Bab 19

Horror & Thriller Completed 9785

Sarra kemudian mendekati Laila dan berbisik kepadanya dengan nada yang menakutkan.

"Jawapannya ada dalam rumah ni kau perlu cari sendiri....."

Sarra kemudian menghilangkan diri melalui tembok rumah Laila.Laila membantu Kak Lina menaiki tangga dan memapahnya menuju ke bilik.Laila kemudiannya menjenguk Ibu Faz di biliknya dan beruntung ibunya itu masih lena tertidur.Laila tidak ingin Ibu Faz mengetahui kejadian tadi.

Kak Lina menarik Laila masuk ke dalam bilik lama bersebelahan biliknya.Laila bertanya kepada Kak Lina mengapa dia dibawa ke sini.Kak Lina bertanya di manakah dia melihat Sarra duduk sewaktu di dalam bilik itu.Laila menunjukkan sebuah kerusi di hadapan mereka.

Kak Lina seakannya tahu siapakah Sarra namun keberatan untuk memberitahu Laila.Mereka kemudian keluar dan Kak Lina memaku pintu tersebut.Laila hairan melihat tingkah Kak Lina yang aneh itu.Kak Lina berkata kepada Laila supaya jangan pernah masuk semula ke dalam bilik itu meskipun sudah dipaku.

Pada paginya Iqbal berjumpa bersama Laila dan Kak Lina di sebuah tempat.Kak Lina bertanyakan kepada mereka apakah yang telah terjadi sewaktu di klinik pada tempoh hari.Laila pun menceritakan satu persatu kepada Kak Lina dengan terperinci.Setelah mendengar cerita Laila,Kak Lina meminta mereka untuk mencari keberadaan Sarra dan bawa dia pulang ke rumah.

Laila dan Iqbal hanya menuruti sahaja arahan dari Kak Lina itu.Sebenarnya,Kak Lina ingin menceritakan kepada Ibu Faz tentang apa yang didengarnya tadi.Sepertinya Kak Lina dan Ibu Faz ada kaitan dengan Sarra dan mungkin terdapat sejarah gelap di rumah itu.Kak Lina pulang sendiri ke rumah manakala Laila dan Iqbal cuba mencari di mana Sarra.

"Apa kaitan budak tu dengan kita Lina, aku tak tahu apa-apa langsung tentang Sarra tu,"

"Takkan kau tak rasa ada benda yang tak kena dengan rumah ni sejak dia datang?"

Ibu Faz memikirkan pertanyaan Kak Lina kepadanya.Ibu Faz merasakan apakah gangguan yang dialami Laila adalah angkara Sarra atau hanya gangguan.Kak Lina berkata kepada Ibu Faz untuk menceritakan semua kepada Laila tentang apa yang telah berlaku.Ibu Faz seakan tidak ingin menceritakannya namun sepertinya sudah tiba masa Laila mengetahui sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience