Bab 21

Horror & Thriller Completed 9772

Di klinik,Doktor Amir masih terperangkap di dalamnya.Dia masih mencuba untuk membuka pintu yang terkunci itu.Doktor Amir cuba menelefon dan meminta tolong kepada sesiapa namun tidak kedengaran.Setelah lama mencuba akhirnya Doktor Amir berjaya membuka pintunya dan berlari ketakutan menuju ke kereta.

"Apa yang kau nak Sarra jangan kacau keluarga aku! " Jerit Ibu Faz kepada Sarra.

Sarra menoleh ke arah Ibu Faz dengan pantas dengan matanya penuh kehitaman.Sarra menghempas Iqbal ke lantai lalu Iqbal berlari ke luar mencari keberadaan Pak Hamid.Laila cuba dibangunkan oleh Kak Lina dan membawanya turun ke bawah diikuti oleh Mak Jah.Ibu Faz memberanikan diri menanyakan muslihat sebenar Sarra.

"Apa salah kami Sarra sampai kau kacau kami," tanya Ibu Faz dalam keadaan resah ketakutan.

"Sepatutnya aku tanya kau apa salah mama!!!!!",

Secara tiba-tiba Ibu Faz tersentak mendengar jawapan Sarra.Ibu Faz kemudian berkata kepada Sarra bahawa kematian mamanya adalah takdir sambil melenting ke arah Sarra.Sarra dengan marahnya menjatuhkan Ibu Faz ke tangga sehingga tergolek hingga ke bawah.Laila dan yang lain mendapatkan Ibu Faz membantu Ibu Faz yang dalam keadaan parah berdarah.

Di luar,Iqbal menghampiri Pak Hamid yang sedang berbaring di lantai di dalam gudang.Sewaktu Iqbal menghampiri Pak Hamid,terlihat banyak sungguh darah yang ada di tubuhnya.Ternyata Pak Hamid telah menikam dirinya sendiri kerana tidak ingin mati dibunuh oleh Sarra.

Pak Hamid yang dalam nyawa-nyawa ikan berkata kepada Iqbal bahawa kehadiran Sarra ada penyebabnya.Pak Hamid juga memberitahu bukanlah Sarra di dalam tubuhnya tetapi adalah Zara.Iqbal yang hairan terus bertanyakan kepada Pak Hamid siapakah Zara malagnya hayat Pak Hamid sudahpun terhenti.Iqbal kemudian masuk ke dalam semula setelah mendengar Laila memanggil namanya.

Doktor Amir yang dalam ketakutan memandu segera mencapai telefonnya untuk menelefon Laila.Sebaik sahaja nada berdering panggilannya tidak diterima lalu kereta yang dipandu terlanggar pohon.Ternyata sewaktu menelefon,Doktor Amir dikejutkan dengan satu sosok seorang wanita di jalan raya.Hal itu membuatkan Doktor Amir hilang kawalan serta merta dan kemalangan menyebabkan kematian.

Sewaktu Iqbal berada di hadapan pintu,Laila menunjukkan isyarat tangannya menyuruh Iqbal jangan masuk ke dalam.Laila yang sedang memangku ibunya di paha,segera berteriak ke arah Sarra menyuruh Sarra pergi dari rumahnya.Sebaik sahaja Sarra cuba mendekati mereka,Kak Lina memberanikan dirinya dan meminta maaf kepada Sarra atas apa yang berlaku kepada arwah mamanya.Laila yang kelihatan aneh memikirkan apa yang sudah terjadi dan siapakah mama Sarra yang sudah mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience