Keesokan paginya,Laila pergi ke bilik Sarra membawa album gambar miliknya.Sarra menyuruh Laila duduk di sebelahnya lalu Laila menunjukkan gambar-gambar di dalam album.Sarra terlihat senang dengan layanan yang diberikan oleh Laila kepada dirinya.Mereka saling gembira melihat gambar-gambar Laila sewaktu kecil bersama keluarganya.
Laila menyuruh Sarra bersiap kerana Iqbal akan datang untuk menjemput mereka.Iqbal ingin membawa Sarra diikuti Laila untuk pergi ke klinik mendapatkan rawatan doktor.Laila meminjamkan sepasang baju kepada Sarra untuk dipakai olehnya.Kak Lina mengintip dari sudut pintu biliknya dan memerhatikan mereka dari jarak jauh.
"Terima kasih Laila," kata Sarra dalam keadaan lesu.
Laila hanya mengangguk dan pergi ke bilik Ibu Faz untuk memberitahu bahawa mereka ingin keluar.Ibu Faz mengizinkan mereka keluar dan pulang semula ke rumah sebelum senja.Laila kembali ke biliknya dan hairan melihat ketiadaan Sarra.Laila terkejut melihat Sarra berada di bilik lama yang telah dikunci kembali oleh Pak Hamid dibuka olehnya.
"Sarra.....awak buat apa kat sini?"
Laila aneh kerana Sarra bisa masuk ke dalam bilik itu sedangkan ianya berkunci.Mangga di pintu itu juga baru sahaja ditukar oleh Pak Hamid.Laila tertanya-tanya bagaimana Sarra bisa masuk ke situ.Dia menoleh ke arah pintu tersebut dan melihat mangga yang baru ditukar sudah dibuka.
"Saya nampak pintu ni terbuka jadi saya masuklah," kata Sarra dengan nada selamba.
Mana tidaknya pintu yang sudah dikunci rapi bisa dibuka oleh Sarra tidak membuat Laila kehairan.Laila tahu bahawa mangga yang terdapat pada pintu itu tidak mudah untuk dibuka.Sarra hanya ketawa sinis membelek buku-buku di tangannya.Laila mengajak Sarra keluar walaupun dia merasakan karakter Sarra agak berbeza.
Laila dan Sarra menaiki kereta setelah kedatangan Iqbal.Sarra duduk di belakang dan Laila duduk di kerusi hadapan.Iqbal memandu keluar dan memulakan perjalanan.Laila memikirkan tentang kejadian di rumah berkenaan bilik lama tadi.
"Dia buka sendiri ke pintu tu tak mungkin,Pak Hamid dah ganti dah mangga tu macam mana dia boleh masuk kunci pun ibu pegang," kata Laila dalam hati.
Share this novel