Bab 12

Horror & Thriller Completed 9656

Setibanya mereka di klinik, Laila seakan aneh melihat tingkah Sarra yang kelihatan lain.Sarra sangat berbeza dengan Sarra yang ada di rumah siang tadi.Iqbal pergi ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar.Sarra duduk di sebelah Laila sementara menunggu angka giliran.

Iqbal memanggil Sarra untuk mendaftar nama penuhnya.Sarra mengambil pen dan menuliskan nama penuhnya.Setelah selesai menulis,Sarra dengan cepat memberikan kertas dan pen kepada jururawat di kaunter.Laila yang melihat dari belakang kelihatan aneh melihat perbuatan Sarra.

"Saya masuk dulu ye doktor dah panggil," kata Sarra kepada Iqbal dan Laila.

Laila menarik tangan Iqbal duduk bersamanya di kerusi.Iqbal hairan melihat Laila menarik tangannya sewaktu dia sedang berdiri.Laila cuba menceritakan kejadian yang berlaku di rumahnya kepada Iqbal.Baru sahaja ingin memberitahu Iqbal, tiba-tiba kedengaran jeritan di bilik rawatan.

"Ahhhhh!!!!!,"

Iqbal dan Laila bergegas masuk ke bilik rawatan.Alangkah terkejutnya mereka saat melihat seorang doktor tangannya berdarah.Sarra yang sedang duduk bertekup lututnya berubah menjadi merah dan menangis terasak-asak.Laila hairan entah mengapa secara tiba-tiba Iqbal menumbuk doktor tersebut.

Iqbal lantas membawa Sarra pergi dari bilik rawatan itu.Laila meminta maaf kepada doktor tersebut dan berlari mendapatkan Sarra dan Iqbal.Sarra ditenangkan oleh Iqbal dan menghilangkan rasa resahnya.Laila masuk dan bingung melihat tingkah Sarra yang tidak tentu hala dari hari ke hari.

"Awak kenapa ok tak?" tanya Iqbal kepada Sarra

"Saya nak balik Iqbal...nak balik," minta Sarra dengan penuh keesakan.

Iqbal memandu laju kereta miliknya dan menuju ke rumah.Laila cuba menenangkan Sarra yang masih dalam keadaan resah.Sarra begitu resah sehingga dia bertindak keluar dari kereta.Iqbal memberhentikan keretanya dan Laila berlari keluar mencari Sarra namun jejaknya hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience