Bab 10

Horror & Thriller Completed 9785

Kembali menjelma malam,perempuan yang pengsan dilanggar mereka akhirnya sedar.Ibu Faz cuba untuk bertanyakan identitinya namun tidak dibalas kembali.Ibu Faz memanggil Iqbal dan Laila untuk berhubung dengan dirinya dan meminta maaf.Laila dan Iqbal masuk berdiri di hadapan pintu dan Ibu Faz keluar dari bilik tersebut.

"Siapa nama awak?" tanya Laila.

"Saya..... Sarra".

Laila dan Iqbal lega setelah mendengar dia bisa dipujuk dan bersuara kerana takut sekiranya dia trauma.Iqbal menghampiri Sarra dan meminta maaf kepadanya begitu juga dengan Laila. Sarra memaafkan mereka namun dirinya tidak mengingati apa yang sudah terjadi.

"Apa yang dah jadi kenapa aku tak ingat apa-apa?"

Laila dan Iqbal menceritakan apa yang sudah berlaku satu persatu dengan jelas.Sarra seakan terkejut mendengar cerita dari Laila dan Iqbal.Sarra akur dengan apa yang sudah terjadi dan memaafkan mereka dengan rela hati.Laila mengizinkan Sarra untuk menginap di rumahnya sehingga ingatan Sarra kembali pulih.

Laila keluar dan pergi ke dapur untuk mengambil air buat Sarra.Tangan Laila ditarik oleh Kak Lina sewaktu dia ingin menaiki tangga pergi ke atas.Kak Lina seakan tidak mensetujui tindakan Laila membiarkan orang luar menginap di rumah mereka.Laila melepaskan tangannya dari Kak Lina dan berlari menuju ke atas menghindar diri dari Kak Lina.

Di atas, Sarra memandang wajah Iqbal dan berkata bahawa dia tidak perlu risau kerana dirinya baik-baik sahaja.Iqbal lega mendengarnya dan membalas dengan senyuman kepada Sarra.Laila masuk dan memberikan air kepada Sarra.Sarra meminum air tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Laila.

Ibu Faz menyuruh Sarra untuk tidur bersama Laila sekiranya dia takut untuk tidur sendiri.Sarra berkata kepada Ibu Faz bahawa dia tidak ingin mengganggu Laila untuk berehat.Dia memilih untuk tidur dan berehat di bilik tetamu sahaja.Laila mengiring Iqbal ke keretanya untuk pulang kerana sudah larut malam.

"Kau hati-hati memandu jangan risau aku tengokkan Sarra,"

"Esok aku datang lagi kita pergi ke klinik takut Sarra ada kecederaan di kepalanya" kata Iqbal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience