Laila ditarik kembali ke masa lalu dibawa oleh Sarra.Di situ,Laila melihat dirinya yang masih kecil bermain bersama Mama Sheera.Mama Sheera melayan Laila bagai anak emas meskipun Laila hanya anak tirinya.Laila tersenyum melihat dirinya yang dahulu sungguh mesra bermain bersama Mama Sheera.
Sarra muncul kembali di belakangnya dan berkata mamanya merupakan seorang yang baik namun tidak dihargai.Laila bengung mendengar itu tapi dia masih ingin mengetahui kejadian sebenar.Laila kemudian naik ke atas menyusuli Mama Sheera di tangga.Laila melihat Mama Sheera masuk ke biliknya yang merupakan bilik lama di rumah Laila pada masa kini.
Mama Sheera memegang sebuah buku yang dijadikan diari catatan miliknya.Mama Sheera menulis sesuatu di dalam diari tersebut dengan tulisan berangkai.Laila cuba menghampiri Mama Sheera untuk melihatnya namun tidak kesampaian.Dia kemudian keluar bersama Mama Sheera yang menuju ke arah gudang.
Mama Sheera masuk ke gudang tersebut dan mencapai sebuah kotak namun tidak diketahui isinya oleh Laila.Mama Sheera keluar dari gudang itu dan menutup pintunya.Ketika hendak masuk ke rumah,Laila melihat tangan Mama Sheera ditarik oleh Kak Lina.Kak Lina melepaskan tangan Mama Sheera setelah tiba di biliknya.
"Kau sebenarnya nak apa dengan Norman kenapa kau kahwin dengan dia sedangkan kau tahu Norman tu dah ada isteri !"
"Saya minta maaf Kak Lina saya ikhlas terima semuanya termasuk Laila".
Kak Lina kemudian mengangkat tangannya untuk menampar Mama Sheera.Ibu Faz menahan tangan Kak Lina dari berbuat demikian.Ibu Faz menyuruh Kak Lina keluar kerana dia ingin berbincang bersama Mama Sheera.Kak Lina keluar dengan muka bengisnya sambil menjeling ke arah Mama Sheera.
Ibu Faz duduk di samping Mama Sheera dan memeluknya.Mama Sheera membalas peluk dari Ibu Faz sebagai tanda maaf.Mereka mengikhlaskan hati masing-masing dan menganggap ini adalah takdir.Ibu Faz mula membuka hatinya untuk menerima Mama Sheera sebagai madunya.
Pada malamnya mereka berkumpul di meja makan dan terlihat Ayah Norman senang sekali bersama keluarganya.Ayah Norman bersyukur kerana Ibu Faz bisa menerima segalanya.Ibu Faz melayan Mama Sheera bagai saudaranya sendiri.Kak Lina tidak turun makan bersama ibarat tidak suka dengan tindakan Ibu Faz.
Setelah makan Mama Sheera menemani Laila untuk tidur di biliknya.Laila yang sekarang amat menghargai layanan yang diberikan oleh Mama Sheera pada dirinya dahulu.Setelah Laila tidur,Mama Sheera keluar dari bilik tersebut dan terlihat Mama Sheera menghampiri gudang dan membuka satu papan masuk ke lantai bawah.Laila penasaran mengapa Mama Sheera sering menuju ke sana tidak kira pagi atau malam.
Mama Sheera masuk dan Laila melihat Mama Sheera berbaring di sebelah seorang budak.Apa yang membuat Laila terkejut ialah bukan seorang berada di situ namun terdapat dua orang budak perempuan berparas muka yang sama.Muka mereka sangat seiras bagaikan kembar identik.Tidak lama kemudian,Sarra muncul lagi di belakang Laila berbisik menjawab keraguannya.
"Itulah aku Laila yang tu pulak Za..ra,' bisik Sarra di telinga Laila.
Laila tersentak seketika mendengar jawapan dari Sarra.Laila melihat sekeliling dalaman gudang tersebut.Ternyata kekerapan Mama Sheera masuk ke gudang adalah untuk menemani kedua orang puterinya.Sarra dahulunya mempunyai seorang kembar yang bernama Lisa.Masing-masing bernama lengkap Zaraserra dan Lisasarra yang diberikan oleh Mama Sheera.
"Mesti kau terkejut kan tapi sebenarnya kau tak tahu kalau aku dah lama muncul dalam hidup kau Laila...," kata Sarra kepada Laila.
Laila tidur bertekup di situ sehingga menjelang pukul tiga pagi.Dia tersadar dek kerana melihat Mama Sheera membuka pili air di dalam bawah gudang.Mama Sheera memasak untuk Sarra dan Lisa sebelum naik ke atas menuju ke rumah.Setelah siap semuanya Mama Sheera bergegas naik dan menutup lantai tersebut sehingga tidak kelihatan sebarang lubang pada papan.
Laila menghampiri Sarra dan Lisa yang masih tidur dan membelai rambut mereka.Laila hairan mengapa dia langsung tidak mengetahui tentang keberadaan mereka berdua.Sarra menyuruh Laila keluar dari gudang itu kerana hari sudah pagi dan Pak Hamid akan berkemas di atas gudang.Laila naik ke atas dan menutupnya kembali lalu terlihat Pak Hamid sedang menuju masuk ke dalam.
Laila tidak sempat keluar dari situ dan menyorok di balik pintu yang dibuka oleh Pak Hamid.Pak Hamid berkemas dan keluar setelah sudah selesai.Laila masuk ke rumah dan terlihat Ibu Faz dan yang lain berdiri di hadapan rumah.Ternyata mereka semua ingin menyambut pemergian Laila bersama Ayah Norman untuk pulang ke luar negara.
Laila perlu pulang semula ke luar negara bersama Ayah Norman kerana sudah tamat cuti penggal.Mama Sheera tidak mengikuti mereka dan memilih tinggal bersama yang lain.Mereka saling melambai satu sama lain dari luar dan jendela kereta.Kak Lina kemudian masuk mengheret Ibu Faz untuk berbincang sesuatu.
Mama Sheera masih sedih dengan layanan yang diberikan oleh Kak Lina terhadap dirinya.Kak Lina masih belum menerima kehadiran Mama Sheera berbanding yang lain.Kak Lina tidak sanggup menerima Mama Sheera yang seakan mengganggu kehidupan Ibu Faz kakaknya itu.Ibu Faz bertanya mengapa Kak Lina mengheretnya masuk ke dalam di hadapan Mama Sheera sebegitu.
Laila mendengar dari jauh perbualan mereka mengetahui sebabnya.Kak Lina berkata dia kurang senang dengan kehadiran Mama Sheera dalam kehidupan keluarga Ibu Faz.Ibu Faz berkata dia sudah redha dan ikhlas menerimanya dan berharap Kak Lina juga begitu.Kak Lina pun lega mendengarnya dan memeluk Ibu Faz setelah dia juga berfikir Ibu Faz tidak senang kepada Mama Sheera.
Share this novel