tak dirancang... dalam rahimku sendiri.)" Monolog itu bermain perlahan dalam benaknya, suara batinnya seakan retak antara logik dan hakikat yang terhidang di depan mata.

Tangannya, tangan yang dulunya menyuntik pelbagai bahan ke tubuh sendiri tanpa gentar, kini... menggigil. Kenapa?

Perlahan, dia menyentuh perutnya yang masih rata. Gerakan itu kecil, tetapi penuh makna. Nafasnya memberat, terhela panjang. Wajah yang sering tampil setegas batu kini suram, seperti dipalit ragu dan emosi yang tidak dikenalinya.

"¿Qué eres, en realidad? (Apa kau, sebenarnya?)" bisiknya perlahan, hampir tak kedengaran. "¿Humano? ¿Mutante? ¿O un error... que me destruirá desde dentro? (Manusia? Mutasi? Atau satu kesilapan... yang akan hancurkan aku dari dalam?)"

Satu kilas memori menerjah masuk tanpa dipinta.

Tubuhnya terikat di katil uji kaji. Setiap suntikan menghantar kesakitan yang memeritkan ke dalam salur darahnya. Tubuhnya meronta, matanya merah, urat-uratnya timbul menjerit dari bawah kulit. Di balik cermin kaca, barisan figura berjubah putih memerhati tanpa suara. Mereka mencatat, mereka mengukur. Eksperimen demi eksperimen berjaya. Kerana itu dia diberi kedudukan. Kerana itu dia dikurung dalam penjara hitam yang tak berjiwa.

Kembali ke realiti, Dr. Medeia mengetap bibirnya. Matanya kosong merenung lantai.

"La última medicina... (Ubat terakhir...)" bisiknya, seolah tidak yakin dengan setiap patah. "Se suponía que fortaleciera el sistema inmunológico, eliminara las células débiles... Pero quizás... quizás permitió que algo creciera. (Sepatutnya memperkuat sistem imun, membunuh sel lemah... Tapi mungkin... mungkin ia benarkan sesuatu tumbuh.)"

Tiba-tiba, ketukan lembut memecah senyap. Pintu bilik terbuka perlahan. Prof. Josh muncul, melangkah masuk dengan langkah berat. Dia tidak mendekat, sekadar berdiri jauh di ambang cahaya yang malap.

Matanya menangkap sosok Dr. Medeia yang masih berdiri teguh di depan jendela, tidak berpaling sedikit pun.

"Me aseguraré de que todo quede en secreto, Dra. Hill. Pero necesito saber... (Saya akan pastikan semuanya dirahsiakan, Dr. Hill. Tapi saya perlu tahu…)" Suaranya lembut, namun tergantung dengan rasa gusar. "...¿cuál es su decisión sobre ese embarazo? (…apa keputusan anda untuk kandungan itu?)"

Dr. Medeia berpaling perlahan. Wajahnya… bukan lagi wajah wanita yang dingin dan sinis seperti selalu. Kini, hanya keletihan yang membalut setiap garis di wajahnya. Dan satu persoalan besar yang tidak terjawab dalam benaknya.

"Quiero monitorear. (Aku nak pantau.)" jawabnya akhirnya. Suaranya tenang, walau kelihatan ia terbit dari dasar hati yang retak. "En secreto. Que nadie lo sepa. (Diam-diam. Tiada yang tahu.)"

Dia menapak setapak ke depan, menatap terus ke mata lelaki itu guru, penyelia, dan satu-satunya manusia yang pernah dia percaya dalam dunia mereka yang kelam.

"Pero si este feto empieza a mostrar algo... fuera de los límites de un humano normal... (Tapi kalau janin ini mula menunjukkan sesuatu... di luar batas manusia biasa...)" ucapnya perlahan.

Dia berhenti, menelan air liur yang terasa seperti batu. Lalu menyambung, "...yo misma lo terminaré todo. Con mis propias manos. (...aku sendiri yang akan tamatkan segalanya. Dengan tanganku.)"

Nada itu datar, namun penuh luka. Matanya sedikit berkaca, namun tetap menahan dari gugur. Ketegasan itu bukan lagi kerana kekuatan tetapi kerana tiada pilihan lain.

Prof. Josh terdiam. Mendengar ucapan itu membuat hatinya merengkah sedikit. Dr. Medeia, pelajar terbaiknya, kini berdiri sendirian menanggung keputusan yang terlalu besar terlalu kejam untuk sesiapa pun. Hatinya memberontak. Mungkin sudah tiba masanya dia tidak lagi tunduk kepada organisasi. Mungkin sudah tiba masanya dia bertindak… bukan untuk mereka.

Tetapi hanya untuknya. Untuk Dr. Medeia.

Makmal rahsia bawah tanah itu senyap, dibalut kelam malam yang menyelinap masuk melalui celah-celah sistem ventilasi usang. Lampu malap menggantung dari siling konkrit, berkelip perlahan nyaris padam. Kamera pengawasan masih berpusing, perlahan dan mekanikal, seolah turut letih mengintai kehidupan yang kian suram di dalamnya. Bau kimia pekat bersatu dengan aroma logam berkarat, menyesakkan dada.

Dr. Medeia terbaring lesu di atas katil besi. Tubuhnya pucat seperti helaian kertas lama. Rambutnya kusut, lembap oleh peluh dingin yang merembes tanpa henti. Leher dan perutnya menunjukkan jalur urat-urat hitam yang menjalar kasar dan kekal kesan dari bahan eksperimen yang merosakkan dari dalam.

Di sisinya, Prof. Josh duduk rapat dengan wajah penuh kerisauan, tablet data di tangan terketar-ketar. Jari-jarinya menyentuh lembut pergelangan tangan wanita itu, mengesan nadi yang kian lemah.

"El pulso es demasiado débil. Cada día empeora, (Nadi terlalu lemah. Setiap hari makin merosot,)" katanya perlahan, hampir seperti membisik kepada dirinya sendiri. "Dr. Hill… su cuerpo ha rechazado la mitad del nuevo sistema inmunológico que inyectamos hace tres meses. (Dr. Hill… tubuh anda dah tolak separuh sistem imun baru yang kita suntik tiga bulan lepas.)"

Dr. Medeia menarik nafas pendek, cuba membalas, namun suaranya nyaris tidak kedengaran. "No puedo… comer nada. Cada vez que lo intento… todo vuelve a salir… (Aku tak… boleh makan apa pun. Setiap kali cuba… semuanya keluar balik…)"

Tangannya perlahan-lahan menyentuh perutnya. Nafasnya sempit, dada turun naik dalam irama yang tidak sekata. Matanya terbuka separuh, masih cuba melawan kelemahan yang menjerut seluruh sistem tubuhnya.

Prof. Josh melihatnya penuh simpati. Suaranya berubah, lebih perlahan, lebih dalam dan hampir seperti rayuan.

"Medeia… escúchame bien. Este lugar… ya no es un lugar para usted. Ni para su hijo. (Medeia… dengar saya baik-baik. Tempat ini… bukan lagi tempat untuk anda. Untuk anak anda.)"

Mata wanita itu terbuka lebih luas sedikit. Dia cuba bangkit tekad dalam tatapannya namun tubuhnya enggan menurut. Dia mengerang perlahan.

"No abandonaré este proyecto, profesor. (Aku tak akan tinggalkan projek ini, Prof.)" katanya dengan nada serak, keras meski tubuhnya lemah. "Esto... es mi vida. No huiré como una prisionera. (Ini… hidup aku. Aku takkan lari macam banduan.)"

Prof. Josh bangun perlahan, mendekat ke sisi katil. Tangannya diletak atas bahu wanita itu, menahan dengan lembut.

"Esto ya no se trata del proyecto, Medeia. Se trata de tu vida y... la de ese bebé. Cada día que pasa, tu cuerpo se debilita más por las toxinas antiguas que nunca desaparecieron. (Ini bukan soal projek lagi, Medeia. Ini soal nyawa anda dan… bayi itu. Setiap hari yang berlalu, tubuh anda makin lemah sebab racun lama yang tak pernah hilang.)"

Dr. Medeia terdiam. Tangannya masih di perut, kini mengusap perlahan, hampir tidak sedar. Gerakan itu... naluriah. Matanya berkaca, tapi dia tidak menangis.

"...Creo que se movió anoche. (…Aku rasa dia bergerak semalam.)" Suaranya perlahan, hampir tak mampu melawan getar di dadanya.

Prof. Josh tergamam. Dada lelaki itu seakan dipalu harapan. Perlahan, bibirnya terukir senyuman kecil yang hampir tak kelihatan.

"Eso significa que todavía es fuerte, Medeia. Pero te necesita. Y tú necesitas salir de aquí... antes de que sea demasiado tarde. (Itu tandanya dia masih kuat, Medeia. Tapi dia perlukan anda. Dan anda perlukan keluar dari sini… sebelum semuanya terlambat.)"

Wanita itu terdiam lama. Matanya merenung siling konkrit di atasnya, seolah cuba menimbang sesuatu yang lebih berat daripada hidupnya sendiri.

Prof. Josh menyambung, suaranya semakin lirih. "Hay un túnel de escape debajo de la sala de tratamiento. No se ha usado desde el accidente de hace siete años. Puedo abrir el sistema. Pero solo esta noche. (Ada terowong pelarian bawah bilik rawatan. Tak digunakan sejak kemalangan tujuh tahun lalu. Saya boleh buka sistem. Tapi hanya malam ini.)"

Kepala wanita itu berpaling perlahan. Pandangannya sayu namun masih ada bara di dalamnya.

"¿Estás dispuesto… a sacrificar todo esto… por mí, profesor? (Kau sanggup… korbankan semua ni… demi aku, Prof?)"

Prof. Josh menghela nafas panjang. "No es solo por usted, (Bukan untuk anda saja,)" jawabnya, matanya berkaca. "Sino por algo que… no deberíamos destruir. He visto en lo que nos hemos convertido a lo largo de los años. Pero no permitiré que ese bebé nazca en un lugar que solo ha dado a luz veneno. (Tapi untuk sesuatu yang… kita tak sepatutnya rosakkan. Saya dah lihat apa kita jadi selama bertahun-tahun. Tapi saya takkan biar bayi itu lahir dalam tempat yang lahirkan racun.)"

Diam panjang menyelubungi ruang.

Akhirnya, perlahan-lahan, Dr. Medeia mengangguk. Air mata bergenang di hujung matanya, namun cepat-cepat diseka. Dia bukan lemah. Tidak. Dia kini seorang ibu. Dan dia harus kuat—bukan untuk dirinya, tapi untuk nyawa yang sedang hidup dalam rahimnya.

"...Si me voy... (…Kalau aku pergi…)" suaranya serak, terputus-putus, "...¿Usted va a...? (…anda akan…?)"

Prof. Josh mengangguk, senyum lemah tapi penuh tekad. "Alguien tiene que borrar todas las pruebas. Y alguien tiene que asegurarse de que no los persigan, Dr. Hill. (Seseorang perlu matikan semua jejak. Dan seseorang perlu pastikan mereka tak kejar, Dr. Hill.)

Air mata wanita itu jatuh perlahan, diam-diam. Bukan kerana takut. Tapi kerana untuk pertama kali dalam hidupnya… dia tahu dia bukan lagi senjata. Bukan produk. Bukan eksperimen.

Dia seorang ibu.

Dan itu, untuknya, adalah sebab pertama yang benar-benar membuatkan dia mahu terus hidup.

Buat pertama kali, lelaki yang membuat dia memilih hidup bukanlah lelaki itu.

Ia adalah Prof. Josh. Lelaki yang berdiri diam, tapi setia yang memilih menyelamatkannya, bukan menaklukkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience