Laila aneh melihat tingkah Kak Lina sebentar tadi.Laila penasaran tempat apakah bilik lama itu.Apakah ada kaitan dengan sesuatu atau sebagainya.Laila keluar bertemu Mak Jah di dapur.Laila bertanyakan tentang bilik lama di atas tersebut.
" Mak Jah bilik apa yang ada dekat atas tu sebelum ni kan berkunci kenapa tiba-tiba dibuka?".
"Bilik tu memang tidak pernah dibuka Laila mungkin mangganya sudah lama perlu ditukar,".
"Kenapa dikunci bilik itu Mak Jah Laila tak pernah tau pun bilik tu berkunci ada apa sebenarnya?"
"Mak Jah pun kurang tau Laila bilik tu kan sudah lama dulu kan tempat ruangan ayah kamu bekerja mungkin ibu kamu kunci untuk elak kenangan lama".
Kak Lina bertemu dengan Ibu Faz di dalam biliknya.Kak Lina berkata bahawa bilik tersebut terbuka.Ibu Faz berkata mungkin bilik lama itu sudah terlalu lama sehingga mangganya longgar.Ibu Faz menyuruh Kak Lina mengarahkan Pak Hamid untuk mengunci kembali bilik tersebut.Ini kerana Ibu Faz tidak ingin mengingati segala hal yang berkaitan ayah kepada Laila dan suaminya itu.
Laila tidak menghiraukan tentang bilik itu.Dia hanya ingin tahu sahaja mengapa bilik itu berkunci.Laila duduk di atas buaian luar rumah mendongak kepala ke atas.Ketika Laila menurunkan kepala, kelibat itu muncul sekali lagi seperti samar di mata Laila.Laila sudah puas menahan rasa ragu dia pun berlari pergi ke semak samun mengikuti sosok kelibat itu.
Malangnya,Laila kehilangan jejak kelibat itu .Laila pun pergi kembali ke rumah setelah usahanya gagal.Laila masuk dan mengunci pintu dengan pantas dia takut apa yang dilihatnya tadi masih mengikutinya.Laila lari ke atas dan dia bertembung dengan Kak Salina.
"Kau dah kenapa Laila terlari-lari nampak hantu ke?"
"Taklah Kak Lina Laila nak naik bilik nak solat dah nak habis waktu",.
Laila naik meninggalkan Kak Lina di tangga.
Share this novel