Bab 2: Lelaki dari Kabus

Mature Content Series 3457

"Aku tak boleh biar dia kat situ," bisik Elara pada diri sendiri.

Lelaki itu—Kaelen—masih setengah pengsan. Bajunya koyak, luka di lengan makin parah. Jubah hitamnya lusuh disimbah lumpur dan darah. Tapi ada sesuatu dalam matanya tadi… membuatkan Elara tidak mampu berpaling.

Dengan segala kudratnya, dia sanggup memapah tubuh tinggi itu ke pondok lama ayah angkatnya yang telah lama kosong. Tersembunyi di celah pokok rimbun, pondok itu kini jadi tempat rahsia.

Sebaik sahaja meletakkan Kaelen di atas tilam usang, Elara berlari ke dapur rumahnya mengambil air, kain bersih, dan herba luka. Sepanjang jalan, fikirannya berputar—Putera dari Aerithar? Dunia lain? Sihir? Itu semua hanya cerita orang tua… bukan?

Dia tersedar dengan bau kayu basah dan bunyi angin meniup dedaun. Matanya menangkap siling kayu dan cahaya lembut menari dari celah dinding.

Dan gadis itu—Elara—duduk di sisinya, membersihkan lukanya.

"You shouldn't be this close to me," katanya perlahan.

Elara terkejut, tapi tak berundur. "You’re bleeding. I'm not just going to let you die."

Kaelen menggenggam jari ke dalam telapak tangan. Sakitnya berkurang sedikit… mungkin kerana sentuhan gadis ini. Atau mungkin kerana sesuatu yang lain. A warmth... unfamiliar, yet comforting.

Dia perhatikan Elara dalam-dalam. Wajahnya biasa, tapi ada cahaya di matanya. Sesuatu yang... tidak dari dunia ini.

“Are you sure... you’re just a village girl?” tanya Kaelen, senyum nipis.

Elara mengangkat kening. “What’s that supposed to mean?”

Kaelen hampir ketawa—pertama kali sejak dia dihantar ke dunia ini.

Sejak kecil dia selalu rasa aneh bila masuk ke hutan. Kadang-kadang kabus ikut dia pulang. Kadang-kadang, daun-daun seolah bergerak bila dia lalu. Tapi dia anggap itu semua imaginasi. Sekarang, dia tak pasti lagi.

“Kaelen…” Elara mula bersuara, tangannya masih menekan luka. “Kalau awak dari dunia lain… macam mana boleh sampai sini?”

Kaelen mengeluh, matanya melirik ke luar jendela.

“A betrayal. Someone sabotaged the gate. I was supposed to seal it… not be thrown through it.”

Elara menelan air liur. “So... there’s a way back?”

Kaelen memejamkan mata. “Yes. But not without... the Heart of Mist.”

Dan saat nama itu disebut, kabus di luar pondok berputar perlahan. Seolah mendengar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience