Bab 28

Romance Completed 17774

BAB 28 :
Menantu Abah

Kedinginan mula terasa. Raisha terjaga dari tidur. Digosok-gosok matanya. Di luar masih hujan dan dia masih di dalam kereta. Dia menjengah ke depan untuk melihat sama ada penghawa dingin dihidupkan atau tak. Sejuknya sampai ke tulang kering. "Emm boleh tak matikan aircond sat? Sejuk gila." pinta Raisha sambil dagunya diletak ke kerusi Ami.

Farhan toleh ke sisi. "Kau sejuk sangat ke?" soalnya penuh bimbang.

Raisha cuma mengangguk sambil buat muka kesian.

Farhan buka jaket jeans miliknya. "Nah.. Kau pakai ni." jaket tersebut dihulur kepada Raisha.

"Kau takpe ke? Kau lagi duduk depan kot." ujar Raisha. Dah lah Farhan pakai baju lengan pendek. Mahu beku lelaki tu dekat situ kalau dia ambil jaket jeans milik Farhan.

"Takpe. Kau pakailah."

"Tapi.."

Ami yang tak tahan dengan perbualan ulang alik Raisha dan Farhan terus menutup penghawa dingin. "Okay dah. Tak payah nak buat samarinda dekat sini. Aku dah tutup aircond." katanya dengan serius membuatkan Farhan dan Raisha terdiam.

Jaket yang berada ditangan , Raisha hulurkan kembali pada Farhan. "Terima kasih." ucapnya.

Farhan cuma angguk dan tersenyum.

***

"Okay. Kita dah sampai." kata Farhan.

"Macam mana nak keluar? Hujan ni." Raisha terjenguk-jenguk dari dalam kereta untuk melihat apa yang ada diluar.

Farhan diam seketika. Betul juga. Sekarang tengah hujan lebat. Kalau mereka lari pun mesti akan basah punya.

"Kita lari." cadang Ami. Wajah Raisha dan Farhan dipandang silih berganti.

"Kau gila ke Ami? Hujan lebat kot. Basah kuyuplah nanti." Raisha membantah. Mahu kena demam panas dia nanti.

"Habis tu? Tak kan nak duduk dalam ni je? Lagi pun kita lari sikit jee. Tak kan basah kuyup sangat." ujar Ami.

"Yela. Jom. Kita lari sikit." Farhan menyokong dan Raisha tak punya pilihan lain. Dia terpaksa menurut.

Pintu kereta dibuka. Terus kedengaran bunyi air hujan menimpa bumi. Raisha segera turun dan berlari masuk ke perkarangan rumah. Ya sebuah rumah. Rumah teres. Dia tak tahu rumah siapa.

"Jomlah masuk." ajak Farhan setelah mereka bertiga sampai di depan pintu rumah. Pagar dibuka dan pintu ditolak. "Assalamualaikum." ucapnya sambil kaki melangkah masuk ke dalam.

Ami dan Raisha turut sama masuk dalam keadaan kekok. Baju yang basah menyebabkan lantai rumah itu lecak.

"Waalaikumsalam."

Satu suara menyahut dari atas. Ketiga-tiga mata memandang ke tangga. Menanti gerangan yang menyahut salam turun.

"Paan. Eh ada bawa kawan sekali? Ni kenapa basah kuyup ni?" Mak Limah membetulkan anak tudung yang dia pakai.

"Kat luar hujan mak. Tu yang lari masuk dalam. Basah kuyup." jawab Farhan sambil memerhati Mak Limah turun.

Raisha dan Ami cuma kaku di belakang Farhan.

"Kesianlah kawan kamu ni. Mesti sejuk. Pergi amikkan tuala." arah Mak Limah.

Farhan angguk dan segera naik ke atas.

"Marilah duduk sini." Mak Limah tersenyum.

"Eh takpelah mak cik. Kami basah ni. Nanti habis kerusi mak cik." Ami menolak dengan penuh adab.

"Ish tak apalah. Mari duduk sini. Tak elok berdiri tu."

"Haa nah tuala. Pergila mandi. Bilik air dekat dapur. Tapi Echa boleh naik dekat atas. Ada satu tandas dalam bilik adik perempuan aku." baru sahaja Ami dan Raisha hendak melangkah duduk datang Farhan menghulur tuala. Tanpa berlenggah mereka ambil.

"Saya bersihkan diri dulu ye mak cik." ucap Ami. Raisha turut tersenyum.

"Haa yela." balas Mak Limah. Diperhatikan sahaja mereka berdua bergerak pergi.

***

Perlahan-lahan Raisha melangkah turun ke bawah. Dia tak boleh tidur. Keadaan di ruang tamu gelap. Seperti Ami dan Farhan yang berada di ruang tamu sudah lena tidur. Sebaik sampai ke bawah dia perhatikan dulu mereka berdua sebelum pergi ke dapur. Dia ingin buat air. Pasti yang keduanya lena. Langkah kaki dibawa ke dapur yang lampunya dibiarkan terbuka.

Tangannya mengambil cawan dengan cermat. Tak mahu mengeluarkan sebarang bunyi. Selepas itu dia cari pula teh atau serbuk kopi atau apa-apa sahaja yang boleh dia minum. Puas mengeledah. Satu pun dia tak jumpa. Dia bercekak pinggang.

"Kau buat apa ni?"

Raisha yang sedang berfikir itu tersentak lalu terus pusing ke belakang. Nafas lega ditarik selepas lihat Farhan yang menyapanya. "Kau ni. Ish! Suka sangat buat aku terkejut." marahnya.

"Kau nak buat apa ni?" soal Farhan.

"Aku tak boleh tidur. Haus. Nak buat air." ujar Raisha.

"Takpe. Biar aku buatkan." Farhan buatkan secawan kopi panas buat Raisha. Satu cawan lagi buat dia. "Nah.." hulurnya ke arah gadis itu.

"Terima kasih." ucap Raisha dan terus menarik kerusi di meja makan. Begitu juga dengan Farhan. Air kopi dicicip sedikit. Diluar masih hujan walaupun tak selebat semasa mereka sampai.

"Emm ramai eh adik-adik kau." Raisha memulakan bicara. Tak kan nak duduk sepi je kan.

Farhan senyum dan mengangguk.

"Tanya sikit boleh?"

"Tanyalah."

"Kau sebenarnya bukan orang Terengganukan?" soal Raisha perlahan. Dia takut menguriskan hati Farhan pula nanti.

"Aku memang orang Terengganu."

"Habis tu kenapa mak dengan adik-adik kau dekat sini?"

"Aku sebenarnya anak angkat je. Semua yang kau nampak dekat atas tu semua macam aku. Anak angkat pada Mak Limah. Aku yatim piatu. Mak ayah aku tak tahulah pergi mana tapi Mak Limah cakap dia orang dah meninggal. Mak Limah amik aku dan bawa datang sini. Sejak aku kecil lagi." cerita Farhan. Matanya merenung Raisha penuh sayu.

"Mak ayah kau meninggal? Kenapa?"

Farhan mengangkat kedua bahu. "Aku tak tahu. Tu yang apa aku dengar dari mak angkat aku. Kubur dia orang pun aku tak tahu dekat mana."

"Ohh.." terangguk-angguk kepala Raisha. Barulah jelas segalanya sekarang.

"Echa.." panggil Farhan.

"Ye?"

"Kau.. Tak marah aku?"

"Kenapa nak marah pula?" dahi Raiaha berkerut pelik.

"Echa.. Aku baru nak jual kau tahu. Nak jual. Kau tak marah ke? Kau tak rasa dendam ke nak lapor dekat polis ke apa ke? Kau tak rasa ke semua tu?"

"Tak." balas Raisha sambil buat muka selamber.

"Apasal?"

"Sebab kau dah selamatkan aku. Paan.. Aku tahu sebenarnya kau ni baik. Kau cuma tersepit. Aku tengok cara kau layan mak kau tadi. Aku tahu hati kau sebenarnya tak jahat mana." jelas Raisha. Air kopi dalam cawan ditenung.

"Mana kau tahu aku ni tak jahat? Aku ni jahat tahu. Aku makan orang."

"Wuuuu takutnya... Hahahaha."

Farhan turut ketawa. "Kang aku makan betul-betul kang."

Tukk! Tukk!

Ketawa mereka berdua terhenti. Pandangan dilempar sesama sendiri. Jam sudah menunjukkan pukul satu. Raisha pasti yang datang tu bukan orang biasa. 'Malam ni akan jadi malam yang panjang..' bisik hatinya.

***

Raja keluar dari kelas. Keseorangan. Dia sungguh rasa sunyi saat ini. Kemanalah kedua kawan baiknya pergi. Perutnya mendendangkan lagu keroncong. Lapar. Selalu kalau Raisha ada pasti kawannya itu akan kasihankan dirinya dan mengajaknya makan. Nanti datang Ami pula melarangnya makan sebab tak nak tengok dia makin besar. Ah! Sungguh dia rindu.

Papp!

Raja berpaling. Bunyi seperti fail jatuh dibelakangnya. Dia amati orang yang sedang mengutip fail tersebut. 'Sekejap.. Tu kan.. Zul!!' Raja berlari mendekati lelaki yang sedang mengutip fail tersebut. Setelah sampai bahu lelaki itu ditolak kuat. "Woi! Mana Ami dengan Echa!?" soalnya garang.

Zul yang baru sahaja selesai mengutip fail terjatuh kembali akibat ditolak Raja. Failnya berselerakkan semula di kaki lima. Dia menjeling Raja tajam. "Kau apahal!?"

"Kat mana Ami dengan Echa sekarang!?"

"Mana aku tahu! Kau tanyalah polis! Kau ingat aku apa ha!?" bidas Zul. Tangannya mula mengambil kembali fail miliknya dan berdiri menghadap Raja.

"Kau satu bilik dengan Ami tak kan kau tak tahu!?"

"Eh kau tu pun satu bilik dengan Echa apasal kau tak tahu!?"

Raja terdiam. Haa kena terus tepat ke mukanya kata-kata Zul. Tu lah. Suka sangat serang orang secara tiba-tiba.

"Aku pun tak tahu Ami pergi mana. Kau jangan nak tuduh aku bukan-bukan." nada suara Zul mula mengendur bila lihat reaksi muka Raja yang tersentak. "Sudahlah. Kita serah je benda ni pada polis." ujar Zul dan mahu berlalu pergi sebelum dirinya ditahan lagi oleh Raja. Dia berpaling.

"Mana kau pergi dua tiga hari ni masa Ami disahkan hilang?" soal Raja. Rasa ragu terhadap Zul tak dapat dihilangkan.

Zul menghela nafas. Meluat. "Aku balik rumah. Sakit. Kau ni apahal? Kau nak tuduh aku yang buat Ami hilang? Eh Ami tu kawan aku jugalah. Gila betul! Dah lah. Aku nak blah!" Zul tepis tangan Raja yang memegang bahunya kemudian dia berlalu pergi dengan segera.

Raja hanya memerhati. "Kalau sakit sampai kena balik rumah ke? Rumah dia jauh kot dekat Perak. Boleh pula ye macam tu." ngomelnya sendiri. Tak berpuas hati dengan jawapan dari Zul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience