Bab 28

Horror & Thriller Completed 9785

Laila tidak menyangka ternyata ibunya merupakan seorang yang berhati iblis.Dia terus menuju ke wad Mama Sheera namun Mama Sheera sudah tiada di atas katilnya.Laila terus bengung dan melihat sekeliling di mana perginya Mama Sheera.Ternyata Mama Sheera sudah mendengar perbualan di antara Doktor Alfian dan Ibu Faz dari luar bilik ruangan Doktor Alfian.

Mama Sheera melarikan dirinya dari hospital dengan segera sebelum Ibu Faz dan Kak Lina menjejaki dan membunuhnya.Ibu Faz dan Kak Lina terkejut melihat ketiadaan Mama Sheera di dalam wadnya.Mereka meminta pertolongan Doktor Alfian untuk mencari Mama Sheera kerana takut Mama Sheera akan melarikan diri dan menghilang.Di jalan,Mama Sheera sudah sampai di rumah dan membawa Sarra dan Lisa yang sedang tidur untuk pergi dari situ.

Mama Sheera mengelak dari dilihat oleh Pak Hamid agar tidak ketahuan.Mak Jah yang terlihat Mama Sheera sewaktu mencuci piring berlari keluar mengikuti mereka.Ibu Faz menyuruh Doktor Alfian mengikuti jejak Mama Sheera setelah melihatnya.Mama Sheera sempat bersembunyi di sebuah bangunan lama dan meletakkan Sarra dan Lisa di dalam bulatan kecil untuk mengabdi menyatukan jasad mereka.

Mama Sheera terpaksa buat begitu agar anaknya bisa terselamat dari dibunuh oleh Ibu Faz dan Kak Lina.Mama Sheera menghidupkan semua lilin di keliling bulatan dan mengabdikan Sarra dan Lisa.Setelah berhasil lilin yang menyala terpadam dengan sendirinya.Mama Sheera membiarkan Sarra dan Lisa dan keluar menghadap Ibu Faz yang berhasil menjejakinya.Mama Sheera ingin penjelasan mengapa Ibu Faz ingin membunuhnya sedangkan mereka hanya bermadu walaupun sulit untuk menerimanya.

"Kau rampas Norman dari aku lepastu kau suruh aku terima hmm tak kan Sheera tak kan,".

Kak Lina dari belakang menekap Mama Sheera lalu Ibu Faz menikamnya.Tanpa disedari,pada waktu itu Sarra yang masih kecil melihat insiden tersebut.Dia membawa lari Lisa dari situ kerana takut keberadaan mereka diketahui.Mama Sheera melempar batu ke arah mereka untuk mengalih pandangan bagi mendapatkan Sarra dan Lisa.

Doktor Alfian mengejar Sarra dan Lisa yang dilihatnya sewaktu mereka cuba melarikan diri.Sarra dan Lisa berlari hingga akhirnya Doktor Alfian berjaya menangkap Lisa yang terlepas dari pegangan Sarra.Mama Sheera menjerit ke arah Doktor Alfian agar melepaskan anaknya.Lisa menggigit tangan Doktor Alfian dan Mama Sheera membawa mereka pergi jauh dari situ.

Doktor Alfian menaiki keretanya dan melanggar Mama Sheera sewaktu ingin mengambil Lisa yang terjatuh di tengah jalan raya.Kereta yang dipandu terlalu laju membuatkan Doktor Alfian juga mati terlanggar pohon.Sarra menghampiri Mama Sheera yang terbaring terpelanting dari langgaran Doktor Alfian.Dia menangis teresak melihat keadaan mamanya itu.

Mama Sheera yang dalam keadaan nazak meminta Sarra membalas dendam terhadap keluarga Ibu Faz.Sarra menoleh ke arah Lisa yang pengsan di tepi jalan raya.Dia menitiskan darahnya di tubuh Lisa yang sudahpun diabdikan oleh Mama Sheera.Sarra kemudian meninggalkan tempat itu setelah melihat kelibat kereta milik Ibu Faz yang menuju ke arah Mama Sheera.

Ibu Faz membawa mayat Mama Sheera masuk ke dalam kereta manakala mayat Doktor Alfian diurus oleh Kak Lina.Laila yang melihat kejadian itu tergamam dan tidak sangka begitu tragis kematian Mama Sheera.Sarra menanam Lisa tidak jauh dari tempat kematian Mama Sheera.

Sarra bersumpah pada dirinya dia akan membalas segala perbuatan jahat terhadap keluarga tirinya itu.Sarra melarikan diri dan pergi jauh dari situ sehingga suatu saat dia akan kembali.Laila dibawa ke rumah mereka melihat kedukaan ayahnya mendengar kabar kematian Mama Sheera.Ayah Norman segera pulang membawa Laila yang masih kecil untuk menguruskan jenazah Mama Sheera.

Ibu Faz dan Kak Lina berkata kepada ayah Norman Mama Sheera mati dilanggar lari oleh seseorang.Ayah Norman sulit mempercayai hal itu namun dia redha menerima segalanya.Pada tengah malam terlihat Ayah Norman memasuki di bilik bawah gudang bagi melihat keberadaan Sarra dan Lisa.Ayah Norman risau akan keadaan anaknya itu yang dibiarkan begitu sahaja.

Sewaktu Ayah Norman menoleh ke belakang setelah naik ke atas Ibu Faz menikamnya di bahagian perut.Ayah Norman mati di dalam gudang dan ditanam di belakang rumah.Ibu Faz tidak dapat menahan rasa dendam terhadap Mama Sheera sehingga melepaskan kepada Ayah Norman.Kak Lina terkejut melihat hal itu dan beranggapan Ibu Faz sudah melampau berbuat seperti itu.

"Kenapa dengan kau ni Faz dah gila ke semua orang kau nak bunuh Norman tu kan suami kau,"

"Aku tak perlukan dia yang penting siapa yang aku benci dah pun mati,".

Sejak dari kematian mereka gudang dan bilik tersebut dikunci dan tidak pernah dibuka lagi.Gudang itu hanya dibuka sewaktu ingin dibersihkan oleh Pak Hamid.Manakala bilik Mama Sheera dikunci dan dimangga agar tidak timbulnya kenangan lama terhadap Mama Sheera kepada Ibu Faz.Sehingga Laila besar dia hanya tahu bahawa itu adalah ruangan ayahnya bekerja.

Laila pernah kehilangan memori kerana kepalanya terhentak terlalu kuat sewaktu bermain di luar rumah.Oleh sebab itu,dia tidak pernah mengingati Mama Sheera kerana ingatannya masih belum pulih sepenuhnya.Laila juga diberitahu bahawa Ayah Norman mati kerana kemalangan sewaktu membawa dia ke hospital.Sejak dari itu Laila langsung tidak bertanyakan soal ayahnya kepada Ibu Faz dan yang lain.

Laila ditarik ke masa kini oleh Sarra dan matanya tidak lagi berubah putih.Laila menoleh di belakang dan terlihat seluruh ahli keluarganya termasuk Iqbal sudahpun mati terbaring.Laila marah kepada Sarra mengapa dia berbuat demikian.Sarra berkata mereka semua ada kaitan dengan kematian Mama Sheera dan saudara kembarnya.

Ternyata semua yang sudah mati dibunuh oleh Sarra adalah orang dan keturunan yang berhati iblis.Doktor Amir merupakan anak kepada Doktor Alfian yang telah melanggar Mama Sheera.Iqbal pula merupakan sahabat baik kepada Laila tetapi tidak dibunuh dan hanya dipengsankan sahaja.Iqbal bukanlah dalang disebalik kematian Mama Sheera dan tidak mengetahui sebarang perkara yang terjadi.

Iqbal tersedar dari pengsannya dan meminta Lisa kembali ke alamnya dan keluar dari tubuh Sarra.Mereka tahu dendam hanya dibalas oleh Lisa dan Sarra hanya jasad abdi yang digunakan untuk melakukan dendam.Setelah dirayu Laila akhirnya Lisa keluar dan pergi dari tubuh Sarra.Sarra jatuh dan Laila menyambutnya memapah masuk ke dalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience