Bab 23

Horror & Thriller Completed 9656

Laila terkejut namun tenang memandang ke arah Sarra.Sarra kemudian membisik ke telinga Laila berkata sesuatu.Laila mendengar dan Sarra berkata dia akan membawa Laila ke masa lalu menunjukkan gambaran apa yang telah berlaku kepada mamanya.Bukan itu sahaja,Sarra berkata Laila akan mengetahui mengapa ayahnya meninggal dan apa kaitan bilik lama di rumahnya.

"Aku akan bawa kau untuk kau lihat apa yang terjadi dan membuka topeng ahli keluarga kau Laila...," bisik Sarra ke arah Laila.

Mata Laila berubah putih sebaik sahaja Sarra mengalih dari telinganya.Laila seakan ditarik ke masa lalu berdiri di luar rumahnya sepuluh tahun yang lalu.Digambarkan suasana luar rumah yang sepi pilu sewaktu Laila sedar dan berada di situ.Laila berfikir mengapa Sarra membawanya tepat di rumahnya dengan keadaan luaran yang sama.

Sejenak Laila melihat rumahnya, terlihat sebuah kereta melusup memakir kereta di hadapan rumah.Sebaik sahaja kereta diparkir,terlihat seseorang keluar dari kereta.Ternyata itu adalah ayah kepada Laila yang ingin masuk ke dalam rumah dengan raut muka penuh kegembiraan.Laila ikut masuk ke dalam melihat disebalik kesenangan dan kegembiraan ayahnya itu.

Sebaik melangkah masuk Laila melihat ibunya sedang duduk membaca surat khabar di atas sofa.Ayah Laila masuk ke rumah dan disambut oleh Ibu Faz.Laila melihat ke tangga setelah mendengar bunyi tapak kaki yang melangkah turun.Ternyata itu adalah dirinya sepuluh tahun yang lepas sewaktu masih kecil.

Ayah Laila memeluk Laila dan memberikannya anak patung sempena ulang tahun yang sepuluh Laila.Mak Jah membawa Laila naik ke atas setelah diberikan hadiahnya yang dibeli oleh ayah Laila.Pada malamnya Ibu Faz sedang mengemas barangan Encik Norman iaitu ayah Laila untuk menghantar Laila ke luar negara.Keluarga Laila bersetuju menghantar Laila keluar negara untuk mendapat didikan yang lebih tinggi di sana dan ditemani oleh Encik Norman.

Paginya Laila mencium tangan ibunya setelah bersiap dan sedia untuk pergi ke lapangan terbang.Ibu Faz mencium anaknya itu buat kali terakhir sebelum mereka bertolak pergi.Kak Lina,Mak Jah dan Pak Hamid juga ada di situ mengucapkan selamat tinggal kepada Laila.Mereka kemudian menaiki kereta dan bertolak untuk pergi ke lapangan terbang.Ibu Faz dan yang lain masuk ke dalam rumah setelah hilangnya kelibat kereta Encik Norman.

Setelah beberapa tahun Laila dan ayahnya berlepas pergi,Ibu Faz menyelak kalendar di dinding menanti kepulangan anak dan suaminya itu.Kak Lina dan yang lain juga menanti kepulangan Laila dan ayahnya.Setelah lama menunggu,akhirnya terlihatlah sebuah kereta memasuki ke kawasan rumah mereka.Sebaik sahaja Ibu Faz dan yang lain keluar,bukanlah suaminya yang ada bersama Laila namun sahabat kepada Encik Norman iaitu Encik Hakim.

"Mana Norman, Hakim???" tanya Ibu Faz kepada Hakim.

Hakim berkata kepada mereka bahawa Encik Norman tidak bisa pulang kerana masih banyak urusan di sana.Laila kemudian memeluk ibunya dan dibawa masuk ke dalam rumah.Hakim yang kelihatan risau sepertinya ada sesuatu yang dirahsiakan.Ibu Faz berdiri di hadapan pintu masuk termenung sendiri sementara Laila bermain bersama Mak Jah di belakangnya setelah sejenak Encik Hakim pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience