Bab 17

Romance Completed 17774

BAB 17 :
Menantu Abah

Raisha membuka matanya. Dah subuh. Embun pagi mula kelihatan di tingkap biliknya. Dingin pagi sudah mula mencucuk tulang sum sumnya.

Dia bangkit dan mengeliatkan badannya. Tangan mula mencapai telefon yang berada di sisi. Dibuka dengan harapan ada mesej daripada Farhan. Namun hampa. Hatinya membara. Egonya tercabar! Dicampak kembali telefonnya. Kain batik diambil begitu juga dengan baldi berisi barang-barang mandian. Dia memang tak pakai tuala. Lebih selesa pakai kain batik. Ramai kawan-kawannya tegur gaya dia macam orang dulu-dulu tapi dia peduli apa asalkan dia selesa.

Tuala kecil pula dibuat tutup kepala. Setelah pintu dikunci, Raisha bergerak pergi ke tandas yang berada di sebelah kanan blok. Dia lagi suka pergi tandas yang itu berbanding tandas yang di sebelah kiri. Mungkin dia rasakan lebih dekat walaupun jaraknya lebih kurang sama saja daripada biliknya.

Dia sampai di tandas. Ada dua tiga orang sedang memberus gigi di depan singki. Dia cuma memberikan senyuman dan bergerak pergi ke tandas yang mempunyai shower.

"Haa Echa. Ada kamu."

Raisha menoleh. Dia baru sahaja menolak pintu tandas terhenti. Pandangan dilempar ke arah wanita yang menyapanya itu. "Oh. Kak Awa. Ada je kak. Kenapa?"

"Semalam akak datang bilik kamu. Akak nampak kamu dah balik semalam jadi nak ajak tidur sekali dengan akak. Tapi kamu tak menyahut pula." balas Kak Awa. Pelajar poli yang satu sem dengannya juga satu jabatan.

Minda Raisha memutarkan kembali peristiwa seram yang dia lalui malam semalam. 'Jadi yang ketuk tu Kak Awa ke? Aduyai.. Tu lah kau Echa fikir negatif sangat!'

"Echa?" tegur Kak Awa setelah tiada bicara yang keluar dari mulut Raisha.

"Ohh.. Echa ingatkan sebab apa. Takpe Kak Awa. Echa boleh tidur sorang-sorang" balasnya.

"Betul ke ni? Malam ni jom lah tidur bilik akak. Akak dengan roommate akak berdua je." pelawa Kak Awa dengan senyuman manis dibibir. Ditambah pula dengan lesung pipit di sebelah kanan membuatkan wajah Kak Awa bertambah manis tatkala wanita itu tersenyum.

"Err takpelah Kak Awa. Echa nak tunggu Raja balik. Echa suruh dia balik awal." Raisha menolak permintaan Kak Awa dengan lembut. Takut hati wanita itu terguris pula.

"Betul ke ni? Tak takut?" soal Kak Awa inginkan kepastian.

"Eh buat apa nak takut Kak Awa. Echa berani je sorang-sorang. Ni Raishalah Kak Awa." balas Raisha yakin. Padahal semalam sudah hampir nak terkencing dia dalam seluar akibat ketakutan. Memang suka berlagak dia ni.

"Haa yela. Apa-apa Echa datang je bilik akak tau. Akak dengan Kak Ila ada dekat bilik."

Raisha cuma menganguk. Diperhatikan Kak Awa pergi. Berlenggang lengok wanita itu berjalan keluar daripada tandas. Kak Awa tu boleh dikirakan kakak yang dia boleh ngam lah. Sebab Kak Awa tu jenis yang caring. Dia jarang bertegur sapa tapi selalu Kak Awa yang tanya khabar dia , tanya perihal diri dia. Dari situ dia mula rapat dengan Kak Awa yang umurnya tua setahun daripada Raizah.

Raisha menolak pintu tandas. Dia perlu segera mandi jika tidak subuhnya akan terlepas.

***

Raisha ambil telefon dan juga dompetnya. Tudung bawal hitam yang dipakai dikemaskan. Dia hanya ikat hujung tudung di bahagian bawah. Ringkas saja gayanya.

Setelah yakin dengan penampilan diri, Raisha keluar daripada bilik dan menguncinya. Dia menuju ke anak tangga yang berada di sebelah bilik. Kakinya mula melangkah turun dengan rakus. Kelaparan menguasai diri. Mana tidaknya sibuk melayan movie di komputer ribanya sampai tak sedar sudah masuk tengahari.

Selang dua blok dari blok biliknya Raisha sampai ke cafe. Mata meninjau keadaan sekeliling. Agak kurang orang sebab tak ramai yang balik. Selesai membeli makanan dia memilih tempat duduk agak hujung. Punggung dilabuhkan. Dompet dan telefon diletak atas meja.

Usai membaca doa, Raisha mula menyuap makanan ke mulutnya. Selalunya dia cuma beli makanan dan dibawa masuk ke bilik tapi kali ini tidak. Dia mahu duduk situ dan menanti seseorang. Seseorang yang telah berjanji padanya. Walaupun dia bangun pagi tadi dengan perasaan penuh hampa tapi kini dia kembali mengharap. "Ah! Ini semua kerja gila!" Raisha menghentak tangannya kuat pada meja. Sehingga semua mata yang berada di cafe itu memandang.

"Aku ke gila?"

Sepantas kilat kepalanya menoleh ke belakang.

"Kau cakap aku gila?" Farhan bergerak ke kerusi di hadapan Raisha dan melabuhkan punggungnya disitu.

"K.. Kau buat apa sini?" soal Raisha. Matanya tak berkedip pandang ke wajah bulat Farhan.

"Bukan ke aku dah janji semalam aku nak jumpa kau dekat sini. Aku ni bukan seorang yang mungkir janji tahu." balas Farhan dengan suara separuh berbisik dan senyuman yang menguntum di bibir.

Ah.. Suara itu. Bagai melodi indah menerpa masuk ke telinga Raisha. Senyuman itu. Bagai satu pemandangan yang sukar untuk dilihat. Amat mahal untuk dimiliki. Dia bagai terbuai oleh segala angan indah tentang dia dan Farhan.

'Wake up Echa! Wake up!' cepat-cepat dia menyedarkan dirinya daripada terus berkhayal. "Ehem. Aku tak kisah punlah. Kau nak datang ke tak nak datang ke peduli apa aku." kata Raisha. Ego mesti dipertahankan beb walaupun dalam hati kata lain.

"Yeke ni?" Farhan memandangnya sinis. "Kenapa tadi aku tengok kau macam tercari-cari sesuatu je."

"Ma.. Mana ada. Aku tengok kot-kot ada kawan aku dekat sini je. Bukan cari kau."

"Aku tak cakap pun kau cari aku. Hehe."

'Alamak.. Pandai pula mamat ni main kata.' bisik hatinya.

"Hahaha kau macam mana dekat bilik semalam sorang-sorang. Ada orang kacau?" soal Farhan.

Raisha hanya mengelengkan kepala.

"Baguslah. Aku risau juga bila fikir pasal kau. Sorylah semalam masa kau text tu aku tengah mamai. Nak balas tapi tiba-tiba tidur pula. Hehe."

Raisha mencebik. "Ah sudahlah kau. Kata risau tapi sedap je tidur. Nak menipu pun agak-agaklah."

"Hehe. Echa.. Nanti kalau ada masa boleh tak emm.. Kau teman aku?"

"Pergi mana?"

"Satu tempat istimewa."

Raisha diam sejenak. 'Tempat istimewa? Dia nak melamar aku? Dia nak aku jadi kekasih dia? Tak.' Raisha mengelengkan kepalanya. 'Dia nak aku jadi tunang dia. Tak. Tak.' sekali lagi kepala digelengkan. 'Dia nak aku jadi isteri dia... Ohh Farhan..' kali ini dia tersenyum lebar.

"Echa?" panggil Farhan. Dia memandang Raisha pelik. 'Kena sampuk ke apa minah ni?' gumamnya.

"Eh.. Haa.. Okay.. Okay.. Ada masa kita pi." balas Raisha. Cuba menutup malu. 'Aish! Baru tadi cakap nak pertahan ego sekarang macam ni pula.' minda mula mengutuk hati yang mudah sangat mengalah.

"Okay sayang."

'What!? Sa.. Sayang!? Ini benaran ni!? Gua enggak bermimpi ni!?' bulat mata Raisha. Mulutnya ternganga mendengar nama panggilan yng Farhan guna untuk memanggilnya. Adakah ini bermaksud mereka dah rasmi?

Farhan tergelak kecil. "Kau kenapa?"

Raisha tertunduk malu. Perasaan gadis melayu terakhir tiba-tiba meresap ke dalam jiwanya. "Takde pape." balasnya.

Tiba-tiba Farhan bangun. Raisha memerhati lelaki itu mendekatinya.

"Tak payah nak terkejut. Kan aku cakap kau dengan aku adalah satu. Tak lama lagi kau akan tahu dan faham." ujar Farhan sambil mengelus pipi Raisha lembut.

Raisha memejam matanya. Sentuhan Farhan memberi nikmat yang bahagia. Tapi sebaik sahaja matanya dibuka semula, jasad Farhan tiada. Dikalih pandangannya ke segenap inci cafe. Tiada langsung kelibat lelaki itu. Dia memegang pipinya. "Aku berkhayal ke tadi?"

***

Pintu bilik terbuka luas. Raisha cemas. Pantas kakinya melangkah masuk. Sebaik saja melihat gerangan di dalam biliknya, dia menarik nafas lega. "Kau rupanya jee. Aku ingat siapalah dah pecah masuk bilik ni." dia melabuhkan punggung di atas katilnya sambil memerhatikan Raja menyusun baju.

"Dah hang suruh aku balik. Aku baliklah. Baru aku ingat nak duduk lama kat rumah. Hang kacau tahu." balas Raja. Jangan salah faham. Raja ni sebenarnya orang Selangor juga tapi dulu duduk satu bilik dengan orang Kedah tu yang terikut-ikut tu.

"Ala.. Bukannya awal sangat pun. Lagi berapa hari je nak habis dah. Duk mereput kat rumah buat apa. Baik kau teman aku kat sini. Hehe."

"Yela.. Nasib baik Ami teman aku balik sekali tahu. Kalau tak memang aku tak mau balik poli ni semata-mata nak teman hang."

"Ami? Ami pun balik sekali?" soal Raisha. Tak sangka pula kawannya yang itu turut balik sama.

Raja mengangguk.

"Habis sekarang dia dekat mana?"

"Dekat bilik dialah. Tak kan nak satu bilik dengan kita pula. Dia jantan kot. Hang ni."

Raisha tersengih. 'Kalau Ami ada dekat sini bolehlah aku minta tolong dia tengok Paan.' terangguk-angguk kepalanya mengiakan bisikkan hati. 'Bagus Echa bagus. Otak kau memang genius. Boleh pergi jauh. Hehe.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience