Laila mengambil wuduk menunaikan solat fardu.Takbir selepas niat menjadi pemula solat.Laila sujud di rakaaat keempat dan duduk tahiyat akhir.Ketika melafaz tahiyat,kain Laila seperti ditiupi oleh angin.Laila juga merasa seram sejuk dan ketakutan lalu dia beristighfar selepas memberi salam.
Laila terkejut apabila lampu di biliknya terpadam saat usai solat.Laila segera berkemas dan memeriksa kotak suis di biliknya.Mujur,Laila berjaya memeriksa suis tersebut yang hanya ditendang dan perlu di atur semula sahaja.
Laila berbaring di atas katil dan menutup mata.Baru sahaja ingin lena, Laila dipanggil satu bisikan yang menyebut namanya.Laila bangun dan terkejut mendengar hal itu.Laila menyangka itu hanya sekadar bayangan dirinya sahaja.
Laila turun untuk meminum air di dapur.Dia membuka peti dan mencapai cawan di rak pinggan.Laila terkejut saat melihat air yang dituang bertukar menjadi darah.Kejadian itu membuatkan Laila terlepas cawan yang dipengangnya.Kak Lina juga tersadar seketika mendengar bunyi cawan tersebut mujur Kak Lina kembali tertidur.
Laila memungut serpihan kaca yang berterabur di lantai dialas kertas di tangan.Dia berasa sedikit kehairanan dengan perkara tersebut.Laila juga bingung mengapa air yang putih jernih bisa berubah menjadi darah.Laila mengemas dan pergi ke ruang tamu untuk minum.
Laila duduk di atas sofa membuka televisyen.Laila ingin menghilangkan rasa takutnya dengan menonton televisyen.Sekali lagi Laila dikejutkan dengan kejadian aneh di ruang tamu.Televisyen secara tiba-tiba terpadam seperti ada yang memadamnya sendiri.
Laila bangun dan segera pergi ke bilik untuk masuk tidur.Alangkah terkejutnya Laila saat ditangga dia diperlihatkan dengan bayangan hantu yang menakutkan.Laila memalingkan kepalanya ke kiri dan menoleh kembali.Bayangan itupun lesap dengan sendirinya.Laila masuk ke bilik mengunci pintu dan menutup seluruh tubuh dengan berselimut.
Laila cuba menenangkan diri dari kejadian tersebut.Laila beristighfar di dalam hati untuk menghilangkan rasa takut.Belum hilang gangguan di tangga,Laila diganggu sekali lagi.Selimut yang dipakai oleh Laila ditarik dengan agak kasar.
Laila turun dari katil duduk bertekup di atas lantai memegang tasbih.Dek kerana angin yang bertiup membuatkan jendela terbuka sendiri Laila terlepas tasbih yang dipegang.Laila cuba mengambil kembali namun,terdapat tangan yang keluar dari bawah katil memegang tangan Laila.Laila terkejut dan menjerit ketakutan setelah tangannya ditarik dengan kuat.
Jeritan Laila membuatkan Ibu Faz mengetuk pintu biliknya.Laila membuka pintu dan berkata kepada Ibu Faz bahawa ada yang mengganggunya.Ibu Faz mengajak Laila duduk di katil untuk menceritakan apa yang berlaku.Ibu Faz menenangkan Laila dari rasa ketakutan yang dialaminya.
Share this novel