BAB 7

Crime Series 5101

PROLOG

DANISH membuka pintu pagar kediaman Shifa. Wajahnya berkerut melihat sebuah kereta hitam mewah yang parkir di luar kediaman tersebut. Susuk tubuh lelaki dalam lingkungan pertengahan 40 an keluar dari banglo tersebut dengan rauk wajah bengisnya, Danish segera menyembunyikan diri di sebalik dinding pagar. Siapa tu? Dia belum menghubungi Shifa lagi disebabkan telefonya kehabisan bateri.

Seorang lagi lelaki keluar dari banglo tersebut dalam lingkungan pertengahan 20an. Seperti itu keluarga Shifa? Teka Danish sendiri. Apakah aku perlu menyapa mereka? Haha, macam mana aku boleh ada sifat tak malu ni? Detiknya sendiri dengan pandangannya tak lari melirik dua susuk lelaki diluar kediaman itu.

Danish berganjak pergi meninggalkan tempat itu, sebelum mereka menyedari kehadirannya. Entah bagaimana tanpa berfikir, langkahnya diatur menuju ke tempat yang sudah tidak asing lagi itu. Danish menghentikan langkahnya. Rumah!

Danish terpaku seketika, dia berada diluar pintu rumahnya. Mengapa aku tak sedar, kemanapun aku lari, aku sentiasa kembali ke tempat asal aku. Bagaimana aku boleh fikir, aku boleh lari lebih jauh, sedangkan disini lah tempat asal aku?

Danish menelan air liurnya yang terasa tawar. Dia menekan pin kata laluan. Pintu tersebut terbuka, kata laluan juga tidak ditukar setelah beberapa minggu dia tidak kembali sejak kejadian itu. Bagaimana mungkin ayah nya memikir itu, dirinya saja tidak terurus.

Danish melangkah masuk, suasana dalam rumah tersebut agak gelap dan berbau seperti alkohol dan makanan yang sudah basi. Mungkin kah ayah tidak berada dirumah? Tekanya lalu lampu di depan pintu menyala. Seseorang yang agak kurus berdiri dihadapannya sambil memegang botol kaca. Danish terduduk disebabkan terkejut akan kelibat lelaki itu. Ia itu ayahku!

"Kau jumpa rumah akhirnya?" Nada mendatar ayahnya. Membulat besar mata Danish memandang susuk tubuh ayahnya, ingatannya kembali teringatkan betapa menderitanya dia menerima segala seksaan yang dilakukan oleh ayahnya itu

"Kemana kau pergi? Hah! Bukan kau perlu bersembunyi dengan baik selepas buat kesalahan." Senyum sinis ayahnya lalu mendekati Danish yang terduduk di pintu. Botol arak yang dipegangnya sudah digenggam erat dengan amarahnya mula membuak.

Danish memandang palang pemegang pintu. Koler baju sekolahnya sudah ditarik kasar oleh ayahnya, sebelum kepalanya dihempak dengan botol arak. Terpempan Danish seketika, tak habis dengan itu, satu tumbukan kuat hinggap ke pipi kirinya, itu dilakukan berkali-kali sehingga koler Danish dilepaskan. Danish sudah terbaring dengan darah mengalir keluar dan beberapa kesan lebah dan luka dimuka dan bibirnya. Rambut Danish ditarik kuat, ayahnya membawanya ke dapur. Danish merontah agar dilepaskan. Kekuatan ayahnya lebih kuat kerana ayahnya bekas tentera.

"Kau lemah keh? Jadi kenapa kau ada bentuk badan yang bagus? Kalau kau putus asa, kau akan mati begitu sahaja."

Terbayang kata-kata Syifa itu dari benak ingatannya. Ayahnya mengambil pisau dapur, dia mengukir senyuman sinis. Dia sudah hilang akal sihatnya. Betapa hidup aku tersiksa ada anak tak guna seperti kau!

"Aku perlu mengajar kau supaya menjadi anak yang taat.."

Belum habis ayat yang keluar dari ayahnya itu, Danish menarik tangan ayahnya yang sedang menarik rambutnya, lalu menghempak belakang ayahnya ke lantai. Disebabkan darah yang terus menerus keluar dari hidungnya membuatkan semua disekitarnya berpusing-pusing, Danish cuba untuk mengawal diri tetapi ayahnya sudah menarik kolernya lalu menghempak badannya ke pintu kaca di bahagian daput tersebut. Danish mengerang kesakitan, pelahan-lahan dia cuba untuk bangun tetapi beberapa cebisan kaca telah melukakan beberapa tempat dibadannya. Ayahnya dengan amarah sudah mencapai pisau dapur tadi menuju ke arah Danish yang masih terbaring lemah.

"Anak tak guna! Berani kau sentuh aku! Kau pun nak mati macam mak engkau keh?!" Bentak kuat ayahnya

"Kenapa.. kenapa ayah benci mak?" Pelahan nada Danish, air matanya sudah mengalir tanpa mampu ditahan lagi.

Dia juga tidak mengetahui mengapa sikap ayahnya begitu kejam terhadapnya, itu bukan sikap ayahnya dulu. Dia seorang yang penyayang, sangat menjaga keluarganya, tapi tidak tahu mengapa dia berubah setelah ayah dan ibunya bergaduh besar pada malam itu. Dan ketika itu lah, kali terakhir dia melihat ibunya buat selamanya. Perut ibunya belumuran darah dengan beberapa kesan leban pada muka.

"Kau perlu tanya dia di neraka nanti. Perempuan murah tu pasti kat disana. Aku lebih selesa hidup di penjara dari pelihara manusia macam korang." Balas ayahnya lalu duduk mencangkung melihat tajam susuk tubuh Danish yang terbaring tidak berdaya itu

"Tak salah untuk percaya apa yang ayah nampak, tapi ayah akan menyesal.. sebab tak mendengari penjelasan dari orang yang ayah sayang." jawab Danish lemah

"Mati jeh lah!!" Bentak kasar ayahnya lalu menusuk perut Danish menggunakan pisau dapur dengan kekuatannya.

Terbeliak mata Danish merasakan kesakitan tatkala itu, mulutnya tercengan luas.

Kenapa aku perlu mati seperti ini? Apa kebahagian perlu dibayar.. atau dibahagi-bahagi pada mereka yang terpilih saja? Apa aku tidak terpilih Ya Robb? Mengapa Sang Pencipta seperti ini mengatur hidupku?

Badannya sudah terbaring mengiring di atas lantai. Pelahan-lahan mata Danish tertutup. Badannya sudah tidak ada pergerakan, hanya cecair merah yang terus mengalih keluar dari bahagian perutnya. Ayahnya terduduk terpaku, dikala itu ia baru tersedar akan perbuatannya. Sebelum melepaskan pisau dari genggamannya.

"Kau tak perlu hidup di dunia hina ini lagi. Berehatlah, ibumu pasti sudah menunggu." Ujar ayahnya lemah dengan terketar-ketar.

Matanya merah, air mata yang ditahan tadi mengalir menuruni pipi. "Aku sudah menjadi ketua keluarga yang gagal, kau tak perlu hidup menderita lagi, anakku. Maafkan ayah.." Tuturnya lagi sambil menundukkan kepalanya, air matanya mengalir semahu-mahunya, sebelum mengambil kepala anaknya untuk dibaringkan di atas ribanya.

Terdengar hempakkan kuat pada depan pintu, Pengelihatan ayahnya kabur, beberapa orang berpusu-pusu memasuk kedalam rumahnya itu. Beberapa minit kemudian, anggota polis sudah mengacuh pistol kearahnya. Ayahnya tersenyum, badannya direbahkan oleh anggota polis tadi lalu tangannya digari. Dia masih tersenyum melihat susuk tubuh anaknya itu, anggota polis cuba menghentikan pendarahan yang keluar. Ayahnya dibawa keluar dari rumah tersebut, beberapa jiran memandang dengan pandangan tanda tanya terhadapnya, ayahnya hanya membalas dengan senyuman tipisnya. Sebelum ni dia dibebaskan disebabkan membunuh tanpa sedar, dan hari ini dia mungkin agak lama di penjara, mungkin selamanya.

Hospital. Cahaya tengah hari itu memancar masuk ke dalam bilik rawatan tersebut, suasana agak tenang. Pelahan-lahan Danish membuka matanya.

Apa lepas mati tempat persinggahan seperti ini? Wajah Danish mengerut. Kenapa seluruh badan aku terasa sakit dan kaku? Betul kah aku sudah mati? Kenapa ini seperti? Hospital!

Danish membuka matanya, memandang setiap sudut hospital. Cermin kaca besar di sebelahnya ditenung lama. Sebelum kepalanya pantas menoleh pada susuk tubuh yang tiba-tiba mendekatinya. Syifa yang duduk di sofa tadi beralih tempat ke kerusi di sisi Danish sebelum ia duduk sambil mengilangkan kakinya. Dia memandang tanpa ada rauk diwajahnya.

"Kau ni buat aku risau jeh. Syukurlah kau kau tak apa-apa." Ujar Syifa dengan nada pelahan. Danish membalas pandangan Syifa dengan kerutan di dahi, sebelum membuang pandangannya ke tempat lain

"Kenapa kau balik? Aku kan dah bagi tempat tinggal yang selamat untuk kau." Soal Syifa sedikit kesal dengan rauk wajah seriusnya

Danish menundukkan kepalanya lama, sebelum menghela nafas panjang. Bagaimana dia fikir tempat itu selamat, sedangkan Syifa tak balik pada malam itu.

"Lama kelamaan, aku tak boleh bergantung sepenuhnya pada orang lain." Pelahan saja Danish menyatakan ayat itu. Wajah Syifa berkerut, rasa tidak perpuas hati apabila Danish mengatakan dirinya 'orang lain'

"Kalau kau masih tak boleh jaga diri, macam mana aku boleh tengok jeh kau menderita?" Balas Syifa sambil menegas ayatnya, tajam matanya merenung Danish yang acuh tak acuh dengannya.

"Kenapa kau kesah sangat pasal aku?" Tanya Danish dengan rauk wajah seriusnya. Aku tak tahu kenapa dia begitu ingin dekat dengan orang asing seperti aku. Tak ada apa-apa yang perlu kau bimbangkan dari orang seperti aku Syifa.

"Aku bukan jenis kesah pasal orang lain. Kau tahu, satu kata dari seseorang boleh membuatkan orang lain terus hidup. Dan orang itu, ibu kau." Jawab Syifa dengan nada mendatar

"Ibu aku? Kenapa" Danish tersentak seketika, apabila Syifa membahaskan tentang ibunya. Bagaimana Syifa boleh mengenali ibunya?

"Kau perlu hidup dengan baik. Semuanya bergantung cara kau bangkit." Balas Syifa dengan tipis

"Macam mana kau boleh cakap tu dengan mudah? Orang yang melaluinya saja merasakan penderitaannya, malah orang lain berharap mereka sembuh dengan mudah." Luah Danish. Semua apa yang berlaku itu sudah sangat melelahkan, bagaimana orang dihadapan dia itu boleh tersenyum memberi kata-kata semangat itu. Aku hampir mati, tahu tak!

"Kenapa? Kau hampir mati menghadapi masalah kau sendiri? Hidup tidak selalu tentang sesuatu yang menyenangkan, kau perlu berjuang hidup. Walaupun itu sukar kau perlu melalui semua hari-hari itu, dan percaya kau terpilih untuk bahagia sebelum mati." Balas Syifa tenang. Macam mana aku boleh cakap ni dengan mudah? Sedangkan aku merengek seperti budak kecil yang tak matang dan sentiasa pilih untuk lari dari masalah.

"Aku nak tanya kau.. tak pernah keh dalam hidup kau rasa hampir putus asa.. hampir serahkan segalanya untuk bebas. Berlari saja tak cukup, sebab kau sedar.. kat dunia ni tak ada tempat lebih selamat, sebelum mati." Soal Danish dengan pandangan kosong, lama ia merenung kearah Syifa untuk mendapat kepastian.

"Selalu. Setiap kali bernafas, saya tak benar-benar menghargai hidup saya, apa lagi redha dengan jalan hidup seperti hukuman berat yang dijatuhkan keatas saya." Ujar Syifa dengan tatapan dingin sebelum mengukir senyuman tipis.
"Tapi bila kau mula sedar, kasih Ilahi lebih luar dari isi dunia. Senyumanmu pada akhirnya itu bukan palsu."Tutur Syifa lagi dengan senyumannya masih terukir dibibir merahnya.

"Harapan yang terlalu tinggi pada manusia, membuat seseorang hilang pedoman hidup. Pendosa selalu merasa tidak adil, yang beriman selalu rasa dicintai. Betapa hinanya seorang hamba yang tak sedar diri dengan ujian kecilnya.." Ujar Danish kesal akan dirinya sendiri, matanya mula berkaca, tatkala teringatkan ia semakin jauh dari redha Ilahi.

Syifa hanya mendiamkan diri. Membiarkan Danish dalam lamunannya. Sebelum dia berganjak pergi, untuk memberi Danish ruang untuk dirinya. Tatkala manusia sering lupa, bahawa ujian ialah bentuk cinta dari Sang Penciptanya.

Beberapa jam kemudian. Syifa memasuki kembali ke bilik rawatan yang ditempatkan Danish, sambil membawa beberapa barang keperluan dan buah tangan. Doktor memberitahu mungkin Danish akan lama berada dalam bilik rawatan untuk memastikan ia benar-benar sembuh. Syifa buntuh, entah dimana Danish akan tinggal lepas ni? Mesti dia trauma kalau balik rumah

"Danish aku kena balik. Malam ni aku kerja. Jadi kalau ada apa-apa, kau just call aku jeh." Pesan Syifa sambil menyusun barang yang dibelinya ke rak yang disediakan.

"Lepas ni aku tak perlu tinggal rumah kau.."

"Kau tak reti nak hormat orang lebih tua keh?" Keluh Syifa. Nak panggil 'akak' pun payah betul. "Kenapa kau tak nak balik? Kau nak tinggal kat hospital ni keh? Mahal bil nak bayar nanti."Ujar Syifa dengan nada selambah

"Maksud aku, rumah kau..eh akak. Aku tak perlu tinggal kat sana dah." Tutur Danish segan. Dia berbaiki posisi duduknya di atas katil.

"Dah kenapa pula? Kan aku cakap nak jaga kau. Kau nak tidur di jalanan keh?" Soal Syifa dengan kerutan dahi.

"Akak tak perlu risau lah, sebab ayah dah tak ada. Lepas ni saya tak perlu risau apa-apa, saya dah ada tempat untuk pulang." Senyum Danish kelat.

Syifa senyum senget " Kalau kau dah cakap macam tu, baiklah. Aku akan kerap datang untuk pastikan kau tak kebulur." Balas Syifa  selambah.

Danish mengukir senyumannya dengan anggukan kepalanya. Syifa menjeling sekilas kearah Danish, senyuman itu masih mekar dibibirnya Danish. Tanpa sedar ia juga mengikut senyuman itu dibibirnya.

"Rupanya kau ada senyuman yang manis seperti ibu." Ujar Syifa pelahan tapi masih boleh didengari oleh Danish.

Lelaki itu mamandang Syifa dengan kerutan di dahi. Pertanyaan tatkala itu, masih belum Syifa perjelaskan. Bagaimana ia mengenal ibunya.

"Macam mana boleh kenal ibu saya?" Tanya Danish dengan tatapan ingin tahu

"Entah sejak bila saya mula kenal beliau. Yang saya tahu, pelukannya lebih hangat dari seorang wanita yang melahirkan saya." Ujar Syifa dengan nada sayu sambil membayangkan momen indah itu sehingga terserla lesung pipinya.

Danish terpaku seketika, senyuman dia juga cantik. Danish mula tersentak, bila merasakan degupan jantungnya berdenyut laju dan ia mula sedar muka dan telingan merona merah. Kenapa degupan jantungnya berdengut laju. Kenapa tiba-tiba saja?

"Aku balik dulu, kau rehat lah." Pamit Syifa sebelum mengatur langkah keluar dari bilik rawatan itu

"Kah.. kalau ada masa, cerita tentang ibu lagi. Saya rindu ibu." Ujar Danish segan, berlari-lari bebola matanya ke tempat lain.

" رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا
(Rabbighfir lī, wa li wālidayya, warham humā kamā rabbayānī shaghīrā). Perbanyakkan istighfar, selalu doakan dia dan memohan keampunan untuknya." Tutur Syifa dengan nada sayu sambil senyum tipisnya diberikan.

Danish angguk faham sambil membalas senyuman Syifa yang sudah berdiri di depan pintu.

"Aku akan selalu datang, jadi cepat lah sembuh. Supaya aku tak ganggu hari-hati menyenang kau." Usik Syifa dengan gelak kecilnya, Danish membalas dengan mencebik
"Take care." Lambai Syifa lalu menutup pintu bilik tersebut.

Tanpa sedar, Danish mengukir garisan senyuman bahagia. Rasa apa ini? Perasaan sesuatu seperti kekosong kian terisi?Huh, aku dah mula angau kot?

Malamnya. 7Eleven , Syifa membelek-belek senarai kertas ditangannya sebelum memasukkan semua data itu ke dalam komputer di kaunter. Dalam keheningan suasana disekitarnya itu, perasaanya kembali terusik. Mengingatkan kembali lelaki misteri yang tiba-tiba muncul itu. Apa yang perlu dilakukan selepas ini? Apa yang lelaki tak guna itu akan lakukan selepas ini? Perlukah berdiam seperti orang bodoh, dijinakkan dengan mudah? Aku tak ada masalah, sehingga aku terbiasa dengan orang disekeliling, dan masalah itu datang. Perlukah bersikap kejam, untuk terhindar dari masalah?

Bunyi alarm apabila seseorang masuk ke dalam 7E menyedarkan Syifa dari lamunannya. Seseorang lelaki memasuki kedalam premis tersebut, sebelum terus menuju ke tempat minuman bergas. Syifa kerut dahi, entah mengapa wajah lelaki itu seperti dikenalinya. Ditenung sekilas rauk wajah lelaki itu sebelum memerhati gerak-gerinya, lelaki itu mengambil beberapa makan ringan di rak dan minuman tin yang sudah dikepit dilengan tangannya lalu dibawa ke kaunter.

Lelaki itu mengeluarkn keping not merah dari dompetnya. Syifa mengambil sebelum memberikan bil pembayaran pada lelaki tersebut. Lama lelaki itu berdiri sebelum Syifa mengangkat muka merenung lelaki dihadapannya itu. Lelaki itu mengukirkan senyumannya tetapi Syifa mengabaikan sahaja. Kenapa dia senyum seperti orang miang? Jengkel Syifa dalam hati.

"Dah ada pakwe keh?" Soal lelaki itu

Syifa membalas dengan jelingan, sebelum membuang pandangan ke tempat lain. Lelaki itu ketawa kecil apabila menyedari dirinya ditolak, sebelum dia beredar, kotak cond*m yang di letak di atas meja di lempar mengena hujung jari Syifa, lelaki itu menghadiakan senyuman sinis sebelum berjalan keluar. Syifa membuang tatapan jijik akan perbuatan kurang sopan lelaki tadi.

Langkahnya terhenti diluar pintu kaca, lelaki itu pusingkan tubuhnya kembali. Menatap kembali Syifa diluar cermin kaca yang masih berdiri di kaunter yang sambil membelek-belek kertas di tangannya. Macam kenal? Detik lelaki itu dalam hati.

"Muka dia familiar sangat. Oh? Perempuan yang ada dalam laptop Aisy. Dia lah Syifa.." Senyum sinis lelaki itu. Dia mangambil tempat duduk diluar 7E.

Syifa yang menyedari kelibat lelaki itu hanya memandang dengan pandangan kurang senang, sebelum menghela nafas panjang. Selagi dia tak ganggu kerja aku, lantak dia lah nak berampus keh tak. Pasra Syifa sebelum menyusun kotak di atas lantai ke dalam bilik penyimpanan.

Lelaki itu membuat panggilan dengan nama tertera 'Aisy lelaki tak guna' pada skrin telefon miliknya. Belum beberapa bip, Aisy menjawab panggilan tersebut.

"Wow cepat jawab? Sebelum ni bukan main liat nak tunggu kau jawab call aku."Gelak Affendi sebelum membuka minuman tinnya.

"Kau pehal? Kan aku tengah pegang fon ni. Kenapa call aku malam-malam ni?" Bengang Aisy sambil membetulkan tubuhnya yang sedang baring di atas katil lalu meraup rambut depannya kebelakang

"Tengok blue eh? Ialah dah tak dapat apa yang kau janjikan kan? Tak apa, aku faham." Affendi cuba membangkitkan kemarahannya sambil mengingatkan janji lelaki itu kepada mereka beberapa hari sebelum itu.

"Kau kenapa Affendi? Aku tahu lah kau kecewa dengan janji aku tu, tapi kalau kau terdesak sangat, kau pilih jeh mana-mana betina, nanti aku bayar." Gelak Aisy dengan bangganya sebelum bangkit dari posisi baring ke duduk.

"Haih binatang betul fikiran engkau ni. Aku call kau ni sebab nak info kau jeh, pasal dia tu.." Affendi mencebik sebelum membuang pandangannya ke arah kelibat gadis itu, entah kemana perginya. Kepalanya dipanjang-panjangkan kalau-kalau gadis itu saja menyembunyikan diri dari pandangannya.

"Dia siapa? Eh aku tak kebulur lah nak balik kat ex aku!" Ujar Aisy dengan nada jengkel sebelum turun dari katilnya menuju ke balkoni.

Mata sempat dibuang ke bumbung parkir rumahnya, tidak ada tanda-tanda kehadiran kereta milik orang tuanya. Mereka berharap anak yang selalu ditinggalkan perperangai lebih baik atau perhatian mereka yang kurang? Kesalnya sendiri sebelum bibir merahnya mengorak sinis.

"Kau boleh relax tak gila! Aku nak cakap pasal Syifa, apa nama full dia erk?" Ujar Affendi lalu kembali memerhati gerak-geri Syifa yang sudah kembali ke kaunter melayan pelanggannya. Memang cantik orangnya. Puji lelaki itu dengan  senyuman meleret di pinggir bibir

"Kau cakap apa ni? Kau jumpa dia keh?" Ulang Aisy dengan nada sedikit tegas

"Yes, dia kerja kat sini. Aku sedang menatap dalam ke arah dia. Cantik juga dia, kenapa aku tak sedar sebelum ni?" Gelak Affendi lalu meneguk minumannya

"Kau tu buas, sebab tu hilang dah seri nikmat kau tu. Kau kat mana sekarang?" Soal Aisy ingin tahu sebelum dikerling jam tangannya sekilas.

"Kenapa pula kau terdesak sangat nak tahu, kau chill jeh lah kat rumah tu.. kau ingat kau boleh buat apa kalau datang sekarang?" Ujar Affendi sebelum mencebik

"Hoi sial! Kau dimana?" Soal Aisy kasar dengan nada sedikit mendesak

"Aku penat lah, lain kali jeh lah kita kacau dia. Ialah nak kena guna banyak tenaga kan?" Gelak kecil Affendi, langsung tak endah amarah Aisy yang semakin membuak

"Sial lah engkau. Kenapa pula aku nak fikir penat kau. Send location tempat kerja dia." Tegas Aisy sebelum menamatkan panggilan.

Affendi mencebik, dengan keluhan kesalnya. Namun tetap akur menghantar lokasi tempat yang di minta Aisy. Sebelum dia mengatur langkah untuk berlalu pergi, sempat dia melambai kearah Syifa apabila gadis itu mula sedar kepemergiannya. Syifa yang perasan lambaian itu hanya memandang dengan pandangan mendatar, sebelum lelaki itu berlalu. Kat mana aku pernah nampak muka mamat ni ekh? Asal aku tak sedap hati. Syifa keluh berat sebelum meneruskan pekerjaannya.

Keesokan paginya. Syifa sudah bersiap dengan seragam sekolahnya. Mikael duduk dimeja makan, Syifa menuruni anak tangga. Kenapa dia masih kat sini? Muaklah aku. Keluh kesal Syifa apabila wajah abangnya itu sudah terpacak di depan meja makan sambil menghadiahkan seyuman manis untuknya.

Mikael kerut dahi memandang kelibatan Syifa yang terus berjalan menuju pintu utama, tanpa menghargai kerja kerasnya pada pagi itu. Dengan langkah yang pantas, di merentap pergelangan adiknya agar mereka bersemuka kembali.

"Dah nak pergi sekolah? Tak sarapan?" Tanya Mikael mesra, tatapi tindakan Syifa yang menarik pergelangannya kembali merubah rauk diwajahnya.

Syifa tidak menghiraukan soalan yang diajuhkan padanya, dengan wajah mendatar Syifa mengambil kasutnya di rak kasut sebelum dihampas ke lantai. Menunjukkan bahawa dia tidak ingin diganggu dan tinggalkan dirinya sendiri.

"Kenapa ni, masih marahkan along keh?" Ujar Mikael dengan nada menujuk

Syifa menghela nafas panjang, sebelum merenung tajam kearah lelaki yang masih berdiri dibelakangnya.
"Kenapa kau kat sini lagi?" Ujarnya mendatar. Keberadaan mereka itu terasa asing buatnya. Selama ini, dia selesa hidup sendiri. Walaupun dia tahu, mereka semua masih hidup. Tapi perasaan itu sudah lama dibaung.

"Along kan dah bagitahu, ada business kat sini.." Belum sempat Mikael menghabiskan percakapannya, pantas Syifa memotong

"Perlu keh tinggal dengan aku? Kau boleh jeh menginap kat hotel mewah, tapi kenapa nak menyemak kat sini?" Ujar Syifa dengan nada jengkel. Pagi-pagi dah buat mood aku macam sampah. Sekali lagi ia menghembus nafas panjang. Kedua kasutnya sudah di masukkan ke dalam kedua kakinya, langkahnya mula di atur untuk pergi.

Mikael pantas merentap tangan Syifa apabila dia sudah memulakan langkah. "Maaf untuk sebelumnya, tapi kau tak perlu sampai membenci aku kan?" Ujar Mikael lagi dengan rauk wajah sayunya. Berharap Syifa untuk  mendengarkannya kali ini.

"Kenapa kau nak membaikkan keadaan?" Soal Syifa sebelum menolak bahu lelaki itu. Tetapi pegangan lelaki itu masih kuat berada di lengannya.
"Kau tak perlu berkerja keras untuk membuat semua berpihak untuk kau. Aku boleh sembuhkan luka aku sendiri. Kau tak perlu bermati-matian untuk menyelamatkan situasi aku. Luka aku.. sembuh sendiri sebab dah terbiasa hancur macam ni." Ujar Syifa lagi.

Membuatkan Mikael terpaku seketika tanpa sebarang kata. Syifa mula merentap kembali tangannya apabila Mikael sudah tidak menggenggamnya dengan erat. Dengan perasaan yang bercampur bauk, Syifa berganjak pergi meninggalkan Mikael yang masih mendiamkan diri disitu.

Selama ni aku hidup juga. Kenapa baru sekarang kau nak ubah, kenapa bukan pada awalnya? Sosok seorang abang yang aku pandang dulu sudah lama terkubur, jangan pernah kau mengangkat muka untuk memandang diri kau seperti abang. Aku dah nekad! Kat dunia ni, aku dengan diri aku saja.

"Kau tidak boleh mangatur kehidupan seseorang yang sedia hancur." Ujar Mikael pelahan. Direnung sosok tubuh adiknya yang sudah hilang dari pandangannya. Tatkala itu, rasa bersalah yang terpendam selama ini, terus menghantui dalam dirinya.

Sekolah Sri Bestari. Sejak Syifa memasuki pekarangan sekolah jelingan dan tatapan setiap pelajar memandangnya penuh dengan tanda tanya. Kenapa orang-orang gila ni? Mereka nampak hantu keh? Dengan langkah yang berat, akhirnya ia sampai juga ke kelasnya. Dia memandang Lola yang sudah pindah tempat duduk ke sebelah pelajar perempuan. Perempuan talam dua muka! Kenapa kau hidup dengan rasa tak malu seperti itu!

Semua pelajar dalam kelasnya memandang kearahnya sambil berbisik sesuatu pada yang lain. Apa kena dengan pandangan menjijikkan itu? Mereka dah lama tak makan makanan kat hospital keh? Sakit pula hati aku! Kalau tak puas hati, one by one lah!

Tatkala itu, terlintas dalam fikirannya tentang videonya itu, apakah sebab itu mereka memandang aku seperti itu. Takkan mereka mengetahui itu aku? Syifa mengeluarkan telefon di kocek skirt nya. Dia menekan video itu. Ya! Masih tidak berubah, masih ada sticker pada muka, video dirinya sedang menyalin pakaian sukan dirakam sehingga tubuh belakang yang hanya mengenakan singlet kelihatan. Bagaimana video ini boleh dirakam? Siaplah kalau aku tahu siapa perlakunya. Syifa menekan komen, ada 1.8k komen. Gila! Benda kotor macam ni laju jeh viral. Keluhnya geram.

Dimana tu? Gila! Ada orang gila yang bergitu bernafsu merakam itu!Hahahaba

Siapa itu? Kenapa tidak merakam bagian  depannya..hagagahah

Macam tandas sekolah saja? Sekolah kat mana tu? Hahaha Claim sekolah korang hoi!

...
...
...

Hoi itu Syifa kan?

Siapa tu?

Ada yang cakap itu Syifa? Dulu dia ex sekolah kita.Dia kena buang sebab buat benda bodoh kat luar kelas.

Hahahha, perempuan murah tu kah! Memang padan lah muka dia!

Like komen ni, biar orang tahu itu dia..Hahahha

Hahaha..Gila, itu dia keh? Tak ada orang suka perempuan gila itu!

Perempuan ni lah yang suka buat nama sekolah buruk. Nasib engkau lah, hahah karma back!!

Perempuan yang perasan bagus ni kan? Uhiss macam mana muka dia ekh? Edit yang tak ada sticker ada tak hahaha

Hahaha

Hahah iya!!
....
...
...
...

Syifa menekan butang off, skrin telefonnya gelap. Dia menghela nafas dalam, matanya mula berkaca-kaca. Tak ada satu pun yang mempertahankan maruahnya, sedangkan mereka yang komen pun perempuan. Tidak mampu lagi membaca komen menyakitkan itu. Syifa berdiri, mengatur langkah pergi. Tatapan pelajar di kelasnya masih sama. Syifa mendengus dalam.

Lola menatap dengan tatapan tajam dengan senyuman sinis. Kau perlu menghilang saja dalam dunia ini. Dan orang-orang akan berhenti mengatakan buruk tentang kau, itu pun kalau mereka sudah bosan. Malangnya hidup kau. Walaupun sebahagian perhatian yang ingin aku curi dari hidup kau, nampaknya situasi ini buat aku puas, nampak kau lebih menderita. Sorak kemenangan dalam diri Lola tatkala melihat Syifa sudah keluar dari kelas itu.

Syifa berdiri diatas bangunan sekolah. Angin menyapa ke mukanya membuatkan tenang seketika, tetapi ia mula sedar, life is better when nobody knows anything about you. Air matanya pelahan-lahan mengalir menuruni pipi. Sesak yang terkumpul dalam benaknya tak mampu lagi dipendam lama. Selama ini, ia pendam sendiri, tahan semuanya agak tidak semakin memburuk, namun akhirnya ia memakan dirinya sendiri.

Kenapa hidup aku seperti ini? Air mata Syifa galak mengalir, tidak perlu waktu lama ia mengalir dengan derasnya tanpa sebarang kata-kata. Segalanya terus berjalan dengan salah. Dan aku tidak melihat adanya harapan akan lebih baik. Aku memberi tahu diriku bahwa semuanya akan baik saja, Lalu hal lainnya menjadi buruk. Kenapa seperti itu? Tidak ada sehari pun berlalu, sentiasa buat nafasku tersekat dan aku lemas di dalamnya. Ini hidup aku! Mengapa mereka mengatur itu semua!

"Ahhhh!" Syifa menjerit kuat, air matanya deras mengalir. Dadanya dipukul-pukul sebelum lututnya tersembam ke lantai. Kepalanya ditundukkan seketika
"How can i explain them.. that i'm a human too.." Tuturnya dengan nada pelahan, sambil menangis terisak-isak. Lama ia duduk dalam keadaan seperti itu. Dia menutup muka dengan kedua tangannya. Aku sakit, sakit sangat. Kenapa mereka begitu kejam? It's my fault? Everything is my fault? I don't know why people treat me like i have no feelings..

Tanpa ia sedar, disebalik tembok tidak jauh dari tempat Syifa, seorang lelaki yang tadi lena terbuai mimpi dikejutkan dengan teriakan kuat Syifa tadi. Dari posisi baring dia duduk sebelum  menutup mulut menahan kuap. Matanya melilau mencari empunya suara yang mengejutkannya tadi, , dikerlingnya wajah gadis yang duduk sambil menutup mukanya di tepi tembok bangunan sekolah. Dia mengeluh panjang sebelun menggenyeh matanya dengan tangan.

"Tak ada tempat keh kau nak jerit?" Jerit lelaki itu dengan nada kesalnya sebelum bangkit dari tempat. Matanya sudah kembali segar. Dengan derapan pelahan dia mengatur langkah mendekati gadis itu

Entah dari mana sapaan itu. Membuatkan Syifa tersentap. Dia mengeka berulang kali saki baki air matanya, berhenti dulu. Tapi kenapa air matanya terus mengalir.

Syifa bangun sambil menutup mukanya, tatkala itu situasi bertukar memalukan jika orang tahu kelemahannya. Entah kemana jalan untuk turun dari bangunan tersebut, dicari pintu untuk keluar. Dimana pintu tadi? Langkahnya terlalu pantas sehingga tidak menyedari dia melanggar orang yang menyapanya tadi.

"Kau kena angkat muka bila berjalan." Ujar lelaki itu mendatar sambil menggunakan telunjuknya lalu ditunjal dahi Syifa. Lelaki itu tersentap seketika. Dia menangis? Eh kejap, dia gadis yang melanggarnya saat di tandas tempoh hari.

Syifa membalas tenungan lelaki dihadapannya dengan jengkel, sebelum membuang pandangannya ke tempat lain. Dia berlari anak mendekati pintu keluar bangunan itu. Langkahnya diperlahankan, apabila berada diluar bilik rawatan. Hanya tempat itu di dalam bedaknya yang ingin mampu ditujui. Perawat yang tiba-tiba membuka pintu terkejut kehadihan Syifa yang secara mengejut itu.

"Saya kurang sihat." Tutur Syifa pelahan, matanya membengkak, disebabkan tangisannya yang tidak berhenti mengalir. Tanpa sebarang jawapan. Perawat itu membenarkan Syifa masuk.

Beberapa jam kemudian. Pintu bilik rawatan dikuak tanda seseorg sedang cuba masuk. Lelaki yang di atas bangunan tadi masuk tanpa diperlawa. Perawat itu sudah buat muka tidak berpuas hati.

"Berapa kali kau nak ponteng kelas ni Muaz?" Tanya perawat itu dengan gelengan kepalanya. "Ni kalau guru kelas kau tahu, saya nak cakap ape?" Tegasnya dengan nada sedikit dinaikkan

"Macam biasalah." Senyum sengeh Muaz dengan mata kuyunya.

"Tak boleh!" Tegasnya sebelum melambai tangan sambil memberi isyarat pergi.
"Balik kelas kau, atau saya laporkan kamu kepada guru kelas, Nak!?" Ugutnya dengan nada kesalnya. Budak ni kalau tak pagi, petang mesti mukanya saja yang akan bertandang ke tempat itu. Dah jadi pot penginapannya kali.

"Kejap lagilah. Minggu lepas saya ada tolong miss kan, takkan dah lupa jasa baik saya?" Balas Muaz dengan sengihan sudah melerek diujung bibirnya

"Kali ini saja." Tuturnya akur dengan hembusan panjang dihembus.
"Saya nak keluar ada hal. Kamu jangan buat bising, ada pelajar perempuan sedang berehat." Tegas perawat itu sebelum berganjak pergi.

Muaz berkerut memandang langsing yang tertutup itu, itu tempat aku! Missa Sarah ni, ikut suka dia jeh bagi orang baring sana. Kang bekudis badan aku kang. Keluhnya kesal

Muaz melangkah mendekati langsir tertutup itu, pelahan-lahan langsir itu diselak. Diperhati gadis bertudung yang sedang baring mengering sambil berselubung selimut putih hingga paras muka. Muaz dah mengeluh panjang. Ni lagi aku pantang,perempuan juga yang baring kat sini.

Dengan perasan kesalnya, selimut yang menutup wajah gadis itu diselak. Kening kanannya dijongket keatas. Minah ni lagi? Kedengaran lembut dengusan nafas Syifa yang sedang lena.
Lama pula ia meratap rauk wajah gadis itu, muka mulusnya dilirik penuh minat. Benaknya mula menerjah rauk gadis yang dalam kesedihan tatkala itu.

"I'm so confused with my life right now.. is there really any value, to this thing we call living?" Tuturnya dengan nada mendatar sebelum tangan telunjukkan tergerak mengeka air mata yang masih tersisa di pipi Syifa di kala itu.

Terasa sentuhan yang mengganggunya tatkala itu, matanya mencelik tajam kearah sosok yang berdiri didepan mukanya, terpapar wajah Muaz dihadapannya. Lelaki itu tersentap seketika, apabila gadis itu secara tiba-tiba membuka matanya.

"Kau buat apa?"

TBC

"When you find someone who does not make you so afraid of the future. Try your hardest to not let them go."- Danish

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience