?EPILOG :
Menantu Abah
Raisha gigit sepotong mangga muda yang diambil dari dalam pinggan. Sambil mengunyah , tangannya menyelak halaman majalah Mastika yang baru dibeli. Dia masih dirumah Mak Limah. Selalunya dia dan Ami akan tidur sehari dua di rumah Mak Limah sebelum kembali pulang ke Selangor.
Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba dia rasa seperti ada sesuatu menendang perutnya atau dia tak tahu apa tapi rasanya sangat sakit. Dia cuba untuk bangun tapi tak mampu. "Abang...! Abang...!" jeritnya dari luar rumah. Perasaan panik menerpa ruang hatinya. Keringan mula kelihatan. Mungkin masanya sudah tiba tapi sekarang terlalu awal sebab minggu depan baru dia dimasukkan ke dalam wad. "Abang...!" jeritnya sekali lagi. Mukanya berkerut-kerut menahan sakit.
"Ha ye sayang ye. Ada apa ni?" Ami muncul dari dalam rumah. Tangannya terus memegang tangan Raisha. "Kenapa ni? Kenapa? Sakit ke?" soalnya panik. Anak pertama. Masih takde pengalaman. Sebab tu panik.
Raisha hanya mampu mengangguk sambil mengenggam tangan Ami kuat. Dia mahu kongsi kesakitan itu dengan Ami. Biar lelaki itu turut rasa kesakitan yang dia tanggung sekarang ni.
Ami gelabah. "Mak! Mak!" panggilnya. Otaknya sekarang kosong. Blank. Takde satu apa pun yang muncul.
"Kenapa Ami?" soal Mak Limah. Raut wajahnya bertukar cemas selepas melihat keadaan Raisha. "Eh ni dah sampai masa ni Ami."
"Sa.. Sampai masa apa mak?" tanyanya seperti orang bodoh.
"Ish! Sampai masa nak beranaklah. Yang kamu duduk lagi ni kenapa? Pergi bawa dia ke hospital cepat!" arah Mak Limah.
"Tapi ni awal lagi mak."
"Ahhh! Abang..! Sakit!"
Ami yang baru hendak membantah terus bangkit selepas mendengar jeritan Raisha. Lelaki itu seperti baru tersedar dari alam khayalannya. "Sabar ye sayang.. Abang pergi amik kunci kereta. Sabar ye. Sabar." pujuknya sambil menepuk-nepuk tangan Raisha.
"Abang...! Cepatlah...!"
"Ha ye, ye. Abang pergi amik."
***
Allaahu Akbar Allahu Akbar.
Laa Ilaaha Illallaah.
Pipi bayi lelaki yang berada dalam pelukkannya dicium. Harum. Orang kata bau syurga. Ami mendekati Raisha yang sedang tersenyum memandangnya. "Tengok anak kita." Ami meletakkan bayi tersebut disisi Raisha. Enak tidur selepas minum susu dari ibunya.
Raisha usap pipi anaknya itu. "Abang nak bagi nama apa?" soalnya.
"Sayang rasa nama apa sesuai?"
"Emm.. Echa pun tak tahu. Tak terfikir lagi." balas Raisha.
"Emm abang ingat nak letak nama Farhan. Syarul Farhan. Okay?"
Raisha terkejut. Matanya yang sebelum ni memandang anaknya sekarang dikalih ke arah Ami.
"Kenapa? Sayang tak nak?" soal Ami. Pelik melihat reaksi wajah Raisha yang terkejut.
Raisha segera mengelengkan kepalanya. "Takdelah. Echa okay je abang." Anaknya diangkat ke dalam dakapan. "Syarul Farhan." panggilnya sambil memandang wajah putera pertama mereka. Satu senyuman terukir di bibir. 'Semoga kau membesar jadi anak yang soleh Farhan.' doanya dalam hati.
Ami tersenyum. Dia duduk di atas katil. Tangannya mengusap-usap badan anaknya yang berada dalam dakapan Raisha. 'Kau tetap dihati kami Farhan. Anak aku akan gantikan tempat kau. Terima kasih untuk segalanya.' entah macam mana air matanya menitik. Pantas diseka.
Raisha yang perasan tersenyum. Tangan Ami dipegang. "Terima kasih abang sebab selalu ada dengan Echa. Echa tak kan lupa." ucap Raisha. Empangannya turut bertakung dengan air selepas kata-kata itu dilafazkan.
Ami mengangguk kepalanya. "Abang pun nak ucap terima kasih." Ami memberikan satu ciuman di dahi Raisha. "Sekarang ni kita dah ada tanggungjawab. Kita kena jaga betul-betul pemberian ni. Semoga dia membesar menjadi seorang yang berguna. Ye sayang abah. Paan.." ucap Ami. Sambil pipi anaknya dicium.
Raisha tergelak kecil. "Paan kesayangan mak juga." katanya sambil tersenyum bahagia.
TAMAT
Share this novel