Bab 13

Romance Completed 17774

BAB 13 :
Menantu Abah

Raizah menarik nafasnya dalam-dalam. Kemudian dilepaskan dengan satu helaan yang kuat. Hatinya berbelah bahagi. Keliru dengan rasa yang sebenar. Dia menongkat dagu. 'Kenapa dia buat macam tu? Dia suka dekat aku ke?' soal hatinya. Melayang fikirannya tentang perkara tengahari tadi.

***

"Nak suap." Farhan mengangakan mulutnya di sebelah Raizah yang sedang memasak. Dia tahu Pak cik Oshman dan juga Mak cik Rainah tiada dirumah. Jadi dia mahu ambil kesempatan ni. Mana boleh lepaskan je.

Raizah menoleh. "Eh kenapa ni?" soalnya sambil mempamerkan riak wajah pelik. 'Tiba-tiba je minta suap. Buang tebiat agaknya budak ni.' bisik hatinya.

"Ala... Nak rasa sikit. Sedap ke tak awak masak." rengek Farhan.

"Tak payah nak mengada. Nah rasa sendiri." sudu dihulur kepada Farhan.
"Tapi nak awak suap." rengek Farhan lagi. Ditolak tangan Raizah yang menghulur sudu padanya.

"Saya tak biasalah suap-suap orang ni. Seumur hidup tak pernah suap orang tahu." Raizah menolak. 'Ada ke gila nak main suap-suap. Sah budak ni buang tabiat.'

"Please..." terkebil-kebil mata Farhan memandang Raizah.

"Saya tak tahulah." balas Raizah lagi.

Farhan berdecit. 'Apa susah sangat minah ni nak suap aku?' hatinya mengutuk Raizah. "Ala.. Kalau nak suap senang je. " dipegang tangan Raizah yang sedang memegang sudu. Kemudian diambil sedikit kuah tomyam di dalam periuk. Ditiup bagi hilang sedikit rasa panas selepas itu baru disuap ke dalam mulut.

Raizah kaku. Farhan sedang memegang tangannya. Dia sedang menyuap Farhan. 'Betul ke ni? Betul ke? Aku tengah mimpi?' soalnya bertubi-tubi dalam hati. Dia betul-betul tak sangka Farhan akan buat begitu dan dia betul-betul tak sangka dapat merasai pengalaman seperti itu. Selalu dia cuma baca dalam novel dan lihat dalam filem atau drama. Tapi sekarang perkara itu terjadi dekat dirinya. Dia jadi kaget. Tak tahu mahu memberi reaksi apa? Suka? Marah? Ah..! Hatinya sendiri sedang berdegup laju sekarang bermakna dia sedang gembirakan?

"Sedaplah awak masak." puji Farhan. Dia melepaskan tangan Raizah.

Raizah tertunduk malu. Pujian Farhan menyebabkan dia sedar yang dia tidak bermimpi. Perkara ni benar-benar terjadi. Betul! Bukan mimpi! Bukan khayalan! "Terima kasih." ucapnya.

Farhan tersenyum sumbing melihat Raizah malu-malu. Pasti gadis itu sedang melonjak teruja dalam hati. "Kalau macam ni lah awak masak.." Farhan mendekatkan dirinya dengan Raizah. "Saya nak awak jadi isteri saya." bisiknya.

Suara penuh lunak itu menerpa gegendang telinga Raizah. Andrenalinnya merembes laju. Rasa gemuruhnya memuncak. Butir-butir keringat mula timbul di bahagian dahi.

Farhan mencium jari telunjuk dan jari hantunya kemudian diletak jari itu ke pipi Raizah. "Jangan jemu masak untuk saya lain kali." bisiknya lagi seraya berlalu pergi meninggalkan Raizah yang seperti patung pameran. Tegak kaku.

***

Raizah memegang pipinya yang dicium secara halus oleh Farhan. Dia tak pernah rasa sebegini. Bukanlah dia tak pernah bercinta tapi.. Ini sangat berbeza. Farhan seolah-olah memberinya satu rasa yang amat-amat mengujakan. Rasa itu membuatkan dia selalu ingin berada di samping lelaki itu. 'Aku dah suka dekat dia ke?' soal hatinya lagi.

Sedang mengelamun, matanya menangkap susuk tubuh seseorang yang sedang memakai selipar. Dikalih pandangannya ke arah itu.

"Iza buat apa dekat luar ni sorang-sorang?" Mak cik Rainah mendekati Raizah yang berada di pangkin.

Raizah memberi senyuman manis buat ibunya. "Tak buat apa pun mak. Saja je duduk luar amik angin. Panas dekat dalam rumah." jawab Raizah.

"Bahaya Iza katluar seseorang"

"Bahaya apa mak? Pangkin ni depan rumah je. Bukan jauh sangat. Lagipun sekarangkan siang."

"Yela. Jauh ke dekat ke tetap bahaya. Awak tu kan anak dara."

"Hee.." Raizah tersengih seperti kerang busuk. "Mak temanlah Iza." ajaknya.

Mak cik Rainah menurut. Dia melabuhkan punggung di hadapan Raizah.

Raizah terus meletakkan kepalanya pada paha Mak cik Rainah. Ibunya itu mengusap-usap kepalanya. "Mak.. Iza nak tanya sikit boleh?" soalnya.

"Nak tanya apa?" soal Mak cik Rainah pula. Ditenung wajah Raizah yang sedang baring beralaskan pahanya.

"Macam mana kita nak tahu kita dah jatuh cinta?"

Mak cik Rainah tersentak. Tak sangka pula soalan itu yang akan ditanya oleh Raizah. Sungguh tiada selindung. "Kenapa? Iza dah jatuh cinta?" soalnya.

Raizah mengelengkan kepalanya. "Iza tanya je mak."

"Emm entahlah Iza. Mak pun tak tahu nak cakap macam mana. Mak dulu tak bercinta."

"Tak bercinta? Habis tu macam mana mak kahwin dengan abah?"

"Orang dulu-dulu selalu lepas kahwin baru bercinta. Sebelum kahwin tak pernah jumpa tahu-tahu dijodohkan."
"Yeke? Tak seronoklah macam tu mak. Macam mana kalau dapat laki tu jahat. Haa merana seumur hidup."

Mak cik Rainah ketawa kecil. "Kalau kita ikut dan redha dengan pilihan ibu bapa kita, InShaaAllah semuanya diberkati Allah Iza."

Terangguk-angguk kepala Raizah. "Jadi lepas kahwin mak bercinta tak dengan abah?"

"Bercinta macam-macam tu jela. Takde macam budak-budak sekarang yang romantik selalu."

"Hahaha betul tu. Iza setuju. Tapi macam mana mak tahu mak boleh terima abah? Maksud Iza, mak tak pernah kenal dengan abah. Tak kan kahwin terus boleh terima?"

"Kan mak cakap tadi. Kalau kita redha InShaaAllah semuanya diberkati."

"Ohh.." Raizah mengangguk. "Mak.. Macam mana kita nak tahu lelaki tu suka dekat kita?"

"Iza tanya macam-macam ni mesti ada apa-apa."

"Hehe tak. Iza cuma nak tahu. Yela. Kadang-kadang kita keliru dengan tindakan dan layanan seseorang terhadap kita. Kita rasa dia suka kita sebab dia layan kita baik sangat, tapi sebenarnya dia layan semua orang macam tu. Last-last kita syok sendiri." jelas Raizah panjang lebar.

"Iza rasa macam tu lah sekarang ini?"

Raizah hanya mengangguk.

"Iza rasa macam tu mungkin sebab Iza suka dekat dia?"

"Entah. Iza pun tak tahu apa yang Iza rasa mak."

Mak cik Rainah tersenyum nipis. "Kalau Iza tak simpan perasaan terhadap orang tu, Iza tak kan anggap layanan dia sesuatu yang istimewa."

Raizah diam. Ada benar kata ibunya. Kita hanya akan rasa sesuatu terhadap seseorang bila kita punya perasaan terhadap dia.

"Iza suka dekat siapa?"

"Eh.." Raizah bingkas bangun dari pembaringan. "Mana ada mak. Iza mana ada suka sesiapa." jawabnya.

Mak cik Rainah mengelengkan kepalanya. "Mak kenal anak dara mak." balas Mak cik Rainah sambil tersenyum memandang Raizah.

"Haa Inah. Ada pun kau dekat rumah."

Dua pasang mata di pangkin menoleh.
"Haa kau Bedah. Kenapa? Nak jumpa aku ke?" soal Mak cik Rainah.

Raizah cuma mencebik. Dalam hatinya sudah berbakul kutukan buat Cik Bedah Propa.

"Haa yela. Aku nak jumpa kau. Tepi sikit." Bedah menolak kaki Raizah membuatkan gadis itu bergenjak ke tepi. Dipandang Raizah atas bawah. "Ni apa anak kau ni. Baju ketat, seluar ketat, tudung pendek." tangannya yang memegang kipas tangan itu memukul kaki, lengan dan dada Raizah.

"Eh apa acik ni. Mana ada ketat. Saya pakai biasa je kot. Ni tudung ni. Nampak." Raizah mengangkat sedikit tudungnya. "Kan labuh ni. Pendek apanya. Eee entah pape entah."

"Amboi-amboi.. Kau tengok anak kau ni Inah. Pandai melawan eh. Macam mana kau jaga anak ni?" Bedah menjeling Raizah.

Raizah mahu membalas tetapi ibunya lebih pantas. "Ala.. Kau tu pun apa kurangnya Bedah oi. Pakai baju kebaya ikut bentuk badan. Terkeluar segala lemak." bidas Mak cik Rainah.

Bedah mencebik. "Ah kau memang selalu nak bela anak kau. Ni aku nak cakap sesuatu."

"Nak cakap apa?"

"Aku dengar dekat rumah kau ni ada budak jantan. Betul ke?"

"Iya. Tu anak aku. Kenapa?" balas Mak cik Rainah. Hatinya jadi kurang enak mendengar tujuan Bedah berjumpa dengannya.

"Anak? Sejak bila kau ada anak lelaki?"

"Anak angkat. Kau ni tanya-tanya ada masalah apa? Kalau takde kau baliklah. Aku nak berehat."

"Amboi. Aku baru tanya sikit dah melenting." kipas tangan dibuka dan Bedah mula mengipas dirinya. Badannya yang gempal itu menyebabkan dia mudah berpeluh.

"Bukan melenting. Aku penat. Kau nak cakap apa?"

"Budak jantan tu kawan Echa ye?" soal Bedah lagi.

"Kan aku cakap dia anak aku. Ni mana kau dapat cerita ni?"

Bedah tersenyum sinis. "Ni Bedahlah Inah. Kau tak dapat sembunyi apa-apa dari aku."

"Herm. Suka hati kaulah Bedah oi. Tu je kan nak cakap?"

"Aku cuma nak nasihatkan kau. Jangan biar budak jantan tu duduk lama-lama dekat rumah kau."

Mak cik Rainah menghela nafas berat. "Tak lama lagi baliklah budak tu. Kau jangan risaulah."

"Inah. Rumah kau ni anak dara ada dua. Entah-entah dah terlanjur dengan budak jantan tu."

Ppang!

"Kau jangan nak mengata anak aku bukan-bukan Bedah. Aku terima nasihat kau. Tapi kalau kau datang sini nak cerita buruk pasal anak-anak aku kau boleh pergi."

Bedah memegang pipinya yang menerima tamparan dari tangan tua Mak cik Rainah. Dia merengus kasar.

"Kau pergi balik. Tahulah aku nak jaga anak-anak aku."

Bedah berdiri. Tajam matanya memandang Mak cik Rainah. "Eh Inah aku cakap ni bukan saja-saja tahu. Aku dengar cerita yang si Echa tu pernah terlanjur dengan budak jantan tu. Aku suruh kau jaga Echa tu elok-elok. Karang mengandung malu seumur hidup. Sampai mati pun orang mengata." ujar Bedah dan bergegas pergi meninggalkan Mak cik Rainah dan Raizah.

"Siapalah yang suka buat cerita macam ni! Eee!" Raizah mengetap giginya. Geram betul. Tak habis-habis nak fitnah keluarga dia. Tak boleh ke jiran-jiran dia ni buat hal sendiri? Tak tahu apa-apa tiba-tiba nak bercerita bukan-bukan.

Mak cik Rainah cuma diam mendengar kata-kata Raizah. Dalam hatinya terkesan dengan apa yang disampaikan Bedah. Jika sudah sampai tahap macam ni orang fitnah keluarganya , rasanya dia tak boleh berdiam diri lagi.

"Iza rasa Iza tahu siapa yang sebar fitnah macam ni. Tak lain mesti si Mahuddin tu! Mamat kepoh ni memang nak kena di ajar!" Raizah menyeseng lengan bajunya. Dia menyarung selipar.

"Iza nak pergi mana tu?"

Terhenti pergerakan Raizah. "Iza nak pergi jumpa Din. Iza tahu mesti dia yang sebar cerita buruk pasal keluarga kita." balas Raizah.

"Iza ada bukti?" soal Mak cik Rainah.

"Takde. Tapi Iza tahu mesti dia yang buat! Biar Iza pergi selesaikan dia!"

"Dah Iza. Tak payah. Mari kita masuk. Kita buat cekodok untuk minum petang." arah Mak cik Rainah. Dia juga sudah menyarung selipar miliknya.

"Tapi mak.."

"Tak payah. Mari. Jangan kita besar-besarkan hal ni."

Raizah akur. Dia menurut ibunya masuk ke dalam rumah walaupun dalam hati berkobar-kobar ingin berjumpa dengan Mahuddin. 'Kau tunggulah Din! Kau tak kan terlepas!'

***

Farhan memandang silih berganti wajah-wajah yang berada di sekelilingnya. Semuanya nampak serius. Entah apa yang hendak dibincangkan sehingga dirinya pun turut dipanggil.

"Kita kena buat sesuatu. Tak boleh biar je. Nanti jadi makin teruk." Mak cik Rainah memulakan bicara. Yang lain hanya mendengar. "Hari tu Cik Bedah dah bercerita bukan-bukan dengan mak. Mak bukan tak percaya dengan anak-anak mak. Tapi fitnah tu kalau boleh kita elakkan." sambung Mak cik Rainah lagi.

"Maksud mak?" Raisha pula menyoal. Tak faham situasi yang sebenar.

Pak cik Oshman berdehem. "Abah dah buat keputusan. Farhan terpaksa keluar dari rumah kita ni."

"Ha!?"

Serentak Farhan, Raizah dan juga Raisha berkata. Benar-benar terkejut dengan keputusan Pak cik Oshman.

"Tapi kenapa bah? Paan ada buat salah?" soal Farhan. Sungguh dia tak sangka. Ingatkan semuanya okay tapi sekarang dia kena keluar pula. Kerjanya belum selesai.

"Kenapa ni abah? Kenapa Paan kena keluar pula? Apa salah Paan?" Raizah pula menyoal.

"Iza.. Kamu sendiri dengar apa Cik Bedah cakap dengan mak tempoh hari." jawab Mak cik Rainah.

"Iza tahu mak. Tapi benda tu kan tak betul. Kenapa mesti suruh Paan keluar sedangkan Paan tak buat apa-apa salah."

"Kita nak elak fitnah Iza." jawab Mak cik Raizah lagi.

"Iza tak kiralah nak elak apa pun. Iza tak setuju kalau Paan kena keluar dari rumah ni sebab mulut orang lain. Dorang tak tahu apa jadi dalam rumah ni. Kita buat pekak jela dengan cerita diorang." lancang mulut Raizah membantah keputusan ibu bapanya.

"Iyelah abah. Kenapa nak halau Paan sedangkan dia tak buat apa salah." Raisha pula berkata.

"Abah.. Kalau betul Paan ada buat salah. Paan minta maaf sangat-sangat." mohon Farhan. Matanya sayu memandang Pak cik Oshman dan juga Mak cik Rainah silih berganti.

"Abah minta maaf tapi keputusan ni tak boleh berubah. Memang betul apa jiran-jiran kita cakap. Abah ada dua anak dara. Tak elok kalau ada orang luar dalam rumah ni. Tambah-tambah lelaki." tegas Pak cik Oshman.
"Kalau tak elok kenapa masa mula-mula Paan datang abah tak suruh dia balik? Abah bagi dia tinggal sini. Ni tak lama lagi dia nak balik poli tiba-tiba abah suruh keluar pula!" Raizah merengus. Dia angkat kaki naik ke bilik. Betul-betul kecewa dengan keputusan abahnya.

Kedengaran bunyi pintu bilik dihempas kuat. Farhan kalih pandangannya ke arah Pak cik Oshman semula. "Takpelah abah. Kalau betul abah nak Paan keluar. Esok pagi Paan keluar. Paan minta diri naik bilik." Farhan pula mengundur diri.

Raisha memerhati Farhan pergi. "Kenapa abah buat macam ni?" soalnya. "Lagi seminggu Echa nak balik poli dah. Apa salahnya Paan tunggu sampai masa tu?" bola matanya memandang Pak cik Oshman. "Echa tahu abah nak elak fitnah tapi dulu abah juga cakap yang Paan tu anak yatim. Kita kena layan dia baik-baik. Tapi sekarang abah yang buat Paan macam ni. Terpulang abahlah. Echa tak boleh nak cakap apa lagi dah." kata Raisha lagi sebelum dia bingkas bangkit dan menuju ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience