Usai makan Mak Jah berkemas dan yang lain pun bersiap untuk segera pergi.Laila membelek foto keluarganya sebelum meletakkan di dalam tas miliknya.Iqbal merapikan cadar sebelum menutup pintu dan turun ke bawah.Laila mengetuk pintu bilik Sarra yang sedang terlihat mencium foto milik Mama Sheera.
Iqbal memeriksa air kereta sebelum memulakan perjalanan.Laila dan Sarra memasukkan barang mereka ke dalam bonet kereta.Mak Jah masuk duduk di bahagian hadapan di sebelah Iqbal.Laila dan Sarra duduk di kerusi belakang sebelum Iqbal memulakan perjalanan.
Setelah masuk ke dalam kereta,Laila merasa seperti mendengar suara memanggil namanya dalam keadaan jeritan.Laila cuba mencari keberadaan suara tersebut namun tidak dijumpai.Sarra mencuitnya dan menyuruh Laila menutup tingkap supaya dapat dirasakan penghawa dingin dari dalam kereta.Setelah enjin kereta dipanaskan Iqbal memandu keretanya keluar dari halaman rumah Laila.
Sarra memalingkan kepalanya ke arah tingkap dan matanya berubah seluruh putih.Ternyata suara jeritan memanggil Laila ialah roh Sarra yang berada di balik cermin di ruang tamu.Diari tersebut telah membuatkan roh Lisa kembali dan mengambil tubuh Sarra.Tanpa mereka sedar ternyata Sarra sudahpun mati dan rohnya terperangkap di dalam cermin dan tidak berdaya lagi.
Kini tubuh milik Sarra iaitu jasadnya di dalam gunaan Lisa.Lisa merencanakan sesuatu setelah dia kembali wujud setelah ditenangkan.Rumah tersebut dimangga dengan erat dan cermin yang terdapat roh Sarra diletakkan di bawah gudang rumah tersebut.Roh Sarra ditempatkan ke dalam cermin dengan sendirinya setelah dia mati dan bersemadilah roh Sarra di dalam cermin.
Lisa duduk dengan bersahaja dan melakonkan identiti Sarra tanpa disedari semua di dalam kereta.Iqbal memberitahu mereka sebentar lagi dia ingin mengisi minyak kereta dahulu.Laila memberikan uang kepada Iqbal untuk mengisinya nanti.Lisa tersenyum sinis dan harapan memula dendamnya akan dimulakan sebentar lagi.
Lisa masuk ke dalam tubuh Sarra dan membunuhnya melalui sungai seolah olah Sarra sengaja untuk berbuat demikian.Tiada seorang pun yang tahu bahawa di dalam tubuh Sarra bukanlah roh dan jasadnya.Lisa kembali dan seakan dipanggil untuk menguburkan dendam terakhir.Dia menanti saat yang tepat untuk membunuh mereka semua.
Lisa menggenggam sebilah pisau yang ada di tangannya.Mak Jah turun untuk pergi ke tandas dan Iqbal pergi ke kaunter untuk membayar.Keadaan tempat minyak yang sunyi itu membuatkan kerja Lisa bertambah mudah untuk membunuh mereka semua.Iqbal mencari keberadaan penjaga kaunter namun tidak kelihatan.
Ternyata sebelum Mak Jah pergi ke tandas Lisa sudah terlebih dahulu curi keluar dari kereta untuk pergi ke sana.Lisa menerkap penjaga kaunter dan membunuh dengan menikamnya.Mayat tersebut dicampakkan oleh Lisa ke dalam sungai berhampiran situ.Lisa sudah memastikan semuanya aman sebelum melakukan rencananya.
Lisa telah memulakan segalanya lebih awal agar urusannya lebih mudah.Laila memandang ke arah luar dan memerhatikan terdapat titisan darah di lantai.Dia cuba memanggil Iqbal namun tidak kedengaran.Laila lalu menoleh Sarra namun terkejut kerana seluruh matanya berubah putih dengan wajah yang mengerikan.
Laila ditikam oleh Sarra di bahagian perutnya dan membuatkan Laila kehilangan banyak darah.Lisa kemudian keluar menghampiri Iqbal yang berada di dalam kedai dan menikam dari belakang.Lisa mengheret Iqbal ke dalam kereta dan menuju ke tandas.Mak Jah yang sedang berada di dalam tandas tanpa sedar Lisa sudah menunggu di hadapan pintu.
Setelah Mak Jah keluar Lisa mencekiknya dan mencampakkan Mak Jah keluar tandas sehingga mati terhentak batu yang keras.Kini,Seluruh keluarga Laila sudahpun mati dibunuh Lisa.Di dalam kereta,Laila yang kehilangan darah masih bertahan dan terkejut melihat Iqbal yang sudah mati ditikam.Laila keluar dan menghampiri Lisa yang terlihat mencoret dinding menggunakan sebilah pisau di tangannya.
Laila menjerit ke arah Lisa dengan memanggilnya sebagai Sarra.Lisa tersenyum ke arahnya dan memberi petanda bahawa dirinya adalah Lisa dan bukanlah Sarra.Laila yang mula menyedari hal itu memarahinya dan berkata apa salah mereka sehingga dia ingin membunuhnya.Lisa marah dan terbang menghampiri Laila dan menatap wajahnya dengan eksperesi menakutkan.
Laila menahan rasa takutnya dari Lisa yang masuk ke dalam tubuh Sarra.Laila menangis dan meminta Lisa pergi dari tubuh Sarra dan membiarkan jasadnya pergi dengan aman.Lisa tertawa mendengar hal itu dan berkata dia tidak akan aman selagi Laila tidak mati dan terselamat.Laila cuba merayu sekali lagi kepada Sarra untuk melepaskannya namun Lisa menikam Laila kembali sehingga darah dari mulutnya terkeluar dan mati di lantai.
Lisa tunduk dan mengusap dahi Laila berkata ini adalah balasan kepada keluarganya dari dirinya.Laila yang sudah mati tidak bisa membalas perkataan dari Lisa.Pembunuhan tersebut terjadi sehingga malam dan membuatkan mereka mati di stesen minyak tersebut.Lisa menarik Laila dan Mak Jah ke dalam kereta lalu memandu pergi ke jalan mati.
Lisa melihat ke arah mereka dalam keadaan sinis dan puas setelah membalas dendam.Dia memandu dengan laju dan terus ke arah satu jalan yang sedang diperbaiki melanggar papan tanda tersebut.Lisa yang masuk ke dalam tubuh Sarra menerjunkan kereta milik mereka ke bawah tebing jalan yang masih belum siap diperbaiki.Hal itu membuatkan mereka mati terbiar di dalam kereta dan roh dan jasad Lisa dan Sarra turut mati bersama.
Kereta tersebut terbakar kerana cairan minyak yang tumpah dari bawah kereta.Pada paginya orang ramai menyedari akan hal itu dan dibawa ke forensik untuk dibedah siasat mayat mereka.Ternyata di situ terdapat seorang doktor yang bernama Doktor Alina yang merupakan kakak kepada Doktor Amir.Dia memberitahu kepada pihak polis sebenarnya Doktor Amir mati pada hari yang sama disebabkan sumpahan yang dibuat oleh Mama Sheera.
Pihak polis sulit mempercayai akan hal itu namun Doktor Alina memaksa untuk mempercayakannya. Setelah apa yang berlaku Doktor Alina menemukan sebuah diari dari bilik peralatan mayat dan membacanya.Ternyata di dalam diari tersebut Mama Sheera menulis tidak ada seorang pun yang akan selamat dibalik keperitan dirinya menanggung luka.Ternyata Doktor Alina ialah kenalan rapat kepada Ibu Faz yang pernah mempermalukan dirinya sewaktu berada di hospital suatu ketika dahulu.Mama Sheera dipermalukan dengan gelaran perampas ketika ingin melakukan pemeriksaan pada ketika itu.Doktor Alina menutup diari tersebut dan meletakkannya kembali dengan rasa takut.
Doktor Alina segera meninggalkan pejabatnya dan berlari menuju keluar.Setelah membuka pintu,Doktor Alina terkejut saat melihat Lisa berdiri di hadapan keretanya.Lisa mencekik Doktor Alina sehingga mati di situ.Lisa menguburkan Doktor Alina sama di dalam lubang dia menanam ahli keluarga Laila.Doktor Alina termasuk di antara pelepas dendam dek kerana rasa sakit hati yang dipendam oleh Mama Sheera sewaktu hidupnya.
Lisa menimbuskan tanah setelah semuanya sudah dibunuh oleh Lisa.Akhirnya jasad Sarra dan roh Lisa bisa tenang kerana segala dendam sudah terbalas.Dalam diari milik Mama Sheera dia ingin seluruh keturunan dari keturunan Ibu Faz mati setelah kesetiaan dikhianati.Maka terbalaslah segala dendam dan Mama Sheera sudah tenang buat selamanya Lisa menghilang dari situ lama-kelamaan setelah berjalan pergi menuju jalan raya meninggalkan seluruh ahli keluarga Lisa yang tertanam di situ.
Semasa Mama Sheera datang ingin buat pemeriksaan jururawat di kaunter yang jaga di situ tiada dan pada ketika itu Doktor Alina baru sahaja keluar dari biliknya merawat pesakit.Secara tak langsung Doktor Alina ternampak Mama Sheera sedang duduk di hadapan kaunter dan ramai orang pada masa itu jadi dengan sengaja Mama Sheera dimalukan dengan ayat yang begini bunyinya,". "PERAMPAS SHAHEERA ADA APA-APA KE KE KLINIK HARINI KALAU ADA SILALAH MASUK SAYA BOLEH PERIKSA PUAN," katanya dengan nadar sindiran yang memalukan Mama Sheera . Mama Sheera malu di situ tatkala dipandang sinis oleh orang ramai yang hadir dan berada di situ.Pulangnya Mama Sheera,dia meluah di dalam diari miliknya agar dendam yang ia simpan akan membinasakan Doktor Alina angkara mulutnya yang keji itu.....
Share this novel