"Saya masih lagi mengkaji apa yang mengganggunya saya akan beritahu secepat mungkin sesudah mendapat jawapan,".
Iqbal dan Laila kemudiannya pergi dari klinik dan pulang ke rumah.Ibu Faz mendesak Kak Lina memberitahu punca sebenarnya Sarra melarikan diri.Kak Lina hanya berdiam sahaja setelah didesak oleh Ibu Faz.Laila termenung di dalam kereta memikirkan keberadaan Sarra.
"Kau ok Laila apa yang kau fikir?"
"Aku fikir pasal Sarralah dah sehari dia tak balik takut ada apa-apa yang jadi".
Iqbal dan Laila sama-sama menghiraukan kemana perginya Sarra.Mereka masih beranggapan bahawa Sarra akan kembali dan mungkin dia hanya perlu waktu untuk menyendiri.Iqbal dan Laila masih memikirkan kata-kata Doktor Amir sewaktu di klinik.Mereka berdua kembali ke rumah dalam keadaan resah dan gelisah memikirkan Sarra.
Pada malamnya sewaktu hujan,entah mengapa Laila tidak bisa melelapkan matanya.Laila cuba menelefon Iqbal namun tiada isyarat dek kerana hujan.Sedang ingin tidur,Laila terdengar seseorang mengetuk pintu biliknya.Laila hairan kerana sebaik Laila membuka pintu biliknya tiada siapa di hadapan pintu.
Laila bertanya siapakah yang mengetuknya namun tiada jawapan.Laila kemudian turun dan merasakan ada seseorang yang cuba menakut-nakutkannya.Laila menoleh ke kiri dan tiada sesiapa tetapi, sebaik sahaja dia menoleh ke kanan terlihat seseorang di hadapan pintu yang sudah terbuka.Dia tidak dapat melihat siapakah itu kerana lampu yang tertutup dan keadaan hujan menyebabkan mendung dan ketiadaan elektrik sementara.Sebaik sahaja munculnya kilat,Laila terkejut kerana sosok yang berdiri itu ialah Sarra.
Laila benar terkejut dan cuba memberanikan dirinya menanyakan ke mana hilangnya Sarra selama ini.Sarra ketawa sinis dengan pandangan yang menakutkan ke arah Laila.Laila cuba mendekati Sarra namun Laila dicampak tolak ke dinding oleh Sarra ketika Sarra menarik tangannya ke kanan.Di atas,Kak Lina yang tersadar merasakan ada sesuatu yang tidak kena di bawah dan dia turun melihat apa yang berlaku.
Sebaik Kak Lina turun terlihat Sarra menoleh ke arah Kak Lina dengan raut wajah menakutkan.Laila berkata kepada Kak Lina supaya jangan mendekati Sarra kerana itu bukanlah dirinya.Sarra terbang ke arah Kak Lina dan mencekiknya dengan kuat.Laila yang melihat kejadian itu terus bangun dan berkata siapakah sebenarnya yang ada di dalam tubuh Sarra.
Sarra menoleh ke arah Laila kembali dan berbisik ke telinganya berkata sesuatu kepada Laila.Kak Lina terduduk mengah kerana kesakitan setelah dicekik oleh Sarra ibarat separuh mati.Laila memberi isyarat kepada Kak Lina untuk pergi menelefon Iqbal dan memanggil ustaz namun dicegah oleh Sarra dengan pantas.Laila berkata kepada Sarra apakah yang dia inginkan sebenarnya di dalam rumah ini dan apa tujuannya.
Share this novel