Pada malamnya ditunjukkan keadaan dalam rumah yang bertiup angin menggerakkan langsir dari setiap sudut.Laila tidak bisa tidur kerana kedinginan.Dia bangun untuk pergi ke dapur meminum segelas air.Sewaktu ingin turun ke tangga,pintu bilik Sarra terbuka dengan bunyi menakutkan.
Laila pergi untuk menutupnya namun alangkah terkejutnya Laila kerana situasi bilik Sarra seakan berbeza.Bilik itu seperti ketiadaan angin dan terasa sunyi.Laila melihat ke atas memerhatikan lampu yang berkelap-kelip tanpa henti.Tidak mungkin lampu bilik Sarra sudah rosak kerana ia jarang dibuka.
Laila keluar dari bilik tersebut dan menutup pintu dengan perlahan.Sarra yang seakan mendengar langkah kaki Laila tersedar dengan mata sepenuh hitam.Mata Sarra kelihatan menakutkan seperti mata syaitan.Sarra bangun dan mengikuti Laila.
Laila membuka peti ais dan mengambil botol air kosong di dalamnya.Laila terkejut saat melihat Sarra ada di belakangnya.Sarra senyum sinis kepada Laila dan pergi ke bilik air.Laila naik ke atas semula menghilangkan rasa terkejutnya.
Secara tiba-tiba sosok Sarra ada di hadapan pintu bilik Laila.
"Awak kenapa tadi Laila nampak saya macam nampak hantu je,".
"Saya terkejut je awak ada kat depan saya Sarra,".
Sarra pergi ke biliknya meninggalkan Laila.Laila mengintip dari pintu biliknya dan melihat pintu bilik Sarra ditutup sangat kuat.Laila kembali cuba untuk tidur melenakan diri.Namun sewaktu dia menoleh ke atas Laila melihat Sarra yang sedang melekat di dinding.
Laila terus duduk dan memerhati Sarra dari jauh.Dia begitu terkejut kerana Sarra sudah memasuki biliknya namun mengapa dia berada di dinding.Laila terus bangun dan berlari ke bawah membuka lampu dan duduk di sofa.Belum hilang rasa takutnya Laila ditakutkan lagi dengan kelipan lampu tanpa henti.
Laila hanya menekup seluruh tubuhnya dan beristighfar.Di tangga,kedengaran bunyi langkah kaki turun seperti menghampiri Laila.Laila menoleh ke tangga dan melihat Sarra di situ.Laila pergi ke dapur dan mencapai pisau diacuh kepada Sarra.
Share this novel