Bab 16

Horror & Thriller Completed 9718

"Kau siapa sebenarnya apa yang kau nak dari aku hah!"

"Janganlah takut Laila kita kan kawan," kata Sarra sambil ketawa manakutkan.

Laila cuba untuk lari dari Sarra.Dia merasakan kalau yang dilihatnya bukanlah Sarra tapi seperti karakter yang berbeza.Laila lari ke atas namun, belum sempat dia bergerak Sarra sudah muncul tepat di hadapan matanya.Sarra mencekik Laila di bawah kelipan lampu yang berkelap-kelip dengan laju.Laila cuba untuk melepaskan cekikan dari Sarra namun tidak berhasil.

"Lepaskan saya Sarra saya tahu ini bukan awak,"

Setelah lama mencuba akhirnya Laila berjaya untuk lepas.Laila terus berlari ke atas dan memeluk Kak Salina yang kebetulan berada di lantai dua.Kak Lina cuba menenangkan Laila yang dalam keadaan resah.Mereka turun dan melihat Sarra sudah pengsan di ruang tamu dan terus membawanya ke atas.

Kak Lina membawa Laila ke dalam biliknya.Kak Lina menunjukkan rakaman CCTV kepada Laila yang menunjukkan tingkah aneh Sarra.Laila melihat ke rakaman tersebut dan aneh ketika melihatnya.Kak Lina berkata bahawa Sarra sering memasuki ke gudang dalam keadaan normal dan keluar dalam karakter berbeza.

Kak Lina berkata bahawa dia menyangka Sarra sepertinya sengaja menginap di rumahnya.Kemungkinan Sarra mempunyai agenda dan muslihatnya tersendiri.Laila juga bersetuju dengan sangkaan Kak Lina terhadap Sarra.Mereka melihat ada satu rakaman yang begitu aneh di mana bilik lama yang berkunci terbuka sendiri ketika Sarra ingin memasukinya.

"Cuba kau tengok ni macam mana dia boleh masuk dalam bilik ni sedangkan lilitan tu susah nak dibuka,".

Laila dan Kak Lina merasa seperti bulu romanya naik setelah melihat rakaman tersebut.Mereka kemudiannya pergi ke bilik Sarra dan terkejut melihat ketiadaan Sarra.Kak Lina mengintip di ruang jendela melihat Sarra berlari ke luar dari kediaman mereka.Kak Lina bersama Laila bergegas turun untuk mendapatkan Sarra namun kehilangan jejaknya.

"Nampaknya dia sengaja lari supaya tidak ketahuan kita kena cari dia untuk tahu hal yang sebenar".

Kak Lina dan Laila masuk mengunci semua pintu dan jendela di rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience