"Hah Iqbal angkat pun jenuh aku telefon,".
"Telefon aku rosak sikit Laila aku betulkan haritu,".
Ternyata teman Laila itu adalah Iqbal.Laila dan Iqbal merupakan teman dekat sejak di zaman sekolah Lagi.
Laila dan Iqbal saling berkongsi cerita dan masalah sesama sendiri.Iqbal telah dijemput oleh Laila untuk ke rumahnya berkenalan dengan ahli keluarga Laila.
Laila bertanya adakah Iqbal akan datang ke rumah pada hari ini kerana ibunya akan keluar bersama Kak Salina dan Mak Jah ke pekan.Iqbal berkata bahawa dia agak sibuk pada hari ini kerana banyak kerja yang perlu disiapkan.Laila syukur mendengar jawapan Iqbal dan meminta Iqbal untuk datang pada hari yang lain.Iqbal akan datang ke rumahnya jika segala kerja yang tertunggak di pejabatnya itu dapat disiapkan segera.
Laila menamatkan panggilan telefon.Terdengar dari luar bunyi kereta Ibu Faz meluru pergi meninggalkan rumah.Laila tinggal di rumah ditemani Pak Hamid tukang kebunnya.Laila berjumpa dengan Pak Hamid untuk menceritakan apa yang dilihat olehnya pada siang tadi.
Laila turun dan membuka pintu memanggil Pak Hamid.Pak Hamid menjawab panggilan Laila dan menuju ke arahnya.Laila duduk di kerusi bersama Pak Hamid dan menceritakan penampakannya.Pak Hamid seakan tidak percaya dengan apa yang telah dilihat oleh Laila.
"Kamu ni biar betul Laila Pak Hamid tak pernah nampak pula kelibat yang kamu cakapkan,".
"Betul Pak Hamid saya sudah berapa kali lihat kelibat itu di jendela,".
Pak Hamid menunjukkan wajah gusar setelah mendengar cerita Laila.Pak Hamid menyuruh Laila masuk dan berehat kerana Pak Hamid ingin menyambung pekerjaannya.Laila masuk dan menuju ke bilik.Laila hairan melihat gudang yang tadi sudah tidak berkunci dan pintunya terbuka sedikit.
"Tiada siapa nak mendengar apa yang aku katakan baik aku lupakan saja tentang kelibat tu mana tau itu hanya salah lihat," kata Laila.
Share this novel