Bab 32

Romance Completed 17774

BAB 32 :
Menantu Abah

Raisha p.o.v

Nota kecil di dalam loket aku renung. Nota ni lah yang dah selamatkan aku. Nota ni lah yang dah ubah fikiran Farhan. Tak sangka. Lelaki tu datang bukanlah sebab Kak Iza tapi sebab abah. Kenapalah masa dia cakap dulu aku tak perasan? Emm mungkin sebab masa tu cemburu mengusai. Aku mengelengkan kepala. Kelakar pula bila diingat betapa aku cemburu membabi buta.

Satu helaan nafas dibuat. Keluhan yang membawa seribu rasa dihati. Rasa rindu, rasa sayang semuanya berkumpul dihati. Tujuh tahun sudah berlalu sejak peristiwa yang menjadi sejarah hitam dalam hidup aku. Tapi aku rasakan ia takdelah seteruk mana , disebabkan benda tu aku dapat rasa sesuatu yang mengujakan. Bukanlah aku cakap aku suka diculik tapi perkara yang sebegitu membuatkan hidup aku mempunyi satu adventure yang tak pernah aku terfikir pun akan dapat. Ala-ala cerita The Mummy. Cuma bezanya aku dikejar orang bukan mummy.

Selama tujuh tahun juga aku sering dihantui kenangan lalu padahal segalanya sudah berubah. Kak Iza dah kahwin dengan Abang Din. Aku ingat lagi semasa Kak Iza cakap dia nak kahwin dengan Abang Din aku dah terbahak-bahak gelak. Mana taknya. Dulu pantang nampak muka. Ada je yang nak digaduhkan, alih-alih sekarang nak kahwin pula. Raja pula dah selamat bertunang dengan Zul. Zul pun katanya dah berubah ke arah kebaikan. Tak tahulah betul ke tak tapi aku doakan kebahagian kawan baik aku tu. Macam mana aku tahu pasal Zul? Haa... Rahsia.. Hehe.

Minda aku teringat yang dulu aku pernah buat keputusan nak ikut Farhan balik ke poli dengan harapan aku dapat jadikan dia menantu abah. Hahaha sangat kelakar bila kenangan itu menjelma sekarang. Lain yang aku impikan , lain yang jadi. Tapi tak kisahlah sebab abah pun dah dapat menantunya sekarang. Orangnya..

"Sayang.."

Aku menoleh. Loket yang berada di tangan aku sorok ke dalam poket. "Ya abang." sahutku.

"Buat apa dekat luar ni? Jom masuk. Semua dah tunggu tu."

"Raja dah sampai?" soalku dengan riak wajah teruja.

"Iye sayang. Marilah. Nanti kita nak balik pahang jumpa mak."

Aku bangkit dengan susah payah. Maklumlah tengah mengandung anak pertama. Tangan suami aku paut. Memberi sedikit keseimbangan untuk diri aku. Sebaik aku masuk terlihat wajah-wajah gembira mereka yang berada di dalam rumah melihat aku sedang berbadan dua. Aku menghadiahkan senyuman buat mereka semua. Mak pula segera mendekati aku dan tolong aku duduk diatas kerusi. Risau orang tua tu melihat aku yang sedang sarat mengandung. Memang sarat. Minggu depan aku dah kena ke hospital.

"Okay! Semua dah ada. Dah boleh mula majlis."

Zul bersuara. Aku amati satu persatu wajah orang-orang kesayanganku. Semuanya ada cuma kurang seorang. Ya. Seseorang itulah yang aku sering rindu siang dan malam sebagai seorang kawan. Aku mengeluh dalam hati.

*End p.o.v

***

Kereta meluncur laju di atas jalan raya. Raisha melempar pandangannya ke luar. Dulu jalan inilah yang dia selalu ulang alik dari Pahang ke Selangor. Sekarang pun ulang alik tapi destinasi yang berbeza. Dia sekarang sedang menuju ke rumah Mak Limah.

"Sayang okay ke?"

Raisha menoleh ke sisi. Suaminya kelihatan fokus membawa kereta. "Okay. Kenapa?" soalnya.

"Takde pape. Saja tanya. Macam tak okay."

"Echa okay je. Cuma terkenang apa yang jadi dekat sini."

Suaminya tersenyum. "Sudahlah. Benda dah tujuh tahun sayang. Kita pun dah kahwin and nak dapat baby. Sayang tak boleh move on lagi?"

Raisha cuma mengelengkan kepalanya. Bercakap pakai lidah memang senang. Tapi hati yang nak melaluinya bukan lidah. Dia masih terperangkap dengan ingatan masa lalu. Kadang-kadang sampai mengingau.

Setelah beberapa jam di dalam kereta, akhirnya mereka sampai di rumah Mak Limah. Salam diberi. Muncul wajah wanita tua itu menyambut kedatangannya.

"Waalaikumsalam. Haa. Masuk-masuk. Mak masak sedap hari ni untuk kamu." Mak Limah memegang lengan Raisha. Mengiringi wanita itu berjalan dalam keadaan sarat. Risau juga kalau-kalau terjatuh ke. Sudahlah itu cucu pertamanya.

Raisha sekadar menurut. Setelah sampai di dapur Raisha duduk di atas kerusi meja makan. Semua yang lain turut ada.

"Kak Echa. Tiqa dapat tawaran nak pi degree." Atiqah yang berada di depan Raisha bersuara. Dah jadi anak dara dah gadis tu.

Raisha senyum. "Baguslah. Tiqa nak pi tak?" soal Raisha.

"Tiqa memang nak pi tapi Tiqa takut tinggalkan mak. Takut orang-orang abang dulu datang lagi." Atiqah menyuarakan kebimbangannya. Ingat dia dulu waktu abangnya balik dengan Raisha tengah-tengah malam ada orang gegar rumahnya. Tetapi nasib baik sekejap sahaja. Namun ketenangan rumahnya tak lama. Esoknya mereka datang lagi. Geledah satu rumah. Terjerit-jerit memanggil nama abangnya. Atiqah, adik-adik dan ibunya memeluk tubuh diruang tamu akibat ketakutan. Dia sendiri tak tahu Farhan di mana. Masa dia bangun pagi tengok semua dah tak ada. Mujur jiran mereka laporkan pada polis kalau tak, tak tahulah apa akan jadi.

"Tiqa janganlah risau. Kan sidiket tu dah ditangkap. Mesti tak ada yang cari." Raisha cuba memujuk hati kecil Atiqah.

"Tu lah. Mak dah cakap dah dengan Tiqa ni tapi degil. Pergi je belajar. Pasal mak dengan adik-adik ni toksah risau." sampuk Mak Limah. Tangannya mencedok nasi untuk mereka semua.

Atiqah tunduk. Dia memang berat hati. Mungkin masih trauma dengan peristiwa lalu.

"Tiqa jangan risau ye. In Shaa Allah.. Ada masa abang balik jenguk mak."

Raisha toleh ke arah suaminya. Memang suaminya seorang yang pandai memujuk. Mulutnya sweet sangat. Macam baru lepas makan sebalang gula.

"Sudah-sudah. Mari kita makan. Nanti nak keluar." Mak Limah mengakhiri perbincangan meja makan mereka dengan suara yang lembut.

***

Mereka turun dari kereta. Tak semua ikut. Kebanyakan adik-adik lelaki. Kalau nak bawa semua memang tak muat kereta. Raisha membetulkan tudungnya. Matanya pandang sekeliling. Keadaan disitu nampak sepi.

Perlahan-lahan mereka semua melangkah ke dalam sehinggalah berhenti pada suatu tempat. Adik-adiknya memulakan tugas. Membersihkan kawasan tersebut. Raisha duduk di bahagian kepala batu nisan. Muhammad Nazrif Farhan. Diusap nisan tersebut. Sebak hatinya. Jasanya besar menyelamatkan Raisha namun Allah lebih sayangkan dia. Air mata diseka. 'Semoga kau ditempatkan dikalangan orang beriman.' doanya dalam hati.

Kotak fikirannya terbayang peristiwa tujuh tahun yang lalu. Dihari Farhan pergi meninggalkan mereka.

***

"Paan...!" Raisha berhenti berlari. Matanya menatap sekujur tubuh Farhan yang sudah jatuh atas jalan raya. Air mata makin deras berguguran. Dia bagaikan tak percaya. Jasad lelaki itu sudah tak bergerak.

"Ami.. Kita kena tolong Paan." pintanya sambil tangan Ami ditarik supaya pergi ke arah Farhan.

Ami yang turut terkejut menyaksikan kejadian yang tak dijangka itu menahan Raisha daripada mendekati Farhan. Bukan dia tak simpati namun orang-orang yang mengejar mereka sudah dekat. Kalau mereka tak lari kemungkinan nasib mereka sama seperti Farhan. "Echa! Kita lari! Kita pergi balai polis. Cepat! Cepat!" ujarnya sambil memeluk badan Raisha dari belakang. Gadis itu sedang meronta-ronta.

"Tak... Paan..." rintih Raisha. Lututnya mula lemah. Dia terduduk. Tersedu-sedan dia menangisi tubuh Farhan yang sudah berpisah dengan roh.

"Sudah Echa. Kita kena pergi." Ami membantu Raisha untuk bangun. "Cepat." tangannya menarik batang tubuh Raisha supaya teruskan berlari meskipun gadis itu seperti tak rela meninggalkan jasad Farhan.

"Paan..." teresak-esak Raisha menangis. Merintih sayu sambil kaki bergerak pergi meninggalkan Farhan dengan berat hati. Dia sedar kalau dia tak lari bermakna dia akan kembali ke tempat neraka tu. 'Paan... Maafkan aku..'

"Sayang.. Dah baca ke belum tu?"

Raisha menoleh ke arah suaminya. Air mata yang jatuh dikesat. "Echa baru nak baca bang." jawabnya.

Suaminya tersenyum. Tangan mula memeluk bahu Raisha. "Janganlah menangis lagi. Semua dah pulih sekarang." pujuk suaminya sambil mengusap bahu Raisha lembut.

Raisha mengangguk. Bukan soal pulih atau tak. Tapi soal rindu yang mencengkam jiwanya. Rindunya pada arwah Farhan. Rindu akan gurauannya walaupun dia bergurau ada makna. Senyuman lelaki itu. Merdu lunak suaranya. Semuanya dirindui. Kalaulah masa boleh diputar kembali. Dia akan pastikan semuanya berakhir dengan gembira. Dia tak kan biarkan Mak Limah dan yang lain kehilangan tempat bergantung. Sekarang, wanita itu sudah dianggap seperti mak sendiri. Dialah tempat bergantung yang baru bagi keluar besar Mak Limah. Hanya itu yang dia mampu buat bagi menenangkan jiwanya yang rasa bersalah sebab tak dapat membantu Farhan.

"Dah. Mari kita balik." Mak Limah yang sudah selesai membacakan yasin untuk arwah Farhan bingkas bangkit. Begitu juga dengan anak-anaknya yang lain.

Raisha bangun dengan perlahan. Perutnya yang besar itu menyukarkannya untuk berdiri kembali. Tapi dia tak kisah, itulah pengorbanan seorang perempuan. Sangup menahan sakit perit selama sembilan bulan sepuluh hari demi zuriat dan kesinambungan keturunan dia dan juga Ami. Ya, Syarul Syahmi. Lelaki yang menjadi menantu abahnya. Lelaki yang menambat hatinya selepas Farhan. Dia juga sebenarnya tak sangka akan berkahwin dengan Ami. Sebab dia cuma anggap Ami sebagai teman rapat. Namun disebab sikap sering mengambil berat dan penyayang Ami membuatkan hatinya terbuka untuk menerima lelaki itu sebagai teman hidupnya.

"Hati-hati sayang." Ami menolong Raisha untuk bangun. Memang dia sangat risau melihat keadaan Raisha.

"Echa takde apalah bang. Echa tahu jaga diri okay." Raisha menguntum senyuman buat Ami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience