Bab 3

Horror & Thriller Completed 9785

Setelah Laila tertidur,Ibu Faz keluar dari bilik dan menutup lampu meninggalkan Laila.Ibu Faz pergi ke bilik Kak Lina dan menceritakan kejadian tersebut kepada Kak Lina.Setelah mendengar dari ibu Faz,Kak Lina berkata bahawa Laila terlalu keletihan dan memerlukan istirahat yang cukup.

"Laila terlalu penat sejak dia pulang petang tadi biarlah dia berehat,".

Ibu Faz juga mensetujui dengan percakapan Kak Lina.Mungkin anaknya itu kurang tidur dan mentalnya terganggu kerana kepenatan.Laila hanya bermimpi buruk dan mengigau sahaja mengikut pandangan Ibu Faz.Ibu Faz keluar dari bilik Kak Lina dan mata Kak Lina seakan menjeling kepada Ibu Faz.

Keesokan harinya,Laila bangun tersadar melupakan kejadian kelmarin.Laila mandi dan bersiap untuk bersarapan.Laila turun tetapi tidak kelihatan Ibu Faz dan yang lain.Laila keluar mencari angin dan keberadaan semua.

Langsung tidak kelihatan ahli keluarga Laila di luar dan dalam rumah.Laila kembali terdetik untuk masuk ke dalam gudang lama.Laila menguatkan hatinya untuk pergi sana.Laila berasa ragu tempoh hari kerana gudang yang terkunci itu agak menyeramkan.

Baru sahaja ingin membuka Laila diterjah oleh Kak Lina.

"Kau buat apa kat sini?"

"Laila cuma nak tengok gudang ni sahaja apa yang ada di dalam,".

Kak Lina membengiskan muka seakan takut Laila membuka gudang tersebut.Kak Lina menghalang Laila dari membuka dan menyuruh Laila masuk ke dalam.Laila berasa aneh dengan tingkah Kak Lina.

"Apa yang ada di gudang tu aku nak tau apa ada di dalamnya," kata Laila dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience