BEBERAPA hari kemudian. Jam menunjukkan 5 am. Pekerja seterusnya mengganti tempat Shifa pada shif tersebut, memandang hari sabtu dia dapat mengambil shif malam. Syifa keluar dari 7E, dia menghembus nafas dalam. Dari pagi lagi batang hidung Daniel tidak kelihatan, sepatutnya budak itu yang akan menggantikan tempatnya. Di hubungi pun tidak dijawab. Macam-macam hal lah.
Pagi ini terasa ingin pergi Jambatan Saloma dengan angin subuh dan turut dihiasi dengan sistem pencahayaan canggih yang menonjolkan keunikannya pada waktu malam, sama seperti Bridge of Peace. Sudah tentu tekanan yang dihadapi dapat ditenangkan. Shifa berjalan diatas jambatan sambil menikmati pemandangan lebuh raya dibawah jalan. Syukur Allah masih memberikan ketenangan bila dia bersendiri. Dengan sebelah tangan dimasukkan ke kocek seluar dan satu tangannya lagi membawa beg plastik yang berisi makanan ringan. Langkah Shifa terhenti apabila seseorang yang cukup dikenalinya duduk dipalang jambatan, kalau tolak ni sah jatuh punya.
"Daniel kau buat apa?" Tanya Shifa tenang. Walaupun dia tahu apa yang Daniel lakukan. Dia berjalan menghampiri Daniel dengan muka selambahnya.
"Macam mana kau boleh berdiri kat situ? Sepatutnya security guard dah tangkap engkau." Ujarnya lagi
Daniel berpaling kearah sapaan itu. Mukanya penuh dengan lebam dan bibirnya mengeluarkan cecair merah. Topi yang dipakai diturunkan agar wajahnya tidak kelihatan. Syifa berkerut melihat keadaan Daniel, rasa simpati akan keadaannya itu.
"Jangan datang sini..tolonglah pergi.." Kata Daniel dengan nada serak. Air matanya yang kering tadi kembali mengalir. Apakah pilihan yang dia lakukan itu adalah tepat?
"Jangan buat kat sini. Subuh lagi ni, tak banyak kereta. Tunggu lah matahari terbit sikit, baru feel bunuh diri." Kata Shifa tanpa ada rauk diwajah. Dia datang mendekati Daniel, membulat matanya dengan sindiran Shifa, seakan tidak memperdulikan keadaannya.
"Pergi lah!" Daniel teriak kuat, hatinya hancur tidak ada yang memperdulikannya hingga akhir hidupnya pun. Tanpa berfikir dia rebahkan badannya untuk jatuh di atas jembatan tersebut. Shifa merentap pantas dari belakang, Daniel terduduk diatas lantai sambil memandang kearah Shifa yang berdiri dihadapannya.
"Walau macam mana berat pun hidup kau, melarikan diri dengan cara macam ni, kau akan menyesal. Kita masih ada Tuhan" Ucap Shifa dengan tenang. Dia memandang Daniel yang menundukkan kepalanya.
"I don't want to die..but i don't want to live like this." Tutur Daniel dengan nada seraknya. Dia terkenangkan hasibnya. Hidupnya terlalu menderita sejak kematian ibunya, ayahnya sudah tidak seperti dulu. Rumah ialah neraka buatnya. Tidak ada yang akan faham.
"You don't know how struggle i am to bring back my happiness and remove all of my sadness.." sambungnya lagi lalu dikesat air matanya.
"Mari balik. Kau tinggal tempat aku. Lepas ni kau tak perlu fikirkan sesiapa. Aku jaga kau." Cadang Shifa sambil memegang bergelangan Daniel untuk membantunya bangun. Daniel memandang tidak percaya akan ucapan Shifa
Shifa tersenyum nipis. "Sebulan rm 500, lain air dan elektrik." Gelak kecil Shifa sebelum mengatakan dia hanya bergurau. Daniel hanya mengangguk tanda faham
BEBERAPA minggu kemudian. Daniel tinggal bersebelahan rumah Shifa, rumah itu sebagai kelas tuisyen yang dibuat oleh abangnya, memandangkan abangnya sudah mengurus syarikat luar negara, rumah itu biarkan kosong.
Ibu bapa Shifa tinggal diluar negara sejak beberapa tahun yang lalu, hanya duit yang dimasukkan dalam bank setiap bulan untuk menyarah hidupnya. Dia tahu ibu bapanya sudah tidak menghiraukannya, kerana terlalu sibuk menguruskan perniagaan mereka. Hanya tertumpuh pada pendidikan adik perempuan dan abanynya.
Shifa keluar dari biliknya, sudah bersiap dengan seragam sekolah. Dia meminta pembantu rumah membawa sarapan ke rumah sebelah untuk makan bersama Daniel. Makanan sudah siap terhidang di meja makan, kepalanya dijongket kearah bilik tidur yang masih tertutup, Syifa mengatur langkah kearah bilik sebelum susuk tubuh Daniel yang baru keluar dari kamar mandi di ruang tamu sambil menggosok rambutnya yang basah dengan tuala, bentuk tubuh terserlah hanya seluar pendek dikenakan pada tubuhnya, sebelum Daniel tergamang lalu pantas menutup badannya.
"Agak-agak lah kau nak buat pembantu rumah terliur dengan tubuh kau tu?" Ujar Shifa selambah yang sedang berdiri, pembantu yang berdiri di meja makan sudah tersipu malu sambil menutup mulutnya. Kening kananya dinaikkan. Sambil melihat muka gelabah Daniel yang diperhatikan oleh pembantu tidak berkelip.
"Mana lah aku tahu kau nak datang, biasa kau letak sarapan kat meja tu jeh" Ujar Daniel sebelum berlari anak menuju ke bilik. Ingat minah ni dah pergi sekolah. Takkan pergi lambat juga.
"Kau cepat sikit siap. Hari-hari nak lambat, kau ingat sekolah tu bapa engkau punya." Tegas Shifa lalu berjalan menujuh ke meja makan.
Sejak Daniel tinggal disana mereka tidak pernah pergi sekolah bersama, tidak tahu pula Daniel suka datang lambat. Itu sebab dia hendak memastikan Daniel datang awal lepas ni, walaupun otu bukan prinsip hidupnya. Takkan nak tunjukkan perangai buruknya pada Daniel. Shifa menyentap sarapannya.
DISEKOLAH. Shifa diberi tahu rakan kelasnya Lola tidak datang kerana sakit. Shifa hanya termenung memandang keluar tingkap. Melihat langit bertukar warna, kejap lagi hujan lah. Jihyo mengeluh, bosan juga kalau tak ada Lola ni. Boleh tertekan macam ni. Terasa pembelajaran terakhir sebelum rehat berjalan lambat. Mana cikgu ni, masa tinggal 30 minit!
Seorang lelaki dalam lingkungan pertengahan 20 an berjalan masuk menuju meja hadapan. Kaca matanya dinaikkan ke batang hidung. Semua pelajar memandang hairan kearahnya. Beberapa pelajar perempuan sudah terpanah akan kekacakan yang dimiliki lelaki dihadapan mereka itu.
"Saya Reza Zafri. Cikgu gantian untuk sementara. Selamat berkenalan. Tanpa buang masa, buat karangan tentang 'i hate school!' "karangan yang menarik, korang boleh rehat awal. Senyum Reza pada pelajar yang memandang kebingunang akan ucapannya itu. Ada juga cikgu gila macam ni.
"Apa yang korang tercegakkan lagi. Tak nak rehat, saya pun menyampah tengok muka korang ni." Tegasnya dengan reaksi mendatar.
Siapa dia tu? boleh pula dia guna kata-kata kasar macam tu. Semua pelajar tidak puas hati akan tindakan cikgu baru tersebut. Dengan keluhan berat mereka mengikut saja kehendak cikgu gantian 'kononnya'
Reza memerhati beberapa pelajar yang sudah mula siapkan karangan yang diminta. Ditenung satu persatu belajar yang membuat karangan tersebut. Sekali-kala pandangannya dialihkan kepada Shifa yang masih tidak menuliskan apa-apa pada kertas yang diberikan.
Satu persatu pelajar mengangkat tangan menandakan mereka telah siap dengan tugasan yang diberikan.
"Panjang betul kau buat karang ni, kau memang tak ada masa depan ke apa?" Kata Reza selambah sambil memfokuskan pada kertas yang dibacanya itu
"Hihi, rezeki tak semestinya pandai belajar tapi berusaha untuk kerja." Jawab pelajar lelaki itu dengan senyuman kambing. Sebelum mengarahkan pelajar tersebut keluar.
Tindakan cikgu tersebut membuatkan pelajar lain semakin bersemangat untuk menyiapkan karangan tersebut. Satu persatu pelajar dibenarkan untuk keluar.
" 'I hate school' ?" Bacanya pada kertas dengan kerut dahi memandang pelajar yang memberikan kertas itu dengan reaksi selambahnya
" 'Thanks you' cikgu jangan lupa baca." Jawabnya sambil mengatakan ayat terakhir pada kertasnya.
Reza tenung dengan rauk wajah muram lalu menepuk belakang kepala pelajar lelaki tersebut. Pelajar itu mengerang kesakiran sambil mengosok kepalanya.
"Senang kau buat kerja eh?" mendengus geram Reza kepada pelajar dihadapannya itu
"Betul lah apa yang saya tulis.."
"Aku suruh kau buat karangan dungu! Bukan minta kau salin balik tajuk yang aku bagi! Kau buat balik!" Reza menghempas kertas pelajar tersebut diatas mejanya.
Reza berjalan kearah tempat duduk Shifa, selepas pelajar lelaki itu dimarahi, Shifa tergesa-gesa memegang pen nya itu lalu memikirkan ayat untuk di jadikan karangan tugasannya.
"Dari tadi aku perhatikan je engkau, baru kau nak mula buat. Tengok muka pun dah tahu, benci sangat kat sekolah" Tenung tajam Reza kearah Shifa dengan senyuman sinisnya. Syifa menghembus nafas dalam, tidak berpuas hati dengan sindiran cikgu tersebut.
Reza menyilangkan kedua tangannya. Sambil memandang tajam kearah beberapa pelajar yang masih berada dalam kelas tersebut.
" Aku minta korang buat karangan ni, bukan sebab nak bagi korang keluar awal. Tapi dengan macam ni lah cara budak kelas bawahan berfikir, sekurang-kurangnya kawan korang yang lain berjaya. Tapi korang, so sad!." Bentak Reza sambil mengakhiri ayat terakhirnya dengan pandangan tajam kearah Shifa.
15 minit sebelum tamat masa rehat. Semua pelajar sudah menyiapkan tugasan mereka, Shifa masih duduk menyiapkan tugasannya itu. Reza berjalan kearahnya, sambil menyilang kedua tangannya.
"Dah, kau boleh pergi. Nak berapa minit lagi aku nak tunggu kau." Keluh Reza dengan rauk wajah seriusnya. Syifa bangun lalu menunduk sedikit.
" Kalau tak boleh banggakan sesiapa, cukup hidup banggakan diri sendiri." Ujar Reza lalu mengambil kertas diatas meja Syifa sebelum berjalan keluar dari kelas tersebut.
Shifa menghela nafas dengan pandangan kosong kearah pintu yang sudah ditutup. Hidup tidak membebankan tapi cara layanan keluarga itu menghancurkan mental engkau. Berpura kuat, sedangkan itu cara kau menipu dunia bahawa kau baik-baik sahaja.
Shifa duduk dibangkuk panjang dengan tuduhan pokok besar, fon telinga disumbat pada kedua telingan dengan kelantangan penuh. Kepalanya dibaringkan pada menghadang belakang kerusi panjang, ditutup kedua matanya. Seseorang menghampirinya lalu dicabut fon telinga sebelah kanan Shifa masuk ke telingan kanannya. Blazer yang dipakainya dibuka lalu diletakkan atas skirt paha Shifa yang terkena cahaya matahari. Shifa tersentap, lalu memperbaiki kedudukannya.
'I'm tryna be better
But I feel under the weather
So mama when I die
Please hold in your cry..'
Zarif menghayati bait-bait lagu yang dinanyikan artis barat itu. Dia belum pernah mendengar lagu itu lagi, tetapi lagu itu selalu didengari oleh Shifa selepas tamat latihan kelab tekwando.
"Tak nak dengar lagu lain keh?" Tanya Zarif sambil dekatkan wajahnya kearah Shifa.
Shifa hanya membalas dengan jelingannya, sebelum menjarakkan dirinya pada lelaki itu. Lalu kembali lelapkan kedua matanya. Sebelum sempat kepalanya mendarat dipenghadang kerusi, pantas tangan Zarif membawa kepala Shifa mendarat dibahunya.
Pantas Shifa menolak kepalanya ke tepi menidakkan tindakan Zarif itu. Aku ni bukan bodoh lagi tentang batas seorang wanita muslim pada lelaki yang bukan mahram.
"Boleh tak jangan sentuh aku sembarangan. Jangan sama kan aku dengan gadis yang dikelilingi kau tu." Tegas Syifa dengan tatapan tajamnya, fon telinga di telinga lelaki itu sudah terlepas sebelum pantas Syifa mengumbat kembali ke telingannya. Dia sudah lama mengenali senior itu, terkenal dengan baik hati dan peramahnya. Tidak hairanlah, dia pelajar senior yang ramai peminat, tapi aku tak tergolong.
"So.. Sorry aku betul-betul tak sengaja. Kau jangalah ambil hati." Luah Zarif kesal akan kekhilafannya.
Shifa mengabaikan saja sebelum baringkan kepalanya pada penghadang belakang kerusi lalu pelahan-lahan melelapkan mata, ada beberapa minit lagi kelas akan bermula. Dia akan gunakan masa itu sebaik mungkin.
Zarif mendengus pelahan dengan senyuman terukir dibibirnya, apabila Shifa hanya mendiamkan diri. Ada beberapa kali dia cuba luahkan perasaan terhadap Shifa. Setiap kali itu juga, luahannya Syifa akan menolak dengan sindiran lawak. Shifa seseorang yang sukar diramal, itu menyukarkan dia mengetahui cara yang terbaik untuk luahan perasaanya.
"Kau tak tidur kan?" tanya Zarif
"Ermm." Shifa hanya menggumam dengan matanya masih tertutup, malas lah kena kacau macam ni.
"Kau tak masuk kelas keh? biasanya form 6 start class awal.." Ujar Syifa. Malas basa-basi dengan lelaki itu, aku dah lah kurang idea nak bercakap dengan orang. No mood!
"Kenapa kau reject aku? Kau tak pernah bagi alasan yang betul-betul serius." Tutur Zarif serius, entah kenapa ayat itu sedang bermain-main dikepalanya, sekali lagi luahannya diluahkan tanpa berfikir, adakah masa itu sesuai?
Shifa membuka mata luas lalu menegakkan badannya, sambil menguap yang sudah ditutup. Inilah aku malas kalau orang serius, macam ada pengebumian. Terasa lapar pula, jam tangan ditenung seketika, ada 2 minit lagi sebelum masa kelas bermula.
"Aku blah dulu." Ujar Shifa selambah, lalu bangun dari tempat duduknya.
"Tak nak bagi tahu saya sebab?" Ucap Zarif kuat sedikit agar menghentikan langkah Shifa.
Shifa berlari sekuat hati, tanpa menghiraukan soalan yang ditanya Zarif. Lelaki itu sudah tergelak kecil sambil memandang Shifa lari lintang pukang masuk kedalam bangunan sekolah.
Dia mengambil blazer sekolahnya diatas rumput sambil mengukis senyuman.
"Love tastes different for everyone." Keluhnya pelahan.
Shifa tercungap-cungap, cuba mengawal pernafasan agar dihembus dengan baik disebabkan lariaan tadi. Shifa masuk kedalam tandas lalu membasahkan mukanya, ditenung lama wajahnya pada cermin kaca dengan titisan air yang jatuh pada mukanya.
"Apa yang special ada kat aku sampai nak ulang kata-kata yang dia tahu jawapannya." Luah Shifa pelahan sambil menepis lebihan air pada wajahnya. Tudungnya kembali dikemaskan, dah macam pocong!
Shifa keluar dari tandas, kepalanya dihempuk oleh sesuatu yang sedikit keras. Sambil memegang dahinya, Shifa mengangkat kepalanya dengan kerutan didahi melihat kerangan punya badan yang melanggarnya itu. Pelajar lelaki form 6 dihadapanya itu merenung tajam sambil memegang dadanya.
"Kau tak ada mata keh?" Geram Shifa
"Kau buta keh? Kan aku ada mata ni." Balas lelaki itu sambil menaikkan kening kirinya.
"Kalau kau ada mata, tak ada lah kau langgar aku." Bentak Shifa dengan amarahnya. Eh, boleh pula dia balas dengan jawapan kurang cerdik.
"Kau ingat aku perasan keh ada jembalang nak keluar dari tandas tu. Dah tepi lah, membebel macam mak nenek." Geram lelaki itu lalu menepis bahu Shifa agar tidak berdiri dihadapannya.
Shifa menghembus nafas dalam, sakit pula hatinya bila orang buat silap tapi main blah jeh. Apalah malang punya nasib hari ni. Shifa berjalan menuju ke kelasnya, dia terserempak dengan Daniel yang masih berkeliaran diluar kelas. Seorang pelajar lelaki menepuk kuat kepala Daniel dengan diikuti gelak rakannya yang lain. Daniel memegang kepalanya yang terasa sakit sambil menunduk. Shifa dari jauh kerut dahi, badan bukan main berketul tapi tak pandai melawan pula.
"Ahh" Lelaki itu mengerang kesakitan apabila kepalanya seperti dilempar benda keras. Apabila dia pusing kasut sekolah itu berada di lantai. Lelaki itu memandang tajam kearah Shifa yang datang dekat kearahnya.
"Lah tadi aku nak sapa engkau, tapi kasut aku pula yang terbang." Sapa Shifa lalu membongkok untuk mengambil kasutnya diatas lantai.
Lelaki itu memijak kasut Shifa sebelum sempat badannya tunduk untuk mengambil kasutnya, Pelajar lelaki itu tersenyuman sinis mendengar kata-kata Shifa tadi.
"Kau siapa bodoh! Kenapa pula kau nak sapa aku?" Bentaknya dengan nada kasar. Sakit hatinya bila orang buat lawak bodoh tanpa sedar akan kesalahannya.
Shifa menarik kuat kasutnya yang dipijak oleh lelaki itu, disebabkan tarikan yang terlalu kuat lelaki itu tidak dapat stabilkan badannya lalu terduduk diatas lantai. Mata Daniel membulat besar melihat kelakuan Shifa selambah sahaja berhadapan budak nakal di dalam kelasnya itu.
Shifa mengerut dahi, lalu menghembus nafas dalam. "Macam tai kau buat kasut aku. Kau nampak ni?! Dah macam muka engkau kasut aku!" Bentak kasar Shifa lalu diri dihadapan lelaki itu.
Lelaki itu senyum sinis, tidak menyangkan gadis dihadapannya itu sedang bergurau dengannya.
"Kau tak kenal aku.."
Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, Shifa menampar kuat kasutnya pada muka lelaki itu. Dia tersentap sambil memandang tajam kearah Jihyo
"Kau nak mati?!.."
Shifa melompat sebelum memberikan tamparan kasutnya yang cukup kuat untuk menghentikan percakapan yang keluar dari mulut pelajar lelaki itu. Daniel menarik lengan baju Shifa agar menghentikan tindakannya.
"Stop lah." Bentak Daniel sambil merentap kuat pergelangan Shifa kebelakang. Shifa menyukir senyuman sinis memandang tajam kearah pelajar lelaki yang terbaring sambil memegang mukanya dengan beberapa kesan luka dan lebam.
"Kalau kau tak nak mati lepas ni, jaga tingkah laku kau. Kau pun boleh rasa sakit kan?" Tegas Shifa lalu merentap tangannya agar dilepaskan oleh Daniel.
"Kau ni pun, badan jeh berketul, takkan cekeding macam dia pun kau tak boleh hadap." Jeling Shifa kepada Daniel sebelum mulakan langkah untuk berlalu pergi.
Daniel hanya memandang kelibat Shifa berlalu pergi. Pelajar yang sudah terbaring memandang kearah Daniel yang berdiri dihadapannya.
"Kalau nak bergurau pun, boleh tak jangan main kepala?" Ujar Daniel dengan nada dingin, dihinjut kening kanannya naik keatas. Pelajar itu membalas dengan pandangan takut sambil menelan air liur yang terasa pahit. Daniel meninggalkan pelajar lelaki tadi lalu masuk ke kelasnya.
PEMBELAJARAN tamat. Shifa berjalan keluar dari pagar sekolah. Selalunya dia akan tunggu Daniel untuk pulang bersama, tetapi hari ni dia kena ganti shif pekerja yang berhenti secara tiba-tiba. Shifa berlari untuk memastikan dia tidak ketinggalan bas.
Selepas beberapa minit bas yang dinantinya berhenti di tempat perhentian bas. Shifa menaiki bas tersebut, fon telinganya dikuatkan, tidak ingin mendengar suasana dalam bas. Matanya liar mencari tempat duduk, penumpang dalam bas juga tidak ramai, jadi dia mengambil tempat duduk paling belakang memandang hanya seorang lelaki yang duduk di tingkap sebelah kanannya.
Shifa kerut dahi sambil mendekati tempat duduk paling belakang di sebelah lelaki tersebut, Direnung tali kad pelajar lelaki yang memakai topi hitam itu, kolej itu ialah tempat dimana abangnya sambung diploma. Tetiba teringatkan abangnya. Sudahlah, mereka bukan kesahkan aku pun!
Shifa duduk disebelah kiri, sambil bebola matanya menjeling kearah lelaki yang duduk disebelahnya itu. Tidur keh apa? Tempat duduk untuk dua orang sudah ditaklukinya sendiri.
Lelaki tersebut tersedar akan tenungan Shifa itu, membuatkan lelaki itu membalas pandangan Shifa.
"Miang." Ujar lelaki itu pelahan tetapi masih boleh didengari Shifa.
Shifa tersentak akan kata lelaki itu. Sambil menelan air liur yang terasa tawar. Gila punya mata! Boleh pula aku berulang kali jeling tempat dia, hari ni aku kurang waras agaknya. Shifa memejam kedua matanya, malu juga bila orang ingat dia miang.
"Khawla Shifa ?" Teka lelaki itu dengan nada hairan sebelum memperbaiki posisi duduknya. Topi di bahagian depan sudah dipusingkan kebelakang untuk meluaskan pemandangannya.
Shifa membuka matanya lalu palingkan kepalanya kearah lelaki disebelahnya itu. Shifa kerut dahi, memang mamat tak guna ni lah?!
"Aisy.. Tak mati lagi engkau ni?!"
"Awak ni, bukan cakap macam tu kalau jumpa orang yang awak rindu?" Gelak kecil Aisy memandang reaksi muka Shifa. I miss her
TBC
Share this novel