Bab 19

Romance Completed 17774

BAB 19 :
Menantu Abah

Ami memanjat anak tangga satu persatu. Fikirannya dipenuhi dengan persoalan mengenai Farhan. Kenapa dia tak pernah nampak lelaki itu? Walaupun berlainan jabatan, mesti dia akan kenal. Tapi baru tadi dia jumpa Farhan. Lelaki yang buat Raisha seperti orang gila.

Dia sampai di biliknya yang berada di aras dua. Tak segera masuk, dia berdiri dahulu di kaki lima. Dia perhati satu persatu bilik yang berada di arasnya. Semuanya berpenghuni. Agak lama dia memerhati sebelum dia melangkah masuk ke biliknya.

"Assalamualaikum." ucapnya sambil memulas tombol pintu bilik. Zul ada di dalam bilik sedang membaca komik Naruto.

"Waalaikumsalam. Haa artis kita dah balik. Hahaha."

Ami hanya diam mendengar jenaka Zul. Dia baring di atas katilnya sambil tangan diletak ke dahi.

Zul yang melihat menjadi pelik. Dia letak komiknya ke tepi dan bangkit dari pembaringan. "Kau kenapa Mi? Ada masalah ke?" soalnya dengan penuh kebimbangan.

"Mi aku tanya kau ni. Apahal kau macam ni? Ada orang cari pasal dengan kau ke? Cakap dengan aku. Biar aku pi hentak." soal Zul sekali lagi.

Ami hanya mengelengkan kepalanya. Mulutnya masih berkunci.

"Haih. Lantak kau lah. Aku baca komik lagi bagus dari layan kau yang macam patung." Zul mengalah. Diambil kembali komiknya yang diletak ke tepi. Baru sahaja dia hendak baring terdengar namanya dipanggil.

"Zul."

Dia duduk kembali. "Ha kenapa? Tadi aku tanya tak nak jawab."

"Kau dengan aku kenal en semua orang dekat sini?" soal Ami.

Zul mengangguk. "Apahalnya? Ada budak baru buat hal ke?"

"Emm ni yang aku tengah pening sekarang ni."

"Pening apanya. Adoi.. Panjang pula cerita kau ni. Cakap jela terus apahal?" soal Zul. Tak sabar dia menunggu Ami bercerita.

"Takde. Tadi aku terlanggar sorang laki ni. Tapi aku tak pernah nampak pula muka dia."

"Aik? Serius ah? Tak pernah nampak?"

Ami mengangguk laju.

"Apa nama dia?"

"Nama dia.. Emm dia suruh panggil dia Paan."

"Ohh.. Nazrif Farhan ke maksud kau?"

Ami bangkit dari berbaring. Dipandang wajah Zul dengan bersungguh. "Kau kenal ke?" soalnya serius.

"Kenal. Tak kan kau tak kenal. Budak jabatan kita juga. Lain kelas je." jawab Zul seraya kembali berbaring. Komik Naruto dibuka. Gayanya bersahaja.

"Budak jabatan kita? Ini lagi tak mungkin kalau aku tak kenal. Kau biar betul Zul?" Ami inginkan kepastian. Memang tak mungkin kalau dia tak kenal pelajar dari jabatan dia. Jabatan perdagangan. Lagi-lagi kalau yang sama semester dengannya. Rasa ragunya makin tinggi terhadap lelaki bernama Farhan.

"Mungkin budak tu jenis pendiam. Kau pula jenis banyak peminat. Mana nak perasan."

"Tapi.."

"Ala.. Tak payah fikir lagilah Mi. Aku kenal budak tu. Baik je. Kau ni macam dia buat jahat pula fikir bukan-bukan." Zul mencela.

"Aku bukan apa Zul. Aku pelik je. Aku tak pernah nampak muka dia. Baru tadi aku terjumpa. Tu pun sebab dia terlanggar aku." Ami menyuarakan isi hatinya.

"Takde apalah Mi. Tak yah pelik. Budak tu sebaya kita. Aku kenal. Yang kau ye, ye sangat ni kenapa?"

Ami diam. Tak menjawab soalan Zul.

"Okaylah. Macam ni. Kalau kau tak percaya sangat nanti aku bawa kau jumpa dia? Amacam?"

"Eh takpelah. Aku cuma tanya je. Takdelah sampai nak jumpa. Kalau betul kau kenal baguslah. Takdelah aku pelik." balas Ami.

"Okay. Aku dah ajak kau yang tak nak. Nanti jangan menyesal." kata Zul. Ami tidak membalas. Zul perhatikan lelaki itu. Walaupun Ami kata dia percaya tapi dari riak wajah teman sebiliknya itu dia tahu masih ada rasa ragu-ragu dalam hati Ami. Ami ni terlampau mengikut perasaan. Padahal tiada apa yang perlu dia risaukan. Zul hanya tersenyum sambil mengelengkan kepalanya.

***

Telefon pintar Farhan bergetar. Diambil keluar daripada poketnya. Disapu ke kanan.

"Hello?"

Semua mata di dalam bilik kini memandang ke arahnya dengan pandangan curiga.

"Ha okay. Baiklah. Tengah malam nanti jumpa. Okay bye."

Talian dimatikan.

"Siapa?" seorang lelaki berkepala botak, bertubuh agak gempal bertanya kepadanya.

Farhan mengangkat muka. Telefonnya yang sudah dimatikan diletak kembali ke dalam poket. "Kawan." jawabnya sepatah.

Lelaki itu nampak berpuas hati dengan jawapan yang diterima. Dia menyambung kembali kata-katanya yang terhenti akibat panggilan yang diterima oleh Farhan. "Sebelum hujung tahun ni aku nak kita capai target kita. Ingat. Semua mesti berjaya. Kita akan dapat untung besar kalau projek ni berjaya. Siapa yang dapat paling banyak akan dapat ganjaran yang berbaloi." kata lelaki itu dengan tersenyum penuh makna.

***

Farhan meletak sebatang rokok dipinggir bibirnya. Dicucuh api pada hujung rokoknya. Badan di sandar ada dinding cafe. Dia memandang ke langit. Gelap. Tiada apa. Kosong. Bulan pun tak menyinar malam ni. Hembusan asap mula kelihatan di ruang udara. Sesekali dikerling jam di tangannya. Sudah menginjak ke pukul 12 lebih.

Keadaan di bahagian belakang cafe sangat sunyi memandang semua penghuni sudah berlayar ke alam mimpi. Dia merengus kasar. Dia paling tak suka orang berjanji macam ni. Lewat. Sudahlah dia banyak kerja lagi nak buat. Sudah lebih setengah jam dia berdiri di situ. Tapi orang yang di tunggu masih tak muncul-muncul.

"Paan."

Farhan menoleh. Mulutnya serta merta tersenyum. Tangan dihulur untuk bersalam.

"Sory bro. Kawan aku tak tidur lagi. Susah nak keluar."

Farhan mengangguk. "Takpe. Aku faham. Ada apa kau nak jumpa aku ni?" soalnya. Malas mahu berbasi basa. Terus kepada tujuan yang sebenar mereka berjumpa. Masa dipendekkan. Dia pun dapat buat kerja lain.

"Aku datang jumpa kau ni sebab nak warning kau. Aku rasa benda ni penting"

"Pasal apa?"

"Dah ada orang mula syak pasal kau. Bahaya kalau kau tonjolkan diri selalu."

Farhan diam. Perkara yang tak diduga pula sekarang. Benda ni boleh jejaskan perancangannya.

"Kau dengar tak ni?"

"Ye aku dengar." Farhan mengeluarkan kotak rokoknya. Dihulur kepada orang dihadapannya. "Aku tahu nak buat apa. Kau jangan risau. Kau cuma perlu berlagak baik je." jawab Farhan.

Asap rokok mula berkepul-kepul di udara. Lebih banyak dari tadi kerana datangnya dari dua mulut.

"Aku memang baiklah. Tak payah nak berlakon."

"Kalau baik kau tak kan setuju nak tolong aku."

Orang itu terdiam.

"Boss ada cakap dengan aku. Kalau benda ni berjaya. Aku akan dapat habuan." kata Farhan lagi.

"Habis aku?"

"Kau akan dapat juga. Kan aku dah janji."

"Agak-agak apa yang aku dapat?"

"Tubuh seorang perempuan." bersahaja jawapan itu keluar dari mulut Farhan. Asap rokok yang terakhir dihembus tinggi. Putung rokok dibuang ke bawah. Kemudian dia menyalakan lagi sebatang rokok.

Orang dihadapannya tersenyum lebar mendengar ganjaran yang akan diterima. Tubuh seorang perempuan. Bukan senang dia mahu dapat. Tubuh wanita yang dia bebas untuk lakukan apa sahaja terhadap tubuh yang mengiurkan itu.

"Sudah. Aku balik dulu. Apa-apa hal bagitahu aku." Farhan menepuk bahu orang di hadapannya seraya bergerak pergi.

Dia tahu siapa yang dah mula syak tentang diri dia. Tapi dia juga tahu dia tak tersilap langkah walaupun pada mulanya dia takut bila dengar berita itu. Segalanya boleh diselesaikan. "Jadi kau dah mula ragu pasal aku Ami? Heh, kau dah buat silap besar." Farhan mengoyak senyuman sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience