Bab 13

Horror & Thriller Completed 9785

Laila dan Iqbal pulang ke rumah dalam keadaan resah.Mereka tidak tau apa yang hendak dikatakan kepada Ibu Faz dan yang lain tentang kehilangan Sarra.Kak Lina datang dan menghampiri mereka bertanyakan ketiadaan Sarra.Sarra dan Iqbal hanya masuk diam seribu bahasa ke dalam rumah.

"Kenapa kau tak jawab pertanyaan aku?"

"Sebenarnya Kak Lina Sarra.....Sarra.....,"

Ketika Laila ingin memberitahu Kak Lina secara tiba-tiba Sarra masuk dan memberi salam.Iqbal dan Laila hairan melihat Sarra yang kelihatan normal sedangkan dari tadi tingkahnya aneh.Setelah melihat Sarra Kak Lina pun pergi meninggalkan mereka dengan jelingan mata tajam.

Sarra masuk dan terus naik ke atas menuju ke bilik.Laila pergi ke atas untuk mendapatkan Sarra.Iqbal duduk di sofa meniti kehairanan dengan tingkah Sarra yang berubah-rubah.Laila menutup pintu dan menarik tangan Sarra bertanyakan keberadaan dirinya sewaktu keluar dari kereta.

"Awak pergi mana tadi sebenarnya kenapa lari keluar dari kereta ada apa?"

"Saya saja je keluar nak balik sendiri tadi," jawab Sarra dengan nada menakutkan.

Laila kemudian turun pergi ke Iqbal dan berbincang dengannya.Iqbal berkata bahawa dia ingin berjumpa dengan doktor yang merawat Sarra di klinik yang mereka pergi.Menurut Iqbal,Sarra bertingkah seperti itu kerana trauma sewaktu dirawat.Laila menghalang tindakan Iqbal dan menurut Laila tindakannya itu tidak wajar sama sekali.

"Kau jangan menggila Iqbal apa kaitan Sarra lari keluar kereta dengan doktor di klinik?"

"Aku syak ada sesuatu yang doktor tu buat pada Sarra kalau tak takkan tangannya berdarah,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience