Bab 6

Horror & Thriller Completed 9785

Laila kembali termenung memikirkan sesuatu.Laila risau akan mendapat gangguan yang sama seperti kelmarin.Dia hairan apa yang mengganggunya sehingga dia ketakutan.Laila seakan ngeri menanti malam dek kerana gangguan tersebut.Dia bertemu dengan Ibu Faz untuk bercerita.

"Ibu tau tak apa yang mengganggu Laila kelmarin?"

Ibu Faz terdiam sejenak memikirkan pertanyaan Laila.Ibu Faz tidak tau apa yang mengganggunya sejak kepulangan anaknya itu.Ibu Faz berkata bahawa itu hanyalah mainan mental semata kepada Laila.Ibu Faz memegang bahu Laila dan cuba menenangkannya.

"Laila jangan risau itu semua hanya mainan mental sahaja".

Laila pun pergi menuju ke bilik meninggalkan Ibu Faz.Sebelum Laila memasuki bilik,pintu bilik kosong di sebelah bilik Kak Lina terbuka dengan sendiri.Laila seperti tergerak untuk memasuki bilik itu.Laila melihat terdapat sebuah kerusi lama yang terdapat di dalamnya.

Laila hairan mengapa hanya terdapat satu kerusi,meja,katil dan buku-buku sahaja di dalamnya.Laila mengambil buku-buku tersebut untuk dibaca isi di dalamnya.Belum sempat Laila membuka helaian muka buku Kak Lina sudah menegurnya.Wajah Kak Lina terlihat marah terhadap Laila yang memasuki bilik tersebut.

"Apa kau buat di sini Laila!"

"Kak Lina, Laila hanya ingin melihat buku-buku ini sahaja apa isi di dalamya.

"Jangan pernah masuk ke sini inikan bilik lama.Ruangan ayah kau bekerja dulu".

"Keluar! jangan kau masuk lagi ke dalam bilik ini".

"Baik Kak Lina Laila keluar sekarang juga".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience