Bab 29

Horror & Thriller Completed 9785

Sarra dirawat oleh Mak Jah kerana Laila perlu menguruskan jenazah arwah ibunya dan yang lain termasuk Pak Hamid.Iqbal membantu Laila sambil menziarahi kuburan Doktor Amir yang telah meninggal pada hari yang sama.Mak Jah menuap dahi Sarra agar dia merasa tenang setelah tubuhnya digunakan oleh kembaran abdinya.Laila pulang bersama Iqbal sesudah segala urusan selesai.

Mereka masuk ke bilik Sarra dan Laila duduk di sampingnya memegang tangan meminta maaf.Iqbal berdiri di luar bilik melihat adegan itu.Sarra tersedar dan hairan melihat tingkah Laila yang meminta maaf kepadanya.Laila menceritakan segalanya dari mula hingga akhir apa yang sudah terjadi.

Memori Sarra hilang seketika dek kerana terlalu lemah dan kekurangan tenaga dan menyebabkan pucat pada wajahnya.Sarra terkejut mendengar hal itu dan tidak percaya bahawa dia sudah membunuh seluruh ahli keluarga Laila.Iqbal masuk dan berdiri di balik tiang berkata supaya Sarra tidak perlu menyesalinya.Mereka tahu Lisalah yang telah mengawal tubuh Sarra dari berbuat demikian sehingga disedari olehnya.

Mak Jah menyarankan mereka berpindah dari situ agar dapat memulakan kehidupan yang baru.Iqbal juga menyarankan Laila berbuat demikian untuk kebaikan mereka berdua.Laila dan Sarra akhirnya bersetuju dan mereka berpelukan tanda perbaikan setelah lama terpisah tanpa diketahui wujud mereka.Iqbal dan Mak Jah gembira melihat mereka berdua yang sudah akrab kembali sebagai saudara tiri.

Iqbal menginap seketika di rumah mereka sebelum berpindah untuk membantu mengemas peralatan yang akan dibawa ke kediaman baru mereka.Iqbal berjalan dan sewaktu ingin keluar,dia terlihat Sarra duduk di atas buaian sambil termenung.Iqbal menghampiri Sarra dan menegurnya.Sarra tersenyum kerana dia berasa syukur mempunyai sahabat yang baik seperti Iqbal.

"Kenapa berangan ni Sarra kau tak perlu rasa bersalah bukan kau pun yang buat semua ni,"

"Tapi saya selalu rasa sayalah penyebab Lisa hadir untuk balas dendam demi saya dan mama dia datang dan masuk dalam tubuh aku Iqbal,"

"Benda nak jadi tetap jadi Sarra kita tak boleh nak halang aku pun tak boleh nak salahkan kau,".

Sarra dan Iqbal menatap sesama sendiri dan tersenyum sambil diperhatikan Laila dari jendela kamarnya.Laila senang melihat keakraban mereka dan syukur sudah mengetahui segalanya.Mak Jah juga lega kerana segalanya sudahpun selesai dan sudah menjadi aman.Laila dan Mak Jah mengemaskan barang milik Laila sebelum bertolak pada esok pagi bersama Iqbal dan Sarra.

Laila dan yang lain makan bersama pada malamnya sebagai makan malam terakhir di rumah peninggalan mereka.Laila berkata kepada Sarra untuk membuka buku baru dan menutup buku lama.Iqbal juga menyuruh Laila dan Sarra melupakan segalanya agar tiada sebarang kesan buat mereka.Usai makan mereka semua solat berjemaah bersama dan membaca yassin untuk arwah ibu Faz,Kak Lina Ayah Norman,Mama Sheera,Pak Hamid dan Lisasarra.

Selesai solat mereka berganjak ke bilik masing-masing dan berehat sebelum berpindah pada esok hari.Laila membetulkan cadarnya sebelum berbaring di atas katil.Mak Jah menutup semua suis lampu di tingkat bawah.Iqbal pula memeriksa begnya agar tiada barang yang ketinggalan.

Sarra masuk ke biliknya dan membuka lampu mencapai buku diari milik Mama Sheera.Dia membelek dan membaca diari tersebut.Setelah tekun membaca,Sarra membuka sebuah helaian yang agak pelik bunyinya.Sarra membacanya tanpa ragu namun dia tidak tahu apa yang dibaca olehnya.

Setelah dibaca helaian tersebut Sarra menutup diari dan meletakkan semula di dalam almari miliknya.Sarra menutup lampu biliknya dan melenakan diri di atas katil.Digambarkan setiap dari mereka sedang tidur dengan lena tanpa sebarang gangguan.Berbalik pada Sarra,beberapa minit dia sudah lena secara tiba-tiba almari biliknya terbuka dengan sendiri.

Ditunjukkan sebuah diari yang dibaca tadi oleh Sarra terbuka dengan sendirinya.Sarra tidak sadar akan hal itu kerana sudahpun terlena.Apabila diari tersebut jatuh dari almari,tingkap terbuka dengan sendirinya.Langsir di bilik Sarra bertiup namun tetap tidak membuatkan Sarra terbangun.

Buku yang jatuh dan terbuka itu tiba-tiba mengeluarkan satu asap yang ternyata itu adalah mantera jasad pengabdi.Dan itu adalah asap dari kemunculan semula Lisa kembar kepada Sarra.Diari milik mama Sheera mempunyai mantera terabdi yang telahpun dibaca kembali oleh Sarra.Lisa hadir kembali dan masuk ke dalam tubuh Sarra.

Hal itu membuatkan Sarra terbangun dan dia menuju pergi ke bawah dan keluar mengikut pintu.Laila yang melihat sewaktu ingin memgambil air mengikurinnya.Laila memanggil Iqbal dan Mak Jah sewaktu melihat Sarra ingin menerjunkan dirinya ke dalam sungai di belakang rumah.Lisa terperangkap di dalam tubuh Sarra dan perlu membunuh jasad Sarra agar dapat kekal abadi di dalam tubuh Sarra.

Laila menarik tangan Sarra ketika dia dalam keadaan pengsan dan tidak sedarkan diri.Iqbal mencuba menyedarkan Sarra dengan menyebut namanya.Mak Jah membawa tuala kecil untuk menutup tubuh Sarra yang dalam kesejukan.Mereka membawa Sarra masuk ke dalam dan menunggu sehingga Sarra menyedarkan dirinya.

Mak Jah membawa segelas air kosong dan diberikan kepada Laila.Sarra yang sudah sedarkan diri meminum air tersebut.Iqbal menelefon rakannya untuk segera menguruskan perpindahan mereka.Sarra memeluk Laila berterima kasih kerana sudah menyelamatkan dirinya.

Mereka membiarkan Sarra bersendirian untuk berehat.Iqbal bertanya kepada Laila mengapa Sarra bertindak sedemikian.Laila berkata sebelum Doktor Amir meninggal kemungkinan pesakit seperti Sarra mengambil masa untuk menghilangkan perwatakan keduanya.Iqbal dan Laila turun bersama menutup tingkap dan pintu serta memadamkan lampu lalu naik semula ke atas.

Keesokan paginya,Sarra membangunkan Laila yang masih tertidur.Laila agak terkejut namun senang dengan tingkah Sarra yang sebegitu.Iqbal memanggil mereka untuk turun dan bersarapan.Mak Jah menuangkan air teh ke dalam cawan mereka dan duduk makan bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience