Bab 27

Horror & Thriller Completed 9774

Mama Sheera masuk ke biliknya dan memerhati dibalik gudang bimbang keselamatan Sarra dan Lisa.Mama Sheera risau bahawa akan ada yang mengetahui keberadaan mereka sekeluarga di situ.Ternyata Ayah Norman mengetahui keberadaan Sarra dan Lisa dan dialah menyarankan mereka sembunyi di sana.Ayah Norman tidak mahu Ibu Faz dan yang lain mengetahui bahawa dia dan Mama Sheera sudahpun mempunyai cahaya mata.

Laila yang berada di sebalik pintu memerhati Mama Sheera dari jauh.Dia ingin tahu mengapa ayahnya sanggup membiarkan kedua orang saudara tirinya tinggal di gudang.Sarra muncul dari belakang dan menyuruh Laila mengambil buku diari milik Mama Sheera dan membacanya.Laila cuba mencapai buku tersebut dan ia pegang erat di tangannya tanpa lepas.

Pada malamnya,Ibu Faz duduk di atas sofa dan terlihat murung.Laila yang dari jauh memerhatikan ibunya.Kak Lina menghampiri dan bertanya mengapa dengan Ibu Faz yang murung sendiri.Dalam suasana hujan petir Ibu Faz berdiri dan menyatakan sesuatu kepada Kak Lina.

"Aku memang dah ikhlas Lina tapi bukan semudah tu," kata Ibu Faz dengan eksperisi muka helahnya.

"Maksud kau Faz kau tak ikhlas ke bukan kau ke yang suruh aku terima dia jugak sebab kau dah terima dia Faz,".

Ibu Faz menoleh ke arah Kak Lina dan berterus terang sebenarnya dia hanya berpura di hadapan ayah Norman.Kak Lina seakan hairan dan tidak mengerti maksud dari cakapan Ibu Faz.Ibu Faz sebenarnya berpura sahaja dan ternyata sudah merancang sesuatu untuk Mama Sheera dengan menghapuskannya.Kak Lina terkejut mendengar hal itu dan menghalang Ibu Faz dari berbuat demikian.

"Ini kerja gila Faz kau dah gila ke nak buat semua ni?"

"Memang aku gila aku gila sebab dia Lina!".

Ibu Faz seakan dihasut setan dan seperti hilang waras kerana ingin melakukan kerja gila.Kak Lina tidak berdaya menghalangnya atau dia perlu keluar dari rumah itu dihalau oleh Ibu Faz.Mak Jah menguping di balik dinding mendengar perbualan Ibu Faz dan Kak Lina.Laila yang turut di sana ingin sekali mencegah hal itu dari berlaku namun dia hanyalah ditarik ke masa lalu dan tidak berdaya.

Ibu Faz memulakan rancangannya dibantu paksa oleh Kak Lina.Ibu Faz meletakkan racun di dalam makanan milik Mama Sheera sebelum dibawa oleh Mak Jah ke atas meja tanpa pengetahuannya.Kak Lina hanya bisa melihat ajenda tersebut tanpa berdaya bertindak sesuatu.Dalam hatinya,sungguh serba salah ingin melakukan hal itu dan membiarkannya dari terjadi.

Mereka berdua pergi meninggalkan dapur setelah Mak Jah tiba dan Mama Sheera turun dari tingkat atas.Laila yang berada di situ hanya sekadar melihat situasi tersebut.Senyuman sinis yang amat jahat diukir dari bibir Ibu Faz setelah melihat Mama Sheera memakan hidangan itu yang sudahpun tersedia racun.Setelah Mama Sheera menelannya,dengan cepat racun tersebut masuk ke tubuhnya dan membuatkan Mama Sheera keracunan.

Mak Jah yang mendengar bunyi jatuhan sudu berlari ke arah meja makan dengan segera.

"Ya Allah Sheera! kenapa ni apa yang dah jadi ni Sheera kamu kenapa?" kata Mak Jah dengan kerisauan.

Mama Sheera menunjukkan pinggan di atas meja namun Mak Jah tidak dapat mengerti apa yang ditunjukkan oleh Mama Sheera.Laila menekup mulutnya dan menangis kerana terkejut melihat kejadian itu.Ibu Faz menarik tangan Kak Lina dan mengheretnya ke gudang menemui Pak Hamid yang ada di sana.Ibu Faz mengarahkan mereka untuk melakukan sesuatu dari rancangannya.

Pak Hamid diarahkan untuk mengosongkan gudang dan tidak bertanyakan mengapa sebabnya.Kak Lina pula akan menemani Ibu Faz menghantar Mama Sheera ke hospital.Pak Hamid dan Kak Lina hanya menuruti sahaja kerana Ibu Fazlah yang berkuasa di rumah itu.Ibu Faz kemudian masuk memulakan drama tangisnya simpati di atas Mama Sheera dalam keracunan itu.

Mama Sheera dibawa masuk oleh Kak Lina ke dalam kereta diikuti Mak Jah bersama mereka.Ibu Faz memandu kereta tersebut sehingga tiba di hospital.Laila ditarik oleh Sarra tepat di tengah dalam hospital lalu Laila naik menuju ke wad Mama Sheera.Sewaktu menaiki tangga,Laila melihat tangan seseorang menghulur duit berjumlah sangat banyak kepada seorang doktor di situ.

Ternyata Ibu Faz merasuah doktor tersebut dengan memberikan rasuah berupa wang ringgit.Ibu Faz menghasut doktor itu dengan berkata dia akan memberi lebih lagi sekiranya sudi untuk melakukan sesuatu.Doktor yang bernama Doktor Alfian ragu dan cuba menolak tawarannya.Ibu Faz cuba menghasut kembali dan akhirnya Doktor Alfian kalah dengan hasutan itu.

Laila melihat di jendela dan terlihat Mama Sheera sudahpun terbaring di atas katil.Dia melihat dari jauh dan syukur Mama Sheera masih boleh diselamatkan.Racun yang berada di dalam tubuh Mama Sheera berjaya dibuang namun masih mempunyai kesan sampingan pernafasan.Kak Lina menghampiri Mama Sheera dan memegang sebuah pisau seakan ingin menoreh tangannya.

"Bukan sekarang Lina aku dah ubah rancangan aku kau tak perlu toreh dia," kata Ibu Faz dengan nada selamba.

Mereka berdua keluar dari wad Mama Sheera meninggalkannya sendirian.Laila mengikuti mereka yang menuju ke ruangan Doktor Alfian.Ternyata Ibu Faz menyuruh Doktor Alfian mencabut hayat nyawa Mama Sheera.Dia meminta begitu kerana Doktor Alfian telahpun bersetuju dan mengambil rasuah daripada Ibu Faz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience