Laila dan Iqbal terus mencari keberadaan Sarra namun masih belum berhasil menemuinya.Laila tidak ingin memberitahu Iqbal sebenarnya mereka tidak akan bisa mencari Sarra di mana-mana.Ini kerana,kali terakhir Laila melihat Sarra ketika dia menghilangkan diri di tembok rumah.Laila menyuruh Iqbal menghantarnya pulang dan usah memikirkan Sarra lagi dan beranggapan Sarra sudah kembali ke rumahnya semula.
Iqbal terima dengan cadangan yang diberikan Laila.Iqbal berpatah balik untuk pulang ke rumah menghantar Laila.Laila lega kerana Iqbal tidak menekannya untuk berhenti mencari dan melupakan Sarra.Sewaktu di jalan, Laila menerima panggilan dari Mak Jah yang kedengaran ketakutan.
"Hello...hello Mak Jah kenapa ni apa jadi dekat rumah?"
"Laila balik cepat Sarra dia datang balik!"
Baru sahaja Mak Jah menelefon Laila telefon milik Mak Jah seakan ralat.Laila pun panik mendengar hal itu dan Iqbal bertanya kepada Laila apa yang sudah terjadi.Laila menyuruh Iqbal memandu dengan segera kerana keadaan di rumah dalam bahaya.Iqbal menekan brek di sebelahnya dan menekan minyak dengan kuat memandu pulang ke rumah.
Doktor Amir di klinik sedang memeriksa semula rakaman CCTV yang terdapat di dalam komputernya.Alangkah terkejutnya sewaktu memeriksa rakaman tersebut, Doktor Amir terlihat mata Sarra yang bertukar menjadi kehitaman dengan wajah yang ngeri sedang menoleh ke arah CCTV.Doktor Amir lantas bangun dari kerusi dan keluar dari ruangannya dengan segera untuk ke rumah Laila.Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu,secara tiba-tiba pintu tersebut tertutup dengan sendirinya.
Berbalik kepada Sarra dan Iqbal,akhirnya mereka tiba di rumah.Laila dan Iqbal dengan segera keluar dari kereta dan lari masuk ke rumah.Di dalam rumah,Laila dan Iqbal hairan melihat ketiadaan sesiapa di dalam rumah.Setelah jenuh mencari Laila dan Iqbal kedengaran suara Kak Lina dan Ibu Faz menjerit dari bilik atas.Mereka naik tangga pergi ke atas dan melihat Ibu Faz,Kak Lina dan Mak Jah telah diikat di dalam bilik lama yang pakunya sudah dibuka.
Mulut mereka juga pun sudah diikat dan Laila dengan segera mendekati Ibu Faz,Kak Lina dan Mak Jah untuk melepaskan ikatan.Kak Lina dan Ibu Faz menggelengkan kepala kepada Laila seperti ada seseorang di dalam bilik itu.Benar sekali,sebaik sahaja Laila toleh ke belakang bersama Iqbal terlihat Sarra sedang berpakaian serba hitam berdiri di hadapannya.
Dengan pantas Sarra menepis kepala Laila dan Laila pun terbaring pengsan di atas lantai.Iqbal yang terkejut melihat Laila cuba menghalang Sarra dari mendekati Laila.Sarra pun menoleh ke arah Iqbal dengan raut wajah mengerikan dan mencekik Iqbal dari jauh setelah menggerakkan tangannya.Ibu Faz cuba melepaskan ikatannya dan sebaik sahaja berhasil dia melepaskan ikatan yang lain dan bangun memegang pisau ke arah Sarra.
Share this novel