BAB 4:
Menantu Abah
"Kamu belajar dekat Pahang?"
Farhan menganggukkan kepalanya. Air kopi dituang. Diletak di hadapan Pak cik Oshman.
"Belajar dekat mana?"
"Politeknik je bah. Biasa-biasa je." jawab Farhan merendah diri. Dicicip sedikit kopi panas bagi membasahkan tekaknya. Angin petang di Selangor itu sungguh nyaman. Walaupun kawasan rumah Raisha ni tak banyak pemandangan yang indah. Hanya nampak rumah je tapi ia cukup menenangkan jiwa Farhan.
"Oh. Sama dengan Echa la maknanya?"
"Echa?" Farhan memandang Pak cik Oshman. "Ohh! Raisha.. Ha ye bah. Samalah ngan Echa."
"Dah lama?"
"Emm naik cuti ni masuk sem tiga dah abah."
"Ohh.. Maknanya sekarang kamu cuti sama macam Echa la ye?"
Farhan mengangguk.
"Kalau macam tu molek sangatlah. Kamu tinggal je kat rumah abah sampai habis cuti. Naik sem nanti balik sama dengan Echa." Pak cik Oshman tersenyum. Dia menghirup kopi panas di tangannya kemudian ambil pula sekeping biskut kering dan disuapkan ke dalam mulut.
"Eh takpe ke abah? Paan baru ingat esok Paan nak keluar. Sebab Paan cakap nak tumpang semalam je."
"Ish buat apa nak balik. Tak payahlah. Abah tak kisah kamu duduk sini. Lagi pun ada kamu kat sini bertemanlah abah. Selalu sorang je abah dekat rumah ni. Maklumlah semua perempuan." Pak cik Oshman ketawa kecil. Geli hati mungkin dengan katanya.
"Takpelah abah. Nanti Echa cakap apa pula. Dia bukan suka saya dekat sini." Farhan tunduk. Nada suara sedikit perlahan.
"Farhan... Kamu sekarang duduk dengan abah. Abah ketua rumah ni. Kamu tak boleh keluar dari rumah ni selagi bukan abah yang suruh."
"Assalamualaikum abah." satu suara merdu menyapa telinga Farhan. Dengan pantas Farhan menoleh memandang gerangan yang memberi salam itu.
"Abah sihat?"
"Ha kamu Iza. Bila sampai ni? Tak telefon bagitahu nak balik." Pak cik Oshman menghulurkan tangannya untuk disalam gerangan gadis yang bernama Iza tu.
Farhan tergamam. Gadis bertudung itu menyentuh hatinya. Bak kata orang sekarang bergetar tulang rusuk.
"Ha Paan. Ni abah kenalkan anak abah yang pertama. Kakak Echa. Namanya Raizah." Pak cik Oshman memperkenalkan anak sulongnya pada Farhan.
"Err assalamualaikum." Farhan mengangkat tangannya untuk bersalam tapi laju-laju dia turunkan. Membatalkan niat untuk menyentuh tangan anak sulong pak cik Oshman itu. "Err hai. Raizah."
Raizah tersenyum. Kulitnya yang sawo matang itu nampak berseri. "Hai Paan. Selamat berkenalan." ucapnya sambil memandang Farhan.
Cepat-cepat Farhan melarikan anak matanya. 'Ya Allah.. Ya Allah. Chill la Paan. Came on. Perempuan je beb.' Farhan cuba menenangkan hatinya yang gementar.
"Abah, Iza masuk dulu ye. Paan." Raizah mengundur diri dan berlalu masuk ke dalam rumah.
Berpusing kepala Farhan melihat lengok berjalan Raizah masuk ke dalam rumah. Tak lepas matanya menangkap susuk tubuh tersebut sampai dia terdengar Pak cik Oshman berdehem. Terus dia menghadap Pak cik Oshman semula. "Hehe minta maaf bah. Janji tak buat lagi."
Pak cik Oshman hanya mengelengkan kepalanya mendengar kata-kata Farhan. Anak muda. Darah muda. Biasalah tu. Nak dihalang dah besar. Ditegur je mampu.
"Abah ada berapa orang anak?" Farhan memulakan bicara semula setelah terganggu dengan kehadiran Raizah sebentar tadi.
"Ada tiga orang je Paan. Semuanya perempuan. Tapi tu la. Yang pertama umurnya tak panjang. Meninggal masa kecil akibat demam panas." cerita Pak cik Oshman. Mukanya tenang menceritakan tentang kematian anaknya itu.
"Eh habis tadi Raizah tu?"
"Raizah tu anak nombor dua. Echa yang bongsu. Tapi yang sulong dah tak ada. Raizah jadi yang paling tua lah." jelas Pak cik Oshman.
"Ohh... Kiranya sekarang anak abah ada dua je lah."
Pak cik Oshman mengangguk.
"Takpe bah. Paan kan ada." Farhan menepuk dadanya. "Paan jadi anak abah walau bukan anak kandung."
"Hahaha kamu nak jadi anak bongsulah?"
"Hehe kalau boleh tapi nanti mesti kena pelangkung dengan Echa nanti."
"Hahaha kamu tahu takpe."
***
"Kak Iza..!" Raisha memeluk kakaknya dari belakang.
Kakaknya yang sedang menyikat rambut terhenti dan memandang Raisha pada pantulan cermin. "Ada apa ni? Happy je." soalnya.
"Rindu akak." jawab Raisha manja.
"Mengada la nak rindu-rindu. Tepi sikit akak nak bangun"
Raisha melepaskan pelukan dan berginjak sedikit ke tepi. "Akak ada jumpa budak lelaki dalam rumah ni?" soal Raisha.
Raizah menghempaskan dirinya atas katil. Tingkah lakunya diikuti oleh Raisha. "Ada. Masa akak sampai tadi. Akak jumpa dia dengan abah dekat pangkin. Siapa tu?"
"Haa dia tu orang gila kak."
"Gila? Tak kanlah. Elok je akak tengok dia tadi. Sihat je. Hensem pula tu."
"Hensem? Ish akak ni. Macam mana taste akak ni? Tak hensemlah."
"Hensemlah. Akak suka tahu yang macam tu." Raizah mengukir senyuman lebar di bibirnya. Terbayang wajah Farhan ketika tergamam melihatnya petang tadi. Comel sangat.
"Ish akak ni. Tak hensem."
"Eh suka hati akaklah. Mata akak bukan mata kau. Kau nak apa ni datang bilik akak?"
"Orang nak cakap pasal laki gila tu la."
"Haa kenapa?"
"Akak kenal tak siapa dia?"
"Ya Allah. Apa ke bengap sangat adik aku ni. Manalah akak tahu. Kan akak dah cakap tadi."
"Akak tak nak tanya ke siapa dia?"
Raizah menepuk dahinya. Pening kepala melayan perangai adik bongsunya itu. "Haa dia tu siapa?" soalnya.
"Dia tu orang sesat kak."
"Sesat? Orang sesat abah panggil ajak balik rumah?"
Raisha mengelengkan kepalanya. "Tak lah. Masa Echa balik naik bas tu dia ikut Echa balik."
"Ikut Echa balik? Wow... Hebatnya adik akak. Sampai boleh tarik orang balik rumah ni."
"Bukanlah akak..." Raisha duduk bersila di atas katil. Menghadap kakaknya.
"Habis tu?"
"Dia kena kejar."
"Kejar? Siapa kejar dia?" soal Raizah tak menyabar.
"Eee akak ni. Kalut betullah. Bagilah orang habis cerita dulu baru menyampuk."
"Haa yela-yela. Okay. Sambung cerita."
"Ada orang kejar dia. Then masa lari dia terlanggar Echa. Terus dia tarik Echa naik bas." tangan Raisha melayang ke atas ke bawah semasa bercerita. Bersungguh.
"Lagi?" Raizah mengangkat keningnya.
"Lagi apa. Tu jela."
"Laaa sikit jee. Ingat panjang sangat. Cara cakap macam panjang je ceritanya. Kau ni buang karen betullah."
"Hehe tapikan kak. Dia cakap dengan abah dia kena kejar sebab terlanggar seorang perempuan ni. Geng perempuan tu kejar dia. Tu sebab dia lari."
"Ohhh.." mulut Raizah terbentuk huruf "o" sambil kepalanya terangguk-angguk mendengar cerita Raisha.
"Tapi Echa rasa dia menipu kak. Entah-entah kena kejar sebab mencuri."
"Ish kau ni dik. Tak eloklah cakap orang macam tu."
"Takdelah. Macam tak logik kak. Kena kejar sebab terlanggar perempuan. Terlanggar masa jalan kaki kot bukan pakai kereta. Yang bukan main lagi nak kejar dah kenapa? Bukan mati pun perempuan tu."
"Eh kau ni. Entah-entah perempuan tu ahli geng mafia ke. Haa mana kita tahu. Jangan pandai-pandai nak buruk sangka dengan orang."
"Yela-yela." Raisha mengalah. Mulutnya muncung.
"By the way dik. Umur dia berapa?" Raizah tersengih penuh makna memandang Raisha.
"Eee akak ni. Mengadalah. Dah la orang nak masuk bilik nak tidur. Malas layan akak. Bye." segera Raisha turun dari katil dan bergegas keluar.
Raizah tergelak. "Dik kalau sebaya akak, akak nak try lah." sempat juga dia berpesan.
Muncul kepala Raisha di balik pintu mendengar kata kakaknya "jangan nak mengatal eh kak. Dia tu orang gila. Huh!" ugutnya sebelum berlalu pergi. Terdengar di hujung telinganya hilaian ketawa kakaknya. Dia merengus. "Apalah yang disibuk sangat dengan budak yang tak tahu asal usul tu. Ish!"
Share this novel