Petang yang dingin pemandangan yang indah,Laila memandu menuju destinasi.Sedang asyik memandu telefon Laila berdering.Laila mencapai telefon dan menjawab panggilan dari pemanggil.Ternyata pemanggil tersebut ialah Ibu Faz ibu kepada Laila.
"Kamu dah dekat mana kami sudah lama menunggu,"tanya ibu Faz.
"Laila dah nak sampai ibu,"jawab Laila.
Laila kembali memandu menuju ke rumah.Setelah beberapa jam memandu,Laila akhirnya tiba.Kepulangan Laila disambut oleh Ibu Faz,Mak Jah,Pak Hamid dan Kak Salina.Laila memeluk erat ibunya melepas rindu bertaut sekian lama. Laila masuk ke rumah diiringi ibu Faz dan Kak Salina.
Laila masuk ke bilik membuka tas mengambil album gambar.Kenangan hanya dapat diambil melalui gambar sewaktu kecil bersama keluarga.Laila menggantungkan pakaian di lemari,menyusun buku dan meletakkan peralatan solek di atas meja.
Selesai mengemas,Laila keluar sebentar menghirup udara sambil beriadah.Laila terlihat sebuah gudang lama berhampiran stor rumahnya.Laila melangkah menghampiri gudang tersebut namun Laila terhenti kerana agak ragu untuk meneruskan langkah.
Laila kembali masuk ke dalam rumah menuju ke dapur membantu ibunya.Laila membantu menghidangkan makanan yang dimasak oleh Mak Jah pembantu di rumah Laila.Ibu Faz dan Laila berborak mesra menunggu kehadiran malam untuk menikmati hidangan.Laila kembali ke bilik untuk menunaikan solat maghrib sebelum makan malam.
Hilangnya petang muncullah malam Laila duduk bersama ibu Faz dan Kak Salina di meja makan.Laila kelihatan ketar melihat raut wajah Kak Salina yang berkarakter bengis.Laila hanya tunduk dan makan dengan terkedu.
Usai makan,Laila membantu ibu Faz mengemas meja.Laila disuruh memberikan pinggan dan mangkuk kepada Kak Salina yang berada di dapur.Laila menyerahkan pinggan kepada Kak Salina dan disambut kasar oleh Kak Salina.
"Kau kan penat rehat sajalah,"kata kak Lina.
Laila hanya diam dan pergi meninggalkan Kak Lina sendirian di dapur.Laila kembali semula ke meja,namun ibu Faz sudah tiada dan meja sudahpun siap dikemas.Laila kembali ke biliknya untuk menunaikan solat fardu.
Sewaktu melangkah,Laila seperti merasakan wujudnya kelibat yang lalu di hadapan matanya.Bahkan Laila juga merasa ada satu sosok yang memerhati dirinya dari ruang jendela.Laila hanya pergi dan mengendahkan sahaja gangguan tersebut.Laila menyangka bahawa dirinya terlalu penat dan keletihan.
Share this novel