BAB 15 :
Menantu Abah
Bas sudah lama meninggalkan Terminal Bandar Tasik Selatan. Raisha melempar pandangan ke luar. Dalam hatinya kini terdetik rasa terkilan sebab pergi tanpa berjumpa dengan ibu bapanya terlebih dahulu. Siapa tahu mungkin itu perjumpaannya yang terakhir.
Raisha menghela nafas berat. Sedang dia mengelamun tiba-tiba tangannya terpegang sesuatu yang berada dalam poket seluar. Dikalih pandangannya. Barang itu dikeluarkan dari poket. Dia tersenyum melihat gelang yang dipegang. Gelang pemberian Farhan. Baru dia teringat yang dia terburu-buru pagi tadi , gelang itu tak sempat dia pakai cuma masuk ke dalam poket seluar sahaja.
Dia toleh ke sisi. Farhan sudah menjelajah ke alam mimpi. Dipandang sisi lelaki itu ketika sedang tidur. Lelaki itu agak hensem pula dirasakan. Orangnya tak putih. Tak gelap. Sedang-sedang sahaja. Mukanya petak? Bulat? Emm mungkin bulat tapi badannya sedang-sedang sahaja. Tak gempal walaupun lelaki itu mempunyai bentuk muka yang kelihatan bulat. Sesuai dengan umurnya.
Raisha tersenyum. Teringat di benaknya peristiwa yang menyebabkan dia buat keputusan untuk mengikut Farhan balik ke Muadzam.
***
"Jom teman aku Echa."
"Teman pi mana? Tak naklah. Aku malas." Raisha menolak pintu bilik namun Farhan dapat tahan dengan tangannya.
"Jom lah. Kau ni semua malas. Cuma jadi rajin sikit." pujuk Farhan.
Raisha mencebik. "Benda sekarang aku malas. Kau ajak Kak Iza jela."
"Iza busy. Jom lah. Aku dah cakap dengan abah nak keluar. Abah kasi. Jom lah. Tak lama lagi nak balik dah. Aku tak puas lagi jalan dekat Selangor ni."
Raisha merengus kasar. "Yela-yela. Tunggu sat aku pi siap." jawab Raisha seraya menutup pintu biliknya.
Kaki bergerak ke almari pakaian. Dibuka dan diselak satu persatu baju yang berada dalam simpanannya. "Emm nak pakai baju apa ni?" soalnya sendiri. Tangan mula mengambil satu blouse berlengan panjang. Raisha berdiri di depan cermin. Meletakkan baju itu dibadannya. Membelek-belek sama ada sesuai atau tidak. "Bolehlah ni. Bukan pergi mana pun kan."
Dia menyiapkan dirinya. Selepas tudung dipin dan dikemaskan, dia perhati penampilannya di dalam pantulan. "Kau ni Echa. Memang comel. Hahaha." terkekeh-kekeh Raisha ketawa. Memang jadi tabiatnya suka memuji diri sendiri. Tapi bila dia keseorangan bukan ditengah-tengah orang ramai. Tak salah. Orang kata untuk keyakinan diri. Raisha capai telefon pintarnya di atas meja solek namun pergerakannya terhenti bila matanya tertacap pada gelang berwarna coklat gelap.
Diambil gelang tersebut. Dibelek sebelum membuat keputusan untuk memakainya. "Okay. Jom." Raisha membuka pintu bilik dan melangkah keluar. Sebaik sahaja dia menoleh selepas menutup pintu Farhan sudah tercegat di depannya.
"Ish kau ni macam hantulah. Bila pula kau berdiri dekat situ?" soalnya.
Farhan tersengih seperti kerang busuk. "Cepat ah." ujarnya seraya berlalu pergi. Raisha mengekor dari belakang.
***
Kereta diparking agak jauh daripada tempat yang mereka ingin pergi. Raisha tak faham kenapa mesti Farhan parking jauh sedangkan banyak lagi ruang letak kereta di dalam shopping mall tersebut dan lagi satu yang dia tak faham kenapa Farhan pakai jaket sedangkan sekarang tengah panas terik. 'Dia tak panas ke pakai baju berlapis-lapis?' getus hatinya.
"Cepatlah Cik Raisha... Tak nak keluar ke? Panas ni."
Teguran Farhan menyebabkan Raisha tersedar dari lamunan. Segera dia keluar dari kereta. Farhan mendekatinya setelah kereta dikunci. "Kau dah tahu panas yang kau pakai berlapis kenapa? Kau ingat sini luar negara? Pakai jaket jeans pula. Gila."
"Amboi.. Mulut kau. Tahu tak aku dapat benda ni dari siapa?"
Raisha mengelengkan kepalanya.
"Aku dapat dari Abang Din. Smart en? Teringin nak pakai."
"Wooo... Sejak bila kau rapat dengan Abang Din doh?"
"Tu la kau. Lelaki ni jumpa pertama kali pun dah boleh jadi geng. Bukan macam perempuan. Lagi-lagi perempuan macam kau ni. Memilih."
"Ewah.. Sedap kau mengutuk aku."
Farhan buat tak endah dengan teguran Raisha. Dia berjalan meninggalkan Raisha.
"Eee mamat ni. Biadap betul!"
***
Restoran Cina Muslim yang terletak di dalam shopping mall yang mereka kunjungi agak lengang. Mungkin sebab sudah lepas waktu makan tengahari atau mungkin kedai yang mereka pilih itu memang tak ramai pengunjungnya.
Raisha menyuap nasi goreng ayam ke dalam mulut. Tinggal beberapa suap sahaja lagi. Makanannya itu akan habis. Dipandang sekilas Farhan yang makan nasi goreng kampung. Lelaki itu juga tinggal sedikit sahaja baki makanan di dalam pinggannya. "Ehem."
Farhan mengangkat muka. "Kau okay ke? Minum air. Minum air." Katanya cemas.
"Ish amende kau ni. Aku batuk sikit je."
"Aku ingat kau tercekik tadi. Berdebar aku. Risau tahu tak. Makan tu cer elok-elok."
"Ek eley. Aku makan elok kot. Kau yang tetiba macam tu."
Farhan hanya mengelengkan kepalanya mendengar jawapan Raisha.
"Paan." Panggil Raisha.
"Emm."
"Apa maksud nama kau eh? Farhan. Mohammad Farhan eh nama kau?" Soal Raisha. Pinggan kosong yang sudah habis dimakan isinya ditolak ke tepi.
"Kau ni. Nama aku pun tak tahu ke? Bape lama dah aku duduk dekat rumah kau?"
Raisha mengangkat kedua bahunya. Dia memang tak pernah tahu nama betul Farhan walaupun selalu dia berlaga kata dengan lelaki itu.
"Haih.." Farhan memegang dahinya. "Nama aku Mohammad Nazrif Farhan. Bukan Mohammad Farhan."
"Ohh.." Terangguk-angguk kepala Raisha. "So apa maksud nama kau?"
"Entah. Aku tak pernah amik tahu pula."
"Kau nak tahu maksud nama aku?"
"Tak nak. Kau simpanlah sorang-sorang."
"Ah! Tak kira! Kau kena dengar juga! Raisha maksud dia puteri atau pemimpin. Zahirah pula maksud dia berkilau. Kau nampak. Hehe. Kau kena layan aku macam puteri tahu. Puteri yang berkilau." terang Raisha sambil mempamerkan muka berlagak.
"Hahahaha" terburai ketawa Farhan. "Perempuan macam kau ni puteri? Hahaha. Lawak gila siaa!"
Raisha merengus. "Apahal? Tak boleh?" soalnya garang. Dia punyalah bangga dengan maksud nama dia tapi Farhan boleh bantai gelak. Ini bukan cerita lawak!
"Hahahaha dah. Dah. Jom. Satgi wayang mula." Farhan sudah berdiri tetapi Raisha masih membatu di tempat duduk dia. "Jomlah woi. Dah beli tiket. Membazirlah tak tengok. Cepat." ajak Farhan lagi.
Raisha masih seperti tadi. Dia memeluk tubuh, pandangan dialih ke arah lain, mulut pula muncung sedepa.
'Dia merajuk pula. Haih.' Farhan mendekati Raisha. Sampai di hadapan gadis itu, dia tundukkan badannya untuk mengadap Raisha. Tangannya ditahan pada lutut. "Jom. Aku minta maaf okay." mohonnya lembut. Lembut sangat. Hati Raisha berdebar. Namun dia masih meneruskan rajuknya.
Tahu Raisha tak termakan dengan pujukannya tadi, Farhan bergerak ke belakang sedikit. Kali ini kaki kirinya diturunkan. Dia melutut seperti seseorang yang sedang melamar. Tangan kanannya dihulur ke arah Raisha. "Maafkan patik tuan puteri. Kerana kelancangan mulut patik membuat hati tuan puteri terluka. Tuan puteri cakaplah apa jenis hukuman yang tuan puteri nak beri. Patik sedia menjalaninya."
Raisha pandang Farhan yang sedang melutut didepannya. Tersentuh? Mestilah! Siapa yang tak tersentuh bila tengok permohonan maaf seperti ini. Mulutnya mahu tersenyum namun ditahan. "Baiklah. Disebabkan kamu didapati bersalah. Saya nak kamu belanja saya makan yang sedap-sedap."
"Tapi tuan puteri baru lepas makan."
"Awak melawan cakap saya!?" Raisha menjegilkan biji matanya memandang Farhan. Terus lelaki itu tunduk dan berkata "Baiklah tuan puteri. Apa saja untuk tuan puteri akan saya tunaikan. Sekarang jom."
Raisha mengangguk. Sekarang bibirnya terukir senyuman bahagia. Dalam hatinya teruja untuk lebih rapat dengan Farhan walaupun masa mula-mula lelaki itu amat menjengkelkan. Dia menyentuh tangan Farhan. "Mari."
Farhan tersengih. Digenggam tangan Raisha dan beredar pergi meninggalkan restoran tersebut.
***
"Kita balikkan lepas ni?" soal Raisha. Mereka seiring jalan menuju ke pintu utama. Baru sahaja habis menonton wayang yang Raisha rasa membosankan. Dia hampir tertidur.
"Yela. Nak pi mana lagi?" balas Farhan. "Alamak! Echa hujanlah." jari telunjuk Farhan ditunjuk ke pintu automatik yang lut sinar.
Terkedek-kedek mereka berdua lari le arah pintu tersebut. Elok sahaja keluar terus kedengaran bunyi air hujan menimpa jalan.
Raisha kerisauan. Dilihat jam ditangannya sudah menunjukkan pukul 7:00 malam. Kalau dia tak balik sekarang memang habislah dia dengan abahnya nanti. "Macam mana ni Paan? Dah pukul tujuh ni. Matilah kita kena dengan abah." katanya cemas.
Farhan turut cemas. Dia juga risau kalau Pak cik Oshman marah. 'Macam mana ni? Macam mana?' manik-manik jernih sudah mula kelihatan. Cuaca memang tak memihak kepadanya.
"Macam mana ni Paan?" Raisha memaut lengan Farhan. Kereta mereka dah lah jauh. Kalau Farhan letak dekat-dekat tadi dah boleh lari dah mereka ke kereta.
Farhan mengesat peluh didahinya. Tiba-tiba dia berhenti. "Jaket! Jaket!" jeritnya.
"Ke.. Kenapa dengan jaket? Kita nak baliklah. Payung pun takde."
Farhan buka jaket jeans yang dipakai. Agak tebal.
Raisha memerhati. Tiba-tiba lelaki itu mengangkat jaketnya menutupi kepalanya dan juga Raisha. Raisha tergamam. Jantung berdegup pantas. Jaraknya dan Farhan sangat dekat. Dia boleh dikirakan sudah berada dalam pelukkan Farhan. Cuma tangan lelaki itu sahaja tidak menyentuh badannya. "Ki.. Kita nak lari pergi kereta ke?" soalnya. Gugup. Tak pernah dia rasai pengalaman seperti iru. Ianya seperti mimpi menjadi kenyataan.
Farhan mengangguk."Iya. Kenapa? Kau tak nak?" soalnya. Wajah Raisha ditenung. Pantas gadis itu mengalihkan pandangan.
"Ta.. Tak.. Aku okay." jawabnya sambil mengetap bibir akibat terlampau malu.
"Okay. Jom. Satu dua tiga."
Mereka mula berlari. Raisha turut memegang jaket yang menjadi payung mereka. Indahnya! Indahnya! Dengan suasana sejuk. Bunyi hujan yang menimpa jalan. Dia dan Farhan berlari anak berpayungkan baju lelaki itu. 'Ini kenyataan? Atau aku sedang bermimpi?' soalnya dalam hati. Bola matanya memandang Farhan yang berada disisinya. 'Kenapa hati aku rasa sesuatu bila pandang kau. Kenapa hati aku berdegup seolah ia mahu pecah tatkala wajah kau dekat dengan aku. Kenapa? Mungkin ini rasa cinta yang selalu orang ceritakan pada aku? Kau.. Memang.. Baik.. Paan.. Kau buat hati aku bahagia.'
Farhan menoleh. Raisha sedang memandangnya. Dia berikan senyuman buat Raisha, terus gadis itu melarikan pandangannya.
Raisha cuba mengawal rasa debarnya. Sudahlah dia sedang angankan sesuatu pasal lelaki itu. Tiba-tiba dia bagi senyuman pula. Maha hebat rasa teruja yang muncul di dalam hatinya. Mindanya teringat satu filem yang dia tonton. Scene yang dilakukan oleh pelakon dalam cerita tersebut benar-benar dia lalui. Dia tersenyum. Angan menjadi kenyataan. 'Rupanya inilah yang dirasa pasangan bercinta bila sang jejaka melakukan sesuatu yang sangat romantik. Bahagianya! Aku tak nak masa ni berlalu. Kalau boleh aku nak berlari sampai ke rumah.' Raisha ketawa kecil mendengar bisikan hatinya. Apa ke gila nak lari sampai rumah.
"Echa cepat masuk. Aku dah buka kunci."
Dalam tak sedar mereka berdua telah sampai ke kereta. Raisha membuka pintu kereta dan bergegas masuk. Kemudian Farhan pula masuk melalui pintu sebelah.
"Nah amik ni." Farhan menghulur jaket jeans kepunyaannya.
"Nak buat apa? Basahlah."
"Bahagian dalam tak basah. Pakai buat panas badan kau tu."
'Ka.. Kau bagi aku sebab ta.. Tak nak aku sejuk? bisik hatinya. Matanya terpaku memandang Farhan yang sedang menghidupkan enjin kereta. 'Ya Allah. Kenapa aku tak sedar selama ni kau baik?'
Farhan menoleh. "Kau pegang lagi baju tu buat apa? Pakailah. Tutup badan kau."
"Ah ba.. Baiklah."
***
Raisha terdorong ke depan. Bas berhenti secara mengejut. Hatinya panas. "Tak reti nak bawa elok-elok ke pak cik ni! Ish!" marahnya.
"Dah lah. Jom turun. Kita dah sampai dah ni." Farhan berdiri. Dia membetulkan seluarnya bagi selesa.
"Dah sampai dah? Uish. Lama juga aku throwback tadi."
"Kau apa?"
"Eh err takde pape. Jom lah turun. Amik beg aku." kata Raisha.
"Kau ni macam-macamlah. Hei."
Raisha cuma tersengih. Alangkah indahnya kalau Farhan tu sudah jadi kekasih hatinya. Dengan sifat romantik dan penyayang pasti hidupnya bahagia. 'Takpe Echa! Kau datang sini dengan dia pun sebab kau nak rapatkan diri kau dengan dia kan? Kau boleh! Yeah!" Raisha mengetap bibirnya. Kedua tangannya dikepal penumbuk tanda dia memang berazam untuk menjadikan Farhan itu yang istimewa untuknya. 'Oh Farhan.. Sudikah kau jadi kekasih aku?'
"Echa! Cepatlah!"
Raisha tersentak. Berterabur segala angannya. "Ha ye. Ye." sahutnya.
***
Mereka berdua berhenti dekat sebuah teksi. Ada pemandu di dalamnya. Sedang menunggu penumpang. Farhan mengetuk cermin tingkap.
"Ye dik. Nak pergi mana?" soal pemandu teksi tersebut setelah tingkap diturunkan.
"Muadzam." jawab Farhan.
"Ohh.. Haa mari abang hantarkan."
Farhan dan Raisha mengangguk. Farhan buka pintu belakang kereta. Beg Raisha diangkat masuk dahulu. "Masuklah. Kau pergi dulu. Aku ada hal sikit." arah Farhan.
"Hal apa? Tak boleh pergi sekali dengan aku?"
Farhan mengelengkan kepalanya. "Nanti aku jumpa kau dekat cafe. Kau pergilah dulu."
Raisha mengangguk lemah. Dia masuk ke dalam kereta. Usai sahaja pintu kereta ditutup, teksi mula bergerak. Raisha memerhati Farhan yang sedang melihatnya pergi. Tangan dilambai tanda perpisahan.
Farhan menganggukkan kepala. Dia tak tahu anggukan itu untuk apa. Ianya secara spontan. Tangannya pula membalas lambaian Raisha. Dia perhati teksi itu pergi sehingga hilang dari pandangan.
Langkah kaki dibawa ke lorong kecil. Dia perhatikan sekeliling. Selalu ada mereka dekat sini. Sekarang takde pula. "Oii!" jeritnya. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi orang berjalan. Pantas kepalanya ditoleh ke belakang. "Haa ada pun. Aku ingat dah tukar tempat." ujarnya.
"Awal kau balik. Kerja dah selesai?"
"Dah." jawab Farhan.
"Bagus. Aku suka budak macam kau ni. Hantar benda tu dekat whatsapp tiger. Lepas tu kau tahu kan apa nak buat?"
Farhan mengangguk.
"Bagus. Dah berambus." badan Farhan ditolak kuat. Dia terdorong ke belakang. Tanpa banyak kata dia beredar dari tempat tersebut. Dalam kepalanya sedang merancang sesuatu. Sesuatu yang akan mengubah hidup seseorang. "Heh." senyuman jahat terukir di bibirnya.
Share this novel