Bab 25

Horror & Thriller Completed 9656

Laila naik ke atas dan melihat ibu dan ayahnya sedang bertengkar.Dia masuk ke dalam dan seakan ingin menangis melihat kejadian tersebut.Sarra muncul kembali dan berkata jangan menyalahkan mamanya sehingga dia mengetahui penghujungnya.Laila kemudian turun dan memerhati Mama Sheera dari tangga.

Laila seakan marah kepada Mama Sheera namun dia harus mengetahui dahulu kejadian sebenar yang akan ditimpa Mama Sheera.Mama Sheera naik ke tingkat atas tanpa sedar Laila sedang memerhatikannya dari tangga.Ibu Faz menjeling ke arah Mama Sheera sebelum menutup pintu biliknya.Ayah Norman mengajak Mama Sheera masuk ke dalam bilik sebelah Kak Lina yang sekarang sudah menjadi bilik lama di rumah Laila.

Pada malamnya di meja makan hanya kelihatan ayah Norman,Mama Sheera dan Kak Lina yang sedang menjamu selera.Kelibat Ibu Faz langsung tidak kelihatan bersama Laila kecil.Laila naik ke atas untuk melihat ibu dan dirinya yang enggan turun makan bersama.Sebaik sahaja dia naik,Laila terdengar perbualan mereka dan kedengaran nada Ibu Faz seakan sedih.

"Ibu, kenapa kita tak turun makan dengan semua kat bawah kan kita ada tetamu?" tanya Laila kepada ibunya.

"Tak apa kalau Laila nak turun makan pergilah ibu dah kenyang ye sayang,".

Laila turun dan menghampiri yang lain di meja makan.Laila yang sekarang sedang memerhatikan ibunya menangis keesakan setelah dimadukan.Laila benar kecewa dengan tindakan ayahnya mengahwini Mama Sheera tanpa pengetahuan ibunya.Ibu Faz mengesat air matanya dan berbaring di atas katil meratap kesedihan dalam dirinya.

Sarra mengajak Laila pergi ke bilik mamanya dan berkata mesti dia hairan dengan keadaan bilik itu sepuluh tahun yang lalu.Sarra berkata lagi di sinilah akan menjadi tanda tanya mengapa bilik itu dikunci dan dimanggakan.Laila melihat sekeliling bilik itu dengan wajah penuh bengung kehairanan.Laila kemudian keluar dari bilik itu lalu Sarra pun menghilang.

Ayah Norman menghampiri Ibu Faz dan meminta maaf kepada isterinya itu.Ibu Faz berpaling dari Ayah Norman dan seakan tidak menerima maaf darinya.Ayah Norman keluar dan ingin memasuki bilik Mama Sheera namun dikunci dari dalam.Mama Sheera berkata kepada Ayah Norman dia ingin menyendiri seketika buat sementara namun tidak memarahi dirinya.

Laila ditarik semula oleh Sarra pada masa kini dan menceritakan kepada semua apa yang sudah dilihatnya seketika tadi.Laila menoleh ke arah Ibu Faz dan yang lain termasuk Iqbal dan seakan tidak percaya dengan kejadian sepuluh tahun yang lalu.Laila bertanya mengapa dia tidak pernah ingat tentang Mama Sheera kepada Ibu Faz.Ibu Faz dan Kak Lina seakan menyembunyikan sebabnya dari Laila dan Sarra mencela.

"Diorang tak akan mengaku Laila aku kena tunjuk lagi pada kau sampai penghujungnya," kata Sarra dengan nada menakutkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience