Bab 24

Horror & Thriller Completed 9785

Kak Lina menghampiri Ibu Faz dan bertanya kepadanya.

"Kau kenapa ni Faz murung je,kan Laila dah balik?"

"Aku risau kenapa Norman tak ikut balik dia tak beritahu aku pun dia ada urusan,".

Ibu Faz kemudian naik ke atas dan mengemas satu bilik yang merupakan bilik lama di rumah Laila pada masa kini.Laila berdiri dan melihat tingkah ibunya yang mengemas dengan rapi bilik tersebut.Laila kemudian turun dan melihat dirinya sedang bermain anak patung yang dibeli oleh ayah Norman.Di luar,Laila lihat pula Pak Hamid yang sedang mengemas gudang berhampiran kebun.

Laila yang kini ada pada masa lepas masih di situ mencari kebenaran.Laila melihat setiap kali ibu dan yang lain bertingkah di rumah itu.Pada esoknya,Ibu Faz berdiri di hadapan pintu menanti kepulangan suaminya iaitu ayah Laila.Laila seakan kasihan melihat ibunya dengan penuh belas kasihan menanti kepulangan ayahnya.

Setelah lama menunggu,akhirnya terlihatlah kelibat sebuah kereta masuk ke dalam kawasan rumah Laila.Ibu Faz sangat senang hati kerana kereta itu adalah milik suaminya.Ibu Faz memanggil yang lain untuk keluar menjemput ayah Norman di hadapan pintu masuk.Pada mulanya mereka senang namun,raut wajah mereka berubah menjadi bengung kehairanan kemudiannya.

Setelah ayah Norman keluar dari kereta terdapat seorang wanita yang turut keluar bersama.Ibu Faz memandang ke arah Kak Lina dan kembali memandang ke arah suaminya itu.Ayah Norman menyuruh mereka masuk seakan ingin berkata sesuatu kepada yang lain.Wanita yang berdiri di hadapan pintu rumah mereka juga masuk dan berdiri di sebelah sofa.

Ayah Norman menyuruh wanita tersebut untuk duduk di atas sofa bersebelahan Kak Lina.Ibu Faz kemudian bertanya kepada wanita tersebut siapakah dirinya dalam keadaan hairan namun bertanya dengan tenang.Ayah Norman kemudian mencelah dan berkata bahawa itu adalah isteri keduanya bererti madu kepada Ibu Faz.

Ibu Faz kemudian naik ke atas dalam keadaan marah diikuti Kak Lina dari belakang.Wanita yang merupakan madu kepada Ibu Faz ialah Mama Sheera iaitu mama kepada Sarra.Ayah Norman turut naik ke atas untuk memujuk isterinya itu.Mama Sheera menoleh ke arah Laila yang kecil pada waktu itu dan memeluknya dengan erat.

Laila yang sekarang sudah besar melihat dirinya pada waktu kecil yang sedang dipeluk oleh Mama Sheera.Laila tertanya mengapa dia tidak ingat sebarang memori tentang Mama Sheera sedangkan itu adalah ibu tirinya.Sarra kemudian berdiri di belakang Laila dan berkata jangan kehairanan dahulu kerana masih banyak yang belum tersirat.Sarra kemudian menyuruh Laila untuk naik ke atas dan melihat apa yang terjadi di sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience