Keesokan harinya Laila bangun dan dikejutkan oleh Mak Jah.Laila turun ke bawah untuk bersarapan bersama Ibu Faz dan Kak Lina.Baru sahaja ingin mencedok nasi,kedengaran bunyi enjin kereta di hadapan rumahnya.Ibu Faz dan Kak Lina hairan siapa yang datang ke rumah mereka siang waktu begini.
"Hah itu mesti Iqbal!", kata Laila.
Laila bangun dan membuka pintu menjemput Iqbal.Alangkah bahagianya Laila akan kehadiran Iqbal yang sudah lama ditunggu.Laila memanggil ibu dan yang lain untuk bertemu Iqbal.Kak Lina seperti biasa, mengeluarkan raut muka yang bengis disertai jelingan tajam manakala Ibu Faz tersenyum manis menyambut kehadiran Iqbal.
"Iqbal baru sampai ke?" tanya Ibu Faz.
"Haah jalan sesak tadi mak cik,".
Iqbal menghulur tangan untuk bersalaman dengan Kak Lina namun dibalas sinis oleh Kak Lina.Iqbal mengendahkan tingkah Kak Lina kerana sudah diceritakan karakternya oleh Laila.Iqbal dipelawa oleh Ibu Faz untuk bersarapan bersama.Mereka duduk sambil berborak menikmati hidangan.
Usai makan Laila menunjukkan bilik untuk Iqbal berehat.Laila menunjukkan satu persatu ruang di dalam rumah kepada Iqbal.Laila juga memperkenalkan Iqbal kepada Mak Jah dan Pak Hamid.Iqbal berasa senang kerana kehadirannya disambut oleh ramai pihak.
Sedang berjalan,Iqbal mempelawa Laila.
"Laila,petang nanti aku nak ajak kau ke pekan tolong aku cari barang boleh?"
"Boleh nanti aku temankan kau".
"Thanks Laila".
Kak Salina hanya memerhati dari jauh melihat tingkah Iqbal kepada Laila.Kak Lina kemudian pergi mengalih pandangan.Mak Jah juga hanya memerhati Kak Lina dari belakang.Jelingan tajam yang diberikan oleh Kak Lina sudah menunjukkan karakter tersendiri dari jarak dekat.
Share this novel