Bab 1

Romance Completed 17774

?BAB SATU :
Menantu Abah

Perhentian Muadzam. Raisha tersenyum. Tak sabar rasa hatinya mahu bergerak pulang ke Selangor setelah berbulan bertapa mencari ilmu di Muadzam. Dia menarik beg rodanya yang berisi pakaian. Badannya yang kurus melidi itu mengigil tatkala mengangkat begnya untuk meyeberangi longkang yang berada di hadapannya.

"Eyaa!" dia menghempas beg rodanya setelah selamat menyeberangi longkang yang tak berapa nak besar tu. "Ish! Berat betullah beg ni! Apa aku bawa!? Batu ke!?" soalnya sendiri. Dia yang kemas baju dia yang merungut. Ceh!

***

"Woii! Mana kau nak lari haa!? Kurang ajar!!"

Farhan menoleh sambil kakinya masih laju berlari. Macam lipas kudung dia melepaskan diri daripada sekumpulan lelaki yang mengejarnya daripada tadi. Segala ceruk lorong dilalui. Peluh jantannya sudah merecik hingga membasahkan baju yang dia pakai. Dia menoleh lagi sekali. "Ahh! Sial betul! Dorang ni tak tahu penat ke!?"

Farhan mempercepatkan lariannya sambil otaknya ligat mencari Abah.

n melepaskan diri. Kakinya yang sudah tidak larat lagi. Tak kanlah nak berlari sampai ke Kuantan. Sedang berlari matanya tertacap pada deretan bas di sebuah perhentian.

Tanpa berfikir panjang , Farhan berlari ke arah Perhentian Muadzam. Dia mencelah di antara deretan bas yang tersusun di perhentian itu. Semuanya seperti sudah bersedia untuk bergerak dan meninggalkan tempat itu. Hanya menunggu penumpang sahaja untuk naik. Farhan menoleh ke belakang sekali lagi. Masih ada yang mengejar. "Shit!"

***

"Aduii!" Raisha terdorong ke depan. Seseorang telah melanggarnya dengan agak kuat daripada belakang. Dia baru sahaja hendak melangkah ke pintu masuk bas selepas meletakkan beg berisi pakaiannya di bahagian bagasi bas. Dah lah bas yang dia hendak naiki itu sudah mahu bergerak. Kang kalau kena tinggal, menangis tak berlagu dia dekat Muadzam ni.

"Buta ke!? Sesuka hati nak langgar orang!" Raisha berkata. Suaranya lantang memarahi lelaki yang sedang termengah-mengah di hadapannya itu.

"Woi!!! Berhenti!!!" Raisha menoleh ke belakang. Sekumpulan lelaki sedang menjerit ke arahnya. "Apa... Wei! Wei! Apahal tarik aku ni!?" belum sempat dia bermonolog , lelaki yang telah melanggarnya tadi terus menarik tangannya. Tanpa rela dia turut berlari mengikut lelaki yang tak dikenali itu. Lelaki itu pergi ke arah pintu depan bas dan menarik Raisha naik sama. Elok sahaja Raisha melangkah naik , pintu bas ditutup. Bas yang menghala ke Selangor itu sudah bergerak meninggalkan Perhentian Muadzam.

Raisha tergamam. Semuanya terjadi dalam sekelip mata. Dadanya masih berombak. Dia cuba menstabilkan penafasannya.

"Dik pergi duduk. Kang jatuh pula kat depan ni." Pemandu bas itu menegur Raisha.

Bagai tersedar dari lamunan. Raisha mengangguk. Dilihat lelaki tadi sudah mengambil tempat duduk di belakang bas. Dia hanya membiarkan sahaja lelaki itu. Takde kena mengena dengan dia.

Setelah sampai ditempat duduk yang dia beli, tanpa berlengah Raisha terus melabuhkan punggungnya di situ. Pandangannya dilempar ke luar tingkap. Tak sabar sangat untuk menjejakkan kaki ke rumahnya. Katilnya yang empuk itu pasti merindui dirinya. "Sabar ye katil. Tak lama lagi I balik. I tahu you rindu I." monolog Raisha. Dia tersenyum. Tiba-tiba dia rasakan ada seseorang duduk disebelahnya. Dia menoleh.

"Hai." Farhan menyapa wanita disebelahnya. Dia tersengih bagai kerang busuk.

"Kau nak apa ni duduk sebelah aku?"

"Nama aku Farhan." tanpa menjawab soalan wanita itu, Farhan memperkenalkan diri tanpa segan silu.

"Aku tak nak tahu pun lah."

"Nama kau siapa?" soal Farhan. Masih ingin meneruskan sesi perkenalan walaupun wanita itu bersikap dingin. Ahh! Setakat sikap macam ini , sudah selalu dia hadap. Apalah sangat. Dia yakin sebentar lagi wanita itu pasti akan cair dengannya.

Wanita itu membisu. Tak mahu melayan sesi perkenalan tersebut.

"Ala.. Awak ni. Janganlah sombong sangat. Nama awak siapa? Bukan saya nak bomohkan awak pun. "

Wanita itu menjeling. Menyampah! "Raisha. Raisha Zahirah." jawabnya.

"Ohh.. Baiklah Cik Raisha Zahirah. Selamat berkenalan." Farhan menghulurkan tangannya. Mahu bersalam sebagai tanda perkenalan.

Raisha hanya memandang sepi salaman itu. Tidak disambut. "Kau nak apa?" soalnya.

Farhan menurunkan tangannya. "Actually aku ada satu masalah."

"So? Apa kena mengena dengan aku? Dah la tadi kau main tarik je aku. Nasib baik naik bas yang betul kalau kau tarik aku naik bas lain? Haa macam mana!?"

"Haa tu lah masalahnya."

"Masalah apanya? Ishh.. Dah la pergi duduk belakang. Aku tak kenal kau. Anggap je kita tak pernah jumpa. Okay bye."

"Kejap wei, dengar aku cakap dulu." Farhan merayu. Dia betul-betul dalam masalah yang sangat besar sekarang ni. Tersangat besar!

"Eee cakaplah apa benda." akhirnya Raisha mengalah. Tu la masalah dia. Senang sangat bagi muka dekat orang lain, akhirnya dia sendiri yang susah nanti.

"Aku.. Aku salah naik bas." kata Farhan sambil memandang muka Raisha.

"What!?" terbuntang mata Raisha memandang Farhan. Tiba-tiba hatinya berdegup kencang padahal bukan dia yang salah naik bas. "Jap-jap. Kau bukan nak pergi Selangor juga ke?" soalnya menginginkan kepastian.

Farhan mengelengkan kepalanya.

"Then?"

"Aku sepatutnya balik Terengganu."

"What the hell!? Kau bergurau ke apa!?"

"Kau nampak muka aku ni ada nampak macam tengah buat lawak ke? Ada nampak macam muka orang yang pandai buat lawak?" kata Farhan sambil mengangkat jari telunjuk ke arah mukanya. Serius betul dia berkata.

"Okay.... Aku tak kenal kau.. Jangan cakap dengan aku." Raisha mengangkat kedua tangannya. Tanda mengalah. Gila! Tak mahu dia menolong lelaki yang dia baru kenal itu. Tak pasal-pasal menjadi beban pula kepada dia nanti.

"Tolonglah aku. Aku nak balik Terengganu. Kat Selangor aku nak pergi mana. Kau nak aku jadi gelandangan?"

"Ahh! Aku peduli apa. Kau yang salah naik bas. Bukan aku. Aku tak tahu dan tak nak amik tahu." Raisha cuba mengeraskan hatinya walaupun sudah timbul rasa simpati untuk lelaki itu.

"Emm okaylah. Takpe. Nanti dah sampai aku duduklah bawah jambatan. Berhujan. Berpanas demi mencari duit balik Terengganu. Mak.. Maafkan orang. Orang tahu mak rindu orang. Maafkan orang mak....." Farhan teresak-esak menangis. Mengenangkan ibunda yang jauh dimata. Rindu semakin menebal tatkala dirinya jauh dirantauan.

Raisha membisu. Dia tak akan tertipu. Nampak sangat lelaki itu berlakon. Poyo je menangis. Air mata tak keluar pun. Suara je lebih.

Farhan menjeling ke arah Raisha. Wanita itu langsung tak terkesan dengan lakonannya. 'Takpe. Aku akan buat lagi extreme.' Farhan mula berdiri. Sambil menutup matanya dia menjerit. "Mak!!! Maafkan orang mak!! Maafkan orang!!!"

Raisha kaget. Segera ditarik Farhan supaya duduk kembali. Habis riuh satu bas itu akibat tindakan Farhan. "Kau gila ke!? Menjerit tak tentu pasal! Aku tampar kau karang!"

"Aku nak balik...." Farhan masih berlakon. Lebih bersungguh. Mimik mukanya sehabis boleh disedihkan.

"Ish! Diamlah. Nanti dah sampai Selangor kau beli tiket balik Terengganu. Dah. Habis cerita."

"Tapi aku tak ada duit......." Farhan berkata. Nada suaranya sedih. Betul-betul ingin memohon simpati Raisha.

Mata Raisha membulat. Kenapalah dia berjumpa dengan orang yang pelik macam lelaki ni. Tak kan langsung tak ada duit. "Habis tu kau nak buat apa kat Selangor?"

"Emm.." Farhan diam seketika sebelum berkata "aku ikut kau." Dia tersengih menampakkan barisan giginya yang putih dan agak berterabur.

"What the? No.. No.. Kau tak boleh ikut aku. Tak boleh." Raisha mengelengkan kepalanya. Gila ke nak bagi lelaki ni ikut. Dah la pelik. Tak kenal. Kot-kot pencuri ke penyamun ke tak ke naya nanti. Tak boleh. Tak boleh.

"Raisha..." Farhan mengenggam kedua tangannya. Matanya sayu memandang Raisha.

"Tak boleh. Tak boleh. Kalau bapak aku nampak aku bawa balik lelaki mampus aku. Habis satu kampung dihambatnya aku nanti. Tak boleh."

"Raisha Zahirah...." panggil Farhan. Kelakuannya sama seperti tadi.

Raisha menjeling kemudian menghela nafas berat. "Okay fine!" akhirnya mengalah juga dia.

"Hehe thanks Raisha." Farhan tersenyum girang. Tak ada apa lagi yang perlu dia risaukan sekarang. Hatinya kembali tenang.

***

Raisha termenung. Sudah dua jam dia di dalam bas. Ada lagi tiga jam sebelum dia sampai ke Terminal Bandar Tasik Selatan. Bermacam perkara yang bermain di fikirannya sekarang. 'macam mana ni? macam mana kalau abah pelangkung aku nanti bila dah sampai rumah? macam mana aku nak terangkan keadaan yang sebenar? macam mana?' Raisha memandang lelaki yang sedang terlentok tidur disebelahnya. Keadaan bas yang bergerak ke kiri kanan membuat kepala lelaki itu turut sama terliuk lentok mengikut pergerakan bas. Ikutkan hati mahu saja dihumban lelaki itu ke luar. "ini semua petaka! mala petaka paling besar dalam hidup aku!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience