Iqbal pergi berjumpa dengan Laila di rumahnya.Laila menunjukkan Iqbal rakaman CCTV yang diberikan oleh Kak Lina kepada Laila.Iqbal seakan sukar untuk mempercayai apa yang dilihatnya setelah apa yang berlaku kepada Laila.Iqbal memberitahu kepada Laila bahawa dia sudah berjumpa dengan doktor yang merawat Sarra sewaktu di klinik.
Laila menyuruh Iqbal membawanya ke sana untuk berbincang berkenaan apa yang telah berlaku di klinik.Mereka pergi bersama-sama menaiki kereta.Di rumah,Ibu Faz bertanyakan keberadaan Laila dan Iqbal.Kak Lina berkata kepada Ibu Faz bahawa mereka pergi ke klinik untuk berjumpa doktor.
Ibu Faz juga bertanyakan keberadaan Sarra.Kak Lina berkata kepada Ibu Faz bahawa Sarra telah dari rumah.Ibu Faz yang mendengarnya bengung akan tindakan Sarra itu.Kak Lina tidak menceritakan sepenuhnya kerana tidak ingin Ibu Faz berasa bimbang.
Setelah sampai ke klinik,Iqbal dan Laila masuk dan berjumpa doktor.
"Sila duduk perkenalkan saya Doktor Amir ada apa awak berdua datang ke sini?"
"Kami ada benda nak tanya apa yang jadi dengan tangan doktor Amir haritu apa yang kawan kami buat pada doktor?"
Doktor Amir menjelaskan satu persatu apa yang telah berlaku.Digambarkan semula situasi kelmarin sewaktu mereka berada di klinik.Ketika Sarra masuk untuk berjumpa Doktor Amir secara tiba-tiba Sarra bertukar karakter kepada karakter yang berbeza.Sarra mencapai gunting yang ada di atas meja dan mencucuk tangan Doktor Amir.
Sebelum berlaku,Doktor Amir sedang membelek buku rawatan sambil bertanyakan kesihatan Sarra.Ketika menoleh ke belakang terlihat Sarra sudah bersedia dengan gunting di tangannya.Doktor Amir yang panik cuba untuk menenangkan Sarra namun terlambat.Sarra terus turun dari katil memegang tangan doktor Amir dan mencucuk tangannya.
"Itulah yang berlaku sebenarnya mungkin pada masa tu bukanlah dirinya tetapi satu karakter yang berbeza,".
"Maksud doktor?" tanya Laila dan Iqbal.
Share this novel