Bab 12

Romance Completed 17774

BAB 12 :
Menantu Abah

"Farhan!!!"

Raizah mengecilkan matanya memandang ke arah Raisha yang menjerit bagai orang histeria. "Apahal tu?" soalnya.

"Si Paan kacau dia."

Raizah menjeling lelaki di sebelahnya. "Aku ada tanya kau ke?"

Mahuddin pandang sekeliling. Kosong. Hanya mereka berdua berada di bawah pokok tersebut. "Aku tahu kau tanya soalan tu dekat pokok ni kan? Aku tolong jawab sebab kesian pula nanti kau nampak macam orang bodoh." bidas Mahuddin.

"Eee! Kau ni kan!" tangan Raizah sudah dikepal penumbuk.

Mahuddin mencebik. "Ni aku nak tanya kau sesuatu. Boleh tak?" soal Mahuddin.

Sunyi. Tiada jawapan daripada Raizah.

"Aku cakap dengan kau ni bukan cakap dengan pokok."

"Ish kau nak tanya apalah?" balas Raizah.

"Haa jawab pun. Aku ingat takde mulut."

Raizah menjeling tajam. "Kau nak tanya apalah!?" soal Raizah garang.

"Paan tu.. Betul ke pakwe kau?"

"Ha? Apa kau merepek ni gila. Bila pula Paan tu jadi pakwe aku?"

"Aku tanyakan. Bukan terus tuduh. Kau ni masa sekolah dulu tak belajar ke?"

"Amboi.. Bukan main sedap mulut kau mengata aku eh."

"Memangla sedap. Mulut aku bukan mulut kau. Dah jawab ah soalan aku."
"Malas." selamber Raizah berkata.

"Eh eh perempuan ni. Susah sangat ke nak jawab soalan aku? Kau jawab ye atau tak je kan. Bukan aku suruh kau huraikan jawapan tu."

Raizah merengus. "Kalau ya dia pakwe aku kenapa? Kau cemburu?"

Mahuddin terdiam seketika sebelum berkata "Nak cemburu buat apa. Lagi-lagi kau pula tu. Tak kuasalah aku nak cemburu. Aku cuma nak pesan, lain kali jangan buat macam ni. Tak elok jiran lain nampak kau bawa balik lelaki." katanya perlahan.

"Kecohlah kau ni. Paan tu bukan pakwe akulah."

"Habis tu? Pakwe Echa?" mata Mahuddin bulat memandang Raizah.

"Dalam kepala hotak kau tu semua lelaki yang kawan dengan perempuan ni pakwe ke? Kuno betul. Tu lah. Lain kali bergaul sikit. Jangan jadi macam kera sumbang lepas tu sibuk pasal hal orang lain."

"Aku tanya je. Tu pun nak marah." Mahuddin tunduk. Suaranya sayu.

Mata Raizah menjeling Mahuddin yang tunduk memandang pasir. Pandai dia pancing simpati Raizah."Argh! Okay fine. Paan tu kawan Echa."

"Ohh.. Dia buat apa dekat sini?"

"Dia.." sel-sel otak Raizah mula berkerja. Mencari alasan untuk berbohong pada Mahuddin. Dia tak boleh biarkan Mahuddin tahu macam mana Farhan boleh berada dirumahnya. Mahuddin ni kepoh. Salah satu sikap yang membuatkan Raizah meluat dengan lelaki itu. "Dia.. Datang sebab.. Err sebab.."

"Sebab apa?"

"Sebab nak siapkan projek dengan Echa. Haa.. Sebab nak siapkan projek."

"Projek? Bukan ke sekarang tengah cuti lepas final exam? Projek apa lagi pula? Kau kencing aku Iza?"

Raizah gugup. Disabarkan hatinya supaya tak kelihatan yang dia sedang menipu. "Ma.. Manalah aku tahu. Echa cakap dengan aku macam tu."

"Herm..." Mahuddin termenung jauh. Kata-kata Raizah seperti tak masuk akal. Hati kecilnya kuat mengatakan Raizah menipu. "Kau pasti dia takde hubungan dengan korang?"

"Ish aku pastilah. Yang kau ni nak kecoh-kecoh kenapa? Paan tu duduk dekat rumah aku bukan rumah kau."

Mahuddin terangguk-angguk mendengar Raizah berkata. 'Kalau betul Paan tu takde hubungan dengan sesiapa maknanya aku ada chancelah.' segaris sengihan kepuasan terlihat di bibir coklat Mahuddin. 'Dia tak kan cantas jalan aku. Hehe.' getus hatinya. Gembira bukan kepalang.

***

Raisha mencampak begnya ke lantai. Bajunya yang lembap di buka dan turut dicampak ke lantai. Begitu juga dengan seluarnya. Dia ambil kain batik dan balut ke tubuhnya. Badannya di hempas ke atas katil. Matanya terpejam.

Bzzz! Bzzz!

Getaran dua kali dirasakan. Matanya kembali dibuka. Tangan mula meraba bahagia kanannya. Mencari telefon pintar miliknya. Setelah dapat dibuka kekunci telefon dan tekan ke aplikasi whatsapp. Farhan telah mengirim beberapa gambar kepadanya. Dilihat satu persatu gambar yang telah diambil semasa di Pantai Morib siang tadi.

Tiba-tiba matanya tertacap pada satu gambar. Gambar itu diambil oleh Raizah mengunakan telefon Farhan. Berlatar belakangkan laut yang luas, dia dan Farhan bergambar bersama. Tapi bukan itu yang menarik perhatiannya. Ekspresi wajah Farhan yang membuatkan matanya terus tertumpu kepada gambar tersebut.

Wajahnya ketika itu garang sebab dipaksa ambil gambar bersama tapi berlainan pula dengan Farhan. Lelaki itu tersenyum lebar sambil memandangnya. Nampak.. Sangat.. Emm sweet? Atau romantik? Dia tak tahu tapi gaya lelaki itu dengan cara mata Farhan memandang dirinya menimbulkan satu rasa dalam hati Raisha.

Seperti satu gambar pasangan bercinta. Sang lelaki ingin memujuk sang wanita yang sedang merajuk. Ditenung lama gambar tersebut tanpa sedar bibirnya terukir senyuman bahagia.

Bzzz! Bzzz!

Lagi satu khidmat pesanan ringkas diterima daripada Farhan.

"Echa.. Pergi mandi. Bau busuk badan kau sampai masuk ke bilik aku."

Raisha mencebik. Tangannya mula menari-nari di atas skrin telefon untuk membalas mesej Farhan. "Sibuklah kau. Bau badan kau yang busuk cakap bau badan orang pulak!" telefon diletak ke tepi. Beberapa minit kemudian berbunyi lagi.

"Aku dah mandilah. Mana ada busuk. Kau tu yang busuk. Pergi mandilah. Tak tahan doh baunya. Busuk gila."

Raisha mengentap bibir. Geram betul! Tak pernah dia dapat menang kalau bergaduh dengan Farhan. Ada saja ayat lelaki itu untuk membidasnya. Dicampak telefon ke tepi. Disarung baju dan tudung. Dia keluar dari bilik untuk mandi.

Farhan terdengar bunyi pintu dibuka kemudian ditutup. Dia tersengih. "Dengar juga kau cakap aku eh." katanya sendiri.

Dia mencari nombor seseorang. Kemudian ditekan. Talian disambung.
"Assalamualaikum Paan."

"Waalaikumsalam mak. Mak sihat? Adik-adik macam mana? Semua okay?"

"Alhamdulillah semua sihat. Adik-adik semua rindu dekat Paan. Paan tak nak balik rumah ke? Tak habis lagi kerjanya?"

Farhan bangun. Langkah kaki dituju ke arah tingkap biliknya. Pandangan dilempar ke luar. Satu helaan nafas berat dibuat sebelum menjawab soalan ibunya. "Paan memang nak balik mak. Paan rindu dengan semua tapi kerja Paan tak siap lagi. Paan rasa cuti ni Paan tak dapat balik rumah. Mungkin krismas nanti Paan balik."

"Emm tak apalah. Mak tak kisah kalau Paan tak balik. Cuma jangan tak balik langsung sudahlah. Jangan lupakan mak dengan adik-adik."

"Ish apa mak cakap ni. Mana ada Paan boleh lupa mak dengan adik-adik. Mak dan adik-adik je keluarga Paan sekarang ni. Paan sayang sangat tahu." air mata diseka. Sebak rasa tiap kali bercakap dengan ibunya. Nada suara sedaya upaya cuba dibiasakan supaya ibunya itu tidak tahu dia menangis.

"Mak cakap ni buat peringatan. Mak tak nak Paan lupakan mak."

"Takdelah mak. Mak jangan risau. Selagi Paan bernyawa In Shaa Allah Paan tak kan lupa siapa yang dah bantu Paan sampai Paan besar macam ni."

Kedengaran suara esakan daripada ibunya.

"Mak.. Janganlah menangis."

"Mak rindu Paan. Lama tak jumpa anak mak ni." kata ibunya dengan esakan yang ditahan.

"Paan pun. Mak.. Mak jangan nangis ye. Paan janji krismas nanti Paan balik rumah jumpa mak dengan adik-adik. Paan janji. Mak jangan nangis lagi ye." pujuk Farhan. Air matanya mengalir namun tiada esakan yang kedengaran.

"Mak tunggu Paan ye. Jaga diri. Jaga solat. Jangan lupa makan. Mak tak nak Paan sakit."

"Iye mak. Paan tahu."

"Haa yela. Mak terpaksa letak ni. Adik kamu menangis tu. Jaga diri ye Paan. Mak sayang Paan. Assalamualaikum"

"Paan pun mak. Waalaikumsalam." balas Farhan kemudian panggilan diputuskan. Dia menghela nafasnya. Kalaulah ibunya tahu apa yang dia buat sekarang ni mesti ibunya akan kecewa tapi dia tiada pilihan. "Maafkan Paan mak. Paan janji ini yang terakhir."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience