Laila melihat ke ruang jendela memerhati ke gudang lama.Dia masih penasaran apakah yang ada di sebalik gudang tersebut.Laila terus memerhati ke gudang itu.Ketika sedang memerhati,Laila terlihat satu sosok seakan kelibat seperti tempoh hari.
Laila menutup langsir jendela dan membukanya kembali.Sosok itu pun menghilang sebaik Laila melihat kembali ke luar jendela.Laila kepikiran apakah dia salah lihat atau memang benar itu adalah sosok kelibat.Sejenak Laila termenung ada seseorang yang mengetuk pintu biliknya.Laila membuka pintu dan ternyata itu adalah Kak Lina.
"Mari makan Laila,".
Laila mengangguk dan mengikuti Kak Lina menuruni tangga.Tiba di tingkat dua, ketika Laila ingin turun di anak tangga seterusnya secara tiba-tiba Laila terjatuh.
Laila merasa seperti ada seseorang yang memegang kakinya.Laila tidak dapat berdiri kerana kakinya sakit tersandung.
"Mari aku tolong," kata Kak Lina.
Laila menghulur tangan dan dipapah oleh Kak Lina ke dapur.Ibu Faz bertanya ada apa dengan anaknya itu.
"Kenapa ni Laila?"
"Tak ada apalah ibu Laila terjatuh je tadi di tangga,".
Laila duduk di kerusi dan mengucapakan terima kasih kepada Kak Lina.Kak Lina hanya diam sahaja dengan jelingan dan raut muka yang bengis.Ibu Faz berkata bahawa dia akan keluar semula sebentar bersama yang lain ke pekan.Laila yang mendengar hanya mengangguk dan meneruskan makan.
Usai makan,Laila kembali ke bilik dan memeriksa telefon bimbit miliknya.Laila aneh kerana mesej yang dihantar tidak diterima oleh pengirim.Laila kembali menelefon temannya.Jenuh menelefon akhirnya temannya mengangkat panggilan.
Share this novel