Bab 9

Horror & Thriller Completed 9785

Pada petangnya Laila dan Iqbal menaiki kereta memulakan perjalanan.Mereka berborak bercerita berkenaan kerja di pejabat.Iqbal dan Laila merupakan seorang kerani di tempat kerja mereka.Asyik berborak akhirnya mereka tiba di kedai yang dituju.

Iqbal dan Laila masuk untuk membeli barang.Iqbal ingin membeli ink dan kertas untuk urusan kerjanya di pejabat.Iqbal dan Laila pergi ke kaunter pembayaran setelah selesai membeli.Mereka membayar dan terus pergi menuju ke kereta kerana hampir senja.Laila mengajak Iqbal pulang ke rumah dengan segera kerana Ibu Faz dan yang lain sudah lama menunggu.

Di pertengahan jalan, Iqbal dan Laila dikejutkan dengan suatu insiden di mana kereta yang dipandu oleh Iqbal terlanggar seseorang di jalan.Mereka pun panik melihat kejadian tersebut.Laila dan Iqbal turun dari kereta dan terlihat seorang perempuan terbaring di atas jalan dengan sedikit luka di kepalanya.Laila menyuruh Iqbal membawa perempuan itu ke dalam kereta untuk dibawa pulang dan dirawat.

"Siapa ni Laila?" tanya ibu

"Iqbal terlanggar sewaktu di jalan tadi ibu".

"Bawa dia masuk ibu rawat lukanya".

Laila dan Iqbal membawa perempuan itu ke bilik tetamu untuk dirawat oleh ibu.Iqbal masih rasa bersalah dengan apa yang sudah dia lakukan dan pergi meninggalkan bilik itu.Laila mengejar Iqbal yang keluar dengan kelihatan panik untuk menenangkannya.Ibu Faz merawat luka kecil di dahi perempuan itu dan meletakkan penampal.

Laila mencari keberadaan Iqbal di luar rumah.Laila bertemu dengan Iqbal dan menenangkannya.Iqbal terlihat sangat kesal kepada dirinya dan dihantui rasa bersalah sepenuh jiwa.

"Kau tak salah Iqbal kita tak sengaja,"

"Aku yang langgar dia Laila aku cuai aku rasa bersalah sangat macam mana kalau dia tak boleh maafkan aku?"

Laila seakan turut kesal dan bersalah dengan perkara tersebut.Laila masuk dan meninggalkan Iqbal sendirian di buaian.Laila naik ke atas dan menjenguk perempuan yang dilanggarnya tadi.Laila seakan menatap wajahnya dan tertanya-tanya mengapa dia berlari sebelum dilanggar.

"Siapa sebenarnya dia ni?" Laila berbisik di dalam hati.

Ibu Faz memanggil Laila masuk ke biliknya untuk bertanya hal yang telah terjadi.Di luar, Kak Lina menyapa Iqbal yang dalam keadaan resah.Iqbal hanya terdiam mendengar percakapan yang seakan menyindir dirinya dengan nada bengis.Pak Hamid hanya memerhati tingkah Kak Lina bersama Iqbal dari jauh dan berdiam sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience